You are on page 1of 8

Sukan olimpik

4tahun sekali

Sukan asia

Temasya Sukan Asia yang mula diperkenalkan pada tahun 1951 di New Delhi adalah
merupakan temasya yang diadakan setiap 4 tahun sekali di mana temasya ini dianjurkan oleh
Majlis Olimpik Asia (OCA). Cetusan bagi mengadakan temasya sukan di kalangan negara-
negara Asia bermula pada tahun 1948 apabila 13 buah negara perwakilan Asia menyertai
Sukan Olimpik di London.

Sukan Asia telah berkembang dengan pesatnya sehingga menjadi temasya kedua terbesar di
dunia selepas Sukan Olimpik dari segi bilangan jenis sukan yang dipertandingkan. Bermula
dari 6 jenis sukan, 11 buah negara dan 489 atlet, kini ianya telah meningkat kepada 38 jenis
sukan dan 44 buah negara OCA pada Sukan ASIA ke XIV, di Busan 2002.

Malaysia mula mengambil bahagian sejak tahun 1954 dan dikenali sebagai Malaya pada ketika
itu. Secara amnya, di temasya Sukan Asia 1994, kontinjen negara menyertai 17.51% diikuti
24.66% acara di Sukan Asia 1998 daripada jumlah keseluruhan acara yang
dipertandingkan. Walau bagaimanapun, pada Sukan Asia XVI, di Guangzhou, Malaysia telah
mengambil bahagian dalam 186 acara daripada jumlah 476 acara yang dipertandingkan dan ini
adalah merupakan penyertaan acara terbesar kontinjen Malaysia ke Sukan Asia.

Walaupun Malaysia sudah menyertai Sukan Asia pada tahun 1954, namun pungutan pingat
negara hanya bermula di Sukan Asia III, 1958 di Tokyo, Jepun. Berikut merupakan rumusan
penyertaan dan prestasi kontinjen negara di temasya Sukan Asia.

Sukan komenwel

Temasya Sukan Komanwel yang mula diperkenalkan sejak tahun 1930 adalah merupakan
temasya yang kedua pentingnya selepas Sukan Olimpik diadakan setiap 4 tahun sekali di mana
temasya ini dianjurkan oleh Persekutuan Sukan Komanwel (CGF). Temasya ini
mempertemukan kesemua negara bekas jajahan British dari 5 buah benua.
Malaysia mula mengambil bahagian sejak tahun 1950 melalui nama Malaya pada ketika itu di
mana kejohanan tersebut dikenali dengan nama British Empire Games. Pada tahun tersebut
sebanyak 2 pingat emas, 1 perak dan 1 gangsa telah dimenangi yang kesemuanya melalui
sukan Angkat Berat.

Sejak tahun 1950 sehingga 1990 hanya 2 sukan yang menyumbangkan pingat kepada negara
iaitu Angkat Berat dan Badminton secara berasingan. Tahun 1994 merupakan pertama kali
kedua-dua sukan tersebut menyumbangkan pingat bersama-sama. Sukan Komanwel 1994
menyaksikan kontinjen negara memperolehi 7 pingat iaitu 2 pingat emas, 3 perak dan 2 gangsa
iaitu 6 pingat dari acara badminton dan 1 dari sukan angkat berat. Dengan kutipan 7 pingat
tersebut menjadikan jumlah keseluruhan yang telah berjaya diperolehi sejak tahun 1950 adalah
sebanyak 36 pingat.

Kuala Lumpur 98 bukan sahaja telah berjaya dianjurkan oleh negara dengan cemerlang tetapi
lebih membanggakan ialah kejayaan para atlet negara mencipta sejarah dengan menduduki
tempat keempat keseluruhan di antara 70 buah negara anggota Komanwel. Kontinjen Malaysia
telah berjaya memperolehi 10 pingat emas, 14 perak dan 12 gangsa yang berjumlah 36
kesemuanya dan ini telah menyamai keseluruhan pingat yang diperolehi sejak dari tahun 1950
hingga 1994.

Prestasi atlet negara di Sukan Komanwel meningkat dengan jumlah pungutan pingat bertambah
dari satu temasya ke temasya berikutnya. Di Sukan Komanwel Melbourne 2006, kontinjen
negara memperolehi 7 pingat emas menerusi sukan badminton (4), boling padang (2) dan satu
dari angkat berat. Antara penyumbang pingat emas berkenaan adalah pemain badminton Dato
Lee Chong Wei, atlet angkat berat Mohd Faizal dan Siti Zalina Ahmad (boling padang).

Pada Sukan Komanwel New Delhi 2010 pula, atlet negara melepasi sasaran yang ditetapkan
apabila memungut 12 pingat emas, pencapaian terbaik negara pada temasya berkenaan.
Empat pingat emas disumbangkan menerusi badminton, menembak (dua), angkat berat (dua)
dan masing-masing pingat emas dari sukan berbasikal, akuatik terjun, gimrama dan skuasy.

Sukan sea

Temasya Sukan SEA/SEAP adalah merupakan temasya sukan dwi tahunan yang
dipertandingkan di antara negara-negara anggota Persekutuan Sukan SEA (SGF). Sebanyak
sepuluh (10) negara menjadi anggota dan temasya ini juga turut menjemput Negara Timor
Leste untuk turut mengambil bahagian.

Temasya ini telah dianjurkan sejak tahun 1959 yang dikenali sebagai Sukan SEAP telah
ditukarkan nama kepada Sukan SEA apabila Indonesia, Brunei Darussalam dan Filipina
menganggotai SGF pada tahun 1977. Temasya ini telah dianjurkan secara bergilir-gilir di antara
negara-negara SGF.

Prestasi kontinjen negara di temasya-temasya Sukan SEA seringkali menjadi bualan ekoran
dari tidak konsistennya pencapaian kontinjen negara di temasya-temasya tersebut. Ini adalah
kerana temasya Sukan SEA seringkali dijadikan sebagai temasya untuk memperkenalkan dan
mempertandingkan sukan-sukan yang memberi kelebihan kepada negara tuan rumah. Justeru
itu, bagi temasya-temasya yang mempertandingkan sukan-sukan yang tidak menyebelahi
kontinjen negara, maka pencapaian dan prestasi kontinjen akan tidak memberangsangkan.

[table not found /]

Sukan Sea 2001 pasti akan menjadi ingatan bukan sahaja kerana Kuala Lumpur menjadi tuan
rumah tetapi juga kerana pencapaian 111 pingat emas yang diraih oleh atlet negara pungutan
tertinggi pembabitan kontinjen negara di temasya dwitahunan rantau ini. Pada temasya 2001
itu, kontinjen negara juga mencatat 75 pingat perak dan 85 gangsa dan peningkatan terus
dicatat oleh atlet negara pada temasya Sukan Sea seterusnya.

Sukan Sea Vietnam 2003 menyaksikan Malaysia memungut 43 pingat emas diikuti dengan 61
pingat emas di temasya Manila 2005. Namun pencapaian terbaik negara di luar Kuala Lumpur
ialah di Sukan Sea Korat 2007 apabila meraih 68 pingat emas, 52 perak dan 96 gangsa.

Sukan Sea Laos 2009 pula dikenang kerana pencapaian skuad bola sepak negara
menamatkan penantian kilauan pingat emas selama 20 tahun dengan memenangi ibu segala
pingat emas temasya berkenaan. Secara keseluruhan jumlah pungutan pingat emas merosot
kepada 40 pingat emas sahaja kerana kurangnya jumlah sukan yang dipertandingkan selain
tuan rumah mempertaruhkan banyak jenis sukan tempatan.

Sukan Sea Indonesia 2011 pula menyaksikan negara memungut 58 pingat emas dan paling
menggembirakan ialah apabila berjaya mempertahankan pingat emas sukan bola sepak,
apabila menewaskan pasukan tuan rumah di final.
Temasya Sukan Sea, Nay Pyi Taw, kontinjen negara telah melepasi sasaran dengan meraih 43
pingat emas, 38 perak dan 77 gangsa. Malaysia kehilangan 28 pingat emas ekoran daripada
pihak tuan rumah yang tidak mempertandingkan sukan-sukan yang menjadi kekuatan kontinjen
Malaysia.

Sukma

Sukan Malaysia (SUKMA) dipertandingkan secara dwi-tahunan yang merupakan


kejohanan temasya yang terbesar dan berprestij di negara ini. Kejohanan ini diadakan
berselang-seli dengan Sukan SEA bagi tujuan mencungkil bakat-bakat baru atlet yang
berpotensi tinggi untuk mewakili negara.

Sukan Malaysia terbit daripada cadangan yang diketengahkan oleh YB. Saudara Anwar
Ibrahim, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan ketika itu pada tahun 1983. Pada mulanya
ia hanya melibatkan sukan tennis, ping pong, lumba basikal, olahraga dan bola tampar,
tetapi oleh kerana sambutan yang menggalakkan, maka jenis dan bilangan sukan telah
ditambah.

Konsep Sukan Malaysia adalah untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu di kalangan
masyarakat yang berbilang kaum sama ada di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
SUKMA juga mengamalkan konsep pensyarikatan Malaysia di mana pengelolaan akan
melibatkan pihak kerajaan, badan-badan Sukan, Majlis Sukan Negara Malaysia dan pihak
swasta dari segi penajaannya.

Penyertaannya peringkat awal dibuka untuk peserta berumur 21 tahun ke bawah, bagi atlet-
atlet yang tidak berada di dalam Program Jaya 98 (iaitu program penyediaan atlet untuk Sukan
Komanwel 1998) manakala atlet-atlet di dalam Program Jaya 98 tiada had umur dikenakan.
Semua penyertaan adalah mengikut Majlis Sukan Negeri-Negeri dan Majlis-Majlis Sukan
Tentera, Polis, Universiti, manakalan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia adalah sebagai
kontinjen jemputan.

Sukan Malaysia kali pertama dan kedua telah diadakan sekitar Lembah Klang di mana Majlis
Sukan Negara Malaysia menjadi pengelolanya. Sukan Malaysia ketiga dan seterusnya telah
ditawarkan kepada negeri-negeri untuk menjadi tuan rumah. Pada satu peringkat tuan rumah
ditentukan secara bida sebagaimana temasya-temasya Sukan antarabangsa yang lain. Selepas
kajian dibuat dan dengan mengambilkira kos yang terpaksa dibelanjakan oleh negeri-negeri
yang berkeinginan untuk tuan rumah dalam proses bida ini telah meningkat dengan begitu
ketara, keputusan baru telah dibuat dengan memberhentikan proses bida dan telah digantikan
dengan proses penggiliran mengikut zon.

Sukan Malaysia sudah menjadi medium yang penting dalam menaikkan nama negeri dalam
arena Sukan dewasa ini. Kerajaan Negeri telah bersedia untuk membelanjakan peruntukan
yang besar bagi persiapan kontinjen, penyertaannya termasuk juga pemberian ganjaran
kemenangan dalam konteks Sukan Malaysia hari ini.

Kos untuk mengelolakan temasya ini juga kian kali kian meningkat dengan begitu besar, apa
lagi setiap negeri yang menjadi tuan rumah ingin menjadi penganjur yang terbaik setiap kali
menjadi tuan rumah. Kepentingan yang tinggi tersebut telah mengenepikan soal kos yang
hanya menjadikan keutamaan kedua. Setiap kali SUKMA baru akan bermula setiap kali itu pula
resolusi-resolusi dan peraturan-peraturan baru diimplimentasikan bagi memenuhi keperluan
semasa. Sebahagiannya daripada perubahannya tidak untuk tujuan jangka panjang atau untuk
kebaikan pembangunan Sukan secara kekal, tetapi lebih kepada kebaikan pengurusan
pertandingan semasa atau disebabkan kepentingan tertentu dan ianya tidak konsisten.

Walaupun begitu, Negeri Terengganu telah menjadi penganjur yang pertama yang tidak
mengambil kesempatan kepada situasi ini dalam menjadikan penganjur kejohanan yang paling
berintegriti. Malah telah dibuktikan sepanjang temasya berjalan Jawatankuasa Juri Rayuan
Induk dan Jawatankuasa Disiplin tidak perlu dipanggil bersidang walau sekalipun untuk
menyelesaikan sebarang kes teknikal. Ketelusan tuan rumah dalam pengadilan dibuktikan lagi
contohnya dalam satu Sukan subjektif Pencak Silat, peserta tuan rumah telah tewas dengan
0.05 mata, yang kalau kemenangan diberi kepada peserta ini pun, tidak akan timbul isu yang
besar, namun tuan rumah tetap tidak mendesak untuk merubah atau mempengaruhi keputusan
tersebut malah menerimanya secara gentlemen. Sebahagian besar kemenangan atlet tuan
rumah datangnya melalui acara-acara dari measurable sports yang tidak boleh dipertikaikan
keputusannya.

Keputusan pertandingan bagi semua sukan dan di semua venue dapat dilayari dalam internet
secara on-line dan juga diperolehi secara hard copies di semua premis yang telah ditetapkan
dengan cepat dan memenuhi sasaran masa tidak lebih daripada tiga (3) minit selepas tamat
satu-satu perlawanan. Keputusan juga dikeluarkan secara pertandingan, harian dan keputusan
penuh di hari akhir setiap pertandingan. Setiap kontinjen, pengurus pasukan, organisasi,
persatuan sukan dan jabatan berkaitan mendapat set keputusan lengkap termasuk dalam
bentuk CD sebelum masing-masing berlepas pulang. Perkara ini merupakan satu kekuatan
dalam pengelolaan SUKMA kali ini yang telah mendapat pujian daripada semua pihak termasuk
media. Maklumat di dalam laman web rasmi juga lengkap sehinggakan pihak media serta
juruacara tidak perlu meminta maklumat tambahan lagi daripada seketariat untuk tujuan bahan
liputan mereka. Ini pertama kali dalam sejarah SUKMA semua pegawai terlibat termasuk
pengurus pasukan dapat membawa balik keputusan lengkap yang memungkinkan mereka
membuat penganalisaan pasukan masing-masing dengan lebih tepat. Sebelum ini pengurus
pasukan akan membawa balik keputusan bagi atlet-atlet mereka yang bertanding sahaja.

Pada 27 Mei 2010, Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) telah memutuskan
bahawa penghormatan pengelolaan Sukan Malaysia (SUKMA) haruslah diamanahkan kepada
semua negeri secara bergilir-gilir pada tahun-tahun genap. Pengelolaan Sukan Malaysia
(SUKMA) akan dikelolakan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia pada tahun ganjil bermula pada
tahun 2011. Pengelolaan setiap tahun bertujuan memberi peluang kepada semua jenis sukan
untuk bertanding di Sukan Malaysia dan membantu membangunkan sukan secara menyeluruh.

Pra syarat Sukan Malaysia, sukan pilihan yang disenaraikan perlu mengadakan kejohanan
remaja dan kebangsaan bagi memastikan semua Persatuan Sukan mampu mengelolakan
pertandingan. Pengelolaan Sukan Malaysia setiap tahun mendatangkan manfaat kepada
pembangunan sukan bagi memantapkan struktur pengurusannya. Persatuan Sukan
Negeri/Kebangsaan turut aktif dengan melaksanakan program-program pembangunan sukan
bagi penyediaan atlet.

Pengelolaan Sukan Malaysia setiap tahun mendatangkan kepada pembangunan sukan bagi
memantapkan struktur pengurusannya. Persatuan Sukan Negeri/Kebangsaan turut aktif dengan
melaksanakan program-program pembangunan sukan bagi penyediaan atlet.

Kalau dilihat dalam kontek pembangunan sukan jangka panjang, masih banyak ruang yang
boleh dipertingkatkan lagi. Sokongan kerajaan-kerajaan negeri mungkin lebih membantu
kecemerlangan sukan negara melalui SUKMA amnya jika bantuan ini disalurkan berterusan
sepanjang dua tahun persiapan, bukan secara praktik masa kini kebanyakan negeri-negeri
membuat persiapan setahun sebelum dan bagi negeri-negeri yang kurang peruntukan
kewangan , bantuan hanya dapat disalurkan enam bulan sebelum, malah lebih teruk daripada
itu ada negeri yang menyediakan pasukan SUKMA mereka tiga bulen sebelum. Ini bermakna
tumpuan kepada persiapan atlet dalam persiapan SUKMA masih dikira latihan bermusim dan
bukan latihan jangka panjang yang berstruktur.

Sukan paralimpik

Sukan Paralimpik merupakan peringkat tertinggi pencapaian dalam sukan di kalangan OKU
yang diadakan setiap empat tahun sekali dan setiap atlet perlu melalui proses kelayakan yang
telah ditetapkan sebelum layak untuk bertanding.

Kontinjen negara mula menyertai temasya paralimpik ini sejak tahun 1984 di Seoul, Korea
Selatan. Selepas ini Malaysia telah berjaya menempatkan beberapa atlet untuk bertanding di
temasya ini pada setiap kali diadakan.

Sukan paraasia

Temasya sukan ini diadakan setiap EMPAT tahun khusus untuk atlet-atlet Orang Kurang Upaya
(OKU) di benua Asia. Temasya ini dulunya dikenali sebagai FESPIC GAMES, telah
ditukarkan kepada ASIAN PARAGAMES bermula tahun 2010 ke arah menjadikan temasya
sukan ini lebih kompetetif dan berstruktur. Setiap atlet yang akan bertanding mestilah melepasi
had kelayakan minima yang ditetapkan oleh Asian Paralympic Committee (APC) dan Pihak
penganjur iaitu Guangzhou Asian Para Games Organizing Committee (GAPGOC).

Sejak sukan ini mula diperkenalkan pada tahun 1975, kontinjen Paralimpik Malaysia tidak
pernah ketinggalan untuk mengambil bahagian.

Sukan paraasean

Temasya Sukan Para ASEAN mula dianjurkan pada 2001 dan merupakan temasya sukan terbesar yang
dianjurkan oleh negara-negara Asean untuk golongan orang kurang upaya (OKU). Temasya Sukan Para
ASEAN ini biasanya diadakan selepas dua minggu tamatnya temasya Sukan SEA di negara yang sama
iaitu negara yang menganjurkan temasya Sukan SEA. Temasya ini dianjurkan secara bergilir-gilir di
antara negara-negara yang di bawah Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) dan merupakan temasya
kali yang ke 4 diadakan.

Karnival Remaja Kebangsaan


Sirkit Remaja Kebangsaan ini telah mula dilaksanakan pada tahun 2001 lagi di era program tunas
cemerlang dan sukan teras. Kesinambungan program ini telah dijalankan sehingga sekarang
menerusi program Pelapis seperti Karnival Remaja Kebangsaan dan Sirkit Remaja Kejohanan di
mana penganjuran diselaraskan oleh Pihak Cawangan Pengurusan Acara.

Bermula pada tahun 2008, pihak Majlis telah menganjurkan satu program kejohanan yang
dinamakan Karnival Pelapis Negeri di mana ia dianjurkan sebanyak 2 kali dalam setahun.
Pengelolaan kejohanan ini memberikan hak penganjuran sebagai tuan rumah kepada setiap
negeri di Semenanjung Malaysia.

Pada tahun 2012 Karnival Pelapis Negeri ini telah diubah nama kepada Karnival Remaja
Kebangsaan yang mana akan memberikan lebih banyak impak kepada atlet yang menyertai
karnival ini.

Objektif
1. Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan ini akan menambahkan lagi pentas persaingan di
antara atlet di pusat-pusat latihan pelapis negeri.
2. Penganjuran Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan ini diadakan sebagai medan untuk
menilai prestasi atlet-atlet terbaik yang menjalani latihan di Pusat-Pusat Latihan Negeri
(PLN) Program Pelapis Negeri seluruh negara yang dijangka melibatkan para atlet
berumur 12 hingga 21 tahun.
3. Penganjuran Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan ini juga adalah untuk memberikan
peluang tambahan serta pendedahan pertandingan yang lebih kepada atlet-atlet melalui
pengelolaan sukan-sukan spesifik berprestasi tinggi.

Penyertaan bagi Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan ini adalah tertumpu kepada peringkat
pembangunan iaitu sekitar 12 tahun hingga 21 tahun mengikut sukan yang dipertandingkan.
Terdapat juga sukan yang melibatkan peringkat umur lebih rendah di bawah umur 12 tahun iaitu
sukan Gimrama dan Gimnastik Artistik. Semua penyertaan bagi program ini adalah diwajibkan
kepada program pelapis negeri yang mempunyai pusat latihan di negeri. Akan tetapi, bagi pihak
Majlis Sukan Negeri yang mempunyai atlet di bawah peringkat umur turut dialu alukan
penyertaan bagi menambahkan lagi persaingan.

Bagi Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan, penyertaan akan dibuat melalui pihak Majlis yang
mana pihak Majlis adalah pemegang kuasa bagi setiap penganjuran kejohanan yang dibuat.
Tetapi, pihak majlis akan menyerahkan pengelolaan pertandingan jika Pihak Majlis menawarkan
mana-mana negeri bagi menjadi Tuan Rumah.

You might also like