You are on page 1of 1

1 APRIL 2011 - Oanitia Pendidikan Islam bersama Unit j-QAF SK Bukit Rimau melaksanakan Kem

Intervensi Literasi Al-Quran yang merupakan aktiviti pemulihan bacaan al-Quran melalui pendekatan
kaedah Iqra kepada murid-murid yang mengikuti program j-QAF di sekolah-sekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia yang masih belum menguasai Iqra 1 hingga 3. Aktiviti pemulihan ini dilaksanakan di
luar jadual waktu persekolahan dengan berpandukan modul yang dicadangkan oleh KPM.

Matlamat Kem Intervensi Literasi Al-Quran dijalankan ialah untuk memulihkan murid-murid program j-
QAF yang masih di tahap kemahiran Iqra 1 hingga 3 supaya dapat mencapai sekurang-kurangnya tahap
bacaan Iqra 4 seterusnya meneruskan bacaan selanjutnya. Murid-murid yang lambat menguasai Iqra
dikhuatiri gagal mengikuti Kelas Khatam Al-Quran dan mencapai matlamat khatam sekiranya tidak
dilaksanakan kem ini melalui pendekatan pemulihan. Melalui kem ini juga akan meningkatkan tahap
dan kualiti bacaan murid melalui kaedah talaqqi dan musyafahah.

Kem Intervensi Literasi Al-Quran dicadangkan dilaksanaakan 16 jam iaitu setiap 1 jam sebelum/selepas
waktu Tasmik. 10 Jam dicadangkan untuk Buku Iqra 1 dan 2 manakala 6 jam untuk Buku Iqra 3. Kem
ini dicadangkan dilaksanakan sebanyak 3 siri seperti jadual di bawah:

BIL TAHUN KEM 1 KEM 2 KEM 3 CATATAN


1 Tahun 1 Mac - April Jun - Julai Sep - Okt
2 Tahun 2 Mac - April Jun - Julai Sep - Okt
3 Tahun 3 Mac - April Jun - Julai Sep - Okt
4 Tahun 4 Mac - April Jun - Julai Sep - Okt

You might also like