You are on page 1of 31

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 DAN 6, BLOK E 14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA


PROGRAM / EE-021-2:2012 ELECTRONIC EQUIPMENT & APPLIANCE
PROGRAMS CODE & INSTALLATION AND TROUBLESHOOTING
NAME
TAHAP / LEVEL L2

NO. DAN TAJUK UNIT


EE-021-2:2012-C04: INSTRUMENT AND TEST EQUIPMENT
KOMPETENSI /
TROUBLESHOOTING
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
NO. DAN PENYATAAN 1. Identify the instrument and test equipment
AKTIVITI KERJA / WORK troubleshooting requirements.
2. Prepare troubleshooting requirements.
ACTIVITIES NO. AND
3. Perform troubleshooting on equipment.
STATEMENT 4. Set up the instrument and test equipment for dummy product
Muka Surat / Page : 1
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(1/2)
Drpd / of : 28
TAJUK : PENGENALAN PERALATAN ELEKTRONIK DAN ALAT UJI.

TUJUAN:

1. Pengenalan peralatan elektonik.


2. Pengenalan alat uji.

PENERANGAN:
Menerangkan pengenalan alat uji juga pengenalan peralatan elektronik di samping
mengenali jenis-jenis symptom dan tatacara mengesan kerosakan.
Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(1/2)
Drpd / of : 28

PERALATAN ALAT UJI


Pengenalan
A. PERALATAN MENGUJI

1.1 Multimeter
Multimeter atau meterpelbagai digunakan sebagai alat uji dan alat ukur dalam
bidang elektrik/elektronik. Ia digunakan untuk melakukan pelbagai pengukuran
kuantiti elektrik pada satu-satu litar. Kuatiti elektrik seperti arus, voltan dan
rintangan boleh diperolehi dengan menggunakan meterpelbagai.
Walaubagaimanapun ketiga-tiga kuantiti itu boleh juga diukur dengan
menggunakan tiga jenis meter secara berasingan masing-masing.
Terdapat dua jenis iaitu:
i) Analog Multimeter

Gambarajah 1: Analog Multimeter


Menggunakan jarum penunjuk yang digerakkan dengan prinsip elektromagnet di
gegelung. Terdapat tombol pemilih fungsi untuk memilih fungsi dan julat bagi
kuantiti yang hendak diukur. Perlu membuat perlarasan (0 Adjustment)
semasa menggunakan julat Ohm. Biasanya menggunakan dua jenis bateri iaitu
dua buah bateri yang bersaiz AA (3V) dan sebuah 9V bateri tetapi model terkini
analog multimeter keluaran RadioShack model 2200037 hanya menggunakan 2
buah bateri AA (3V) tanpa perlu menggunakan bateri 9V. Analog multimeter
Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(1/2)
Drpd / of : 28

biasanya dilindungi oleh diod dan fius ketika berlaku sebarang kesilapan kecil
semasa mengendalikannya.
i. Digital Multimeter

Gambarajah 2: Digital Multimeter

Lebih tepat dan mudah digunakan. Paparan di dalam bentuk digital yang
biasanya menggunakan LCD (Liquid Crystal Display). Meter pelbagai jenis ini
juga mempunyai tombol pemilih fungsi untuk memilih fungsi dan julat bagi
kuantiti yang hendak diukur. Multimeter jenis ini dilindungi oleh fius jika berlaku
sebarang kesilapan kecil semasa mengendalikannya.
Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(1/2)
Drpd / of : 28

ii. Penjagaan Multimeter (Analog dan Digital)


a. Multimeter adalah untuk kegunaan dalaman (in door) sahaja melainkan
dinyatakan sebaliknya oleh pengeluar multimeter itu.
b. Jangan mendedahkan multimeter kepada kelembapan dan hujan.
c. Tanggalkan kedua-dua probe ketika ingin menukarkan atau memasang bateri
dan jangan mengoperasikan multimeter itu sehingga penutupnya dipasang
sempurna.
d. Jangan menguji voltan ketika tombol pemilih fungsi berada pada julat Ohm dan
DCA.
e. Ketika menguji voltan sama ada DC atau AC, sentuhkan probe hitam pada
ground ataupun neutral terlebih dahulu kemudian barulah melakukan pengujian
dengan menggunakan probe merah.
f. Jangan mengukur voltan yang lebih tinggi dari voltan yang dibenarkan oleh
pengeluar multimeter.
g. Multimeter jenis CATII tidak boleh digunakan secara lasak jika dibandingkan
dengan multimeter CATIII dari segi voltan kerja.
h. Biasakan mendiscas kapasitor yang telah digunakan sebelum mengujinya
menggunakan julat Ohm.
i. Jika berlaku kerosakan komponen pada multimeter sehingga komponen baru
perlu digantikan maka multimeter itu perlu dihantar kepada pengeluar untuk
tujuan pelarasan (calibration).

1.2 Osiloskop

Osiloskop digunakan untuk mencerap gelombang-gelombang di dalam litar


elektronik dan merupakan sebuah alat yang sangat penting di dalam latihan dan
mengesan kerosakan. Dari bentuk-bentuk gelombang itu kita dapat mengetahui
nilai-nilai voltan atau arus elektrik, frekuensi, tempoh dan sebagainya. Selain
dari itu osiloskop juga digunakan untuk di dalam proses mengesan kerosakan
dengan cara membuat perbandingan di antara gelombang piawaian yang
dikeluarkan oleh pengeluar produk di poin-poin pengujian tertentu yang telah
ditetapkan. Jika didapati bentuk gelombang yang dicerap berbeza dengan bentu
gelombang piawaian maka kemungkinan kerosakan telah berlaku di litar itu.

j. Bahagian-bahagian digital osiloskop:


Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(1/2)
Drpd / of : 28

Gambarajah 3: Bahagian bahagian digital osiloskop


Keterangan:
1. Button ON/OFF
2. LED petunjuk, menyala apabila ON
3. Tombol Focus, boleh dilaraskan supaya imej gelombang yang dicerap
menjadi lebih tajam dan jelas. Apabila bahagian Focus ini rosak gambar
menjadi tidak tajam dan kabur.
4. Tombol VAR Vertical digunakan untuk mengubah ketinggian gelombang.
5. Tombol VOLT/DIV digunakan untuk memilih setiap bahagian yang diwakili
oleh bahagian menegak.Tombol ini juga digunakan untuk membesar dan
mengecilkan skala isyarat.
6. Suis pemilihan AC-GND-DC untuk pemilihan input mendatar.
7. Terminal INPUT pada bahagian menegak.
8. Tombol POSITION VERTICAL digunakan untuk mengerakkan gelombang
yang dipaparkan ke atas dan ke bawah.
9. TRACE ROTATION digunakan untuk menyelaras atau mengerakkan
gelombang.
10. EXT TRIG (EXT HOR) adalah tempat penyambungan input untuk signal
trigger dan signal horizontal. Pastikan tombol SOURCE disetkan pada posisi
EXT.
11. TRIGGER LEVEL KNOB menukarkan paras rujukan bagi isyarat ujian bagi
menentukan skala bagi saw tooth signal.
12. Tombol SOURCE hanya boleh digunakan jika tombol mode pada bahagian
vertical disetkan pada DUAL atau ADD.
13. Suis SYN mempunyai empat pilihan suis iaitu:
14. SLOPE - paparan ini digunakan untuk mendapatkan semua jenis paparan
kecuali komposisi gelombang dari tiub gambar televisyen.
15. (+) SWEEP - digunakan untuk mendapatkan gelombang berkecerunan positif
16. (-) SWEEP - digunaka untuk mendapatkan gelombang berkecerunan
negative
17. TV Dalam pilihan ini, denyut SYN mendatar (vertical) secara automatic
dipilih berada pada kedudukan 0.5s/div dan 0.1ms/div. Manakala denyut SYN
Muka Surat / Page : 6
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(1/2)
Drpd / of : 28

menegak (horizontal) secara automatic dipilih berada pada kedudukan 50


s/div ke 1 s/div.
18. Terminal HOR INPUT mendatar (horizontal).
19. Tombol LEVEL digunakan untuk memberhentikan gelombang yang sedang
bergerak atau bergetar. Ia juga boleh mengerakkan gelombang ke kiri dank e
kanan.
20. Tombol POSOTION HORIZONTAL digunaka untuk memilih nilai masa yang
dipaparkan ke kanan dank e kiri.
21. Tombol TIME/DIV digunakan untuk menukarkan tempoh masa yang
menentukan berapa lama electron bergerak dari kiri ke kanan dan
menukarkan skala paksi X pada skrin. TIME/DIV juga boleh digunakan untuk
memilih skala nilai masa seperti saat (s), milisaat (ms) dan mikrosaat (s)
yang diwakili oleh setiap bahagian mendatar.
22. Tombol VAR HORIZOANTAL digunakan untuk mengubah kelebaran
gelombang.
23. Tombol HOLDOFF boleh digunakan untuk medapatkan gelombang yang
lebih stabil.
24. Tombol X10 MAG digunakan untuk membesarkan gelombang sebanyak 10
kali.

Punca Kerosakan Osiloskop:


a) Kegagalan mengantikan bahagian yang rosak menyebabkan kerosakan
menjadi kritikal.
b) Gagal menyelenggara system penyejukan sehingga menjadi lampau panas
dan menyebabkan kerosakan.
c) Berlebihan bebanan kerja sehingga memendekkan jangka hayat osiloskop.
d) Langkah-langkah keselamatan tidak diikuti dengan betul sehingga memberi
kesan kepada operasi osiloskop.

Nota: Jika berlaku kerosakan komponen pada osiloskop sehingga komponen


baru perlu digantikan maka osiloskop itu perlu dihantar kepada pengeluar untuk
tujuan pelarasan (calibration).
B. PERALATAN ELEKTRONIK
Secara amnya peralatan elektronik yang berkaitan dengan perhubungan radio
adalah satu bentuk komunikasi iaitu penyaluran maklumat dari satu lokasi ke
satu lokasi yang lain dengan menggunakan gelombang elektromagnet melalui
ruang angkasa dengan kelajuan cahaya tanpa ada wayar yang
Muka Surat / Page : 7
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(1/2)
Drpd / of : 28

menghubungkan antara lokasi tersebut. Ianya merangkumi bahagian pemancar


dan juga bahagian penerima.

i. Pemancar
Ianya bertindak menjanakan gelombang frekuensi radio dan seterusnya
gelombang radio tersebut akan dipancarkan melalui aerial ke ruang
angkasa.

ii. Penerima
Ianya bertindak untuk menerima gelombang radio yang dipancarkan dan
menukarkan gelombang radio kepada bentuk audio

Gambarajah 4: Asas Perhubungan Radio

2.1 Penerima Radio


i. Penerima radio adalah satu alat perhubungan yang berupaya untuk
menerima gelombang electromagnet dan menukar isyarat itu kepada
isyarat audio pada keluarannya. Penerima radio pertama
mengandungi antenna, pengesan dan fonkepala atau fontelinga.
Kepemilihan dan kepekaannya adalah terhad. Kemudian, tercipta litar
penguat dan litar tertala yang mana ia dapat memperbaiki
kepemilihan dan kepekaan penerima radio dengan lebih baik.
Terdapat tiga ciri utama pada setiap penerima radio yang baik ialah :

a. Kepekaan tinggi (High sensitivity).


b. Kepemilihan tinggi (Hihg selectivity).
Muka Surat / Page : 8
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(1/2)
Drpd / of : 28

c. Kesetiaan tinggi (High fidelity atau Hi-Fi).

ii. Semua penerima radio dikendalikan berdasarkan prinsip


penghiterodinan, penerima radio juga dipanggil sebagai penerima
radio superhetrodin.

iii. Prinsip heterodin ialah pencampuran dua isyarat yang berlainan


frekuensi untuk menghasilkan satu frekuensi dari perbezaan dua
frekuensi itu.Isyarat itu adalah isyarat pembawa RF dan isyarat
pengayun tempatan.

iv. Proses heterodin berlaku di peringkat pencampur.

2.2 Rajah Blok Penerima Radio AM DAN FM

i. PEMODULATAN AMPLITUD
Pemodulatan amplitud (AM) adalah sejenis pemodulatan di mana
amplitud pembawa berubah mengikut isyarat atau maklumat, rujuk
Gambarajah 2.

Gambarajah 5 : Pemodulatan Amplitud (AM)


Muka Surat / Page : 9
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(1/2)
Drpd / of : 28

a. Penerima Radio AM

Jalur frekuensi penerima radio AM iaitu bagi gelombang


sederhana (MW) ialah 535KHz 1605KHz.

Frekuensi penguat IF adalah tetap 455KHz.

Gamabarajah 6 adalah gambarajah blok penerima radio AM.

Gambarajah 6 : Rajah blok penerima radio AM

ii. PEMODULATAN FREKUENSI

Pemodulatan frekuensi (FM) adalah sejenis pemodulatan dimana


amplitude pembawa adalah tetap manakala frekuensi berubah
mengikut isyarat atau maklumat, rujuk Gambarajah 7.
Muka Surat / Page : 10
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(1/2)
Drpd / of : 28

Gambarajah 7 : Pemodulatan Frekuensi (FM)

b. Penerima Radio FM

Jalur frekuensi penerima radio FM ialah 88MHz 108MHz.

Frekuensi penguat IF adalah tetap 10.7MHz.

Gambarajah 8 adalah blok penerima radio AM dimana pengesan


FM yang menggunakan pengesan nisbah.

Gambarajah 6 adalah blok penerima radio Am dimana pengesan


FM yang menggunakan penghad dan pembezalayan

Gambarajah 8: Blok Penerima radio AM - pengesan FM yang menggunakan pengesan


nisbah
Muka Surat / Page : 11
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(1/2)
Drpd / of : 28

Gambarajah 9 : Blok penerima radio AM pengesan FM yang menggunakan penghad


dan pembezalayan

B.3 Fungsi Setiap Blok Penerima Radio Am Dan Fm

A. Fungsi setiap blok penerima radio AM

a. Antena - Memintas semua isyarat yang dipancarkan


oleh pemancar.

b. Penguat frekuensi Radio (RF) Memilih satu sahaja


isyarat yang diperlukan dan menguatkan isyarat
tersebut. Peringkat ini mengandungi litar tala.
Peringkat ini memperbaiki kepemilihan dan nisbah
isyarat kebisingan penerima radio.

c. Pengayun tempatan - Menjana frekuensi 455KHz


lebih tinggi daripada frekuensi penguat frekuensi radio
(RF). Peringkat ini juga mempunyai litar tala dimana
ia diregukan (gang) dengan litar tala di peringkat
penguat RF, perubahan frekuensi di peringkat
penguat RF dan pengayun tempatan adalah berkadar
seturut.
Contoh :
Muka Surat / Page : 12
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(1/2)
Drpd / of : 28

- Jika peringkat penguat RF ditala kepada 600KHz, maka


pengayun tempatan akan menjana frekuensi sebanyak 600KHz
+ 455KHz = 1055KHz.
- Jika peringkat penguat RF ditala kepada 1000KHz, maka
pengayun tempatan akan menjana frekuensi sebanyak
1000KHz + 455KHz = 1455KHz.

d. Pencampur Menerima isyarat dari penguat RF dan


pengayun tempatan, empat frekuensi akan terhasil
pada keluaran pencampur. Empat frekuensi tersebut
ialah:

Isyarat RF yang asal, contoh : 1000KHz.


Frekuensi pengayun tempatan yang asal 1455KHz (1000KHz +
455KHz).
Frekuensi jumlah : RF + pengayun tempatan (1000KHz +
1455KHz = 2455KHz)
Frekuensi beza : RF pengayun tempatan (1455KHz
1000KHz = 455KHz).

Peringkat Pencampur dan Pengayun Tempatan juga


dipanggil sebagai peringkat Penukar

e. Penguat frekuensi perantaraan (IF) Hanya meluluskan frekuensi IF


iaitu 455KHz sahaja dan menguatkannya, iaitu ia memilih salah satu
daripada empat frekuensi yang dihasilkan oleh peringkat pencampur.

Peringkat Penguat Frekuensi Perantaraan (IF) biasanya


mengandungi lebih dari satu peringkat

f. Pengesan - merupakan penerus setengah gelombang dan penapis


lulus rendah dimana ia menapis atau mengenepikan komponen
frekuensi tinggi dan meluluskan frekuensi rendah iaitu frekuensi audio.
g. Penguat frekuensi audio - Menguatkan frekuensi audio untuk memacu
pembesar suara.
Muka Surat / Page : 13
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(1/2)
Drpd / of : 28

Peringkat Penguat Audio mengandungi peringkat :


i. Penguat Pemacu atau voltan
ii. Penguat Audio Kuasa.

h. Pembesar suara menukarkan tenaga elektrik kepada bunyi.


i. Kawalan gandaan automatic (AGC) mengawal gandaan penguat RF
dan IF secara automatik supaya isyarat pada keluaran sentiasa setabil
walau pun kekuatan isyarat yang diterima berubah. Jika kekuatan
isyarat berkurang, KGA akan memaksa peringkat penguat RF dan IF
menaikan gandaan.
j. Bekalan kuasa dc membekalkan voltan dc kepada semua peringkat.

Keburukan pengendalian superheterodin adalah kewujudan


Frekuensi Bayangan ( frekuensi bayangan = frekuensi RF + 2IF)

Contoh :
Frekuensi RF = 700KHz
Frekuensi pengayun tempatan = 1155KHz
Frekuensi bayangan = 1610KHz

Apa yang berlaku adalah :


perbezaan frekuensi RF dan pengayun tempatan
= 455KHz.
perbezaan frekuensi bayangan dan pengayun
tempatan = 455KHz.

Dimana 455KHz adalah frekuensi IF, ini bermakna penguat IF


boleh menguatkan kedua-dua frekuensi (frekuensi RF yang
sebenar dan frekuensi bayangan) dalam satu masa. Maka isyarat
yang kedua ini yang mungkin kurang jelas akan mengganggu
isyarat yang dikehendaki.

B. Fungsi setiap blok penerima radio FM


Muka Surat / Page : 14
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(1/2)
Drpd / of : 28

Pada umumnya fungsi setiap blok dalam penerima radio FM


adalah sama dengan penerima radio AM.

Perbezaan blok antara penerima radio AM dan FM adalah:

Penerima radio AM Penerima radio FM


1. Pengesan FM : Pengesan Nisbah.
Atau
1. Pengesan Pengesan FM :
i. penghad
ii. pembizalayan
2. Kawalan Gandaan 2. Kawalan Frekuensi Automatik
Automatik (KGA) (KFA)

Kawalan Frekuensi Automatik (KFA) Mengawal frekuensi pengayun


tempatan supaya pengayun tempatan menjana frekuensi yang betul,
dimana pengesan sentiasa tertala kepada frekuensi pertengahan FM
10.7MHz.

Contoh :

o Jika peringkat RF ditala kepada 90MHz, maka frekuensi


pengayun tempatan mesti menjana frekuensi sebanyak
100.7MHz (90MHz + 10.7MHz). Tetapi jika dalam keadaan ini
peringkat pengayun tempatan menjana frekuensi sebanyak
101.7MHz maka frekuensi penguat IF FM akan menjadi
11.7MHz (101.7MHz 90MHz). Dengan adanya peringkat KFA
maka frekuensi yang tidak tepat itu akan diperbetulkan.

Untuk memastikan pengayun tempatan menjana frekuensi yang betul,


voltan dc akan disuapbalik dari peringkat keluaran pengesan FM ke
peringkat pengayun tempatan.

2. 4 Penerima Radio Am/Fm


Muka Surat / Page : 15
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(1/2)
Drpd / of : 28

Kita telah didedahkan dengan penerima radio AM dan FM yang


berasingan. Bagaimana pula dengan penerima radio yang anda
biasa gunakan yang mana ia mengandungi gabungan radio AM
dan FM?

Gambarajah 10 adalah satu rajah blok asas penerima radio


AM/FM.

Peringkat penguat RF, pencampur dan penguat IF 1 berfungsi


untuk kedua-dua saluran AM dan FM.

Gambarajah 10 : Rajah blok penerima radio AM/FM

Dalam zaman sekarang ini, peringkat-peringkat yang ada dalam setiap


penerima radio tidak lagi berada berasingan iaitu satu peringkat diwakili
oleh satu komponen utama atau transistor.

Litar bersepadu (I.C) adalah merupakan satu peranti elektronik yang


komplek yang mana ia mengandungi semua komponen elektronik yang
berkaitan.
Muka Surat / Page : 16
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(1/2)
Drpd / of : 28

Dalam satu penerima radio AM/FM mungkin hanya menggunakan dua I.C
sebagai komponen utamanya dimana bahagian penguat frekuensi audio
menggunakan satu I.C dan peringkat lain satu lagi I.C.

2.5 Sistem HiFi:

Blok Diagram HiFi

i. Penerima FM Stereo (Tuner)

Gambarajah 11: Blok diagram Penerima FM


Muka Surat / Page : 17
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(1/2)
Drpd / of : 28

i. Penerimaan FM dibahagikan kepada 3 bahagian:

Bahagian Penerima

Mengandungi RF,IF, pengesan dan audio amplifier pertama. Di pengesan


keluarannya Multiplex, dikuatkan di audio amplifier pertama untuk
kemasukan bahagian multiplex dipanggil Composite Signal.

Bahagian Multiple

Di bahagian ini ada 2 pekerjaannya. Demodulation & Matrix Demodulator


mendapatkan kembali audio (L-R) daripada modulaton sideband 38khz sub-
carrier. Matrix menyatukan audio signal (L-R) dan (L + R) unutk
menghasilkan maklumat audio kiri dan kanan.

ii. Stereo Audio Amplifier


Kemasukan adalah 2 audio signal yang berasingan dan loudspeaker
menghasil signal sound iaitu:

Deemphasis
Penyiaran maklumat audio FM adalah pre-emphasized kepada
kekuatan maklumat nisbah kebisingan (signal to noise ratio) untuk
frekuensi yang tinggi. Di penerima pula ianya adalah de-
emphasized, tetapi selepas keluaran pengesan mestilah ditapis
keluar 38khz. Dua de-emphasized networks digunakan untuk
memisahkan channel kira dan kanan dalam keluaran litar matrix.

Penapis
Di bahagian multiplex semua ulangan yang berbeza mestilah
diasingkan untuk mengelakkan gangguan antara satu sama lain.
Litar penapis yang digunakan ialah litar tala LC.Di bahagian (L+R)
Muka Surat / Page : 18
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(1/2)
Drpd / of : 28

menggunakan penapis laluan rendah untuk memotong 15khz . Di


bahagian (L-R) menggunakan bandpass filter untuk 23khz kepada
53khz supaya tiada gangguan daripada (L+R) audio signal. Litar
tala salun menggunakan band reject 59.5 kepada 74.5khz. Ianya
tidak digunakan dalam alaterima FM.

iii. Tapehead
Terdapat 3 bahagian tape iaitu:
Playback Head
Mengesan maklumat magnetik pada tape dan menukarkan kepada
maklumat elektrik. Maklumat elektrik di besarkan oleh Pre-Amp
supaya mempunyai amplitud yang sesuai dengan audio Amp.
Recording Head
Isyarat suara ditukarkan ke isyarat elektrik melalui microphone.
Isyarat elektrik dibesarkan oleh Pre-Amp.
Muka Surat / Page : 19
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(1/2)
Drpd / of : 28

Erase Head
Litar oscillator menghasilkan ulangan ayunan 40-80khz dalam
bentuk sinewave. Gelombang ayunan akan memadamkan
maklumat pada pita. Recording Head dengan playback head
disambung sesiri untuk mendapatkan voltan keluaran yang tinggi.
Recording Head dengan erase head disambung selari untuk
mendapatkan arus yang tinggi.

iv. Azimuth Angle

2.6 Pemain CD
Pemain CD adalah satu peranti elektronik yang memainkan cakera
padat audio dan video. Selalunya pemain CD adalah sebahagian
daripada sistem stereo rumah, sistem audio kereta, komputer Juga
boleh didapati sebagai peranti mudah alih. Perkakasan moden ini juga
boleh memainkan fail format lain.
Muka Surat / Page : 20
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(1/2)
Drpd / of : 28

Gambarajah 12 : Mekaniksme pada sebuah pemain Cakera Padat

PENGENALAN PEMAIN CAKERA PADAT :


Fungsi setiap mekanisme :

i. Disc Drive
Berfungsi untuk memegang dan memutarkan cakera padat
polycarbonat, di dalam kelajuan yang sekata, menerima daya kinetik
daripada disk drive motor.
ii. Disc Drive Motor
Berfungsi menyalurkan putaran kepada disk drive.
iii. Laser Lens
Berfungsi memancarkan pancaran laser kepada cakera padat, dan
mengenai kod yang terbina pada cakera, terpantul ke Laser pickup
assembly.
iv. Tracking motor dan Tracking drive
Berfungsi menggerakkan Laser Assembly agar pancaran laser dapat
mengikuti kod yang disusun dalam bentuk spiral.
v. Laser pickup assembly (Lpa)
Berfungsi menerima pantulan pancaran laser yang mengenai kod pada
cakera padat. Setiap kali pancaran laser mengenai kod dan terpantul
Lpa akan akan menghasilkan isyarat digital = 1 dan apabila tidak
mengenai kod, maka tiada pantulan terhasil, maka Lpa menghasilkan =
Muka Surat / Page : 21
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(1/2)
Drpd / of : 28

0 .Dari proses pantulan cahaya laser tersebut maka terbentuklah


kombinasi isyarat digital, 1 0 seterusnya di hantar ke DAC (digital to
analog converter) berfungsi menyahkodkan dan menukarkannya
semula ke bentuk elektrik melalui penguat dan seterusnya ke speaker.

GAMBARAJAH 13 : Bentuk susunan kod dari tengah ke luar pada cakera padat dan arah pusingan

PAPAN LITAR
LITAR BEKALAN
INDUK KUASA

DECK

DECK

LENSA

GETAH MOTOR
MOTOR
PEMUTAR
STEPPER
CAKERA PADAT
MOTOR UNTUK
BUKA DAN
TUTUP

Gambarajah 14 : Kedudukan Modul Dvd/Vcd Dalam Blok.


Muka Surat / Page : 22
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(1/2)
Drpd / of : 28

2.7 Cara- Cara Untuk Mengesan Kerosakan Cd/Dvd Hi-Fi

i. Pertama sekali pasang plug ke soket plug dan tekan suis on untuk
menghidupkan HI-FI Radio.
Sekiranya HI-FI Radio.tiada bekalan kuasa itu bermakna
bahagian
CD/DVD HI-FI juga tidak dapat berfungsi

ii. Tekan suis buka/tutup pada panel hadapan CD/DVD HI-FI


Sekiranya deck CD/DVD HI-FI tidak boleh di buka/tutup itu
bermakna
CD/DVD HI-FI mengalami kerosakan bahagian mekanikal.
Muka Surat / Page : 23
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(1/2)
Drpd / of : 28

Gambarajah 15 : Deck mechanical compartment

iii. Apabila cakera padat dimasukkan,dan butang main pada panel hadapan HI-FI
ditekan,pemain CD/DVD HI-FI tersebut tidak dapat memainkan cakera padat
tersebut.Itu bermakna CD/DVD HI-FI itu mengalami kerosakan pada bahagian
head atau pun lensa.

Gambarajah 16 : Lensa

Berikut adalah cara- cara untuk mengesan kerosakan DVD/VCD Pertama sekali
pasang plug ke soket plug dan tekan suis on untuk menghidupkan DVD/VCD
Player.Sekiranya DVD/VCD player tiada bekalan kuasa itu bermakna DVD/VCD
mengalami kerosakan pada bahagian bekalan kuasa.

2.8 Mengenali Jenis Tanda-Tanda (Symptom) Kerosakan


i) Radio Yang Tidak Berfungsi
Pastikan bekalan kuasa dalam keadaan baik ataupun tidak (sekiranya
menggunakan plug) tetapi sekiranya menggunakan bateri, pastikan tiada
kekaratan di terminal bateri. Jika ini terjadi ia mestilah dibersihkan. Kadang-
kadang transistor, zener diod, diod dan kapasitor yang litar pintas juga
merupakan satu sebab. Jika transistor atau diod terpintas bacaannya adalah
tinggi, oleh itu uji voltan base dan collector. Cabutkan komponen yang
diramalkan rosak dan biarkan arus melalui litar. Jika arus litar dalam
Muka Surat / Page : 24
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(1/2)
Drpd / of : 28

keadaan biasa atau menurun bererti komponen-komponen yang telah


dicabut itu adalah rosak. Uji speaker dan terminal bagi memastikan ianya
bersambung dan tiada berlakunya dry joint.

ii) Radio Yang Lemah


Cara-cara bagi menguji kerosakan ini ialah :
a) Uji arus yang mengalir melalui litar tersebut.
b) Periksa terminal bateri tidak terlalu ketat ataupun terlalu longgar.
Jika radio tersebut mempunyai lebih dari satu band, periksa kesemua
band samada kesemua band suaranya lemah atau satu band sahaja.
Sekiranya semua band rosak, dikehendaki periksa semua bahagian
dengan menggunakan signal injector.
Sekiranya semua tidak berjaya gunakan meter untuk uji voltan
komponen-komponen.

iii) Radio Yang Intermitten


Radio yang intermitten ialah berkeadaan sukar untuk mengawal kestabilan
volume control. Kerosakan ini boleh terjadi kerana pateri yang kurang lekat pada
permukaan PCB, pemasangan komponennya yang kurang memuaskan dan
perkara-perkara yang terlibat dengan teknik soldering. Bagi mengesan
kerosakan ini gunakan signal injector, masukkan isyarat audio ke audio amplifier.
Sekiranya ada gangguan semasa ujian dijalankan, maka di bahagian tersebutlah
kerosakannya.

iv) Radio Ada Gangguan


Gangguan ialah bercampur-aduk diantara suara asli dengan suara-suara yang
tidak dikehendaki. Masalah ini selalu terdapat di bahagian audio amplifier. Oleh
sebab kerosakan kapasitor atau terlebih voltan ke base atau emitter atau
alatayun. Uji audio amplifier dengan signal injector. Sekiranya didapati bahagian
ini baik uji IF Transformer boleh jadi kotor atau rosak.

v) Radio Motor Boating


Muka Surat / Page : 25
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(1/2)
Drpd / of : 28

Bunyi kerosakan ini seperti bunyi motor boat. Ia tidak boleh menerima isyarat
dari sistem. Setelah pasti ada perbezaan voltan pada litar berkenaan , Off Kan
suis bekalan dan periksa rintangan litar atau komponen. Pemeriksaan ini
hendaklah dilakukan dengan menggunakan meter Ohm. Dalam pemeriksaan ini,
kemungkinan anda akan bertemu dengan keadaan samada sambungan litar
buka atau litar pintas ataupun komponen rosak terpintas atau terbuka atau
berubah nilai. Untuk memastikan keadaan sambungan litar berkenaan , sila
rujuk kepada litar skematik.

2.9 Mengesan Kerosakan


Sebelum mengesan kerosakan sesebuah radio kita perlu mengenal komponen-
komponen yang terdapat didalamnya dan tahu fungsi setiap komponen yang
digunakan. Jenisjenis komponen yang digunakan ditanda pada PCB dan pada
skematik diagram. Contoh komponen yang digunakan dalam set radio ialah
kapasitor, perintang ,gelung, transformer ,Kristal dan sebagainya.

Gambarajah 17 : Blok diagram alaterima radio frequency modulation (FM)

i. Antara kaedah-kaedah untuk mengesan kerosakan

a. Kaedah Pertama

Langkah satu - Pastikan dahulu tanda-tanda kerosakan (symptom) alat dan


kaitkan symptom ini dengan teori bahagian atau blok yang rosak. Dalam hal
ini set radio perlulah dihidupkan (Power switch On ) terlebih dahulu.
Muka Surat / Page : 26
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(1/2)
Drpd / of : 28

Langkah dua - Putuskan bekalan kuasa radio (power switch Off). Rujuk
kepada skematik diagram pada bahagian yang dijangka rosak.

Langkah tiga - Hidupkan set radio. Gunakan teknik suntikan isyarat atau
tracing signal pada bahagian yang dijangka rosak itu. Kedua-dua teknik ini
boleh dilakukan secara serentak atau berasingan. Ia bergantung kepada
jenis litar pada blok atau peringkat berkenaan dan juga jenis radio yang
digunakan mengikut kesesuaian.

Langkah empat - Menggunakan voltmeter, periksa nilai-nilai voltan pada


sumber bekalan, pembahagi voltan dan voltan kendalian pada rangkaian
litar berkenaan. Nilai yang disukat ini hendaklah dibandingkan dengan
nilai yang ada tercatat didalam litar skematik. Perbandingan nilai voltan ini
akan membantu kita membuat keputusan dan kesimpulan samada
sesuatu litar itu dalam keadaan normal atau sebaliknya

Langkah lima - Setelah pasti ada perbezaan voltan pada litar berkenaan,
matikan suis bekalan dan periksa rintangan litar atau komponen.
Pemeriksaan ini hendaklah dilakukan dengan menggunakan meter Ohm.
Dalam pemeriksaan ini , kemungkinan anda akan bertemu dengan
keadaan samada sambungan litar buka atau litar pintas ataupun
komponen rosak terpintas atau terbuka atau berubah nilai. Untuk
mempastikan keaadan sambungan litar berkenaan, sila rujuk kepada litar
skematik.Sementara kerosakan komponen hendaklah terlebih dahulu
anda sudah tahu ciri-ciri komponen dan jenisnya.

Langkah no. 3 dan no. 4 boleh dilakukan samada no.4 dahulu dan no.3
kemudian atau sebaliknya bergantung kepada kesesuaian.

b. Keadah kedua.

Peralatan dan alat ujian mesti mengikut kesesuaian.


Terdapat dua jenis isyarat pada penerima radio:
Muka Surat / Page : 27
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(1/2)
Drpd / of : 28

- isyarat RF
- isyarat audio
Penjana isyarat RF adalah digunakan untuk menguji peringkat
- Penguat frekuensi radio
- Peringkat penukar
- Peringkat penguat IF dan masukan pengesan.
Penjana isyarat audio digunakan untuk menguji peringkat keluaran
pengesan dan penguat frekuensi audio.
Muka Surat / Page : 28
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(1/2)
Drpd / of : 28

Kaedah mengesan kerosakan.


i. Pemerhatian dengan pancaindera melihat fizikal komponen jika ada yang
hangus atau sebagainya dan menghidu jika ada komponen yang terbakar.
ii. Suntikan isyarat menggunakan penjana isyarat yang betul mengikut litar atau
peringkat yang diuji gambarrajah 12. Bunyi nada (tone) 1KHz akan berbunyi di
pembesar suara jika peringkat yang diuji dalam keadaan normal.
iii. Surihan isyarat menggunakan osiloskop untuk melihat kehadiran isyarat
gambarajah 13.
iv. Sukatan voltan menganalisa voltan dan membandingkan voltan sebenar dan
voltan ketika litar dalam keadaan rosak.
v. Sukatan rintangan menentukan komponen dan jenis kerosakan.

Gambarajah 18 : Kaedah suntikan isyarat

Gambarajah 19 : Kaedah surihan isyarat


Muka Surat / Page : 29
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(1/2)
Drpd / of : 28

2.10 Power Amplifier


Power Amplifier merupakan peringkat sepunya (common) yang digunakan untuk
menguatkan audio-audio dari CD/DVD player, Tuner ataupun dari auxilaries
masing-masing. Jika bahagian-bahagian yang dinyatakan tadi (CD/DVD player,
Tuner) berfungsi dengan baik termasuk juga kedua-dua speaker (left dan ringt)
berada di dalam keadaan baik, ini bermakna Power Amplifier telah pincang tugas
(faulty) dan perlu diperbaiki
i. Kaedah Mengesahkan Kerosakan Amplifier:

a. Tangkalkan cable Audio In kiri dan kanan pada Power Amplifier, di dalam
keadaan bekalan kuasa dibekalkan pada Power Amplifier lakukan suntikan
1kHz audio signal dari Audio Generator ke salah satu bahagian itu (pada
input Audio In sama ada kiri atau kanan) dan lihat kesan bunyi pada speaker.
Jika tidak ada kesan bunyi berkemungkinan Power Amplifier itu pincang
tugas.

b. Tangkalkan cable Audio In kiri dan kanan pada Power Amplifier, di dalam
keadaan bekalan kuasa dibekalkan pada Power Amplifier sentuh pada
bahagian Audio In (sama ada kiri atau kanan) dan dengar kesan bunyi pada
speaker, jika bunyi hingar tidak muncul dari speaker berkemungkinan Power
Amplifier itu pincang tugas.
Muka Surat / Page : 30
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(1/2)
Drpd / of : 28

Soalan:

1. Namakan 2 peralatan menguji yang biasa digunakan dalam membaiki


peralatan elektronik.

i. ..

ii. ..

2. Apakah peranan pemancar didalam system radio.

RUJUKAN
1. http://www.myelectrical4u.blogsport.com
Muka Surat / Page : 31
NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-C04/P(1/2)
Drpd / of : 28

2. Mohd Isa Bin Idris, Sabariah Binti Haji Bohanudin, Norjah Binti Janudin, Norani
Binti Hamzah, Salwani Binti Mohd Daud (2003). Pengajian Kejuruteraan Elektrik
dan Elektronik Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, ISBN
NO. 983-62-7430-8.
3. Boylestad, Robert L,Nashelsky, Louis . 1996. Electronic Devices and circuit
theory, Sixth Edition. Prentice Hall

You might also like