You are on page 1of 1

/ /

/
/ / /
/
/ / /
/
Allahumma Ya Rahmani wa Ya Rahiim,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, ingin merafakan kesyukuran dan penghargaan
terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Dan dengan izin Mu jua kami dapat
melaksanakan tugas kami pada hari ini, bermuhasabah dan menilai hasil kerja kami yang telah kami
papari.

Allahumma Ya Badias Samawati Wal Ardh,

Kami sedar Ya Allah, bahawa bagi mencapai pendidikan yang berkualiti dan berinovasi bukanlah
suatu yang mudah. Tanpa Taufiq dan Hidayah Mu, dan tanpa redha dan restu Mu jua, maka sukar
bagi kami mencapai hasil kerja yang bermutu, dan berinovasi.

Justeru Ilhamkanlah dalam fikiran kami Ya Allah, idea-idea yang kreatif, positif, proaktif dan inovatif.
Semarakkanlah dalam jiwa dan minda kami, keazaman dan komitmen yang tinggi. Kurniakanlah apa
kiranya kepada kami kesihatan serta kekuatan fizikal dan minda, semangat dan daya juang.
Padukanlah tenaga dan pemikiran kami. Eratkanlah Silatur Rahim dikalangan kami, semoga
dengannya kami dapat menyempurnakan tugas ini, bagi menghasilkan pendidikan yang cemerlang,
dicontohi dan diteladani, serta mampu menuju ke mercu gemilang.

Allahumma Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Berkatilah perhimpunan dan usaha kami pada hari ini, dan hari-hari yang bakal kami lalui. Rahmatilah
jua perpisahan dan dapatan kami selepas ini, dan hari-hari yang bakal kami tempuhi. Kurniakanlah
apakiranya kepada kami Ya Allah, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang
beriman, serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.


.

.
.

You might also like