You are on page 1of 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JUASSEH


72500 JUASSEH
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
TEL: 06-4983879 FAX : 06-4985823

Ruj. Kami : Bil ( ) dlm SMKJ/200/08/01


Tarikh : 04 Februari 2016

Kepada,

Tuan / Puan,
Ibu bapa / Penjaga Murid-murid
Sekolah Menengah Kebangsaan Juasseh

Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK JUASSEH KALI KE-16 BAGI
TAHUN 2016

Merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Juasseh akan menjalankan
Mesyuarat Agung kali ke-16 bagi tahun 2016.

2. Sehubungan dengan itu, kami amat berbesar hati menjemput Tuan/Puan ke majlis ini yang akan dirasmikan oleh
YB Dato' Mohammad Razi bin Kail, ADUN Juasseh, pada ketetapan seperti di bawah:

Tarikh : 17 Februari 2016 (Rabu)


Masa : 01.45 petang
Tempat : Dewan Seri Juasseh, SMK Juasseh

3. Mohon kepada Tuan/Puan mengisi borang jawapan kehadiran mesyuarat dan usul yang ingin diketengahkan
seterusnya mengembalikan semula borang tersebut kepada pihak kami. Segala perhatian dan pertimbangan yang
diberikan oleh Tuan/Puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang Menjalankan Tugas,

..
(HASNOL ESHAM BIN ABU HASSAN)
Setiausaha Kehormat,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SMK Juasseh
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
JAWAPAN KEHADIRAN KE MESYUARAT AGUNG
PIBG SMK JUASSEH KALI KE-16 TAHUN 2016

Saya yang bernama _________________________________________, ibu / bapa / penjaga kepada murid bernama
________________________________________ dari tingkatan _________ * akan hadir / tidak dapat hadir* pada majlis
tersebut di atas.
** potong yang tidak berkenaan

Yang Benar,

( )

USUL-USUL YANG AKAN DIKETENGAHKAN

1.
.
2.

3.

You might also like