You are on page 1of 3

SIMPANKIRA

Akaun Penamat.

1. Akaun Penamat terdiri daripada Akaun Perdagangan dan Akaun


Untung Rugi.
2. Akaun Penamat digunakan untuk mencari keuntungan atau kerugian
perniagaan.
3. Akaun Penamat disediakan mengikut jangkamasa tertentu bersesuaian
dengan jenis perniagaan iaitu antara satu bulan , setengah tahun atau
setahun.
4. Baki-baki akaun berkaitan dengan jualan dan belian sahaja akan diambil
dari Imbangan Duga digunakan untuk menyediakan Akaun Penamat.
5. Akaun Perdagangan digunakan untuk mencari Untung atau Rugi Kasar.
Akaun Untung Rugi digunakan untuk mencari Untung atau Rugi Bersih.
6. Cara Penyediaan Akaun Perdagangan:
Syarikat XYZ
Akaun Perdagangan bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2006
RM RM RM RM
Stok Awal xx Jualan xx
Belian xx (-) Pulangan Jualan xx
(-) Pulangan Belian xx xx
Belian Bersih xx
(+) Angkutan Masuk xx
(+) Duti Atas Belian xx
(+) Insurans Atas Belian xx xx
Kos Barang Untuk xx
Dijual xx
(-) Stok Akhir xx
Kos Jualan xx
Untung Kasar h/b xx xx

7. Cara menyediakan Akaun Untung Rugi:


Syarikat XYZ
Akaun Perdagangan bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2006
RM RM RM RM
BELANJA: Untung Kasar b/b xx
Angkutan Keluar xx HASIL:
Sewa Dibayar xx Diskuan Diterima xx
Insurans xx Komisen diterima xx
Gaji xx Sewa Diterima xx xx
Upah xx
Belanja Am xx
Alatulis xx
Kadarbayaran xx
Diskaun Diberi xx xx
Untung Bersih xx
xx xx

Latihan:
1. Sediakan Akaun Perdagangan bagi setengah tahun berakhir 31 Disember 2006
untuk Syarikat Buang Masa.
Stok pada 1 Julai 2006 RM 7 000
Stok pada 31 Disember 2006 RM 4 500
Belian RM 9 900
Jualan RM 16 300

2. Sediakan Akaun Perdagangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2006 untuk


Syarikat Tak Dan.
Stok pada 1 Januari 2006 RM 4 000
Stok pada 31 Disember 2006 RM 2 500
Belian RM 5 500
Jualan RM 9 300
Pulangan Belian RM 800
Pulangan Jualan RM 630

3. Baki-baki berikut dipetik dari Imbangan Duga Perniagaan Kalut Sedia pada 31
Ogos 2006.
Stok pada 1 Mac 2006 RM 23 350
Stok pada 31 Ogos 2006 RM 1 698
Belian RM 13 945
Jualan RM 24 770
Pulangan Belian RM 760
Pulangan Jualan RM 430
Angkutan Masuk RM 220
Duti atas Belian RM 620
Insurans Atas Belian RM 140
Anda dikehendaki menyediakan Akaun Perdagangan pada tarikh berkenaan.

4. Baki-baki berikut dipetik dari Imbangan Duga Kedai Runcit Huru Hara pada 31
Januari 2007.
Stok pada 1 Januari 2007 RM 4 444
Stok pada 31 Januari 2007 RM 3 333
Belian RM 6 666
Jualan RM 9 999
Kadarbayaran RM 111
Gaji RM 555
Sewa diterima RM 777
Anda dikehendaki menyediakan Akaun Perdagangan dan Akaun Untung Rugi
pada tarikh berkenaan.

5. Berdasarkan maklumat berikut, anda dikehendaki menyediakan Akaun Perdagangan


dan Akaun Untung Rugi dalam bentuk "T".

Jualan RM12 200


Pulangan Jualan 200
Stok awal 4 000
Belian 6 300
Pulangan belian 300
Angkutan masuk 100
Stok akhir 800
Gaji 1 000
Sewa 500
Faedah diberi 200
Insurans 300
Diskaun diterima 250
Komisen diterima 100

You might also like