You are on page 1of 4

LAPORAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM TUNAS PUTERI

SJK (T) LADANG CAIRO, MANTIN, NEGERI SEMBILAN TAHUN 2017

KAKAK SETIA : PN.W.KALAIVANI

PENOLONG : PN.S.ANNAMMAL

PN.A.KAVITHA

PN.S.KASTHURI

PN.K.SEGAMY

SITI SETIA : VIMALA GURU DHANYA A/P VISHNU (THN 6)

SETIAUSAHA : PUNITAVARSSHENY A/P SELVANATHAN (THN 5)

BENDAHARI : DHAYARUCHINI A/P MURUGIAH (THN 6)


HARI / MASA PERJUMPAAN

Hari Perjumpaan : Setiap hari Rabu 2 kali sebulan.


Masa Perjumpaan : 2.00 – 3.00 petang

BILANGAN PERJUMPAAN
15 kali perjumpaan

TEMPAT PERJUMPAAN
Tahun 2 Arif

BILANGAN AHLI
25 orang terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6.

KEGIATAN / AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN


Unit Beruniform Tunas Puteri telah menjalankan pelbagai aktiviti sepanjang tahun
2017. Pada 18 Januari 2017, mesyuarat agong pemilihan Ahli Jawatankuasa Baru bagi
sesi 2017 telah dijalankan. Ahli telah sebulat suara memilih ahli jawatankuasa yang
dilantik melalui proses undian. Sepanjang tahun 2017, sebanyak 15 kali perjumpaan
telah dijalankan. Ahli-ahli Tunas Puteri dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu
Kumpulan Kenanga, Kumpulan Teratai, Kumpulan Melur dan Kumpulan Cempaka.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan bagi tahun 2017 ialah membuat buku log
Tunas Puteri, melukis logo dan bendera Tunas Puteri, Melukis Jari Berkhidmat T.O.S,
Ladam Kuda, Latihan Kawad Perbarisan, Membaca Ikrar Tunas Puteri, Soal Jawab dan
Kuiz. Selain itu juga, aktiviti lain menulis cogan kata, menghasilkan ‘Kad Hari Deepavali’,
membuat penanda buku, melukis dan mewarnakan bendera, teori dan amali jahitan
asas. Antara lagu-lagu yang telah diajar adalah ‘Lagu Dunia, Salam-Salam, Lagu Taps
Malam dan Siang, Lagu Pandu Puteri Tunas, Lagu Ahli Baru, Lagu ‘Di Sini Senang Di
Sana Senang’ dan Lagu Bebek Angsa.

Pada 9.3.2015, 5 orang ahli Pandu Puteri Tunas tahap 2 telah terpilih ke
Perkhemahan Integrasi Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Negeri
Johor. Perkhemahan tersebut merupakan aktiviti tahunan bagi semua badan beruniform
bukan kerajaan bagi Negeri Johor. Perkhemahan ini telah diadakan di Pusat
Kokurikulum Johor Cawangan Muar, Kem Denai Alam Muar Johor. Seorang ahli Pandu
Puteri Tunas SK Taman Daya 2 telah terpilih sebagai peserta terbaik perkhemahan dan
terpilih untuk perkhemahan ke peringkat kebangsaan.

Pada 6 November 2015, aktiviti perkhemahan unit beruniform SK Taman Daya 2


telah diadakan. Ahli Pandu Puteri Tunas seramai 33 orang terdiri daripada murid tahun
4, 5 dan 6 telah menyertai perkhemahan tersebut. Antara aktiviti yang telah dijalankan
adalah memasang khemah, membina gajet, aktiviti lasak, memasak, mencari harta
karun, malam burung hantu dan persembahan malam kebudayaan. Pasukan Pandu
Puteri telah memenangi tempat kedua bagi pertandingan membina gajet, dan tempat
ketiga persembahan malam kebudayaan.

KEGIATAN/AKTIVITI YANG TIDAK DAPAT DIJALANKAN DALAM TAHUN SEMASA

Aktiviti yang tidak dapat dijalankan adalah aktiviti pertolongan cemas dan aktiviti
memasak tanpa api.

Saya mengaku dan mengesahkan bahawa laporan dan maklumat yang diberikan adalah
benar

Saya yang menjalankan tugas, Disahkan oleh,

………………………………….. ………………………………..

(Marha binti Mairop)

LAMPIRAN
Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun

You might also like