You are on page 1of 2

JENIS : CUTI TIBI, KUSTA DAN BARAH

TUJUAN : Bagi mendapatkan tempoh rawatan yang panjang.

SYARAT :
(i) Merupakan Cuti Bergaji Penuh (dengan syarat mendapat rawatan
berterusan di hospital ketika sakit)
- 24 bulan ( bagi sakit Barah / Kusta )
- 12 bulan ( bagi sakit Tibi )
(ii) Kemudahan di (i) boleh diberi untuk penyakit yang setaraf dengan barah/
kusta/ tibi (disahkan oleh Lembaga Perubatan)
(iii) Setelah menghabiskan semua cuti yang tersebut di (i) dan (ii), staf boleh
mengambil semua Cuti Rehat yang berkelayakan
(iv) Cuti Separuh Gaji boleh diberikan setelah staf mengambil semua cuti
yang tersebut di (i), (ii) dan (iii).
(v) Setelah menghabiskan semua cuti seperti di (i), (ii), (iii) dan (iv), tiada
apa-apa cuti lagi yang boleh diberikan kepada staf melainkan atas budi
bicara Kuasa Tertentu setelah meneliti laporan Lembaga Perubatan.
Kuasa Tertentu boleh menimbangkan apa-apa cuti tambahan sama ada
bergaji penuh, separuh gaji atau staf tersebut boleh dibersarakan
daripada perkhidmatan

PROSES KELULUSAN :

(i) Semakan : Pegawai Perkhidmatan


(i) Kelulusan : Pendaftar (dengan cadangan Lembaga
Perubatan)
(iii) Kelulusan Khas : Jawatankuasa Eksekutif (dengan cadangan
Lembaga Perubatan)
RUJUKAN : Perintah Am 30 hingga 33 Bab C
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1985
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991

TARIKH
KUAT KUASA : 1 Januari 1974

You might also like