You are on page 1of 3

HADIS MU’ALLAL

Pengertian :

Hadis Mu’allal : Hadis yang secara zahir nampak sahih, tiada cela, tetapi

dapat dikesan kecacatanya selepas dibuat kajian dan ia boleh menjejaskan

kesahihnnya.

Bahagian :

Kecacatan yang berlaku ada tiga, iaitu :

1. Mu’allal pada sanad ( paling banyak )

2. Mu’allal pada matan

3. Mu’allah pada sanad dan matan serentak

1.1 Mu’allal pada sanad

Contohnya ialah :

Hadis Musa b ‘Uqbah daripada Abdullah b Dinar daripada Ibn

Umar secara Marfu1 kepada Nabi s.a.w, sabdanya :

Maksudnya : Allah telah menghapuskan dari kamu keaiban sifat-sifat

jahiliah

Hadis ini telah disenaraikan nama perawi yang salah, iaitu Musa b

‘Uqbah. Nama sebenar perawi itu ialah Musa B ‘Ubadaidah seorang

yang thiqah, manakala Musa B ‘Uqbah adalah da’if.

1
Istilah : Hadis yang disandarkan kepada Rasullullah s.a.w, sama ada : kata-kata, perbuatan,
pengakuan atau sifat-sifat baginda s.a.w. sebelum dibangkitkan menjadi rasul atau selepasnya, sama
ada rangkaian sanadnya bersambung atau terputus.
1.2 Mu’allal pada Sanad dan Matan Serentak

Maksudnya : Sesiapa yang hanya sempat satu rakaat solat

jumaat atau selainnya, solatnya sudah dikira sempurna 2

Hadis Sahih ( Tidak Mu;allal ) :

Maksudnya : Sesiapa yang hanya sempat walau satu solat

rakaat solat berjamah, ia dikira mendapat pahala berjamaah

sepenuhnya.

Dari kedua-dua hadis hadis perbandingan ini dapat dilihat kecacatnnya

berlaku pada kedua-dua tempat iaitu : Sanad dan matannya. Sudut

sanad : Kalangan perawinya yang sebenar ialah al-Zuhri daripada Abu

Salamah daripada Abu Hurairah. Bagaimanapun, rangkaian sanad : al-

Zuhri daripada Salim daripada Ibn Umar, terdapat kesamaran pada

perawinya. Ini menurut Imam Ibn Abu Hatim dan al-Dar Qutni.

1.3 Mu’allal pada Matan

Contohnya :

Hadis riwayat Anas3 yang dikatakan menafikan Rasullullah s.a.w

membaca Bismillah dalam Fatihah ketika solat. 4

Hadis yang sahih ialah : Rasullullah membaca perlahan

Bismillah dalam surah Fatihah ketika solat yang bacaan perlahan dan

membaca dengan kuat pada solat yang membaca ( Fatihah ) kuat.

2
Menurut Fiqh Manhaj Syafie, satu rakaat solat Jumaat sudah sah solatnya itu.
3
Sahabat Nabi s.a.w , Anas B Malik( m.93 H) telah meriwayatkan sebanyak 1286 buah hadis.
4
Membaca Bismillah dalam Fatihah ketika solat tidak menjadi kewajipan bagi Mazhab Maliki
Karya Berkaitan Hadis Mu’allal

1. al-‘Ilal wa Ma’rifah al-Rijal oleh Imam Ahmad b Hanbal

2. al-Zhar al-Matlul fi al-Hadith al-Ma’lul oleh Ibn Hjar al-Asqalani

3. ‘Ial al-Hadith oleh Ibn Abu Hatim

4. al-‘Ilal al-Waridah fi al-Ahadith al-Nabawiyyah oleh al-Dar Qutni.

5. al-‘Ial al-Kabir wa al-saghir oleh al-Tirmidhi.

You might also like