You are on page 1of 9

Lampiran A

SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN
PEGAWAI CONTRACT FOR SERVICE (CFS)
PEJABAT PESURUHJAYA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

1. Perkhidmatan : Pegawai Contract For Service (CFS)

2. Tempoh Perkhidmatan : Seperti yang ditetapkan di dalam surat tawaran.

3. Waktu Bekerja : Waktu bekerja adalah selama sembilan (9) jam


sehari termasuk waktu rehat.
Jadual Waktu Bekerja Fleksi (WBF) adalah
seperti di JADUAL 1.

4. Bayaran Perkhidmatan : (a) Bayaran perkhidmatan adalah seperti yang


ditetapkan dalam surat tawaran;

(b) Tuan/puan tidak layak dibayar bayaran


perkhidmatan bagi hari yang tidak hadir
bertugas tanpa cuti;

(c) Tuan/puan tidak layak menerima faedah


persaraan seperti yang ditetapkan dalam
undang-undang pencen yang berkuat
kuasa.

5. Caruman Kumpulan Wang : Pesuruhjaya dan Tuan/puan hendaklah


Simpanan Pekerja mencarum dalam Skim Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) dan PERKESO
mengikut peraturan yang berkuat kuasa.

6. Kelayakan Tuntutan : (a) Sekiranya tuan/puan diarahkan


(“Kemudahan”) menjalankan tugas rasmi di luar pejabat di
dalam negeri, tuan/puan layak untuk
membuat tuntutan bagi kemudahan seperti
berikut:

Bil. Kemudahan
1. Sewa Hotel
2. Lojing
3. Elaun Makan
4. Elaun Harian
5. Perjalanan Kenderaan
6. Pengangkutan Awam
7. Kapal Terbang

Kadar Elaun Menjalankan Tugas Rasmi Di


Dalam Negeri adalah seperti di Jadual 2
dan Jadual 3.

1
7. Kemudahan Perubatan : (a) Kemudahan perubatan diberikan sebanyak
RM200 sepanjang tempoh kontrak
perkhidmatan.

(b) Tuan/puan perlu mengemukakan resit


semasa membuat tuntutan kemudahan
perubatan ini.

(c) Kemudahan Cuti Bersalin diberikan seperti


berikut:
i. Tempoh cuti bersalin dengan
diberikan bayaran perkhidmatan
adalah dibenarkan tertakluk kepada
jumlah maksimum 60 hari;

ii. Cuti bersalin bermula pada tarikh


bersalin;

iii. Tempoh cuti bersalin adalah termasuk


semua hari rehat mingguan dan hari
kelepasan am;

iv. Kemudahan ini dihadkan kepada satu


(1) kali sepanjang tempoh kontrak
perkhidmatan;

v. Puan perlu mengemukakan dokumen


sokongan daripada hospital / klinik
Kerajaan atau swasta yang
mengesahkan tarikh bersalin.

8. Pelepasan daripada : (a) Pelepasan Daripada Bertugas


bertugas
Tuan/puan adalah layak mendapat
pelepasan daripada bertugas yang
bersamaan dengan cuti rehat bagi tempoh
perkhidmatan contract for service [mengikut
tempoh yang melayakkan secara berkadar
(proportionate) ] sebanyak:

12 HARI SETAHUN

Pelepasan daripada bertugas tambahan


yang diambil melebihi kelayakan yang
dinyatakan di atas boleh dipertimbangkan
oleh Pesuruhjaya, tetapi bayaran
perkhidmatan tidak akan dibayar untuk
jumlah hari pelepasan tambahan tersebut.

(b) Pelepasan Daripada Bertugas Kerana


Sakit

Pelepasan daripada bertugas kerana sakit


(dengan mengemukakan sijil cuti sakit)
tertakluk kepada jumlah maksimum 10 hari
setahun.

2
9. Pegawai Penyelia : (a) Pesuruhjaya boleh melantik seorang atau
lebih Pegawai Penyelia bagi tujuan
penyeliaan dan pengawasan serta membuat
pengesahan bahawa pelaksanaan tugas
telah dijalankan oleh tuan/puan.

(b) Pegawai Penyelia mempunyai hak pada


bila-bila masa untuk memeriksa,
menyelia, meneliti dan memberi arahan
yang perlu mengenai perkhidmatan yang
diberikan oleh tuan/puan.

(c) Tuan/puan hendaklah mematuhi semua syarat


dan peraturan yang diarah dan ditetapkan
oleh Pegawai Penyelia mengenai
pelaksanaan tugas tuan/puan kecuali
dibenarkan oleh Pegawai Penyelia untuk
melakukan tugas lain.

10. Tanggungjawab Pekerja : Sepanjang tempoh perkhidmatan Tuan/puan


hendaklah:

(a) mematuhi arahan penempatan yang


ditentukan oleh Pesuruhjaya;

(b) melaksanakan tugas-tugas yang


ditetapkan kepadanya oleh Pesuruhjaya
dan apa-apa kewajipan lain yang
diarahkan oleh Pesuruhjaya;

(c) menumpukan segala masa dan perhatian


kepada tugas yang diberikan dan
berusaha sedaya upaya untuk menjaga
kepentingan dan nama baik Pesuruhjaya;

(d) menurut dan menjalankan perintah-


perintah dan arahan-arahan yang
diberikan;

(e) mematuhi dan menjalankan


tanggungjawab seperti mana yang
ditetapkan oleh Pesuruhjaya serta dalam
surat perjanjian yang ditandatangani;

(f) Skop tugas yang akan diberikan kepada


tuan/puan akan diperincikan oleh
Pesuruhjaya atau tempat tuan/puan
bertugas atau oleh Pegawai Penyelia.

11. Rahsia Rasmi : Tuan/puan hendaklah mematuhi dan


menandatangani perakuan berkenaan dengan
Akta Rahsia Rasmi 1972;

3
12. Penamatan Kontrak Dan : (a) Kontrak boleh ditamatkan oleh Pesuruhjaya
Notis Penamatan sekiranya:

i. tuan/puan didapati melibatkan diri dan


mengakses kepada maklumat
terperingkat atau disyaki
membocorkan rahsia;

ii. satu perintah kebangkrapan telah


dibuat terhadap tuan/puan;

iii. membocorkan apa-apa maklumat


berkenaan dengan hal ehwal
Pesuruhjaya kepada sesiapa jua yang
tidak berkuasa menerimanya;

iv. tuan/puan didapati terlibat dengan


apa-apa kes jenayah atau kesalahan
dadah atau didapati mempunyai rekod
jenayah atau kesalahan dadah atau
mempunyai rekod dikenakan tindakan
tatatertib dengan hukuman buang
kerja;

v. kegagalan mematuhi apa-apa syarat


yang dinyatakan dalam surat tawaran,
syarat perkhidmatan atau peruntukan
surat perjanjian; atau kepada apa-apa
peraturan atau arahan lain yang
dikeluarkan;

vi. perkhidmatan yang diberikan


gagal/tidak mencapai standard yang
ditetapkan oleh Pesuruhjaya;

vii. Tuan/puan didapati mengambil cuti


rehat melebihi kelayakan
(proportionate) 2 bulan berturut-turut;
dan

viii. Tuan/puan telah gagal hadir bertugas


pada masa dan tempat yang telah
ditetapkan. Gagal hadir bertugas
tanpa sebab yang munasabah 3 hari
berturut-turut tanpa kebenaran dari
Pesuruhjaya.

(b) Penamatan atas sebab-sebab yang


dinyatakan dalam perenggan (a)(i), (ii), (iii)
dan (iv) di atas adalah dengan serta-merta
dengan memberikan suatu notis bertulis
kepada tuan/puan. Penamatan di bawah
perenggan (a)(v), (vi), (vii) dan (viii) boleh
dibuat dengan memberikan tujuh (7) hari
notis bertulis kepada tuan/puan.

4
(c) Walau apa pun perenggan (a) dan tanpa
menjejaskan keluasan maksud perenggan
(b) di atas, Pesuruhjaya boleh menamatkan
perkhidmatan tuan/puan pada bila-bila masa
atas apa-apa sebab yang difikirkan wajar
oleh Pesuruhjaya tanpa memberi apa-apa
alasan dengan memberikan tujuh (7) hari
notis bertulis.

(d) Tuan/puan juga boleh pada bila-bila masa


berhenti daripada perkhidmatan dengan
mengemukakan tidak kurang dari tujuh (7)
hari notis bertulis kepada Pesuruhjaya atau
bayaran perkhidmatan bulan semasa tidak
akan dibayar oleh Pesuruhjaya.

13. Status Perkhidmatan : (a) Pelantikan tuan/puan ini tidak menjadikan


tuan/puan sebagai seorang pegawai awam.
Pelantikan contract for service merupakan
kontrak pembelian perkhidmatan daripada
seseorang individu oleh Pesuruhjaya.

(b) Tuan tidak layak menggunakan


perkhidmatan ini sebagai asas untuk
menyokong permohonan supaya dilantik
secara tetap, sementara atau kontrak
(contract of service);

(c) Pesuruhjaya juga tidak mempunyai


kewajipan dan komitmen untuk melantik
tuan/puan ke jawatan tetap sementara atau
kontrak (contract of service) dalam
perkhidmatan awam. Apa-apa permohonan
bagi maksud itu perlu dibuat terus kepada
Suruhanjaya atau Pihak Berkuasa Melantik
berdasarkan kaedah serta peraturan yang
berkuat kuasa sekiranya berhasrat untuk
berkhidmat dalam perkhidmatan Awam.

14. Latihan : Sekiranya perlu, tuan/puan boleh diberi latihan


sebelum melaksanakan tugas yang diberikan.

15. Hal-hal lain : (a) Pesuruhjaya boleh mempertimbangkan


kemudahan kepada tuan/puan seperti
berikut (Rujuk JADUAL 4):

(i) Cuti Isteri Bersalin;


(ii) Cuti Tanpa Rekod bagi Urusan
Kematian Ahli Keluarga Terdekat;

(b) Tuan/puan tidak layak kepada apa-apa elaun,


kemudahan cuti, rawatan perubatan atau
apa-apa kemudahan lain, selain apa yang
dinyatakan dalam surat tawaran serta
syarat-syarat perkhidmatan sahaja;

5
(c) Tuan/puan tidak layak untuk memohon
supaya diberi tugas baru selain apa yang
ditetapkan oleh Pesuruhjaya.;

(d) Tuan/puan tidak layak untuk cuti tanpa


bayaran perkhidmatan tanpa mendapat
pertimbangan dan kelulusan pihak
Pesuruhjaya. Sekiranya didapati tuan/puan
mengambil cuti tanpa bayaran
perkhidmatan, Pesuruhjaya boleh
menamatkan perkhidmatan tuan/puan tanpa
notis.

(e) Bagi tujuan perkhidmatan ini, satu perjanjian


perlu ditandatangani di antara Pesuruhjaya
dengan tuan/puan.

6
LAMPIRAN
JADUAL 1: WAKTU BEKERJA FLEKSI (WBF)

WAKTU BEKERJA
Tempoh WAKTU
HARI Waktu Waktu
Waktu REHAT
Masuk Pulang
Bekerja
(pagi) (petang)
Sehari
Isnin – Khamis
1.00 tgh - 2.00
ptg
Isnin –
7.30 – 9.00 4.30 – 6.00 9 jam
Jumaat
Jumaat
12.15 tgh - 2.45
petang

JADUAL 2: KADAR ELAUN MENJALANKAN TUGAS RASMI DI DALAM NEGERI

ELAUN JAWATAN KADAR ELAUN


/ GRED SEMENANJUNG SABAH DAN
CFS MALAYSIA SARAWAK
Elaun Perjalanan
Kenderaan
Hotel Lojing Hotel Lojing
CFS 54 Bilik RM 100 Bilik
Sebenar Sebenar
Bayaran Sewa Hotel CFS 48 RM 240 RM 60 RM 270 RM 70
Atau Elaun Lojing CFS 41 RM 220 RM55 RM 250 RM 60
CFS 29 RM 200 RM 45 RM 230 RM 50
CFS 19 RM 180 RM 40 RM 210 RM 45
CFS 11 RM 160 RM35 RM 190 RM 40
CFS 54
Elaun Harian CFS 48
(bertugas luar pejabat CFS 41
melebihi 8 jam sehari Separuh daripada kelayakan Elaun Makan
tetapi kurang daripada CFS 29
24 jam) CFS 19
CFS 11
CFS 54 RM 85 RM 115
Elaun Makan CFS 48 RM 60 RM 80
(bertugas luar pejabat CFS 41 RM 45 RM 65
bagi tempoh 24 jam CFS 29 RM 40 RM 55
atau lebih). CFS 19 RM 40 RM 55
CFS 11 RM 35 RM 50

7
JADUAL 3 : KADAR ELAUN PERJALANAN BAGI TUNTUTAN ELAUN
MENJALANKAN TUGAS RASMI DI DALAM NEGERI

JADUAL 4 : KEMUDAHAN YANG DIPERTIMBANGKAN OLEH PESURUHJAYA

PERKARA KEMUDAHAN YANG DIBERIKAN


1. Cuti Isteri Kemudahan Cuti Isteri Bersalin hendaklah dilaksanakan seperti
Bersalin berikut:
i. Selama lima (5) hari Cuti Tanpa Rekod;

ii. Bermula pada tarikh isteri bersalin atau pada hari


berikutnya jika isterinya bersalin selepas waktu pejabat;

iii. Tempoh cuti ini termasuk semua hari rehat mingguan dan
hari kelepasan am;

iv. Kemudahan ini dihadkan kepada satu (1) kali sepanjang


tempoh kontrak perkhidmatan;

v. Kemudahan ini adalah tertakluk kepada kepentingan


perkhidmatan.

2. Cuti Tanpa i. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi urusan kematian ahli
Rekod bagi keluarga terdekat iaitu Suami/ isteri, Ibu kandung atau ibu
Urusan angkat, Bapa kandung atau bapa angkat, Ibu mentua,
Bapa mentua, Anak kandung, Anak angkat yang sah di
Kematian
sisi undang-undang, Anak angkat de facto, Anak pelihara;
Ahli Keluarga
Terdekat ii. Kemudahan ini diberikan selama tiga (3) hari berturut-turut
sebagai Cuti Tanpa Rekod;

iii. Kemudahan ini adalah terhad bagi seorang ibu mentua


dan seorang bapa mentua sahaja sepanjang tempoh
kontrak;

iv. Cuti Tanpa Rekod bermula ada tarikh kematian ahli


keluarga terdekat atau pada hari berikutnya jika ahli
keluarga berkenaan meninggal dunia selepas waktu

8
PERKARA KEMUDAHAN YANG DIBERIKAN
pejabat; dan

v. Meliputi hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan


dan hari kelepasan am. Bagi maksud Pekeliling ini, masa
selepas waktu pejabat juga terpakai bagi hari rehat
mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan
am.

vi. Permohonan Cuti Tanpa Rekod ini hendaklah


dikemukakan kepada Pesuruhjaya dengan menggunakan
Borang Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan
Kematian Ahli Keluarga Terdekat berserta salinan
dokumen pengesahan kematian ahli keluarga terdekat
apabila pegawai kembali bertugas.

You might also like