You are on page 1of 4

KERTAS KERJA:

PERMOHONAN PERUNTUKAN
PERTANDINGAN TARIAN
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI 2 (F)

ANJURAN:
KELAB RUKUN NEGARA
SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI 2 (F)

DISEDIAKAN OLEH:
NATASHA ANISHA BINTI MOHD SALLEH
JURULATIH TARIAN
SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI 2 (F)

0
TUJUAN

Kertas kerja ini dirangka bertujuan untuk mendapatkan peruntukan dari


pihak sekolah dimana murid-murid Sekolah Kebangsaan Jelai 2 (F) akan
mengambil bahagian dalam Pertandingan Tarian antara Kelab dan Persatuan.

1.0 PENGENALAN
Tarian merupakan suatu kesenian warisan daripada sesuatu bangsa.
Terdapat pelbagai jenis tarian di serata dunia dimana ia menonjolkan kesenian
dan kebudayaan yang diwarisi. Oleh itu, tarian perlulah dijaga keseniannya agar
generasi akan datang dapat mengenali dan mempelajari tarian secara mendalam
dan tarian tradisional pula tidak akan dilupakan oleh masyarakat akan datang.
Aktiviti kesenian contohnya bidang tarian merupakan satu aktiviti kokurikulum
yang mampu meningkatkan lagi potensi murid-murid dalam aspek jasmani,
emosi dan sahsiah. Ia mampu membentuk disiplin diri yang tinggi di kalangan
murid-murid serta memupuk semangat kerjasama berpasukan.

2.0 OBJEKTIF
Penyertaan pasukan sekolah bertujuan mencapai objektif-objektif berikut:
2.1 Mencungkil bakat-bakat anak-anak di kalangan para pelajar Sekolah
Kebangsaan Jelai 2 (F) dalam seni tarian dan kebudayaan sekaligus
mengetengahkan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
2.2 Menonjolkan bakat murid kepada ibubapa dan sekolah lain sebagai
kumpulan pelajar yang bukan sahaja mementingkan akademik, malah
turut aktif di dalam seni kebudayaan.
2.3 Mewujudkan semangat kesenian budaya, setiakawan dan persaingan
secara sihat antara murid sekolah bersama murid sekolah-sekolah lain.

1
3.0 TEMPAT DAN TARIKH PERTANDINGAN
Pertandingan akan diadakan pada 26 April 2017. Terdapat 2
pertandingan. Saringan pertandingan pertama dan grand final. Setiap pasukan
wajib penyertai pertandingan saringan bagi melayakkan mereka ke peringkat
final dimana hanya 4 pasukan terbaik yang akan dipilih. Setiap pasukan
mengandungi tidak melebihi 7 orang penari. Manakala tempat pertandingan akan
diadakan di Makmal Komputer SK Jelai 2 (F).

4.0 ANGGARAN BELANJAWAN


PERKARA HARGA KUANTITI JUMLAH
SEUNIT (RM)
RM35 1 RM35
Hadiah tempat pertama

RM35 1 RM35
Hadiah tempat kedua

RM35 2 RM70
Hadiah tempat ketiga
bersama

RM15 4 RM60
Hadiah saguhati

JUMLAH BESAR RM200

5.0 PENUTUP
Diharap kertas kerja ini mendapat kelulusan dari pihak sekolah dalam
usaha untuk memartabatkan kesenian budaya tarian tradisional secara
khususnya.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

2
.... ...............
(NATASHA ANISHA BINTI MOHD SALLEH) (ROZIATUN BINTI SUDIN)
JURULATIH TARIAN PENGERUSI KELAB RUKUN
SK JELAI 2 (F) NEGARA SK JELAI 2 (F)

Disokong/ Tidak disokong: Diluluskan/ Tidak diluluskan

. .............................................
(SALMAH BINTI A.RAHMAN) MOHAMAD BIN ABD WAHAB
GPK KOKU GURU BESAR
SK JELAI 2 (F) SK JELAI 2 (F)

You might also like