You are on page 1of 28

BAHAGIAN A

1.0 Konsep Pembelajaran Jarak Jauh / Dalam Talian

Menurut penerangan yang telah disumbangkan oleh Hill, J. R. (2011), pendidikan ataupun
pembelajaran jarak jauh boleh merujuk kepada suatu bentuk pendidikan yang dilakukan secara
sambilan oleh seseorang individu yang sedang bekerja. Keterangan ini turut dipersetujui oleh
Khan, B. H. (2010) dan beliau telah menerangkan bahawa pembelajaran dan pendidikan jarak
jauh ini biasanya akan dilaksanakan untuk orang dewasa yang bekerja. Di bawah konsep
pembelajaran jarak jauh ini, pelajar (orang dewasa) tidak perlulah menghadiri ke kelas kuliah
setiap hari ataupun setiap minggu. Untuk kebanyakan institusi, kelas pembelajaran akan
dijalankan 2 kali sebulan sahaja. Ia bertujuan untuk memastikan pekerjaan seseorang pelajar tidak
terjejas oleh pembelajaran ini.

Pada masa yang sama, Julie A. Jacko and Andrew Sears (Eds.). (2012) juga berpendapat bahawa
pembelajaran jarak jauh ini amatlah sesuai untuk digunakan oleh orang dewasa yang sedang
bekerja tetapi berhasrat ingin melanjutkan pembelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
Menurut pandangan yang telah disumbangkan oleh Steve Higgins. (2014), pembelajaran jarak
jauh ini biasanya akan dilakukan dengan menggunakan peralatan teknologi maklumat seperti
computer dan juga laman web. Contohnya, murid murid sendiri akan mempelajari nota yang
boleh dimuat turunkan daripada laman web pendidikan (learning portal) yang tertentu. Selepas itu,
mereka juga boleh melakukan latihan secara dalam talian untuk mengukuhkan pemahaman
mereka terhadap sesuatu topic pembelajaran tersebut. Kemudiannya, mereka boleh bertanya
tutor dalam sesi pertemuan ataupun kuliah bersemuka yang dijalankan sebanyak 2 kali seminggu.

Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa pembelajaran jarak jauh ini mempunyai kelebihan
dan juga kelemahan yang tersendiri. Semua kelebihan dan kelemahan yang wujud dalam
pembelajaran jarak jauh ini akan dikenalpasti dan dibincangkan secara terperinci dalam laporan
kertas kajian ini. Contoh yang relevan juga akan digunakan untuk menyokongkan perbincangan
dalam kertas kajian ini.
2.0 Konsep Distrupting di bawah Clyaton Christensen

Seperti yang telah diterangkan oleh Stuart K. Card, Thomas P. Moran, Allen Newell (2010),
Chyaton Christensen telah mengatakan bahawa interversi yang dilakukan terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang sedia ada. Dalam perkataan yang lain, pembelajaran
dalam talian dalam pandangan Chyaton Christensen merupakan suatu bentuk gangguan yang
telah memberikan implikasi serta impak yang berjauhan kepada proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan secara tradisional. Contohnya, beliau berpendapat bahawa
penggunaan corak pengajaran yang berbentuk pembelajaran dalam talian akan mengubahkan
corak pengajaran yang sedia ada iaitu tradisional kepada bercorakkan computer serta peralatan
dalam talian seperti youtube dan lain lain.

Di samping itu, pandangan yang telah dikemukakan oleh Tavangarian D., Leypold M., Nlting
K., Rser M.,(2012) juga menunjukkan bahawa corak pembelajaran dalam talian dalam
pandangan Clyaton Christensen lebih kepada suatu bentuk inovasi dan pembaharuan yang akan
memberikan suatu pembaharuan kepada corak pengajaran serta pengurusan institusi pendidikan
tinggi ini. Beliau juga mengatakan bahawa pembaharuan yang sedemikian adalah perlu dan wajib
dilakukan supaya keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di peringkat
pendidikan tinggi ini akan terus maju ke hadapan dan dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Akhirnya, Khan, B. H. (2010) berpendapat bahawa pandangan yang telah diberikan oleh Clyaton
Christensen telah menunjukkan bahawa guru di dalam kelas seharusnya mengikuti jejak kaki
pembaharuan yang wujud dalam bidang pendidikan dan bukan melihatnya sebagai suatu
gangguan. Ini adalah kerana beliau berpendapat bahawa pembaharuan ini akan memastikan guru
di sekolah terus maju ke hadapan dan mampu untuk mengembangkan kemahiran mengajar
kendiri dari masa ke semasa di masa hadapan.
3.0 Perkembangan Program dalam Talian (MOOC)

Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa wujudnya banyak peluang pembelajaran jarak jauh
di dalam negara Malaysia. Antara institusi pendidikan yang terkenal dengan peluang
pembelajaran jarak jauh adalah seperti:

Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI)


o Kebanyakan program pembelajaran jarak jauh yang ditawarkan oleh UPSI adalah
lebih kepada pendidikan di mana program peringkat sarjana muda, sarjana dan
doctor falsafah telah ditawarkan

Universiti Terbuka Malaysia (OUM)


o Ia merupakan sebuah universiti tempatan swasta yang terkenal dengan
pembelajaran jarak jauh yang mempunyai pusat pembelajaran di setiap negeri.
Semua pembelajaran di OUM akan dibahagikan kepada dua aliran iaitu aliran
terbuka (Open market) dan aliran pendidikan.

Universiti AEU
o Model pengurusan universiti AEU ini adalah mirip OUM di mana menggunakan
struktur MyLMS untuk menguruskan isi kandungan dan sumber pembelajaran
terbuka ini.

Universiti Wawasan (WoU)


o Universiti ini adalah bertempat di Penang dan ia telah menawarkan pelbagai
program dalam mod pendidikan jarak jauh kepada semua warga Malaysia.

Universiti Sains Malaysia (USM) / Universiti Putra Malaysia (UPM)


o Fakulti pendidikan di bawah USM dan UPM telah menganjurkan pendidikan jarak
jauh untuk guru guru sekolah yang sedia ada untuk melanjutkan pembelajaran
mereka ke peringkat sarjana ataupun doctor falsafah.
4.0 Pembelajaran Dalam Talian Mengubah Pendidikan Tinggi

Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa pembelajaran dalam talian telah memberikna impak
yang begitu besar dan signifikan terhadap pendidikan tinggi dalam Negara Malaysia. Semua
impak yang disebabkan oleh penggunaan konsep pembelajaran talian akan diterangkan dengan
jelas dalam bahagian laporan kertas kajian ini dan disokongkan dengan menggunakan contoh
yang sesuai serta relevan.

Pada asasnya, pengenalan pembelajaran dalam talian telah menyebabkan corak pengajaran yang
dilakukan dalam pendidikan tinggi diubahkan dari corak pengajaran secara tradisional diubahkan
kepada corak pengajaran yang berasakan teknogi maklumat dan perlatan dalam talian. Dalam
perkataan yang lain, corak pengajaran yang berasaskan guru tidak digunakan lagi dalam
pembelajaran yang berasaskan corak dalam talian. Untuk pembelajaran dalam talian, corak
pengajaran yang digunakan adalah lebih kepada memusatkan pelajar.

Di samping itu, penerangan yang telah dikemukakan oleh Abdul Razak Bin Idris & Saidanorlaili
Binti Ali (2008) juga menunjukkan bahawa kebanyakan institusi pendidikan tinggi perlulah
melabur sejumlah wang yang banyak untuk membangunkan infrastruktur yang diperlukan untuk
menjalankan kursus ataupun program dalam talian. Antara infrastruktur yang dimaksudkan
adalah perkhidmatan Internet Jalur lebar dan sebagainya.

Akhirnya, pengenalan pembelajaran dalam talian juga mengubahkan konsep pengurusan institusi
pendidikan tinggi dalam Malaysia di mana kebanyakan kolej mula memasarkan program
pendidikan sepanjang hayat (lifelong learning) kepada masyarakat tempatan khasnya mereka
yang sudah bekerja dalam syarikat. Sesungguhnhya, ia telah meluaskan pasaran untuk institusi
pendidikan tinggi yang sedia ada.
5.0 Kelebihan dan Kelemahan Pembelajaran dalam Talian

Untuk penerangan yang akan dilakukan dalam bahagian kertas kajian ini, tumpuan dan fokus
akan diberikan terhadap kelebihan dan juga kelemahan yang wujud dalam pembelajaran dalam
talian. Semua penerangan akan disokongkan dengan menggunakan contoh yang sesuai.

(A) Kelebihan Pembelajaran dalam Talian

Seperti yang disedia maklum, pembelajaran jarak jauh akan membolehkan pelajar pelajar untuk
menjalankan pembelajaran walaupun mereka tidak berada dalam kampus. Dalam perkataan yang
lain, pembelajaran jarak jauh ini akan membolehkan pelajar pelajar tidak semestinya pergi ke
kampus ataupun universiti untuk menjalankan pembelajaran. Ia adalah sangat baik terutamanya
mereka yang tidak mendiami di kawasan yang berdekatan dengan universiti ataupun kampus
sekolah. Contohnya, guru boleh menjalankan pembelajaran untuk program Sarjana dalam
pendidikan yang ditawarkan oleh Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) walaupun mereka
berada di negeri Sarawak sahaja. Dalam perkataan yang lain, ia akan memberikan peluang
kepada lebih banyak orang untuk melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dari
masa ke semasa.

Selain daripada itu, pandangan yang telah dikemukakan oleh EC (2000) juga menunjukkan
bahawa tiada wujudnya sebarang had dalam aspek masa untuk seseorang pelajar menjalankan
pembelajaran melalui mod jarak jauh ini. Dalam perkataan yang lain, seseorang individu boleh
menjalankan pembelajaran pada waktu malam ataupun hari minggu (di mana beliau mempunyai
masa lapang). Secara langsung, ia akan menwujudkan suatu mod pembelajaran yang fleksibel di
mana boleh dilakukan pada bila bila masa sahaja. Keadaan ini mungkin akan dijadikan sebagai
faktor yang penting untuk mengalakkan lebih banyak individu ataupun ahli masyarakat tempatan
supaya melanjutkan pembelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Oleh yang
demikian, ia telah membuktikan bahawa proses pembelajaran dalam mod jarak jauh adalah
sangat penting untuk mengalakkan lebih banyak orang untuk menjalankan pembelajaran pada
masa lapang.
(B) Kelemahan Pembelajaran dalam Talian

Menurut penerangan yang telah disumbangkan oleh Stuart K. Card, Thomas P. Moran, Allen
Newell (2010), kebanyakan pelajar yang sedang menjalankan pembelajaran secara jarak jauh
mengadu bahawa portal pembelajaran yang telah dibangunkan dan disediakan oleh pihak institusi
tidak berkualiti dan sering mengalami masalah akses dari luar kampus. Dalam perkataan yang
lain, pelajar pelajar yang sedang menjalankan pembelajaran secara jarak jauh ini sering
menghadapi masalah untuk mengakses ke portal pembelajaran untuk mendapatkan pelbagai
sumber pengajaran dan pembelajaran (PdP) daripada laman web tersebut. Ini adalah kerana pihak
institusi pendidikan tidak memberikan usaha dan tumpuan yang mencukupi untuk menguruskan
dan mengendalikan laman web ataupun portal ini. Akhirnya, ia telah menjejaskan tahap
keberkesanan pembelajaran di kalangan pelajar pelajar dalam mod pendidikan jarah jauh ini.
Maka, ia merupakan suatu masalah dan cabaran yang perlulah diatasi dengan segera.

Akhirnya, kebanyakan pembelajaran jarak jauh adalah dijalankan melalui platform dalam talian
(online platform) di mana pelajar akan menggunakan kemudahan dalam talian (internet facilities)
untuk menjalankan pembelajaran. Walau bagaimanapun, bukan semua kawasan di negeri
Sarawak telah dilengkapi dengan kemudahan Internet yang baik dan sesuai untuk digunakan
dalam melakukan pembelajaran dalam talian. Contohnya, kawasan pendalaman di sekitar Song,
Kapit dan Katibas tidak dilengkapi dengan kemudahan internet. Oleh yang demikian, kebanyakan
pelajar terutamanya guru yang mengajar di kawasan pendalaman akan menghadapi kesukaran
untuk mengakses Internet serta menjalankan aktiviti pembelajaran secara jarak jauh ini.
Keterangan ini turut mendapatkan persetujuan daripada Md. Nor Bakar & Rashita A. Hadi. (2011)
dan beliau telah menerangkan bahawa kemudahan internet merupakan keperluan yang begitu
penting untuk semua individu yang berhasrat untuk melakukan pembelajaran secara jarak jauh di
dalam negara ini. Maka, ia merupakan suatu kekurangan dan kelemahan sekiranya semua
program di dalam sesebuah univesiti dijalankan berdasarkan mod dalam talian.
BAHAGIAN B

Kelas Masa Hadapan

1.0 Pengenalan

Secara umumnya, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah bukanlah sesuatu
tugasan yang mudah dan ringan. Berikutan dengan perkembangan teknologi dalam pelbagai
sektor termasuklah sektor pendidikan, penggunaan dan implementasi teknolog maklumat dalam
proses pengajaran dan pembelajaran adalah tidak boleh dielakkan.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) hari ini, kebanyakan murid akan menghadapi
masalah pemahaman konsep ajaran guru di dalam kelas. Masalah pemahaman ini adalah
disebabkan oleh kegagalan mereka untuk membayangkan serta mengambarkan konsep yang
diajar oleh guru secara konkrit dalam pemikiran mereka. Oleh demikian, penggunaan bahan
visual pengajaran yang berbantukan computer adalah sangat penting untuk memberikan suatu
gambaran yang lebih jelas kepada murid murid.

Sesungguhnya, guru guru di sekolah boleh menggunakan kemudahan dan aplikasi dari segi
teknologi maklumat yang seumpama ini dalam usaha untuk membangunkan kemahiran berfikir
secara kreatif oleh seseorang murid terutamanya dalam bidang seperti Sains dan Matematik.
Kesan dan impak daripada aplikasi teknologi maklumat tersebut tidak boleh diperendahkan di
mana ia bukan setakat untuk membimbing dan melatih kemahiran berfikir secara kreatif
seseorang murid tetapi menarik perhatian murid murid tersebut supaya lebih berminat dalam
membuat ulangkaji berdasarkan aplikasi teknologi maklumat tersebut.

Sejajar dengan itu, suatu kajian yang terperinci akan dilaksanakan terhadap suatu video clip yang
relevan dengan pembelajaran dalam talian di mana akan dijadikan sebagai trend pembelajaran di
masa hadapan. Semua penerangan yang akan dilakukan dalam bahagian kertas kajian ini akan
disokongkan dengan menggunakan pelbagai contoh yang relevan.
2.0 Kelas Masa Hadapan

Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam
kelas akan berubah dari masa ke semasa dan ia adalah penuh dengan pelbagai cabaran yang
berlainan. Keterangan ini turut mendapatkan persetujuan daripada Stuart K. Card, Thomas P.
Moran, Allen Newell (2010) dan beliau sendiri telah berpendapat bahawa corak pengajaran di
masa hadapan adalah tidak sama dengan corak pengajaran yang sedia ada di dalam kelas.
Sesungguhnya, suatu video klip telah dikajikan dengan sistematik dan semua dapatan kajian
daripada video klip ini akan dibentangkan dengan jelas dalam bahagian kertas kajian ini. Contoh
yang relevan juga akan digunakan untuk menyokongkan perbincangan dalam kertas kajian ini.

Seperti yang telah diterangkan dalam video klip yang dikajikan, pengajaran dan pembelajaran
(PdP) yang akan dijalankan di masa hadapan adalah memusatkan murid- murid di dalam kelas
dan bukanlah guru sebagaimana yang telah berlaku pada masa sekarang. Dalam perkataan yang
lain, semua aktiviti kelas yang dianjurkan dan dirancangkan di masa hadapan seharusnya
memusatkan murid dan guru hanya akan memainkan peranan sebagai fasilitator sahaja. Ini adalah
untuk mengalakkan murid murid sendiri melibatkan diri secara aktif dalam seluruh proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas. Ia adalah suatu bentuk pembelajaran yang
aktif serta penuh dengan kreativiti dan juga inovasi.

Pada masa yang sama, paparan yang telah wujud dalam video klip yang dikajikan juga
menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang akan dilakukan di masa hadapan
adalah berdasarkan pelbagai jenis perkakasan seperti peralatan elektronik mahupun teknologi
maklumat yang canggih. Ini adalah sangat penting untuk mempertingkatkan tahap keminatan dan
juga fokus murid murid terhadap isi kandungan yang diajarkan oleh seseorang guru di dalam
kelas. Malah, penggunaan pelbagai peralatan pengajaran seperti elemen multimedia dan youtube
akan dijadikan sebagai suatu trend pengajaran yang baru di masa hadapan. Ia merupakan suatu
bentuk evolusi yang berlaku terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang ada dalam
masyarakat pada hari ini.
Selain daripada itu, pemerhatian yang telah dilakukan terhadap video klip yang diberikan telah
mendapati bahawa pengajaran dan pembelajaran (PdP) di masa hadapan mestilah melibatkan
pelbagai aktiviti kelas yang memberikan peluang kepada murid berinteraksi dengan guru di
dalam kelas. Dalam perkataan yang lain, guru sekolah sewajarnya merancangkan pelbagai aktiviti
kelas yang lebih menarik dan juga berinovasi supaya dapat menarik minat murid- murid di dalam
kelas untuk berinteraksi dengan guru guru yang mengajar di dalam kelas. Sesungguhnya,
interaksi yang baik di antara guru dan murid di dalam kelas adalah sangat penting dan mustahak
untuk mempertingkatkan tahap keberkesanan seluruh proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
di dalam kelas. Ia juga akan memberikan peluang kepada murid- murid untuk berkomunikasi
dengan rakan rakan sekelas yang lain mahupun guru di dalam kelas. Secara langsung, ia juga
akan membangunkan kemahiran berkomunikasi di kalangan murid- murid di dalam kelas selain
daripada ilmu pengetahuan akademik yang relevan dengan sesuatu mata pelajaran yang tertentu.

Di samping itu, pandangan dan juga penerangan yang telah dikemukakan dalam video klip ini
juga menunjukkan bahawa guru sekolah di masa hadapan kemungkinan besar akan menghadapi
pelbagai cabaran yang berlaina. Antara cabaran yang mungkin akan dihadapi adalah seperti
kekurangan masa mengajar dan kegagalan murid memahami konsep yang diajarkan oleh guru di
dalam kelas. Sejajar dengan itu, bahan mengajar yang berbantukan computer ataupun visual telah
memainkan peranan yang cukup penting untuk memberikan gambaran yang lebih jelas, jitu dan
tepat terhadap sesuatu konsep pembelajaran kepada murid murid di dalam kelas. Contohnya,
konsep pembelajaran yang berkaitan dengan Matematik seperti bentuk tiga dimensi akan jelas
dijelaskan sekiranya ia dilakukan bersama dengan bahan visual yang berbantukan computer
seperti perisian dan juga kebanyakan powerpoint slide. Semua ini akan memastikan seseorang
murid lebih memahami konsep matematik yang telah diajarkan oleh guru masing masing di
dalam kelas. Sesungguhnya trend ini akan menyebabkan kebanyakan murid di dalam kelas dapat
memberikan tumpuan terhadap penerangan yang akan dilakukan oleh guru di dalam kelas
tersebut. Maka, ia akan mempertingkatkan tahap kualiti pengajaran yang telah disampaikan oleh
guru guru di dalam kelas.
Sementara itu, dapatan kajian yang diperolehi melalui video klip juga menunjukkan bahawa
pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang akan dilaksanakan di masa hadapan bukan sahaja
memberikan focus terhadap ilmu pengetahuan akademik yang relevan sesuatu mata pelajaran
tetapi akan memberikan perhatian terhadap bidang pengetahuan dan kemahiran yang lain. Antara
kemahiran yang dimaksudkan adalah seperti kemahiran berkomunikasi dan juga kemahiran
interpersonal yang lain. Ini adalah kerana pembelajaran di masa hadapan adalah memberikan
kepentingan terhadap pembangunan dan pembelajaran secara menyeluruh supaya seseorang
individu bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi juga mencapai keseimbangan dan
kecemerlangan yang menyeluruh dalam pelbagai aspek seperti jasmani, rohani, kognitif,
kreativiti dan lain- lain.

Akhirnya, kajian yang dilakukan terhadap video yang diberikan juga mendapati bahawa proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang akan dijalankan di masa hadapan juga mementingkan
kerjasama di antara murid murid di dalam kelas. Contohnya, guru akan lebih kerap untuk
menganjurkan pelbagai aktiviti kumpulan yang memberikan peluang kepada murid- murid untuk
bekerjasama dan berbincang sesama sendiri untuk mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu
isu yang dikenalpasti. Semua ini adalah tidak sama dengan corak pengajaran dan pembelajaran
(PdP) yang sedia ada. Dalam perkataan yang lain, corak pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang
akan dijalankan dan dilaksanakan lebih kepada memusatkan murid dan bukanlah guru
sebagaimana yang sedang berlaku dalam corak pengajaran sedia ada ini.
3.0 Perkembangan Pembelajaran dalam Talian Masa Hadapan

Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa masa hadapan untuk pembelajaran jarak jauh adalah
cerah berikutan pelbagai faktor yang utama. Antara faktor yang menwujudkan suatu scenario
pembelajaran jarak jauh yang cerah termasuklah sokongan yang padu daripada kerajaan.
Keterangan ini turut mendapatkan persetujuan daripada Abdul Razak Bin Idris & Saidanorlaili
Binti Ali (2008) di mana beliau juga berpendapat bahawa kerajaan telah menyediakan pelbagai
kemudahan dan infrastruktur untuk membolehkan guru guru di sekolah menjalankan
pembelajaran jarak jauh walaupun berada di hostel sekoleh (di sini merujuk kepada sekolah
pendalaman). Selain itu. Julie A. Jacko and Andrew Sears (Eds.). (2012) juga menerangkan
bahawa semakin banyak program pendidikan jarak jauh diluluskan oleh kerajaan di bawah
Kementerian Pengajian Tinggi (Higher Learning Institution) dan ia merupakan suatu usaha yang
penting untuk menyokong pembelajaran jarak jauh di kalangan rakyat Malaysia.

Pada masa yang sama, pandangan yang telah diketengahkan oleh Allen, I. E. and Seaman, J.
(2008) juga menujukkan bahawa kewujudan pelbagai peralatan dan sokongan yang baik seperti
kemudahan jalur lebar dalam negara Malaysia merupakan suatu rangsangan dan suntikan yang
begitu penting untuk membangunkan pembelajaran jarak jauh dalam negara Malaysia. Ini adalah
kerana kewujudan kemudahan ini akan memudahkan seluruh proses pembelajaran jarak jauh
yang dijalankan oleh rakyat Malaysia.

Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa saingan di antara Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) adalah semakin hebat dan saingan yang
seumpama ini akan mendorong kewujudan pelbagai program pembelajaran jarak jauh ini untuk
memenuhi keperluan dan kehendak rakyat dalam negara Malaysia.

Akhirnya, pembelajaran jarak jauh mempunyai permintaan yang tinggi berikutan kebanyakan
rakyat Malaysia ingin mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kendiri di samping
bekerja. Oleh yang demikian, masa hadapan untuk mengusahakan program pendidikan jauh
dalam negara Malaysia adalah kelihatan cerah dan akan terus berkembang dengan baik di masa
hadapan.
4.0 Kesimpulan

Secara kesimpulan, program pendidikan jarak jauh telah memainkan peranan yang sangat penting
untuk mempertingkatkan tahap pencapaian akademik warga negara Malaysia di mana mereka
akan diberikan peluang untuk melanjutkan pembelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi di
samping bekerja. Sesungguhnya, perlaksanaan pembelajaran jarak jauh ini akan memberikan
suatu corak pembelajaran yang fleksibel di mana tiada halangan dalam aspek masa,dan sempadan.
Walau bagaimanapun, ia bukanlah sesuatu tugasan yang mudah untuk pihak institusi pendidikan
untuk menganjurkan dan menguruskan program pendidikan jarak jauh ini. Antara cabaran yang
bakal dihadapi adalah seperti kekurangan displin kendiri di kalangan pelajar PJJ, kekurangan
peralatan dan kemudahan untuk mengakses ke sumber pembelajaran, kualiti portal pembelajaran
yang rendah, dan kekurangan bantuan daripada pihak institusi pendidikan. Oleh yang demikian,
pihak pengurusan untuk sesuatu institusi pembelajaran mestilah melakukan perancangan yang
sistematik sebelum mengambil keputusan untuk menawarkan program pendidikan jarak jauh ini.
BAHAGIAN C

Untuk perbincangan yang akan dilakukan dalam bahagian kertas kajian ini, tumpuan dan fokus
adalah diberikan terhadap perancangan dan penyediaan suatu set rancangan pengajaran harian
(RPH) untuk mata pelajaran Matematik di peringkat sekolah rendah. Sesungguhnya, aktiviti kelas
yang disediakan dan dirancangkan dalam rancangan pengajaran harian (RPH) ini adalah
berasaskan teknologi maklumat dan peralatan dalam taliran. Semua aktiviti dan perincian yang
relevan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) ini akan diterangkan dengan jelas di
bahagian kertas kajian ini. Contoh yang relevan juga akan digunakan untuk menyokongkan
perbincangan yang dilakukan ini.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Tarikh : 13 Oktober 2016

Hari : Selasa

Kelas : Tahun 1A

Masa : 7.15am 8.15 am

Tema : Bentuk

Tajuk : Bentuk 3 Dimensi

Standard Pembelajaran:
9.1 Mengenal dan menamakan bentuk 3D
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pengajaran ini, murid murid dapat:

Mengenal pasti dan juga boleh menamakan sekurang kurangnya empat bentuk 3
dimensi daripada enam bentuk dimensi yang diberikan.
Dapat menjawab soalan latihan yang diberikan dengan tepat sekurang kurangnya empat
soalan daripada enam soalan yang diberikan.

Alat Bantuan Mengajar :


Rajah 3 dimensi daripada Google
Komputer
Lembaran kerja
Video untuk bentuk 3 dimensi
Slaid powerpoint

Langkah - langkah Aktiviti

Langkah Aktiviti Penerangan Catatan


Pengajaran dan Aktiviti Guru Aktiviti Murid
pembelajaran
Set Memperkenalkan Untuk langkah Murid akan BBM:
Induksi konsep model tiga permulaan dalam melihat video Video berkaitan
(10 dimensi aktiviti pengajaran youtube yang telah dengan model 3
Minit) ini, guru akan dipaparkan oleh dimensi
menggunakan guru di dam kelas. http://www.youtube.
youtube to com/watch?v=wlvn
memaparkan video Kemudiannya, 4anF-fI
berkaitan dengan murid juga akan
perisian model 3 memberikan
dimensi untuk perhatian terhadap
memaparkan penerangan yang
pelbagai jenis telah dilakukan
bentuk 3 dimensi oleh guru di dalam
kepada murid kelas.
murid di dalam
kelas. Semu

Selepas itu, guru


akan melakukan
penerangan
terhadap ciri ciri
untuk setiap
bentuk 3 dimensi
yang dipaparkan
kepada murid
dengan
menggunakan
video ini. Antara
bentuk bentuk 3
dimensi yang
mana ditunjukkan
kepada murid
termasuklah
silinder, sfera,
kuboid, kubus,
piramid, dan kon.
Contoh yang
relevan akan
digunakan oleh
guru di dalam
kelas.
Langkah Melakukan kerja Guru akan Murid murid BBM: Slaid
1 kumpulan membahagikan akan memasuki ke powerpoint
(15 minit) murid kepada 4 dalam kumpulan
orang sekumpulan masing masing Sumber sumber
yang mana untuk tujuan Imej melalui Google
bertujuan untuk melakukan aktiviti Bentuk kubus
menjalankan kumpulan. Bentuk kuboid
aktiviti kumpulan Bentuk Kon
untuk aktiviti kelas Murid akan Bentuk Sfera
yang seterusnya. melakukan Bentuk Silinder
perbincangan Bentuk piramid
Guru akan sesama ahli
mengarahkan kumpulan tentang
setiap kumpulan ciri ciri pelbagai
akan jenis bentuk tiga
membincangkan dimensi yang telah
ciri ciri untuk diberikan oleh
sejenis bentuk 3 guru di dalam
dimensi yang kelas.
diberikan oleh
guru melalui imej Murid akan
google yang membentangkan
dipaparkan. jawapan mereka di
hadapan kelas dan
Selepas itu, guru guru akan
akan mengarahkan memperbetulkan
salah seorang sekiranya terdapat
wakil perlulah sebarang
tampil ke hadapan kesalahan yang
untuk menjelaskan wujud dalam
ciri ciri tersebut. pembentangan ini.
Guru akan Murid juga akan
memberikan memberikan
komen dan juga perhatian terhadap
pandangan komen yang telah
terhadap diberikan dan
penerangan dan dikemukakan oleh
pandangan kendiri guru di dalam
terhadap kelas.
pembentangan
yang telah
dilakukan oleh
murid di dalam
kelas.
Sesungguhnya,
semua kelemahan
dan kelebihan
yang dimiliki oleh
murid sepanjang
proses
pembentangan
juga akan
dikenalpasti dan
memberitahu
kepada setiap
kumpulan.

Pemarkahan juga
akan dilakukan
oleh guru terhadap
setiap kumpulan.
Langkah Lembaran kerja Guru akan Murid akan
2 peringkat mengarahkan membentangkan
(20 kumpulan setiap kumpulan jawapan mereka di
Minit) akan diberikan hadapan kelas dan
lembaran kerja guru akan
yang relevan memperbetulkan
dengan topik sekiranya terdapat
bentuk 3 dimensi sebarang
yang mana kesalahan yang
bertujuan untuk wujud dalam
mempertingkatkan pembentangan ini.
tahap kefahaman
murid terhadap
topik ini.

Guru akan
mengarahkan
murid untuk
menjalankan
perbincangan ke
atas lembaran
kerja tersebut dan
mendapatkan
jawapan.

Guru akan
memantau murid-
murid di sepanjang
proses
melaksanakan
aktiviti ini.
Langkah Pentaksiran Di bahagian Murid akan BBM: Lembaran
3 aktiviti ini, guru melakukan kerja
(10 minit) akan memberikan lembaran kerja
lembaran kerja yang telah
kepada murid- diberikan oleh
murid untuk guru di dalam
dilakukan dalam kelas.
10 minit dan
jawapan akan Murid juga akan
diberikan oleh menyemak
guru selepas 6 jawapan kendiri
minit. berdasarkan
jawapan yang telah
Guru akan meneliti diberikan oleh
dan memantau guru.
muird di sepanjang
proses aktiviti
melakukan
lembaran kerja ini.

Perbincangan
jawapan juga akan
dilakukan oleh
guru di dalam
kelas. Dalam
perkataan yang
lain, guru akan
memberikan
jawapan yang tepat
kepada semua
murid dalam kelas.
Penutup Refleksi dan Di akhir kelas,
(5 minit) ulangkaji guru akan sekali
lagi menerangkan
tentang konsep
bentuk tiga
dimensi di dalam
kelas.

REFLEKSI PENGAJARAN

Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa penggunaan teknologi maklumat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilakukan ini adalah sangat penting untuk
mempertingkatkan tahap keberkesanan seluruh proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) pada
hari ini. Kenyataan ini turut dipersetujui oleh Tavangarian D., Leypold M., Nlting K., Rser
M.,(2004) di mana beliau berpendapat bahawa penggunaan teknologi maklumat yang sesuai
adalah sangat penting untuk mempertingkatkan minat murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) di sekolah. Ini adalah kerana elemen dalam teknologi maklumat seperti
video dalam youtube adalah lebih menarik berbanding dengan penerangan guru di hadapan kelas.
Ini terbukti di mana pemerhatian yang telah dilakukan telah mendapati bahawa kebanyakan
murid di dalam kelas ini adalah memberikan tumpuan mereka terhadap penerangan yang telah
dilakukan oleh saya dalam topic bentuk tiga dimensi melalui video youtube yang telah
digunakan oleh saya ini.

Selain daripada itu, saya juga mendapati bahawa penggunaan teknologi maklumat yang sesuai
seperti Microsoft Powerpoint dalam pengajaran pada hari ini juga sangat berkesan dalam
menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid- murid di dalam kelas. Ini adalah kerana murid-
murid dapat melihat rupa bentuk dan gambaran untuk konsep yang saya ajarkan dalam kelas.
Contohnya, apabila saya mengajar konsep yang berkaitan dengan bentuk tiga dimensi, saya akan
menggunakan Powerpoint untuk memaparkan bentuk 3 dimensi kepada mereka dan ia akan
memudahkan mereka untuk mengimaginasikan konsep yang akan saya ajarkan di dalam kelas.
Sesungguhnya, penerangan ini adalah jauh lebih berkesan berbanding dengan konsep chalk and
talk yang telah digunakan dalam pengajaran secara tradisional.

Akhirnya, pemerhatian yang dilakukan oleh saya juga mendapati bahawa pengunaan teknologi
maklumat yang sesuai juga boleh mempertingkatkan perlibatan murid dalam sesuatu aktiviti
kelas. Sesungguhnya, Allen, I. E. and Seaman, J. (2008) telah menerangkan bahawa cara
pengajaran yang sepatutnya diaplikasi oleh guru di dalam kelas adalah berorientasikan murid di
mana guru hanya memainkan peranan sebagai fasilitator sahaja. Oleh yang demikian,
penggunaan aplikasi teknologi maklumat seperti slide powerpoint merupakan cara yang terbaik
untuk melibatkan murid secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) tersebut.
Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa penggunaan corak pengajaran yang berasaskan
perbincangan kumpulan juga merupakan suatu strategi yang begitu penting untuk menggalakkan
murid supaya melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang
dilakukan ini.

Oleh yang demikian, seluruh proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang telah dirancangkan
dan dijalankan ini adalah sangat berjaya berikutan keupayaan kebanyakan murid menjawab
soalan soalan yang disediakan dalam lembaran kerja dengan tepat dan jitu. Ini juga merupakan
suatu panduan yang begitu penting untuk menunjukkan bahawa corak pengajaran yang digunakan
iaitu berasaskan peralatan dalam talian seperti Youtube adalah berkesan dalam usaha
mempertingkatkan tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran Matematik terutamanya di
peringkat sekolah rendah.
KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, bahan visual pengajaran yang berbantukan komputer dan juga peralatan
dalam talian seperti youtube telah memainkan peranan yang amatlah penting untuk usaha untuk
mempertingkatkan keberkesanan selurh proses pengajaran & pembelajaran (P&P) di dalam kelas.
Walaubagaimanapun, ia bukan sesuatu yang mudah untuk memilih atau membina sesuatu
aplikasi teknologi maklumat yang mana sesuai untuk digunakan di dalam kelas. Oleh yang
demikian, semua guru adalah disarankan supaya memilihkan aplikasi teknologi maklumat dengan
berkesan supaya ia akan membawa tahap keberkesanan yang tinggi kepada proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) di dalam kelas.
LAMPIRAN
LEMBARAN KERJA 1
Sila isikan nama objek 3 dimensi ke dalam petak yang berikut:

Kon Silinder Sfera kuiboid Piramid Kubus

Barang Bentuk
LEMBARAN KERJA 2

Sila isikan nama objek 3 dimensi ke dalam petak yang berikut:

Kon Silinder Sfera kuiboid Piramid

Barang Bentuk
BIBLIOGRAPHY

Abdul Razak Bin Idris & Saidanorlaili Binti Ali (2008). Penggunaan Koswer PPSMI dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Matematik di kalangan Guru Matematik di Empat Buah
Sekolah Kebangsaaan di Seremban. Fakulti Pendidikan Universiti Teknolog Malaysia.

Allen, I. E. and Seaman, J. (2008) Staying the Course: Online Education in the United States,
2008 Needham MA: Sloan Consortium

Cosette Crisan. (2004). Mathematic Teachers Learning About and Incorporation of ICT Into
Classroom Practices. Newman College of Higher Education.

EC (2000). Communication from the Commission: E-Learning Designing "Tejas at Niit"


tomorrows education. Brussels: European Commission

Hill, J. R. (2011). Distance learning environments via the World Wide Web. In B. H. Khan (Ed.).
Web based instruction. Pp.75-80. Englewood Cliffs, NJ: Educational Technology
Publications.

Julie A. Jacko and Andrew Sears (Eds.). (2012). Human-Computer Interaction Handbook.
Mahwah: Lawrence Erlbaum & Associates. ISBN 0-8058-4468-6

Khan, B. H. (2010). Web-based instruction: What is it and why is it? In B. H. Khan (Ed.),
Web-based instruction. Pp.5-18. Englewood Cliffs, NJ: Educational Technology
Publications.

Md. Nor Bakar & Rashita A. Hadi. (2011). Pengintegrasian ICT dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Matematik di Kalangan Guru Matematik di Daerah Kota Tinggi. The
Journal of Science and Mathematics Educational.
Steve Higgins. (2014). Does ICT improve learning and teaching in schools? Newcastle
University.

Stuart K. Card, Thomas P. Moran, Allen Newell (2010): The Psychology of HumanComputer
Interaction. Erlbaum, Hillsdale 1983 ISBN 0-89859-243-7

Tavangarian D., Leypold M., Nlting K., Rser M.,(2012). Is e-learning the Solution for
Individual Learning? Journal of e-learning, 2004.

You might also like