You are on page 1of 9

Sejarah islam penggal 2.

Umie norsyazwanie binti mohd Norhayat

Soalan 1 : sejauhmanakah agama wathani mendominasi agama & kepercayaan

Masyarakat arab jahiliah?

Jahiliah berasal daripada kalimah akar bahasa arab , iaitu jahala dan terbitan
jahlun atau jahalatun yang bermaksud bodoh dan sesat. Pengkaji sejarah mentafsirkan
zaman jahiliah ialah zaman sebelum nabi Muhammad S.A.W . Philip K.Hitti dalam
The History of The Arabs menagatakan zaman jahiliah ialah zaman tidak adanya
undang-undang dan petunjuk daripada rasul-rasul dan kitab-kitab agama dan manusia
tidak peraturan hidup dan tidak mempunyai agama yang sah disisi Allah s.w.t dan
masyarakat tidak mengesakan Allah s.w.t . Berdasarkan kepada firman Allah s.w.t
dapat dirumuskan bahawa terdapat beberapa ciri jahiliah iaitu zaman jahiliah ialah
zaman tidak terdapatnya nabi-nabi, rasul-rasul, dan kitab suci sebagai petunjuk atau
pedoman , zaman masyarakat tidak mempunyai peradaban atau tamadun, zaman
masyarakat tidak berakhlak,angkuh, bongkak, dan sombong dan zaman masyarakat
tidak patuh dan tunduk kepada syariat dan mengesakan Allah s.w.t . zaman jahiliah
berlaku selama tiga abad, iaitu apabila berakhirnya kerajaan Saba peringkat ketiga
atau peringkat akhir kerajaan Himyar sekitar tahun 300-610 m,. Iaitu turunnya al-
Quran . Pada zaman jahiliah, tidak ada nabi yang diutuskan oleh Allah s.w.t . dan
tidak ada kitab suci untuk dijadikan petunjuk. Keruntuhan Empangan Maarib pada
tahun 115 S.M. menyebabkan masyarakat kehilangan tamadun. Kepercayaan dan
agama yang wujud pada zaman jahiliah merupakan tinggalan bangsa semitik. Dalam
al-Quran, surat Ali Imran,ayat ada menjelaskan bahawa msyarakat Badwi berada
dalam kekufuran dan kedegilan. Suku-suku kaum Arab menganut dam mengamalkan
kepercayaan dan agama masing-masing.

Agama wathani sememangnya mendominasi agama dan kepercayaan


masyarakat jahiliah. Agama wathani merupakan agama yang menyembah berhala
.Masyarakat jahiliah menganggap berhala itu tuhan.Agama yang dibawa oleh Nabi
Ibrahim a.s. telah diselewengkan Dalam kepercayaan tesebut, mereka mengukir
berhala dengan pelbagai rupa dan jenis serta disembah kerana menganggap berhala-
berhala itu memberi manfaat kepadanya.Ibn Kalbi dalam Kitab al-Asnam mengatakan
seorag penaung Kaabah bernama Umar bin Luhai telah sembuh daripada penyakitnya
selepas dia mandi di sungai Syam yang penduduknyaa menyembah berhala untuk
mendapat restu seperti mana yang diterima oleh masyarakat islam. Antara berhala-
berhala yang diberi penghormatan yang tinggi daripda ratusan berhala yang lain
misalnya, al uzza iaitu berhala yang paling terkenal dalam kalangan masyarakat
jahiliah,al-Manat iaitu berhala yang disembah oleh masyarakat jahiliah yang menetap
di bahagian selatan Kota Makkah dan al-Lata iaitu berhala yang dijadikan tuhan oleh
suku Thaqis dan Taif serta dianggap suci.Setiap suku akan menempatkan satu berhala
Sejarah islam penggal 2. Umie norsyazwanie binti mohd Norhayat

di keliling Kaabah bagi mewakili sukunya.Pada awal islam, terdapat 360 berhala di
sekeliling Kaabah. Jelaslah , agama ini begitu popular dalam masyarakat jahiliah .

Selain itu , agama yahudi juga dianuti oleh kalangan masyarakat jahiliah
dalam agama yahudi. Agama berasal dari Palestin dan bertapak di Kota Yathrib
(Madinah) apabila masyarakat Palestin memasukidan mendiami Hijaj dan Yaman
dianuti oleh bani Nadhir , Qunaiqa, dan Quraizah. Agama ini tidak begitu terkenal
dalam kalangan masyarakat jahiliah kerana hanya sebahagian sahaja yang menganuti
agama ini. Oleh iu , agama yahudi juga sememangnya agama yang mendominasikan
dalam kalangan.

Seterusnya, agama Kristian( al- Masih) . pengkaji sejarah berpendapat agama


kristian mula bertapak di Kota Makkah pada abad yang ke-4 M. Pada mulanya
Kristian merupakan agama suci, iaitu agama yang dibawa oleh nabi Isa a.s. dengan
kitab inji. Tetapi lantaran tindakan yang dilakukan oleh Bani Israel ,terdapat beberapa
perkara yang telah diubahsuai menyebabkan agama kristian terpesong jauh daripada
konsep jauh daripada konsep asalnya dan salah di sisi Allah s.w.t .. Contohnya,
menganggap Nabi Isa a.s. anak tuhan dan Mariam sebagai isteri tuhan yang
bercanggah dengan akidah.Hakikatnya, tuhan tidak beristeri dan tidak beranak.Ini
dapat dibuktikan melalui surah al-Ikhlas ayat 1 hingga 4 , melalui firmannya
Katakanlah, Dialah Allah Yang Maha Esa . Allah adalah tuhan yang bergantung
kepada-Nya segala sesuatu . Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan dn tiada
seorang pun yang setara dengan-Nya. Oleh hal yang demikian , agama kristian masih
didominasikan oleh golongan masyarakat hingga kini terutamanya golongan barat
kerana begitu terkenal sejak kerajaan byzantine..

Masyarakat jahiliah mengamalkan agama hunafa dalam agama dan


kepercayaan mereka. Hunafa berasal daripada perkataan hanif iaitu mencari hakikat
yang sebenar tentang ketuhanan . Justeru itu, mereka meninggalkan agama dan
kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat jahiliah lain dan nenek moyang mereka
sejak turun-temurun.Golongan Hunafa tidak mengamalkan mana-mana agama dan
kepercayaan dan meninggalkan amalan tradisi masyarakat jahiliah seperti minum
arak, berjudi, makan bangkai, makan darah, dan sebagainya. Dalam syair Zaid
Amruta menyebut,Kesemua tuhan al-Lat, al-Uzza, dan al-Manat aku tinggalkan
kerana tuhan itu tidak bermaya.Dengan ini,dapatlah dikatakan bahawa golongan
Hunafa adalah golongan yang menentang agama dan kepercayaan yang dianuti dan
diamalkan oleh masyarakat jahiliah sebelum islam.

Tambahan pula, terdapat beberapa agama dan kepercayaan lain dianuti oleh
masyarakat jahiiah. Agama dan kepercayaan ini berbentuk karut dan khurafat.
Contohnya,masyarakat Badwi mempercayai tentang roh orang yang telah mati.
Mengikut kefahaman mereka, orang yang telah mati mempunyai hubungan dengan
tuhan. Mereka memuja kubur terutama kubur orang yang mempunyai kedudukan
sosial, politik, dan ekonomi yang tinggi seperti pahlawan , raja dan sebagainya.
Dalam menjaga dan mengawal tempat tersebut, binatang ternakan dikorbankan di
Sejarah islam penggal 2. Umie norsyazwanie binti mohd Norhayat

tempat itu setiap tahun dalam upacara penyembahan. Selain memmujaa roh dna
kubur, terdapat segelintir masyarakat jahiliah yang menyembah dan memuja pokok-
pokok besar, bukit-bukau, binatang ternakan, dan tempat tersembunyi daripada
umum. Mereka menganggap semua ini dapat memberi sesuatu kepada mereka. Ada
juga dalam kalangan mereka yang menyembah dewa, hantu, jin, syaitan ( iblis), dan
sebagainya. Agama dan kepercayaan yang dianuti oleh masyarakat jahiliah di Tanah
Arab tidak teratur dan tidak ada sistem tertentu. Mereka berada dalam kesesatan,
kekufuran, kesyirikan, dan kegelapan kerana tidak ada pemimpin yang memimpin
merek ke jalan yang benar , iaitu beriman kepada Allah s.w.t. Jelaslah,amalan karut
dan khurafat amat terserlah dalam kepercayaan masyarakat jahiliah.

Kesimpulannya, agama dan kepercayaan sememangya mempengaruhi


masyarakat jahiliah dalam kehidupan mereka sehingga kini agama-agama dan
kepercayaan tersebut masih dipelopori oleh golongan sekarang.

Soalan 2 : Nabi Muhammad s.a.w. bukan sahaja seseorang nabi dan rasul tetapi

Juga seorang negarawan.

Nabi muhammad s.a.w adalah pemimpin yang diutuskan oleh Allah s.w.t
sebagai nabi dan rasul akhir zaman. Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan oleh Allah
s.w.t untuk membawa kemajuan dan kesejahteraan kepada manusia di samping
mengajak manusia beriman kepada Allah s.w.t dengan mentaati perintah Nya.Antara
bukti yang menunjukkaan baginda seorang nabi dan rasul ialah menerusi kenyataan
dalam kitab kitab suci seperti Taurat, Injil, Zabur, dan al-Quran, sifat-sifat kenabian
dan kerasulan yang terdapat pada diri baginda sperti bercakap benar(Siddiq),
amanah,menyampaikan wahyu(tabligh), bijaksana( fatanah),berakhlak,lemah lembut,
berbudi pekerti, penyabar, toleran, dan berdedikasi dan mukjizat yang dianugerahkan
kepada Baginda,contohnya mukjizat teragung ialah al-Quran.dilahirkan pada 20
April /12 Rabiulawwal Tahun Gajah bersamaan 570 m. Firman Allah s.w.t dalam
surah al-Anfal , ayat 20 bermaksud Hai orang yang beriman, taatilah Allah dan
Rasul-Nya ,janganlah kamu berpaling daripada- Nya ,pada hal kamu mengetahui.
Menurut kamus Dewan Edisi keempat( 2010) negawan didefinisikan sebagai orang
yang mahir benar dengan cara pemerintahan negara , orang yang memegang atau
pernah memegang tampuk pemerintahan sesebuah negara.

rasulullah s.a.w seorang negarawan ,merupakan pemimpin masarakat . Sejak


sebelum Hijrah lagi, Nabi Muhammad SAW sudah terkenal sebagai seorang yang
amanah, al-Amin lagi adil dalam kalangan masyarakat Makkah, iaitu sejak
berlakunya peristiwa perletakkan Hajar al-Aswad ke tempat asalnya berikutan banjir
besar yang melanda Kaabah. Nabi Muhammad SAW menghormati agama lain dan
memberikan kebebasan beragama kepada mereka serta menghormati adat rresam dan
Sejarah islam penggal 2. Umie norsyazwanie binti mohd Norhayat

budaya ora ng bukan islam, termasuk kaum Yahudi. Nabi Muhammad SAW turut
memberikan kepercayaan kepada ketua-ketua kaum bagi mengurus hal-hal penting
yang bersabit dengan kaum dan sekutu mereka. Menerusi prinsip keadilan dan
toleransi serta ikatan akidah menyebabkan Nabi Muhammad SAW berjaya , bukan
sahaja menyatukan umat islam tetapi seluruh penduduk Madinah yang berbilang
agama dan keturunan. Baginda menyatukan msyarakat islam melalui persaudaraan
anatara golongan Muhajirin dengan Ansar. Bagind berjaya mengekalkan perpaduan
masyarakat Madinah seperti yang terkandung dalam Piagam Madinah. Selain itu,
baginda berjaya menghapuskan batas-batas perbezaan kaum melalui konsep
ummah.Oleh hal yang demikian, jelaslah masyarakat akan sejahtera melalui
kepimpinan rasulallah yang berwibawa.

Seterusnya, baginda juga merupakan pemimpin politik. Kepimpinan baginda


mula terserlah sejak di Makkah lagi apabila berjaya menyelesaikan perletakan Hajar
al-Aswad ke tempat asalnya. Baginda telah berjaya menunjukkan sifatsfat kepimpinan
politik menerusi Perjanjian Aqabah I dan Perjanjian Aqabah II. Kaum Aus dan
Khazraj dari Madinah berasa lega dengan jaminan yang diberikan oleh baginda bagi
menyelesaikan masalah politik di Madinah, khususnya tentang perbalahan mereka
dengan kaum Yahudi dan perpecahan antara sesama Arab. Baginda tidak
menunjukkan sikap permusuhan terhadap kaum Yahudi, tetapi baginda sentiasa
menganjurkan perundingan dengan mereka. Setelah perundingan gagal, barulah
Baginda bertindak mengikut lunas-lunas dan undang-undang yang termeterai dalm
piagam Madinah. Baginda juga dianggap sebagai diplomat yang berjaya kerana
inisiaatif Baginda meghantar perwakilan ke luar negara seperti Habsyah dan
Mesir.Oleh itu, jelaslah bahawa pemerintahan kerajaan islam pada masa itu semakin
kuat.

Selain itu, perancang ekonomi juga diadaptasi oleh nabi Muhammad.


Pemilihan Madinah sebagai pusat dakwah dan pentadbiran politik islam yang baharu
didorong oleh faktor ekonomi kerana Madinah terletak di pertengahan jalan antara
Makkah- Syam. Kedudukan yang strategik, menyebabkan aktiviti ekonomi orang
Islam semakin meluas.Nabi Muhammad SAW telah memperkenalkan dasar ekonomi
baginda baharu bagi menggantikan dasar ekonomi zaman jahiliah. Bagind
menggalakkan orang islam bekerja keras dan bergiat dalam bidang perniagaan dan
pertanian. Baginda berusaha membangunkan ekonomi orang Islam yang tegadai
kepada kaum Yahudi.Oleh hal yang demikian, ekonomi menjadi kuat disebabkan
wahana dalam memperkukuhkan ekonomi yang strategik.

Baginda menunjukkan mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang


ketenteraan melalui ekspedisi ketenteraan yang disertai. Dalam bidang ketenteraan,
asas kepimpinan baginda ialah akidah, syaiat , dan akhlak yang mulia. Baginda
bertindak mengikut peraturn yang telah disyaiatkan oleh Allah SWT. Baginda turut
mengamalkan sifat amanah dan tidak mudah lemah semangat dalam menghadapi
musuh. Baginda juga sentiasa adil kepad semua orang tidak kira kawan atau pihak
musuh. Contohnya, Baginda membahagikan harta rampasn perang secara adil kepada
Sejarah islam penggal 2. Umie norsyazwanie binti mohd Norhayat

tentera yang menyertai peperangaan dan tidak melakukan pencerobohan terhadap


musuh yang lari dari medan perang atau kaum-kaum yang lemah. Baginda juga
dianggap sebagai seorang panglima tentera dan ahli strategi dalam ketenteraan yang
membawa kejayaan kepada pasukan tentera islam. Jelaslah bahawa terbuktilah tentera
islam pada masa itu kuat berterusan kerana adanya sistem pertahanan yang utuh.

Baginda menjalankan kewajipan sebagai ketua hakim yang adil dan


saksama. Baginda menunjukkan beberapa etika yang perlu dipatuhi mana-mana
hakim. Contohnya, keadilan yang dipaparkan oleh baginda ialah ketegasan tentang
hukum memotong tangan terhadap pencuri , walaupun pencuri itu iala Fatimah r.a
anak yang paling disayangi oleh baginda.Tindakan tegas Baginda jelas apabila kaum
Yahudi disusir dari bumi Madinah kerana pengkhianatan yang dilakukan oleh mereka.
Oleh hal yang demikian, jelas bahawa keadilan wujud dalam menyelesaikan masalah
jenayah dalam kalangan penduduk Madinah.

Kesimpulannya, sistem pemerintahan semasa kerajaan islam bermula nabi


Muhammad SAW telah munculnya sebuah kerajaan yang sistematik samada antara
penduduk islam dan penduduk kafir.Oleh itu, cara pemerintahannya baginda diambil
sebagai model dalam pemerintahan sekarang terutamanya constitute of
medinaPiagam Madinah kerana merupakan piagam yang pertama bertulis.

Soalan 3 : Huraikan sumbangan Khalifaah ar-Rasyid menjaadi Khalifah zaman

Abbasiyah.

Khalifah Harun al-Rasyid bin Muhammad al-Mahadi bin Abu Jaafar al-
Mansur dilahirkan pada zulhijjah 145 Hijrah.(763 M,) di ar-Raj,Khurasan. Beliau
merupakan Khalifah kelima dalam pemerintahan Bani Abbasiyah. Khalifah Harun al-
Rasyid memiliki sifat-sifat keperibadian yang tinggi sperti warak, pemurah, dan suka
kepada kerja-kerja kebajikan. Al- Tabary dalam Tarikul Umum menyatakan setiap
hari Khalifah Harun al- Rasyid membelanjakan 1000 dirham wang sakunya untuk
bersedekah dan kerja-kerja kebajikan.Khalifah Harun al- Rasyid berpendidikan tinggi
dan mempunyai pengalaman yang luas dalam aspek pentadbiran , kemasyarakatan,
dan politik. Beliau juga terkenal sebagai pemerintah bijaksana, ahli falsafah, dan
cendikiawan Islam. Oleh itu, selama 23 tahun pemerintahannya, 786 809 M.(170-
193 H.) kerajaan Bani Abbasiyah mencapai kemuncak kemajuan dalam bidang
politik, ekonomi, dan sosial.

Dalam aspek politik, Khalifah Harun al- Rasyid telah berjaya menghapuskan
hubunga buruk dengan kerajaan Byzantine.Hubungan buruk semakin ketara pada
zaman pemerintahan Harun al- Rasyid yang berpunca daripada tindakan Rom
menyerang kerajaan Islam Baghdad pada zaman pemerintahan Khalifah al-Mahadi
disebabkan masalah asia Minor. Tambahan pula, hubungan antara Andalusia dengan
Sejarah islam penggal 2. Umie norsyazwanie binti mohd Norhayat

kerajaan Bani Abbasiyah turut menimbulkan masalah kepada pemerintahan Khalifah


Harun al- Rasyid. Hubungan dengan perancis juga menjadi baik pada zaman khalifah
Harun iaitu mmengikut catatan pemerintah Bani Abbasiyah, Hubungan khalifah
Harun al- Rashid dengan raja perancis, Charlemagne terjalin dengan baik disebabkan
Perancis merupakan musuh ketat kepada Andalusia ( Sepaanyol). Keakraban
hubungan kerajaan Bani abbasiyah dengan kerajaan Perancis dapat dilihat melalui
pertukaran cenderahati antara Raja Charlemagne dengan Khalifah Harun al-Rasyid.
Khalifah Harun mengirim anak kunci Baitulmuqaddis kepada orang kristian yang
mengunjungi Palestin. Melalui hubungan tersebut, Islam berkembang dengan
meluasnya di Perancis. Harun juga berjaya menghapuskan masalah dalam negeri iaitu
menyumbang dalam kemajuan dalam politik, ekonomi, dan sosial adalah hasil
daripada kecekapan pegawai dan kakitangan kkeajaan yang menjalankan tugas.Oleh
itu, patutlah keadaan politik zaman abbasiyah wujud impak yang positif disebabkan
pelaksanaan yang sistematik.

Dalam aspek ekonomi pula, khalifah harun al-Rasyid menekankan kemajuan


pertaniandan perdagangan kerana kedua-dua aktivii tersebut adalah sumber utama
pendapatan penduduk dan negara. Antara tindakan yang dilakukan oleh Khalifah
Harun al-Rasyid ialah membuka tanah baharu untuk petanian dan membekalkan benih
percuma kepada petani. Khalifah Harun al- Rasyid membahagikan tanah kerajaan
rampasan perang kepada tentera yang bersara dan orang miskin untuk diusahakan
dengan kegiatan pertanian. Kegiatan perdagangan diperluaskan ke Eropah , India,
dan China. Kota Baghdad dijadikan pusat perdagangan Timur- Barat. Untuk
memudahkan kegiatan perdagangan dengan negara-negara luar, jalan telah dibina dari
Iraq ke Laut Merah, Laut Mediterranean, Tunisia, dan Magribi. Tambahan pula,
pasukan tentera disusun semula dan membuat rapi di laut dan di pelabuhan bagi
menjamin keselamatan kapal dagang yang berlabuh di Pelabuhan Basrah.Antara
barang dagangan di Kota Baghdad ialah sutera dan teh dari China, rempah-ratus dan
kain dari India, madu, kulit, dan lilin dari Eropah,gading dan logam dari Afrika Utara,
beras dan gandum dari Mesir dan barangan kaca dari syria. Hal ini, terbuktilah
bahawa kerajaan Abbasiyah sememangnya amat maju dalam bidang ekonomi.

Dalam aspek sosial pula, Khalifah Harun al Rasyid menekankan kepada


perkembangan dan kemajuan pendidikan kerana pendidikan menjadi asas kepada
kemajuan dan pembangunan aspek-aspek lain. Zaman pemerintahan khalifah Harun al
Rasyid 786-809 ( 170-193 H) merupakan zaman kebangkitan intelektual islam dan
khalifah menjadi penaung kepada perkembangan ilmu pengetahuan. Bagi
mengembangkan ilmu pengetahuan kepada rakyat, pusat-pusat pendidikan sekolah,
maktab, dan universiti didirikan. Buku-buku dalam bahasa asing seperti bahasa
Yunani, India, dan China diterjermahkan ke dalam bahasa Arab. Selain ilmu
pengetahuan berkenaan agama islam, khalifah juga menitikberatkan ilmu pengetahuan
sekular seperti astronomi, matematik, seni, falsafah, sejarah, geografi, sastera, dan
sains. Bagi mengembang dan meluaskan ilmu ini, Khalifah Harun al- Rasyid
menggunakan wang sakunya sendiri di samping peruntukan khas kerajaan. Beliau
Sejarah islam penggal 2. Umie norsyazwanie binti mohd Norhayat

telah mendirika perpustakaan Agung ( Baitul Hikmah ) dan menjadikan Bandar


Madinah, Kufah, Kaherah, dan Balk sebagai bandar ilmu pengetahuan. Demi
memudahkan aktiviti rakyat dan perkembangan agama islam, Khalifah Harun al
Rasyid memberi penumpuan terhadap pembinaan masjid-masjid. Oleh itu, banyak
masjid dibina di kawasan jajahan taklukan islam. Jelaslah , pendidikan semakin
berkembang semasa pemerintahan Harun al Rasyid.

Kesimpulannya, berdasarkan personaliti dan dasar pemerintahannya, ahli-ahli


sejarah menyamakan pemerintahan Khalifah Harun al Rasyid dengan menyamakan
pemerintahan Khalifah Umar al Khattab 634-644.(13-23 H. ), Khalifah al Rasyidin
kedua dan Khalifah Umar bin Abdul Aziz 717-720 M.(99-101 H.) iaitu Khalifah Bani
Umayyah Kelapan. Khalifah Harun al. (193 H), setelah memerintah selama 23 tahun.

Soalan 4 : Bincangkan konsep dan jenis jenis jihad menurut pandangan islam

Dari segi bahasa jihad beerti kesulitan atau beban atau kesungguhan dan
keupayaan terakhir. Perkataan al jahdu dan al jihad menurut pengertian bahasa arab
pengerahan segenap tenaga manusia untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan atau
menolak sesuatu yang dibeli. Menurut istilah syarak, makna jihad ialah perang dan
membantu semua persiapan perang. Mazhab Syafii pula menjelaskan jihad sebagai
berperang pada jalan Allah SWT dan mengerahkan segala kemampuan untuk
memerangi orang kafir. Oleh itu, dengan erti kata yang luas , jihad bolehlah sebagai
berjuang menegakkan kebenaran melalui cara yang diredai-Nya, diistilahka juga fi
sabilillah.

jihad Nyawa dan Tenaga Jihad nyawa dan tenaga merupakan jihad yang
paling utama,iaitu melalui pengorbanan jiwa dan raga. Lazimnya,jihad sebegini ialah
jihad di medan perang dan mereka yang terkorban diistilahkan sebagai syahid.
Contohnya, Saidina Hamzah telah gugur atau syahid di medan Perang Uhud.
Jelaslah , terbukti juga bahawa nyawa dan tenaga memerlukan jihad dalam
kehidupan.

Jihad Harta. Pengorbanan wang dan harta juga termasuk dalam jihad fi
sabillah.Bagi golongan kaya,mereka boleh menyumbang harta bagi menyokong
usaha jihad golongan yang berperang di medan perang. Contohnya,Saidina Abu Bakar
al-siddiq menyerahkan semua hartanya demi menegakkan syiar Islam.oleh itu,
jelaslah jihad harta sememangnya membawa kebaikan.

Jihad Akal Fikiran.Idea yang bernas dan positif serta memberi manfaat
kepada masyarakat dan Negara tergolong dalam ciri-ciri jihad di jalan Allah SWT
Contohnya,Salman al-Farisi yang telah menyumbangkan idea bagi pembinaan parit
dalam Perang Khandak.jelaslah bahawa akal fikiran juga memerlukan jihad.
Sejarah islam penggal 2. Umie norsyazwanie binti mohd Norhayat

Jihad Melawan Nafsu Berjihad melawan nafsu ialah jihad yang paling
tinggi darjatnya di sisi Islam. Melaluinya,seluruh tenaga disalurkan supaya menuruti
jalan { manhaj} yang digariskan oleh Allah SWT. Perjuangan melawan nafsu dalam
diri setiap individu Muslim adalah fardu ain.Mencari petunjuk agama yang benar
atau mencari ilmu tergolong dalam jihad melawan nafsu,iaitu berusaha tunduk dan
patuh untuk beramal kepada ajaran Islam,menyebarkan dakwah Islamiah serta sabar
di atas segala ujian dan cabaran yang diterima. Jelaslah, bahawa melawa nafsu
memerlukan jihad yang utuh.

Jihad Menentang Syaitan.Syaitan ialah musuh yang sebenar-


benarnya.Buktinya,banyak ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan permusuhan di
antara syaitandengan manusia.Misalnya,dendamIblis kepada Nabi Adam a.s Jihad
menentang syaitan juga tergolong sebagai jihad dalam kategori fardu ain kerana
setiap manusia Islam mestilah sentiada berjihad menentang hawa nafsu dan
syaitan.Ini kerana kedua-duanya menjadi musuh di dalam diri mereka sendiri.Oleh
hal yang demikian, syaitan dapat ditepis melalui jihad.

Jihad Menentang Golongan Munafik Jihad dalam kategori ini


bermaksud menentang golongan yang berselindung di sebalik nama Islam.Terdapat
banyak ayat dalm al-Quran yang membicarakan berkenaan golongan munafik ini.
Jelaslah, orang munafik mampu ditentang melalui jihad.

Jihad Menentang Kemungkaran dan Mempertahankan Kebenaran


Umat Islam digalakkan menentang kemungkaran dan kezaliman dalam sesebuah
pemerintahan. Oleh sebab itu,segala kebatilan yang terdapat dalam masyarakat
mestilah ditentang sama ada melalui perbuatan,perkataan ataupun dengan hati. Oleh
itu, perbuatan kemungkaran dapat dielakkan melalui pertahanan jihad.

Jihad Menuntut Ilmu.Selain berjihad di medan perang, manusia juga


disyariatkan berjuang dalam bidang keilmuan.Ini penting bagi memastikan umat
Islam tidak ketinggalan dalam setiap lapangan.Umat Islam digalakkan mempelajari
ilmu yang bermanfaat sama ada fardu ain seperti feqah dan tauhid atau fardu kifayah
seperti sains,perubatan dan kejuruteraan tujuannya supaya umat Islam tidak
bergantung kepada bangsa lain,bahkan fardu kifayah boleh menjadi wajib sekiranya
tidak ada orang Islam yang mempelajarinya.Oleh hal yang demikian, seeorang yang
berjuang untuk belajar juga dianggap sebagai jihad.

Kesimpulannya, jihad amat memberi kepentingan kepada semua umat


dalam menjalani kehidupan supaya menjadi lebih baik dari semalam.
Sejarah islam penggal 2. Umie norsyazwanie binti mohd Norhayat

You might also like