You are on page 1of 2

KERTAS KERJA

KEM PERKAMPUNGAN HUFFAZ 2017 (KPH 17)

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan adalah untuk memohon sumbangan bagi menjayakan
program Kem Perkampungan Huffaz 2017 anjuran Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat
ADDIN - 11 Seruan Islam, Ipoh, Perak.

2.0 LATAR BELAKANG

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN - 11 Seruan Islam adalah sebuah Institusi
Pengajian Tahfiz Al-Quran Swasta yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Perak
(JAIPk) yang mula beroperasi pada tahun 2012. Para pelajar yang menuntut di Maahad
ini adalah seramai lapan puluh enam (86) orang perempuan sahaja.

Setiap tahun, pihak Maahad mengadakan program yang berbentuk mukhayyam


(perkhemahan) kepada para pelajar untuk mengukuhkan jati diri mereka serta
menyemarakkan semangat kerjasama antara mereka.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meningkatkan jati diri dan semangat berpasukan dalam kalangan pelajar
3.2 Melahirkan generasi Huffaz Rabbani yang mampu menghadapi mehnah dan
tribulasi dunia kini
3.3 Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang keajaiban dan kekuasaan
Allah

4.0 ANJURAN

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN - 11 Seruan Islam

5.0 TEMA

GENERASI HUFFAZ RABBANI PENERAJU KEGEMILANGAN UMMAH

6.0 SASARAN

86 orang pelajar Maahad


7.0 TARIKH DAN TEMPAT PELAKSANAAN

14 - 16 Julai 2017 (Jumaat - Ahad)


Teratak Bernam Riverview Tanjung Malim

8.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Lampiran A

9.0 TENTATIF PROGRAM

Lampiran B

10.0 PENUTUP

Pihak Maahad dengan penuh harapan agar program yang dirancang ini dapat dijayakan
dengan sempurna dengan sokongan dan dokongan daripada semua pihak. Semoga
objektif program ini tercapai dan memberi kesan yang baik kepada para pelajar.

Disediakan oleh:

.
NOR SYAFIQAH BINTI HASHIM
Pengarah
KPH 17

Disahkan oleh:

.
ABDUL HAKIM BIN RAZALI
Pengetua Maahad

You might also like