You are on page 1of 2

Sukan Olimpik Purba

1000 Perkara Kamu Patut Tahu Tentang Sukan


Dalam Sukan Olimpik purba, wanita tidak dibenarkan menonton kerana atlet lelaki bertanding dalam
keadaan bogel. Hukuman yang akan dikenakan jika wanita ingkar ialah hukman bunuh!
Sukan Olimpik kali pertama diadakan pada 776 Sebelum Masihi, dan terdiri daripada satu acara
pecut, yang dimenangi oleh seorang tukang masak bernama Corubus.
Nama Olimpik berasal daripada Olympia, iaitu bandar tempat berlangsungnya sukan itu buat
pertama kali.
Sukan Olimpik purba diadakan sebagai tanda penghormatan kepada dewa Yunani, Zeus.
Hanya atlet Yunani yang merupakan rakyat bebas dibenarkan bertanding dalam Sukan Olimpik
purba.
Pankration adalah pertandingan yang menggabungkan perlawanan gusti tanpa mengikut peraturan
dan perlawanan tinju yang membenarkan sepakan. Dua acara berasingan dipertandingkan, satu untuk
kategori remaja dan satu untuk kategori dewasa.
Atlet yang menang dalam Sukan Olimpik purba akan menerima mahkota yang diperbuat daripada
daun pokok zaitun, dan mereka juga dibenarkan untuk mendirikan patung sebagai tanda
penghormatan kepada diri mereka sendiri di kawasan olympia.
Semasa berlatih untuk Sukan Olimpik purba, para atlet biasanya melakukan senaman berpandukan
bunyi muzik seruling kerana orang Yunani percaya bahawa ia dapat membantu meningkatkan
koordinasi dan pergerakan.
Pada 680 Sebelum Masihi, perlumbaan kuda berpedati diperkenalkan dengan penunggangnya
berlumba sejauh 14.4 km di dalam stadium yang dinamakanhippodrome.

You might also like