You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN CATUR TERTUTUP


SMK MERBOK 2016

1.0 Pengenalan

Catur telah dimainkan melebihi 2,000 tahun dahulu dan dipercayai telah direka di
India sekitar kurun ke-4 sebelum masihi oleh Sissa. Pada awalnya ia di namakan
Chaturanga. Bukti bertulis berkaitan catur ditemui dalam Karnamak, sebuah buku
Persia, sekitar 600 tahun masihi.

Catur merupakan satu permainan latihan minda yang menekankan aspek


perhitungan kebarangkalian tanpa had. Di samping itu, ia dapat membentuk
keupayaan mental seperti peningkatan daya tumpuan, pemikiran kritis dan kreatif,
penaakulan abstrak, penyelesaian masalah, pengecaman corak, perancangan
strategik, analisis, sintesis dan penilaian.

Pada kurun ke-20, ramai pendidik, ibubapa dan pakar catur menegaskan bahawa
catur mampu meningkatkan keupayaan berfikir murid (Schmidt, 1982; Rifner, 1997).
Malah banyak kajian saintifik yang dilakukan telah mengesahkan hipotesis tersebut.

2.0 Objektif
1. Mengeratkan integrasi kaum dalam kalangan pelajar SMK Merbok
2. Membudayakan sikap berfikir dan membuat pertimbangan rasional
sebelum bertindak
3. Menyokong dasar 1Murid, 1Sukan dan memberikan peluang kepada para
pelajar meningkatkan markah kokurikulum
4. Mengenalpasti pemain-pemain pelapis dan pemain yang berpotensi untuk
mewakili SMK Merbok ke peringkat MSSD(K)

3.0 Syarat-Syarat Penyertaan


1. Terbahagi kepada 2 kategori iaitu:
a. Kategori T3 T5
b. Kategori T1 T2
2. Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 4 pemain dan
a. Sekurang-kurangnya seorang pemain perempuan dalam pasukan
b. Sekurang-kurangnya 2 kaum dalam satu pasukan
c. Bilangan maksimum wakil sekolah dalam satu pasukan ialah 2
orang sahaja
d. Pemain pertama adalah ketua pasukan

4.0 Syarat-Syarat Pertandingan


1. Pertandingan akan dijalankan secara Swiss System
2. Markah individu akan dicampurkan bagi menentukan markah kumpulan
3. Setiap pemain diberi maksimum 20 minit bagi satu permainan dan 15 saat
untuk satu pergerakan
4. Setiap pemain akan bermain dengan warna berselang-seli bagi setiap
pusingan
5. Selepas tamat 40 minit dan tiada checkmate, markah buah catur yang
masih berada di atas papan catur akan digunakan untuk menentukan
pemenang
6. Peraturan pertandingan adalah berdasarkan peraturan catur yang
digunakan oleh FIDE.
7. Tie-Break akan menggunakan Sabberborn-Bucholz
5.0 Hadiah

INDIVIDU PASUKAN
KEDUDUKAN
LELAKI PEREMPUAN T1 T2 T3 T5
Medal Medal Medal Medal
Sijil Pencapaian Sijil Pencapaian Sijil Pencapaian Sijil Pencapaian
Piala Pusingan Piala Pusingan Piala Pusingan Piala Pusingan
Markah Koku: Markah Koku: Markah Koku: Markah Koku:
JOHAN
Pencapaian 8 Pencapaian 8 Pencapaian 8 Pencapaian 8
Penglibatan 8 Penglibatan 8 Penglibatan 8 Penglibatan 8
Kehadiran 40 Kehadiran 40 Kehadiran 40 Kehadiran 40

Medal Medal Medal Medal


Sijil Pencapaian Sijil Pencapaian Sijil Pencapaian Sijil Pencapaian
Markah Koku: Markah Koku: Markah Koku: Markah Koku:
NAIB JOHAN Pencapaian 7 Pencapaian 7 Pencapaian 7 Pencapaian 7
Penglibatan 8 Penglibatan 8 Penglibatan 8 Penglibatan 8
Kehadiran 40 Kehadiran 40 Kehadiran 40 Kehadiran 40

Medal Medal Medal Medal


Sijil Pencapaian Sijil Pencapaian Sijil Pencapaian Sijil Pencapaian
Markah Koku: Markah Koku: Markah Koku: Markah Koku:
TEMPAT
Pencapaian 6 Pencapaian 6 Pencapaian 6 Pencapaian 6
KETIGA
Penglibatan 8 Penglibatan 8 Penglibatan 8 Penglibatan 8
Kehadiran 40 Kehadiran 40 Kehadiran 40 Kehadiran 40

LAIN-LAIN SIJIL PENYERTAAN BAGI PEMAIN YANG TIDAK MEMPEROLEH SEBARANG


SIJIL PENCAPAIAN
MARKAH KOKU:
Pencapaian 0
Penglibatan 8
Kehadiran 40

6.0 Tarikh, Tempat dan Masa Pertandingan

TARIKH : Feb - Sep 2016 (Perjumpaan Kelab Catur)


MASA : KATEGORI T1 T2: 11.00 AM 12.00 PM
: KATEGORI T3 T5: 02.00 PM 03.00 PM
TEMPAT : KANTIN SMK MERBOK

7.0 Bahan dan Peralatan


1. Meja muatan 6 orang sebanyak 7 buah
2. Kerusi sebanyak 40 buah
3. Layar Putih
4. LCD Projektor
5. Extension Wire
6. Kad Nombor Meja
7. Selofan Tape
8.0 Bilangan Medal

Kategori T1 T2
Kategori Unit
Johan Individu Lelaki Kategori T1 T2 1
Johan Individu Perempuan Kategori T1 T2 1
Naib Johan Individu Lelaki Kategori T1 T2 1
Naib Johan Individu Perempuan Kategori T1 T2 1
Tempat Ketiga Individu Lelaki Kategori T1 T2 1
Tempat Ketiga Individu Perempuan Kategori T1 T2 1
Johan Pasukan Kategori T1 T2 4
Naib Johan Pasukan Kategori T1 T2 4
Tempat Ketiga Pasukan Kategori T1 T2 4

Kategori T3 T5
Kategori Unit
Johan Individu Lelaki Kategori T3 T5 1
Johan Individu Perempuan Kategori T3 T5 1
Naib Johan Individu Lelaki Kategori T3 T5 1
Naib Johan Individu Perempuan Kategori T3 T5 1
Tempat Ketiga Individu Lelaki Kategori T3 T5 1
Tempat Ketiga Individu Perempuan Kategori T3 T5 1
Johan Pasukan Kategori T3 T5 4
Naib Johan Pasukan Kategori T3 T5 4
Tempat Ketiga Pasukan Kategori T3 T5 4

BILANGAN MEDAL : 36 UNIT

9.0 Implikasi Kewangan

Rujuk Lampiran A

Disediakan Oleh Disemak Oleh Diluluskan Oleh

.. .
Haris Fadzli bin Awang Us. Maziyah bt Arifin Pn Jamaliah binti Osman
Guru Penasihat Kelab Catur PK Kokurikulum Pengetua
LAMPIRAN A: KOS PERLAKSANAAN

Bil Item Kos/Unit Unit Kos, RM


1. Medal untuk hadiah individu 5.00 36 180.00
2 Piala Pusingan (Penaja Pertandingan) FOC 0.00
3. Vinyl Rool Up Chess Mat 15.00 10 150.00
4. Royal Chess Set 14 10 140.00
5. Digital Chess Clock 200 2 400.00
JUMLAH 870.00

You might also like