You are on page 1of 15

Draf versi 1.

PROGRAM DWIBAHASA

DUAL LANGUAGE PROGRAMME

Definisi:
a) DLP
Program yang memberi pilihan kepada sekolah untuk menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya
dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran Sains, Matematik dan mata pelajaran
Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang lain.
b) Sekolah DLP
Sekolah yang telah mendapat kelulusan untuk melaksanakan PdP dalam bahasa Inggeris bagi mata
pelajaran Sains, Matematik dan mata pelajaran STEM yang lain.
c) Guru DLP
Guru Sains, Matematik dan mata pelajaran STEM yang mengajar mata pelajaran tersebut dalam
bahasa Inggeris sepenuhnya.
d) Kelas DLP
Kelas yang melaksanakan PdP dalam bahasa Inggeris sepenuhnya bagi mata pelajaran Sains,
Matematik dan mata pelajaran STEM yang lain.

1
Draf versi 1.0

e) Murid DLP
Murid yang mengikuti PdP mata pelajaran Sains, Matematik dan mata pelajaran STEM yang lain
dalam bahasa Inggeris sepenuhnya dengan kebenaran ibu bapa.
f) Mata pelajaran terlibat dalam DLP
Mata pelajaran yang diajar dalam bahasa Inggeris iaitu mata pelajaran Sains, Matematik dan mata
pelajaran STEM yang lain.

SOALAN LAZIM
No. Soalan Jawapan
Dasar Apakah yang dimaksudkan Dual Language Programme (DLP) adalah program yang
dengan Dual Language diperkenalkan di bawah dasar Memartabatkan Bahasa
Programme (DLP)? Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang
memberi pilihan kepada sekolah-sekolah yang memenuhi
kriteria untuk mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran
dalam bahasa Inggeris sepenuhnya selain daripada bahasa
Malaysia bagi mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi
Maklumat dan Komunikasi, serta Reka Bentuk dan Teknologi.

Dasar Bagaimana DLP menyokong Selaras dengan aspirasi PPPM agar murid menguasai
dasar pendidikan? kemahiran dwibahasa, DLP memberi peluang kepada murid
untuk mengguna pakai bahasa Inggeris melalui mata pelajaran
Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, serta
Reka Bentuk dan Teknologi. DLP membolehkan masyarakat
Malaysia meningkatkan akses bagi penerokaan pelbagai ilmu
untuk bersaing di peringkat global.
2
Draf versi 1.0

Dasar Adakah ini satu cara berbalik Tidak. DLP adalah satu program pengukuhan bahasa Inggeris
kepada dasar Pengajaran dan berasaskan pilihan sekolah, manakala PPSMI adalah suatu
Pembelajaran Sains dan dasar yang dilaksanakan di semua sekolah.
Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI)? Dasar MBMMBI diperkenalkan untuk memastikan murid boleh
menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih
dan betul. Di bawah dasar MBMMBI, Kementerian mengambil
langkah untuk mengukuhkan lagi penguasaan bahasa dengan
memperkenalkan 23 program. Kini, Kementerian
memperkenalkan 2 program baharu iaitu Program Imersif
Tinggi (Highly Immersive Programme, HIP) dan Program
Dwibahasa (Dual Language Programme, DLP).

Langkah ini akan meningkatkan pendedahan terhadap bahasa


Inggeris bagi memperkukuh kemahiran berbahasa Inggeris.
Dengan pelaksanaan DLP, Kementerian akan menilai sekolah
yang mempunyai keupayaan dan sumber yang sedia ada
dengan sewajarnya untuk memastikan keberkesanan program
ini bagi sekolah-sekolah yang terlibat.

Murid Sekiranya murid telah Sekolah digalakkan untuk membantu murid dengan
mempelajari mata pelajaran DLP menjalankan program transisi khususnya murid Tahun 4 dan
dalam bahasa Melayu pada Tingkatan 1 yang baru menyertai DLP.
tahap persekolahan terdahulu,
adakah ianya sukar bagi mereka Contohnya, pihak sekolah boleh mengadakan program OPSME
untuk mempelajari mata untuk membiasakan murid dengan istilah-istilah pengajaran
pelajaran tersebut dalam bahasa dan pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.
Inggeris pada tahap
persekolahan seterusnya?
3
Draf versi 1.0

Dasar Tidakkah kelas bahasa Inggeris Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa tempoh
mencukupi untuk meningkatkan pendedahan yang lebih lama berbanding kadar semasa (15-
kemahiran berbahasa Inggeris? 20%) diperlukan untuk murid menguasai bahasa Inggeris
(PPPM).

DLP mendedahkan murid kepada masa pengajaran dan


pembelajaran yang lebih lama dari kadar semasa yang
diperuntukkan untuk dalam mata pelajaran bahasa Inggeris.

Dasar Adakah semua sekolah Sekolah diupayakan untuk membuat pilihan berdasarkan
diwajibkan untuk melaksanakan kriteria yang telah digariskan. Sekolah boleh mengemukakan
DLP? permohonan kepada PPD dan JPN. Pelaksanaan DLP adalah
tertakluk kepada kelulusan Kementerian berlandaskan
kesediaan sekolah.

Sekolah Apakah kriteria pelaksanaan DLP Sekolah perlu memenuhi kriteria berikut untuk memohon
yang perlu dipenuhi? melaksanakan DLP:

I. Sumber yang mencukupi;


II. Kesediaan Pengetua/ Guru Besar dan guru untuk
melaksanakan DLP;
III. Permintaan dan sokongan daripada ibu bapa; dan
IV. Pencapaian sekolah dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu yang menyamai atau lebih baik daripada
pencapaian purata kebangsaan

Sekolah Bagaimanakah sekolah boleh Pihak sekolah boleh memanjangkan permohonan kepada
memohon untuk melaksanakan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing. PPD akan
program DLP? menjalankan tinjauan/ pemeriksaan sewajarnya ke atas
4
Draf versi 1.0

sekolah berkenaan. Sekiranya sekolah disahkan bersedia


untuk melaksanakan program ini, permohonan tersebut akan
dimajukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri. JPN akan
memanjangkan permohonan ini kepada Bahagian Pengurusan
Sekolah Harian (BPSH) untuk penilaian terakhir dan kelulusan
KPM.

Sekolah Sekiranya sekolah tidak dipilih PGB boleh membuat rayuan kepada PPD dan rayuan akan
untuk menyertai DLP, bolehkah dipertimbangkan oleh KPM.
pihak sekolah membuat rayuan?

Sekolah Selain Sekolah Kebangsaan (SK) Sekolah Jenis Kebangsaan boleh membuat rayuan di Pejabat
dan Sekolah Menengah Pendidikan Daerah masing-masing untuk dipertimbangkan oleh
Kebangsaan (SMK), bolehkah KPM.
Sekolah Jenis Kebangsaan
(SJK) melaksanakannya DLP?

Murid Adakah murid dibenarkan untuk Ya. Pihak sekolah perlu memastikan murid tersebut terus
terus mempelajari mata pelajaran mempelajari mata pelajaran Sains, Matematik dan mata
Sains, Matematik dan mata pelajaran STEM yang lain dalam bahasa Melayu berdasarkan
pelajaran STEM yang lain dalam kemahuan ibu bapa, kerana bahasa Malaysia adalah bahasa
bahasa Melayu di sekolah yang penghantar utama di sekolah.
melaksanakan DLP?

Sekolah Bagi sekolah berenrolmen Ya, sekiranya semua ibu bapa bersetuju untuk membenarkan
rendah, saiz kelas mungkin anak mereka menyertai DLP.
kurang daripada 15 orang dan
tidak memenuhi syarat minima Sekiranya terdapat mana-mana ibu bapa yang tidak bersetuju,
untuk membuka kelas DLP. maka sekolah perlu meneruskan pengajaran dan pembelajaran
5
Draf versi 1.0

Adakah sekolah dibenarkan dalam bahasa Melayu.


untuk membuka kelas DLP?

Murid Adakah ibu bapa perlu Ya, ibu bapa perlu menandatangani surat persetujuan pada
menandatangani apa-apa surat minggu pertama persekolahan 2016.
persetujuan untuk anak mereka
menyertai program ini?

Sekolah Adakah sekolah boleh Tidak. Sekolah perlu menawarkan DLP di Tahun 1 dan Tahun
menawarkan DLP di Tahun 1 4.
dan tidak di Tahun 4?

Guru Bolehkah sesi pengajaran dan Tidak. PdP perlu dijalankan dalam satu bahasa sahaja, sama
pembelajaran DLP dijalankan ada dalam bahasa Melayu sepenuhnya ataupun bahasa
dalam kedua-dua bahasa Inggeris sepenuhnya.
(Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris)?

Sekolah Sekiranya pihak sekolah Ya, sekiranya pihak sekolah menerima persetujuan bertulis
memenuhi semua kriteria DLP daripada semua ibu bapa di kelas Tahun 1, Tahun 4 dan
dan ingin menawarkan pdp bagi Tingkatan 1.
SEMUA kelas Tahun 1, Tahun 4
dan Tingkatan 1 dalam bahasa
Inggeris, adakah ia dibenarkan?

Sekolah Jika ibu bapa mahukan DLP Sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 15 pelajar dengan
tetapi sekolah tidak berminat, kebenaran daripada ibu bapa yang berminat untuk mengikuti
apakah yang boleh dilakukan DLP, sekolah tersebut perlu cuba untuk menampung
oleh ibu bapa? permintaan itu. Pentadbir sekolah perlu mempertimbangkan
6
Draf versi 1.0

permohonan tersebut dan berbincang dengan pihak PPD dan


JPN. Perbincangan atau dialog berterusan perlu diadakan di
antara pihak sekolah, ibu bapa dan PPD untuk membuat
perancangan yang dapat memuaskan hati semua pihak.

Sekolah Bagaimana sekiranya ibu bapa Murid tidak dibenarkan menarik diri daripada program DLP.
ingin anak mereka menarik diri Keputusan murid individu untuk mengikuti kelas DLP adalah
dari DLP selepas mula mengikuti berdasarkan kemahuan ibu bapa. Ibu bapa digalakkan untuk
program ini? membuat pertimbangan serius berdasarkan kesediaan murid
dan berpandukan khidmat nasihat pihak sekolah sekiranya
perlu.

Setelah persekolahan bermula, murid tidak dibenarkan masuk


atau keluar daripada program DLP dalam pertengahan
pelaksanaan program.

Sekiranya murid ketinggalan dalam mata pelajaran akibat


penguasaan yang lemah dalam bahasa pengantar yang
digunakan, pihak ibu bapa perlu memberi kerjasama dan
membantu sekolah dalam memberikan sokongan intervensi.

Sekolah Adakah murid akan diberi Sekolah asal harus memberi khidmat nasihat kepada ibu bapa
sokongan seperti diberi program tentang risiko yang mungkin akan dihadapi oleh murid
transisi sekiranya berpindah dari sekiranya berpindah dari sekolah yang melaksanakan DLP ke
sekolah yang melaksanakan DLP sekolah yang tidak melaksanakan DLP atau sebaliknya.
ke sekolah yang tidak
melaksanakan DLP atau Sekolah yang menerima murid tersebut digalakkan untuk
sebaliknya? membantu murid menghadapi transisi ini.

7
Draf versi 1.0

Sekolah Siapakah yang perlu saya Pihak ibu bapa boleh menghubungi pihak sekolah dan sekolah
hubungi sekiranya saya ingin akan menyalurkan soalan tersebut kepada pegawai Pejabat
memperoleh maklumat lanjut? Pelajaran Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri bagi
mendapatkan maklumat lanjutan.

Selain daripada itu, pihak terlibat boleh menghubungi


DLP@padu.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkenaan
DLP.

8
Draf versi 1.0

SOALAN BERKENAAN DENGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KELAS


No. Soalan Jawapan
Sekolah Jika hanya ada guru Matematik Tidak. Setiap kelas yang menjalankan DLP mestilah
yang bersedia menjalankan DLP, menawarkan kedua-dua Sains dan Matematik dalam Bahasa
sedangkan guru Sains enggan Inggeris.
menjalankan DLP, bolehkan
sekolah menawarkan hanya
Matematik dam Bahasa Inggeris
sedangkan Sains dalam Bahasa
Melayu?

Sekolah Adakah bahan dan peralatan Tidak. Sekolah perlu menggunakan sumber sedia ada. Pihak
tambahan bagi Sains/ Matematik KPM hanya akan membekalkan buku teks, buku rujukan
akan dibekalkan bagi sekolah tambahan, DSKP, OPSME untuk kegunaan guru dan murid.
yang menjalankan DLP?

Sekolah Adakah sekolah DLP akan Tidak. Sekolah perlu menggunakan sumber sedia ada
dibekalkan dengan bahan Bantu
Mengajar seperti teaching
courseware?

Sekolah Adakah bahan sokongan Ya. Buku rujukan dalam pasaran yang dipilih oleh Kementerian
tambahan disediakan bagi akan dipilih dan dibekalkan untuk kegunaan guru sebagai
sekolah yang menjalankan DLP bahan rujukan tambahan. Ia akan dibekalkan di pusat sumber
bagi Tahun 1, Tahun 4 dan sekolah.
Tingkatan 1?

Murid Adakah semua murid yang Ya, buku teks KBSR (versi bahasa Inggeris) akan dibekalkan
9
Draf versi 1.0

menjalani DLP dibekalkan oleh pihak Kementerian kerana kandungan kurikulum yang
dengan buku teks? hampir sama.

Sekolah Adakah DSKP akan Ya, DSK, DSP dan DSKP untuk sekolah rendah akan
diterjemahkan ke dalam BI? diterjemahkan. HSP untuk tingkatan 1 telah sedia ada dalam
Bahasa Inggeris untuk kegunaan 2016

Sekolah Adakah pihak sekolah perlu Ya. Sekolah mesti menyediakan soalan yang setara untuk
menyediakan soalan dalam dwi murid DLP dalam bahasa inggeris dan untuk murid bukan
bahasa? dalam kelas DLP dalam bahasa Malaysia .

Dasar Adakah UPSR 2018 di sediakan Ya. Kertas UPSR 2018 bagi mata pelajaran Sains dan
dalam dwi bahasa? Matematik akan disediakan dalam dwi bahasa

Dasar Adakah PT3 2018 di sediakan Ya. Kertas PT3 2018 bagi mata pelajaran Sains dan Matematik
dalam dwi bahasa? akan disediakan dalam dwi bahasa

Sekolah Sekiranya murid berpindah di Boleh, sekiranya murid dan ibu bapa bersetuju untuk mengikuti
pertengahan tahun daripada program tersebut.
sekolah yang tidak menjalankan
DLP, ke sekolah yang
menjalankan DLP dan memohon
untuk menyertai kelas DLP,
adakah ini dibenarkan?

Sekolah Bagaimana sekiranya murid Murid tersebut perlu mengikuti PdP seperti yang ditawarkan di
berpindah di pertengahan tahun sekolah tersebut.
daripada sekolah yang
menjalankan DLP, ke sekolah
10
Draf versi 1.0

yang tidak menjalankan DLP?

Sekolah Simulasi: Tidak, kerana bilangan kelas perlu dikekalkan kerana tiada
Sekiranya terdapat 4 kelas bagi tambahan guru dibenarkan. Sekolah perlu menggunakan
tahun 1, dan terdapat 15 orang sumber tenaga pengajar sedia ada.
murid yang hendak menyertai
DLP, dan terdapat guru yang
bersedia untuk mengajar Sains
dan Matematik dalam BI adakah
pihak sekolah perlu membuka
kelas baru (tambahan)
menjadikan 5 kelas tahun 1.
Adakah pihak sekolah boleh
memohon guru tambahan?

Sekolah Simulasi: Sekolah boleh terus melaksanakan program tersebut.


Perbincangan atau dialog perlu diadakan di antara pihak
Sekiranya terdapat 15 orang sekolah, ibu bapa dan PPD untuk menangani isu tersebut.
murid dalam permulaan kelas
DLP dan bilangan murid
menurun hingga 10 orang pada
pertengahan tahun, adakah
kelas tersebut perlu ditutup?

Sekolah Adakah pihak sekolah boleh Tidak, kerana ia akan mengganggu pembelajaran murid.
memulakan DLP di pertengahan
tahun?

Sekolah Adakah pihak sekolah boleh Tidak, murid mesti memulakan DLP di Tahun 1 atau Tahun 4
11
Draf versi 1.0

memulakan DLP bagi murid mulai tahun 2016.


tahun 2, sedangkan di tahun1
murid tersebut belajar Sains dan
Matematik dalam Bahasa
Melayu?

Sekolah Simulasi: Ya. Pihak KPM membenarkan sekolah tersebut menjalankan


Bagi sekolah kurang murid DLP kerana ia merupakan sekolah kurang murid (SKM) dan
(SKM) yang hanya mempunyai telah memenuhi kempat-empat syarat.
14 orang murid bagi satu kelas
dan kesemuanya bersetuju untuk
mengikuti DLP dan kempat-
empat syarat telah dipenuhi,
adakah sekolah tersebut
dibenarkan untuk terlibat dalam
DLP?

Sekolah Simulasi: Sekiranya pihak sekolah boleh menyediakan 2 kelas tanpa


Bagi sekolah kurang murid meminta tambahan guru, pihak sekolah boleh menjalankan
(SKM) yang mempunyai 20 DLP. Sekiranya , pihak sekolah mempunyai kekangan dari segi
orang murid, 15 daripadanya penyediaan guru, sekolah tersebut tidak boleh menjalankan
bersetuju untuk mengikuti DLP DLP kerana tidak memenuhi salah satu daripada syarat yang
dan 5 orang lagi tidak bersetuju. ditetapkan.
Adakah pihak sekolah perlu
membuka 2 kelas bagi mata
pelajaran Matematik dan Sains?

Murid Adakah murid yang belajar Sains Tidak. Murid perlu memulakan DLP di Tahun 1 atau Tahun 4
dan Matematik dalam bahasa pada tahun 2016.
12
Draf versi 1.0

Malaysia di Tahun 1 2015 boleh


mengikuti DLP di Tahun 2 pada
2016?
Dasar Apakah bahasa pengantar yang Murid-murid yang mengikuti DLP akan dinilai dalam bahasa
akan digunakan bagi pentaksiran Inggeris. Bagi murid-murid yang lain, mereka akan menjawab
pusat bagi UPSR, PT3, SPM & soalan tersebut dalam bahasa pengantar masing-masing.
STPM

Dasar Adakah pentaksiran sekolah dan Ya. Peperiksaan pusat akan kekal menggunakan dwi bahasa.
peperiksaan pusat akan Pentaksiran di peringkat sekolah juga perlu disediakan dalam
menggunakan dwi bahasa? dwi bahasa.

Murid-murid yang mengikuti DLP akan dinilai dalam


bahasa Inggeris. Bagi murid-murid yang lain, mereka akan
menjawab soalan tersebut dalam bahasa pengantar
masing-masing.

Dasar Adakah murid dibenarkan untuk Tidak. Murid hanya dibenarkan menjawab sama ada dalam
menjawab soalan peperiksaan bahasa Melayu sepenuhnya atau bahasa Inggeris sepenuhnya.
dalam kedua-dua bahasa? Murid-murid yang mengikuti DLP akan dinilai dalam
bahasa Inggeris. Bagi murid-murid yang lain, mereka akan
menjawab soalan tersebut dalam bahasa pengantar
masing-masing.

13
Draf versi 1.0

SOALAN BERKENAAN DENGAN GURU


No. Soalan Jawapan
dasar Bagaimanakah KPM menangani Jangka pendek
isu penguasaan bahasa Inggeris ELTC akan membantu dengan menjalankan program latihan
guru-guru Matematik, Sains dan peningkatan profiensi Bahasa Inggeris dalam kalangan guru
mata pelajaran STEM yang mengikuti DLP.

Jangka panjang
KPM akan memastikan Institusi Pendidikan Guru
melengkapkan guru-guru pelatih dengan kemahiran untuk
mengajar mata pelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris. Di
samping itu, guru-guru ini adalah guru opsyen Bahasa Inggeris
(major atau minor).

Sekolah Adakah guru yang telah Pihak sekolah, PIBG dan PPD perlu memastikan guru
bersetuju untuk mengajar Sains bersetuju dan bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan
dan Matematik dalam Bahasa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Matematik, Sains
Inggeris, boleh menarik diri dalam bahasa Inggeris sebelum membuat keputusan untuk
setelah beberapa bulan melaksanakan DLP pada tahun 2016.
menjalankan DLP?
Sekiranya terdapat guru yang ingin menarik diri, pihak sekolah,
PIBG dan PPD perlu mengenalpasti masalah yang dihadapi
dan cuba mengatasinya.

Dasar Adakah guru-guru Sains dan Tidak.


Matematik akan dibayar BISP?

14
Draf versi 1.0

dasar Adakah guru-guru akan diberikan Tidak kerana sekolah yang terpilih adalah sekolah yang telah
latihan untuk mengajar Sains dan bersedia untuk uji rintis. ELTC akan membantu dengan
Matematik dalam DLP bagi tahun menjalankan program latihan peningkatan profiensi Bahasa
2016? Inggeris dalam kalangan guru yang mengikuti DLP pada tahun
2017 dan tahun berikutnya.

Dasar Bagaimanakah kelas DLP dapat JPN, PPD dan PGB perlu memastikan tenaga guru yang
diterusnya sekiranya terdapat berkemampuan untuk mengajar kelas DLP cukup sepanjang
pertukaran guru? program ini dilaksanakan sekiranya berlakunya pertukaran
guru.

15

You might also like