You are on page 1of 27

JADUAL BERKALA UNSUR

1 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Antoine Lavoiser (1743 1794) merupakan ahli sains yang
telah mengelaskan bahan-bahan kepada logam dan bukan
logam.
Walau bagaimanapun, pengelasannya tidak berjaya kerana
cahaya, haba dan beberapa sebatian yang lain turut dianggap
sebagai unsur.
Pada tahun 1829, Johann Dobereiner telah membahagikan
unsur-unsur kepada kumpulan.
Setiap kumpulan mengandungi tiga unsur dengan sifat kimia
yang serupa yang dikenali sebagai triad Dobereiner.

2 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Pada tahun 1864, John Newlands telah menyusun unsur
mengikut tertib menaik jisim atom. Beliau telah
mengenalkan Hukum Oktaf iaitu sifat yang serupa berulang
pada setiap unsur kelapan dalam susunannya.
Malangnya Hukum Oktaf gagal kerana hanya dipatuhi oleh 17
unsur yang pertama.
Pada tahun 1870, Lothar Meyer telah memplot graf isi padu
atom melawan jisim atom bagi semua unsur yang wujud
ketika itu.

3 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Beliau berjaya menunjukkan bahawa sifat unsur dapat
membentuk suatu corak berkala terhadap jisim atomnya.
Pada tahun 1869, Dmitri Mendeleev menyusun unsur
mengikut tertib menaik jisim atom dan mengelaskannya
mengikut sifat kimia yang serupa.
Beliau meninggalkan ruang kosong dalam jadualnya bagi
unsur-unsur yang belum ditemui dan mampu meramalkan
sifat-sifat unsur ini.
Pada tahun 1914, Henry J. G. Moseley telah membuat kajian
spektrum sinar-X bagi unsur.

4 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Beliau telah menyusun semula unsur mengikut tertib menaik
nombor proton dalam Jadual Berkala Unsur dan sekali gus
mengesahkan penemuan Mendeleev.

5 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Jadual Berkala Unsur moden ialah satu kaedah menyusun
unsur-unsur mengikut tertib menaik nombor proton.
Struktur asas Jadual Berkala Unsur ialah pembahagian
kepada lajur menegak dan baris mendatar.
Lajur menegak dipanggil Kumpulan dan dinombor dengan 1
hingga 18.
Nombor kumpulan bagi sesuatu unsur bergantung pada
bilangan elektron valens atom unsur tersebut.
Baris mendatar dipanggil Kala dan di nombor dengan 1
hingga 7.
6 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun
Nombor kala bagi sesuatu unsur bergantung pada bilangan petala
berisi elektron atom unsur tersebut.
Logam terletak di sebelah kiri manakala bukan logam terletak
disebelah kanan Jadual Berkala Unsur.
Saiz atom dan sifat kelogaman unsur-unsur semakin bertambah
semasa menuruni kumpulan.
Saiz atom dan sifat kelogaman unsur-unsur semakin berkurang
semasa merentas kala dari kiri ke kanan.
Keelektropositifan unsur bertambah semasa menuruni
kumpulan.
Keelektronegatifan unsur bertambah semasa merentas kala dari
kiri ke kanan.
7 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun
8 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun
Unsur unsur Kumpulan 18 terdiri daripada helium, neon, argon,
kripton, xenon dan radon. Unsur-unsur ini dinamakan gas adi.
Gas adi mempunyai saiz atom yang kecil, tidak berwarna pada suhu dan
tekanan bilik serta mempunyai takat lebur, takat didih dan ketumpatan
yang rendah.
Petala terluar setiap unsur Kumpulan 18 diisi penuh dengan elektron.
Atom helium, He mempunyai dua elektron valens iaitu susunan elektron
duplet.
Gas-gas adi yang lain mempunyai lapan elektron valens iaitu susunan
elektron oktet.
Susunan-susunan elektron ini sangat stabil dan menjadikan gas-gas adi
tidak reaktif atau lengai secara kimia.
Gas-gas adi tidak perlu menerima, melepaskan atau berkongsi elektron
dengan unsur-unsur lain.

9 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Unsur-unsur Kumpulan 1 terdiri daripada litium, natrium,
kalium, rubidium, sesium dan fransium.
Unsur-unsur ini dikenali logam alkali.
Unsur kumpulan 1 adalah lembut, konduktor haba dan
elektrik yang baik, berwarna kelabu dan berkilau bagi
permukaan yang baharu dipotong, serta mempunyai takat
lebur, takat didih dan ketumpatan yang rendah.

10 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Semasa menuruni Kumpulan 1:
Saiz atom semakin bertambah kerana petala berisi elektron
semakin bertambah
Kereaktifan bertambah
Takat lebur dan takat didih berkurang
Ketumpatan meningkat

11 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Setiap atom logam unsur Kumpulan 1 mempunyai satu
elektron valens.
Semasa tindak balas kimia, elektron valens akan dilepaskan
untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil dan
membentuk ion bercas +1.

12 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Logam alkali bertindak balas dengan air secara cergas
menghasilkan larutan hidroksida logam yang beralkali dan gas
hidrogen, H2.
Contoh:
2Li(p) + 2H2O(ce) 2LiOH(ak) + H2(g)
2Na(p) + 2H2O(ce) 2NaOH(ak) + H2(g)
2K(p) + 2H2O(ce) 2KOH(ak) + H2(g)

13 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Logam alkali terbakar dalam gas oksigen, O2 menghasilkan
pepejal putih oksida logam.
Contoh:
4Li(p) + O2(g) 2Li2O(p)
4Na(p) + O2(g) 2Na2O(p)
4K(p) + O2(g) 2K2O(p)

14 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Pepejal oksida logam yang terhasil larut di dalam air untuk
membentuk larutan hidroksida logam yang beralkali.
Larutan ini mengubah warna penunjuk fenolftalein daripada
merah jambu kepada tak berwarna.
Contoh:
Li2O(p) + H2O(ce) 2LiOH(ak)
Na2O(p) + H2O(ce) 2NaOH(ak)
K2O(p) + H2O(ce) 2KOH(ak)

15 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Logam alkali terbakar dalam gas klorin, Cl2 untuk
membentuk pepejal putih klorida logam.
Contoh:
2Li(p) + Cl2(g) 2LiCl(p)
2Na(p) + Cl2(g) 2NaCl(p)
2K(p) + Cl2(g) 2KCl(p)

16 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Unsur-unsur Kumpulan 17 (halogen) terdiri daripada:
Fluorin
Klorin
Bromin
Iodin
Astatin

17 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Apabila menuruni Kumpulan 17:
Saiz atom semakin bertambah kerana petala berisi elektron
semakin bertambah
Kereaktifan berkurang
Takat lebur dan takat didih meningkat
Ketumpatan meningkat
Warna semakin gelap

18 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Setiap atom halogen mempunyai tujuh elektron valens.
Semasa tindak balas kimia, atom halogen akan menerima satu
elektron untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil
dan membentuk ion bercas -1.

19 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Halogen bertindak balas dengan air untuk membentuk dua
jenis asid.
Contoh:
Cl2(ak) + H2O(ce) HOCl(ak) + HCl(ak)
Br2(ak) + H2O(ce) HOBr(ak) + HBr(ak)
I2(ak) + H2O(ce) HOI(ak) + HI(ak)

20 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Halogen bertindak balas dengan larutan natrium hidroksida,
NaOH membentuk natrium halida, natrium halat(I) dan air.
Contoh:
Br2(p) + 2NaOH(ak) NaBr(ak) + NaOBr(ak) + H2O(ce)
I2(p) + 2NaOH(ak) NaI(ak) + NaOI(ak) + H2O(ce)

21 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Halogen dalam keadaan gas bertindak balas dengan ferum
yang panas untuk membentuk ferum (III) halida.
Contoh:
3Cl2(g) + 2Fe(p) 2FeCl3(p)
3Br2(g) + 2Fe(p) 2FeBr3(p)
3I2(p) + 2Fe(p) 2FeI3(p)

22 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Merentas Kala 3 pada Jadual Berkala Unsur dari kiri ke
kanan:
Nombor proton bertambah daripada satu unsur ke unsur yang
berikutnya
Semua atom unsur mempunyai 3 petala yang berisi elektron
Bilangan elektron valens bertambah dari 1 hingga 8
Semua unsur wujud sebagai pepejal kecuali klorin dan argon
yang merupakan gas
Jejari dan saiz atom unsur semakin berkurang
Keelektronegatifan unsur semakin bertambah disebabkan daya
tarikan nukleus terhadap elektron valens bertambah kuat

23 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Semasa merentas Kala 3 dari kiri ke kanan:
Unsur-unsur berubah daripada pepejal kepada gas
{Na, Mg, Al, Si, P, S,} {Cl, Ar}
Pepejal Gas
Unsur-unsur berubah daripada logam kepada separuh logam
(metaloid) dan kemudian bukan logam.
{Na, Mg, Al,} {Si,} {P, S, Cl, Ar}
Logam Separuh logam Bukan logam
Oksida bagi unsur-unsur berubah daripada bes kepada
amfoterik dan kemudian asid.
{Na2O, MgO,} {Al2O3,} {SiO2, P4O10, SO2, Cl2O7}
Oksida bes Amfoterik Oksida asid

24 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Unsur-unsur peralihan berada dalam Kumpulan 3 hingga
Kumpulan 12 pada Jadual Berkala Unsur.
Contoh unsur peralihan ialah:
Titanium
Tungsten
Ferum
Nikel
Kuprum
Kromium

25 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


logam
pepejal
konduktor
haba dan permukaan
elektrik berkilat
yang baik

SEMUA
UNSUR
mempunyai PERALIHAN
takat lebur
mulur
dan takat
didih tinggi

mempunyai
kekuatan boleh
regangan ditempa
tinggi

26 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun


Membentuk ion
atau sebatian yang
berwarna

SIFAT
ISTIMEWA
UNSUR
PERALIHAN
Menunjukkan
Bertindak sebagai
pelbagai nombor
mangkin dalam
pengoksidaan
tindak balas kimia
dalam sebatiannya

27 Blog: cikgu-lan.blogspot.com Facebook: azlanbudun

You might also like