You are on page 1of 1

TAMBAHAN DALAM BACAAN RUKUK DAN SUJUD

Oleh : Ustaz Abdul Rahman bin Harman Shah Raniri


Ada yang bertanya:
"Assalamualaikum ust. Maaf ganggu, saya ada soalan. Ada seorang ustaz ni sebut, yg bacaan
dlm solat waktu rukuk dn sujud, hanya sahaja... tu tak ada dlm mana2 hadis
rasulullah. Betul ke ya ustaz? Sebab katanya dlm kitab al-azkar imam nawawi r.h x de langsung
dinyatakan hadis yg mengatakan ada nya bacaan tu."

Apa yang boleh saya katakan:

Sebenarnya tambahan tersebut ada dalam Sunan Abi Daud, daripada riwayat Ahmad Ibn Yunus,
daripada al-Lais Ibn Sa'ad, daripada Musa Ibn Ayyub, daripada SEORANG LELAKI
DARIPADA KAUMNYA, daripada 'Uqbah Ibn 'Amir.

Hadis ini dikritik oleh sebahagian ulama kerana lafaz 'SEORANG LELAKI DARIPADA
KAUMNYA' menunjukkan bahawa perawi tersebut adalah ( mubham) atau tidak dikenali.
Menurut kaedah ilmu hadis, perawi yang tidak dikenali adalah daif.

Namun begitu, kritikan ini telah dijawab oleh Ibn al-Mulaqqin dalam kitabnya
( Jilid 3, halaman 608-610, cetakan Dar al-Hijrah) di mana
setelah menyemak sanad lain beliau membuat kesimpulan bahawa perawi yang dikatakan
mubham itu ialah Iyas Ibn 'Amir al-Ghafiqi. Beliau merupakan seorang tabi'in dan merupakan
salah seorang pengikut Sayyiduna 'Ali. Komentar ulama Jarh wa Ta'dil terhadap beliau zahirnya
menunjukkan bahawa beliau bukanlah perawi yang bermasalah. Malah Ibnu Hajar mengatakan
beliau ( Saduq) dan Ibnu Hibban pula menggolongkan beliau di kalangan perawi yang
(thiqah / dipercayai).

Justeru, dapatlah diketahui bahawa tambahan lafaz adalah thabit berdasarkan riwayat Abu
Daud di atas.

Maka oleh yang demikian, Mazhab Maliki dan mazhab kitab Syafie mengatakan bahawa
disunatkan kita membaca beserta . Adapun Mazhab Hanbali, bagi mereka
adalah lebih afdal meninggalkan lafaz

(Rujuk al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, jilid 23, halaman 132).

Mungkin Mazhab Hanbali berkata begitu kerana menurut ijtihad mereka, lafaz tambahan tersebut
tidak thabit daripada Rasulullah .

Di akhir tulisan yang ringkas ini, suka saya untuk menasihatkan diri yang kerdil ini dan sahabat
sekalian agar kita tidak mudah mengatakan INI TIADA DALAM MANA-MANA HADIS.
Jangan biarkan lidah kita lebih pantas daripada otak kita. Mengaburi mata anak murid dengan
mengatakan 'hadis ini langsung tiada dalam Kitab al-Azkar' adalah suatu tindakan yang kurang
cerdik. .

You might also like