You are on page 1of 4

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI

KEDAH DARUL AMAN SK TAMAN MUDA 2015


Pendahuluan

Program ini dilaksanakan untuk memberi pengalaman dan pengetahuan kepada


murid-murid awal remaja agar dapat menjaga dan mengekalkan keindahan alam ciptaan
tuhan. Pendedahan sebegini juga dapat memupuk rasa cinta dan mengagungkan
kehidupan serta kedamaian yang dinikmati. Kecanggihan teknologi zaman terkini juga
akan menyemarakkan lagi semangat menimba ilmu pengetahuan sebagai bekalan untuk
diri sendiri, masyarakat dan Negara. Disamping tidak melupakan tinggalan warisan
pelbagai kebudayaan masyarakat majmuk di Malaysia. Peserta juga berpeluang untuk
didedahkan tentang mencintai alam sekitar dan haiwan, tempat-tempat bersejarah yang
ada di antaranya sedang diancam kepupusan.

2.0 Tarikh

11 September 2015 hingga 13 September 2015

3.0 Tempat

Sekitar Pulau Langkawi Kedah Darul Aman

4.0 Sasaran :

40 orang murid tahun 6 SK Taman Muda.

5.0Anjuran

Unit Kokurikulum, SK Taman Muda, Ampang,Kuala Lumpur.

6.0 Matlamat

6.1 Memberi peluang kepada guru-guru untuk mengendalikan dan menguruskan


aktiviti di luar sekolah.
6.2 Memberi peluang kepada murid berdikari di tempat yang jauh daripada
keluarga.
6.3 Mengadakan aktiviti yang lebih mencabar
6.4 Memupuk rasa kecintaan terhadap alam ciptaan tuhan.
6.5 Memupuk perasaan kecintaan kepada tinggalan sejarah warisan bangsa dan
negara.
7.0 Objektif

7.1 Melahirkan sikap positif dikalangan murid mengenai pengurusan dan


kepimpinan.
7.2 Menyemai rasa tanggungjawab murid terhadap keindahan alam semulajadi
ciptaan tuhan.
7.3 Memupuk rasa sayangkan keindahan alam dan keperluan pemeliharaannya.
7.4 Merapatkan silaturahim antara murid dengan murid,serta murid dengan guru
dan guru dengan guru.
7.5 Menanam disiplin dan jati diri dalam diri individu murid terhadap sesuatu
bidang.

8.0 Organisasi

Penaung
PN.MUHAYON BT MASHOD
Guru Besar SKTM

Penasihat
EN. ARDI MASRIN B MARDI
GPK KOKO SKTM

Pengerusi
PN.RASHIDAH BT MOHAMAD
Penyelaras Tahun 6 SKTM

Setiausaha
EN.SHAHROL NISMAN B OMAR

Bendahari
EN.HASRI B.HARUN

Qm Alatan
EN.MOHD NUBLI B. NAWAWI

Qm Makanan
CIK JESSICA ANAK GARAN

Qm Kecemasan
EN. MUHAMAD REDUWAM B RAMLY
Guru Pengiring

EN.SHAHROL NISMAN B OMAR


EN.HASRI B.HARUN
UST.MOHD.NUBLI B. NAWAWI
PN.RASHIDAH BT MOHAMAD
CIK JESICA GARAN

9.0 Surat Menyurat

9.1 Jabatan Pendidikan negeri Selangor -pemberitahuan


9.2 Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat -kelulusan
9.3 Balai Polis Ampang -pemberitahuan
9.4 Balai Polis Pulau Langkawi Kedah -pembertahuan
9.5 Kebenaran Ibubapa Penjaga Murid -pemberitahuan
9.6 Guru Pengiring -pemberitahuan

10.0 Kewangan

10.1 Pendapatan

Sumbangan Penyertaan Murid RM 250.00 x 40 = RM 10 000.00

JUMLAH = RM 10 000.00
10.2 Perbelanjaan
Makanan RM 32 X 40 = RM 1280.00
Bas RM 3000 X 2 = RM 6000.00
Underwater World RM 18 X 40 = RM 720.00
Cable Car RM 15 X 40 = RM 600.00
Makam Mahsuri RM 5 X 40 = RM 200.00
Fery RM 15 X 40 = RM 600.00
Penginapan RM 150 X 4 = RM 600.00
Dokumentasi -

JUMLAH = RM 10 000.00
*Perbelanjaan Guru pengiring ditanggung oleh guru pengiring sendiri.

11.0 Sumbangan

11.1- Sumbangan penyertaan murid.


12.0 Senarai tugasan
Guru pengiring

12.1.Seorang guru pengiring mengawasi 10 orang murid


12.2.Menguruskan pengangkutan pergi dan balik.
12.3.Menguruskan pengangkutan sepanjang aktiviti dijalankan
12.4.Memastikan perlaksanaan aktiviti berjalan lancar.
12.5.Memastikan surat menyurat diuruskan dengan segera dan sempurna.
12.6.Menguruskan anggaran perbelanjaan sepanjang aktiviti dengan teliti.
12.7.Memastikan keselamatan semua peserta sepanjang aktiviti dilaksanakan.
12.8.Mengiringi peserta sepanjang aktiviti.
11.9.Memastikan kebajikan murid sepanjang aktiviti.

13.0 Jadual/aktiviti

Lampiran 1

14.0 Harapan

Pihak kami berharap agar pihak tuan tidak keberatan meluluskan kertas cadangan
ini. Semoga program ini akan berjaya memberikan pendedahan dan pengetahuan yang
berguna dikalangan murid yang menyertai. Harapan kami melalui aktiviti ini akan dapat
memberi pengalaman dan semangat baru kepada murid-murid agar lebih cemerlang,
gemilang dan terbilang dalam aktiviti ko-kurikulum dan kurikulum. Kerjasama dan
sokongan pihak tuan kami dahului dengan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh: Disahkan dan diluluskan oleh:

..
(SHAHROL NISMAN B. OMAR)
Setiausaha Lawatan Ke Pulau Langkawi, Kedah.
SK Taman Muda.

You might also like