You are on page 1of 1

LAPORAN MINGGUAN GERAKAN KURIKULUM PANDU PUTERI KADET

IPG KAMPUS PERLIS 2017

Minggu : 1

Tarikh : 14 Jun 2017

Masa : 7.45 pagi 8.50 pagi

Pada hari Rabu bersamaan 14 Jun 2017, perjumpaan unit uniform Pandu Puteri
Kadet diadakan buat kali pertama bagi semester 3 tahun 2017. Selesai perhimpunan di
PULAKO, semua ahli Pandu Puteri berkumpul di dewan terbuka bagi melaksanakan aktiviti
seterusnya.

Perjumpaan bersama semua pasukan unit beruniform diadakan bagi mengadakan


sesi perlantikan ahli jawatankuasa untuk setiap unit uniform. Kami telah melantik ahli
jawatankuasa untuk setiap tugas bagi menguruskan unit induk dan perkhemahan.

Kami juga telah membahagikan guru pelatih kepada beberapa petrol iaitu Cempaka,
Kenanga, Siantan dan Kesidang. Setiap petrol mempunyai 5 hingga 6 orang ahli. Setiap
petrol akan bertugas mengikut minggu yang ditetapkan.

Puan Mariani dan Puan Mozlina telah memberi taklimat berkenaan protokol-protokol
yang mesti kami patuhi pada setiap kali perjumpaan unit uniform.

Laporan disediakan oleh, 14 Jun 2017

..

(AZWANE BINTI ADNAN)

SETIAUSAHA PANDU PUTERI KADET

You might also like