You are on page 1of 74

kandungan

mukasurat

BAHAGIAN I
Perutusan Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan 4
Malaysia
Visi, Misi, Objektif, Dasar Kualiti Jabatan dan Piagam 5
Pelanggan Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia
Fungsi Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia 6
Pengurusan Atasan Jabatan Perhubungan Perusahaan 7
Malaysia Tahun 2011

BAHAGIAN II
Pendahuluan 10
Carta Organisasi Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia 11
Tahun 2011

BAHAGIAN III
Analisis Pencapaian Aktiviti Jabatan Perhubungan Perusahaan 13
Malaysia Tahun 2011
Bahagian Pertikaian Perusahaan 16
Bahagian Pemulihan Kerja & Pengurusan Rundingan Damai 26
Bahagian Keharmonian Perusahaan & Penyelidikan 36
Bahagian Perundangan 46
Bahagian Khidmat Pengurusan 52
BAHAGIAN IV
Alamat Pejabat Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia 69
BAHAGIAN V
Sidang Redaksi Laporan Tahunan 2011 71

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


BAHAGIAN

1 

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


Perutusan Ketua Pengarah
Perhubungan Perusahaan Malaysia
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

Saya sangat bersyukur kerana Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia


(JPPM) berjaya menerbitkan Laporan Tahunan 2011 sebagaimana
dirancangkan. Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada
Sidang Redaksi atas komitmen yang ditunjukkan sehingga berjaya
menerbitkan Laporan Tahunan ini.

Bagi tahun 2011, JPPM mencatatkan beberapa kejayaan cemerlang dalam


melaksanakan fungsi dan peranannya. Antaranya ialah penurunan jumlah
tindakan perusahaan yang menjadi bukti keberkesanan jentera rundingan
damai JPPM dalam mengendalikan pertikaian perusahaan yang wujud
antara pihak majikan dan pekerja.

Jabatan juga berjaya menerbitkan beberapa bahan cetakan yang amat


bermanfaat yang boleh membantu pegawai Jabatan melaksanakan tugas
dengan lebih efektif. Penerbitan tersebut ialah Garis Panduan Sistem Upah

 yang dikaitkan dengan Produktiviti (PLWS), Panduan Asas Perundingan


dan Panduan Asas Perundingan Kolektif serta Pelan Strategik JPPM
2011-2015.

Dalam masa yang sama, JPPM turut berjaya mencapai sasaran-sasaran


yang ditetapkan dalam Sasaran Kerja Tahunan (SKT) serta Sasaran
Petunjuk Prestasi Utama (KPI) YB Menteri Sumber Manusia.

Saya berharap usaha gigih ini akan diteruskan pada masa akan datang
bagi memastikan kesinambungan kecemerlangan perkhidmatan Jabatan,
seiring dengan hasrat kerajaan untuk melaksanakan program transformasi
demi kesejahteraan rakyat.

Wassalam.

HAJI MD.YUNUS BIN RAZZALY


Ketua Pengarah
Perhubungan Perusahaan Malaysia.

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


Dasar Kualiti Jabatan
Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia adalah komited
untuk memberi perkhidmatan yang cekap dan cemerlang
mengikut standard-standard kualiti yang ditetapkan di dalam
usaha mengekalkan keharmonian perusahaan dan meningkatkan
produktiviti bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi yang mantap
untuk kemajuan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

Piagam Pelanggan Jabatan



Kami warga Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia berjanji
untuk:
Memberi maklumbalas kepada setiap representasi, aduan dan
kes pertikaian perusahaan dalam tempoh 3 hari dari tarikh
penerimaan;
Bertindak serta-merta ke atas semua tindakan perusahaan yang
diketahui;
Memproses dan menyelesaikan tuntutan pengiktirafan mengikut

peruntukan undang-undang dan peraturan setelah semua
dokumen lengkap diterima;
Memulakan siasatan terhadap sebarang aduan berkenaan
pelanggaran peruntukan di bawah Akta Perhubungan
Perusahaan 1967 bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang
dalam tempoh 14 hari dari tarikh aduan diterima;
Memberi layanan sewajarnya kepada setiap representasi/aduan
yang diterima daripada pekerja/majikan/kesatuan sekerja;
Memberikan perkhidmatan rundingan damai dengan adil dan
saksama;
Memberi khidmat nasihat kepada para pelanggan dengan prihatin
dan kemesraan;
Melaksanakan fungsi untuk memelihara suasana perhubungan
perusahaan yang harmoni, meningkatkan jalinan kerjasama
tripartisme yang produktif, mesra dan berkualiti; dan
Meningkatkan kesedaran mengenai hak dan obligasi di bawah
Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Peraturan-Peraturannya
kepada pelanggan.

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


Fungsi Jabatan

Sejajar dengan objektif yang dihasratkan Jabatan Perhubungan Perusahaan


Malaysia berfungsi seperti berikut:

Memantau perkembangan dan arah aliran (trends) perhubungan perusahaan


di dalam negara untuk membantu kerajaan mengkaji dasar perhubungan
perusahaan negara khasnya dan dasar buruh negara amnya dari semasa ke
semasa;

Menyelaras perhubungan di antara kesatuan-kesatuan majikan dan kesatuan-


kesatuan pekerja untuk memupuk dan memelihara perhubungan kerjasama
tiga pihak di antara kerajaan, majikan dan pekerja dalam bidang perhubungan
perusahaan;

Menggalakkan dan membantu perjalanan collective bargaining dan joint


consultation di tempat-tempat pekerjaan untuk mendorong amalan konsep
 self-government in industry dan konsep musyawarah;

Menyediakan khidmat nasihat kepada majikan, pekerja, kesatuan majikan dan


kesatuan pekerja untuk memupuk amalan perhubungan perusahaan yang baik
dan sihat;

Menyediakan khidmat rundingan damai (conciliation service) untuk mencegah


dan menyelesaikan pertikaian dan tindakan perusahaan;

Mendamaikan pertikaian yang berbangkit dari representasi pekerja untuk


dipulihkan dalam pekerjaan asal mereka;

Mengendalikan tuntutan pengiktirafan oleh kesatuan-kesatuan sekerja; dan

Membantu pekerja untuk menyelesaikan masalah-masalah berbangkit dari


tindakan tidak adil oleh majikan mereka.

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


Pengurusan Atasan JPPM Tahun 2011

1. Ketua Pengarah
Perhubungan Perusahaan
TN. HJ. MD. YUNUS BIN
RAZZALY

2. Timb. Ketua Pengarah


EN. KAMAL BIN PARDI

3. Pengarah
Bahagian Pertikaian Perusahaan
EN. KHALID BIN JALI

4. Pengarah
Bahagian Pemulihan Kerja &
Pengurusan Rundingan Damai
EN. AWANG RADUAN BIN


AWANG OMAR

5. Pengarah
Bahagian Keharmonian
Perusahaan & Penyelidikan
EN. SULAIMAN BIN ISMAIL

6. Pengarah
Bahagian Perundangan
EN. SHANMUGAM A/L
THIAGARAJAN

7. Pengarah
Bahagian Khidmat Pengurusan
PN. NORSURIANI BT ABAS

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011




LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


BAHAGIAN

2 

Pendahuluan
Carta Organisasi JPPM Tahun 2011

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA
(JPPM)

PENDAHULUAN

Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) merupakan salah satu Jabatan


di bawah Kementerian Sumber Manusia yang telah ditubuhkan pada 21 Disember
1972. JPPM berperanan memastikan keharmonian perusahaan di tempat pekerjaan
sentiasa terpelihara bagi kemajuan ekonomi negara dan kesejahteraan pekerja serta
kemakmuran rakyat keseluruhannya. JPPM juga menyediakan khidmat nasihat
rundingan damai bagi menyelesaikan sebarang pertikaian yang berbangkit daripada
pekerjaan.

Bagi memastikan keharmonian perusahaan di tempat pekerjaan sentiasa terpelihara,


JPPM telah melaksanakan program-program pencegahan yang berterusan melalui
10 aktiviti seperti lawatan harmoni, ceramah dan dialog. Pihak majikan, pekerja dan
kesatuan sekerja akan diberi penerangan mengenai perkara-perkara berkaitan
pekerjaan seperti undang-undang perburuhan, amalan perhubungan perusahaan
yang baik dan galakan penubuhan mekanisma perundingan di antara pihak majikan
dan pekerja.

JPPM juga giat mempromosikan Sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktiviti
(PLWS) iaitu satu sistem pembayaran upah mengikut prestasi syarikat dan
produktiviti pekerja. Sistem ini akan memberi faedah kepada majikan dan pekerja
yang mana ia membolehkan pekerja menikmati bahagian yang sewajarnya hasil
daripada peningkatan produktiviti seterusnya meningkatkan daya saing syarikat
yang akhirnya menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara. Aktiviti-aktiviti
promosi dan galakan pelaksanaan PLWS yang diadakan adalah seperti seminar/
bengkel PLWS, program attachment (penempatan) di syarikat-syarikat swasta yang
telah melaksanakan PLWS dan wawancara radio di seluruh negara.

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


Carta Organisasi JPPM Tahun 2011

Ketua Pengarah
Jusa C
PT(K) N22

Timbalan Ketua Pengarah


S54

PT(K) N17

Bhg.
Bhg.
Bhg. Pemulihan Kerja Bhg.
Keharmonian Bhg.
Pertikaian & Pengurusan Khidmat
Perusahaan & Perundangan
Perusahaan Rundingan Pengurusan
Penyelidikan S48
S52 Damai M48
S52
S52

Unit
Rundingan Unit Cawangan
Unit Unit
Damai & Penguatkuasaan & Pengurusan
Pengiktirafan Penyelidikan
Representasi Analisa Award Sumber Manusia

11
S44 S44
Pemecatan S44 M44
S48

Unit Unit Unit Unit Unit


Pertikaian Unit Keharmonian Semakan Cawangan Pembangunan Perkhidmatan &
Dan Tindakan Penyelarasan & Perusahaan & Kehakiman & Pentadbiran Sumber Manusia Pembangunan
Perusahaan Bantuan Operasi Upah/PLWS Undang-undang N32 & Pengurusan Organisasi
S44 S44 S44 L44 Prestasi/ M41
Tatatertib
M41

Unit Cawangan
Perjanjian Kolektif Kewangan & Aset
S44 N27

Kedah/ W.P. Negeri


P. Pinang Perak Selangor Melaka Johor Kelantan Terengganu Pahang
Perlis K. Lumpur Sembilan
S52 S52 S52 S48 S52 S48 S48 S48
S48 S52 S48

Sabah Sarawak Muar Kluang


S48 S48 S41 S41

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


12

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


BAHAGIAN

3 13

Analisis Pencapaian Aktiviti Jabatan Tahun 2011

Bahagian Pertikaian Perusahaan

Bahagian Pemulihan Kerja & Pengurusan Rundingan Damai

Bahagian Keharmonian Perusahaan & Penyelidikan

Bahagian Perundangan

Bahagian Khidmat Pengurusan

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


14

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


BAHAGIAN
PERTIKAIAN PERUSAHAAN 15

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


Bahagian Pertikaian Perusahaan
PRESTASI DAN AKTIVITI TAHUN 2011

1. Pengendalian Kes Tuntutan Pengiktirafan

JPPM mengendalikan proses tuntutan pengiktirafan yang diterima daripada kesatuan-kesatuan sekerja.
Sesebuah kesatuan sekerja perlu mendapatkan pengiktirafan dari majikan untuk mewakili pekerja-
pekerja syarikat bagi membolehkan rundingan perjanjian kolektif diadakan. Proses yang dijalankan bagi
menyelesaikan tuntutan pengiktirafan termasuk rujukan kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja
(JHEKS) bagi menentukan kelayakan kesatuan untuk mewakili pekerja-pekerja dan mengadakan undi sulit
bagi menentukan peratusan keahlian kesatuan.

Jadual 1:
Pengendalian Kes Tuntutan Pengikirafan 2009 2011

PERKARA 2009 2010 2011


Dibawa Dari Tahun Lepas Bil. 134 110 93
Dilaporkan Bil. 73 85 107
Dikendalikan Bil. 207 195 200
16 Diselesaikan Bil. 97 102 108
Peratus Penyelesaian 47% 52% 54%

Berdasarkan kepada Jadual 1 di atas, bilangan tuntutan pengiktirafan yang dilaporkan sepanjang tahun
2011 adalah sebanyak 107 kes. Jumlah tuntutan pengiktirafan yang dikendalikan adalah sebanyak 200
kes. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 26 aktiviti undi sulit dijalankan untuk menyelesaikan tuntutan
pengiktirafan berkenaan.

Sebanyak 108 kes iaitu 54 peratus tuntutan pengiktirafan berjaya diselesaikan sepanjang tahun 2011. Ini
merupakan peningkatan sebanyak 2 peratus berbanding peratus penyelesaian pada tahun 2010. Namun
begitu, beberapa faktor dikenalpasti yang menyebabkan kelewatan penyelesaian proses tuntutan pengiktirafan
adalah seperti berikut :-

i. Majikan enggan mengemukakan Borang B (senarai nama pekerja syarikat yang layak menjadi ahli
kesatuan pada tarikh tuntutan) atau mengemukakan Borang B yang tidak lengkap. Ini menyebabkan,
proses tuntutan pengiktirafan tidak dapat diteruskan;
ii. Majikan memohon isu kapasiti pekerja diputuskan oleh YB Menteri terlebih dahulu sebelum proses
tuntutan pengiktirafan dapat diteruskan;
iii. Penangguhan undi sulit oleh pihak kesatuan dan majikan; dan
iv. Tindakan majikan mencabar keputusan kelayakan kesatuan di Mahkamah Tinggi.

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


Jadual 2:
Tuntutan Pengiktirafan Mengikut Kaedah Penyelesaian 2009 2011

CARA PENYELESAIAN 2009 2010 2011


Pengiktirafan Secara Sukarela Bil. 9 7 18
Pengiktirafan Atas Keputusan Menteri Bil. 28 30 31
Keputusan Menteri Tidak Iktiraf Bil. 23 32 14
Tuntutan Ditolak/Ditarik Balik/Dibatalkan Bil. 37 33 45
Jumlah 97 102 108

Daripada jumlah 108 tuntutan pengiktirafan yang berjaya diselesaikan, 18 kes diselesaikan melalui
pengiktirafan yang diberi secara sukarela oleh majikan. Sebanyak 31 tuntutan pengiktirafan diselesaikan
melalui keputusan Y.B. Menteri yang memberi pengiktirafan. Manakala 14 tuntutan pengiktirafan selesai
melalui keputusan Y.B. Menteri tidak mengiktiraf kesatuan. Tuntutan pengiktirafan yang ditolak, ditarik balik
dan dibatalkan adalah sebanyak 45 kes (Jadual 2).

Bagi meningkatkan kadar penyelesaian tuntutan pengiktirafan, JPPM telah mengambil langkah-langkah
proaktif bagi menyelesaikan tuntutan tersebut dengan memberi penerangan dan khidmat nasihat kepada
kesatuan dan majikan mengenai proses tuntutan pengiktirafan sebaik sahaja tuntutan pengiktirafan diterima
oleh Jabatan. Tindakan ini dapat memastikan kedua-dua pihak mematuhi Akta Perhubungan Perusahaan
1967 dan Peraturan-Peraturan Perhubungan Perusahaan 2009.
17
2. Pengendalian Kes Perjanjian Kolektif

Sepanjang tahun 2011, JPPM telah mengendalikan sebanyak 155 kes pertikaian perusahaan yang melibatkan
perjanjian kolektif yang mana 120 kes merupakan kes yang diterima pada tahun semasa manakala bakinya
iaitu sebanyak 35 kes merupakan kes yang dibawa pada tahun sebelumnya. Daripada jumlah ini, sebanyak
119 kes (77 peratus) berjaya diselesaikan.

Dari segi kaedah penyelesaian pula, sebanyak 94 kes (79 peratus) berjaya diselesaikan melalui rundingan
damai iaitu peningkatan sebanyak 9 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya. Manakala penyelesaian
kes melalui keputusan Y.B. Menteri Sumber Manusia hanya sebanyak 25 kes iaitu pengurangan sebanyak
39 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya. Pengurangan yang mendadak ini berpunca daripada
peningkatan dalam penyelesaian kes melalui rundingan damai (Jadual 3 dan Carta 1).

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


Jadual 3:
Pengendalian Kes Perjanjian Kolektif 2009 2011

PERKARA 2009 2010 2011


Dibawa Dari Tahun Lepas Bil 53 45 35
Dilaporkan Bil 136 118 120
Dikendalikan Bil 189 163 155
Diselesaikan Bil 144 128 119
Baki Bil 45 35 36
KAEDAH PENYELESAIAN
Runding Damai Bil 93 87 94
Keputusan Y.B. Menteri Sumber Manusia Bil 51 41 25

Carta 1:
Penyelesaian Kes Perjanjian Kolektif 2009 - 2011

18 100
90
93
87
80
70 51
60
50 41
40 25
30
20
10
0
2009 2010 2011

Rundingan Damai Keputusan YB Menteri

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


3. Pengendalian Kes Pertikaian Perusahaan

Sepanjang tahun 2011, JPPM telah mengendalikan sebanyak 231 kes pertikaian perusahaan. Daripada
jumlah tersebut, sebanyak 181 kes (78 peratus) telah berjaya diselesaikan (Jadual 4).

Jadual 4 : Pengendalian Kes Pertikaian Perusahaan 2010 2011

PERKARA 2010 2011


Dibawa Dari Tahun Lepas Bil 44 40
Dilaporkan Bil 193 191
Dikendalikan Bil 237 231
Diselesaikan Bil 197 181
Baki Kes Bil 40 50
KAEDAH PENYELESAIAN
Runding Damai Bil 128 114
Keputusan Y.B. Menteri Sumber Manusia Bil 69 67

Carta 2 : Penyelesaian Kes Pertikaian Perusahaan 2010 2011

160 128
19
140
120
100 69 67
80
60
40
20
0
2010 2011

Rundingan Damai Keputusan YB Menteri

Carta 2 di atas menunjukkan pada tahun 2011, sebanyak 63 peratus kes pertikaian perusahaan telah
diselesaikan melalui rundingan damai yang mana ianya adalah lebih tinggi berbanding dengan penyelesaian
melalui keputusan Y.B. Menteri (rujuk/tidak dirujuk ke Mahkamah Perusahaan) iaitu hanya sebanyak 37
peratus.

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


4. Pengendalian Kes Tindakan Perusahaan

Sepanjang tahun 2011, tiada sebarang kejadian mogok dilaporkan. Keadaan ini menunjukkan keberkesanan
jentera rundingan damai Jabatan mengendalikan pertikaian perusahaan yang wujud di antara pihak pekerja
dan majikan.

Jadual 5 : Mogok Mengikut Jenis 2009 2011

BILANGAN KES PEKERJA TERLIBAT


JENIS MOGOK
2009 2010 2011 2009 2010 2011
Penghentian Kerja Sepenuhnya 3 2 0 333 71 0
Penghentian Kerja Sebahagian 1 0 0 60 0 0
Lain-Lain Tindakan Bersama Yang
Menjejaskan Operasi Pengeluaran 0 0 0 0 0 0
Biasa
Jumlah 4 2 0 393 71 0

Bagi kejadian piket pula sebanyak 8 kejadian dilaporkan melibatkan 2,263 orang pekerja. Piket tertumpu di
sektor pengantaraan kewangan yang melibatkan 1,259 orang pekerja. Pertikaian mengenai pelanggaran hak-
20 hak pekerja/ketidak adilan dalam amalan perburuhan/penindasan merupakan sebab utama kejadian piket
bagi 2011 yang ia melibatkan sebanyak 4 kejadian piket. Kesemua tindakan perusahaan yang dilaporkan
pada tahun 2011 telah diambil tindakan serta merta (Jadual 5 dan 6).

Jadual 6 : Piket Mengikut Sektor 2011

SEKTOR BILANGAN KES JUMLAH PEKERJA TERLIBAT


Pembuatan 2 778
Pengangkutan, Penyimpanan Dan Komunikasi 2 226
Pengantaraan Kewangan 4 1,259
Jumlah 8 2,263
SEBAB PIKET BILANGAN KES JUMLAH PEKERJA TERLIBAT
Keengganan Memulakan Rundingan Tawar-
2 226
Menawar
Kebuntuan Dalam Rundingan Tawar Menawar 1 75
Perlanggaran Hak-Hak Pekerja/Ketidak Adilan Dalam
4 1,259
Amalan Perburuhan/Penindasan
Lain-Lain 1 703
Jumlah 8 2,263

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


5. Penerbitan Buku Panduan Asas Perundingan Dan Buku Panduan Asas Perundingan Perjanjian
Kolektif

Selepas kejayaan menerbitkan buku Analisa Perjanjian Kolektif 2007 dan Analisa Perjanjian Kolektif 2009,
JPPM telah meneruskan kesinambungan penerbitan dengan menghasilkan buku Panduan Asas Perundingan
dan buku Panduan Asas Perundingan Perjanjian Kolektif. Kedua-dua buku ini diterbitkan bagi membantu
pegawai-pegawai Perhubungan Perusahaan dalam mengendalikan proses rundingan damai dengan teratur
dan berkesan.

Buku Panduan Asas


Perundingan Perjanjian
Kolektif dan Panduan Asas
Perundingan.

21
6. Majlis Menandatangani Perjanjian Kolektif

Sepanjang tahun 2011, Bahagian Pertikaian Perusahaan telah menyelaras kehadiran Ketua Pengarah dan
Timbalan Ketua Pengarah ke beberapa jemputan Majlis Menandatangani Perjanjian Kolektif di antara pihak
kesatuan sekerja dengan pihak majikan. Antara majlis berkenaan adalah seperti berikut :

i. Majlis Menandatangani Perjanjian Kolektif di antara Permanis Sdn Bhd dengan Kesatuan Kebangsaan
Pekerja-Pekerja Industri Minuman pada 28 Januari 2011.

ii. Majlis Menandatangani Perjanjian Kolektif di antara Nestle Products Sdn Bhd dengan Kesatuan
Kebangsaan Pekerja-Pekerja Perdagangan pada 14 Februari 2011.

iii. Majlis Menandatangani Perjanjian Kolektif di antara Esso Malaysia Berhad / ExxonMobil Chemical
Malaysia Sdn Bhd / Exxonmobil Malaysia Sdn Bhd dengan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja
Perusahaan Petroleum & Kimia (NUPCIW) pada 24 Mei 2011.

iv. Majlis Menandatangani Perjanjian Kolektif di antara Petroleum Nasional Berhad (Petronas) dengan
KAPENAS Semenanjung Malaysia, KAPENAS Sabah dan KAPENAS Labuan pada 8 Jun 2011
bertempat di Impiana Hotel Kuala Lumpur.

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


v. Majlis Menandatangani Perjanjian Kolektif ke 11 di antara Persatuan Pengeluar-Pengeluar Pertanian
Tanah Melayu (MAPA) dengan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Ladang (NUPW) pada 5 Julai
2011.

vi. Majlis Menandatangani Perjanjian Kolektif di antara Affin Bank Berhad dengan Persatuan Pegawai-
Pegawai Affin Bank Berhad pada 11 Julai 2011 bertempat di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.

vii. Majlis Menandatangani Perjanjian Kolektif ke 7 di antara Tenaga Nasional Berhad Dengan Kesatuan
Percantuman Pekerja-Pekerja TNB dan Kesatuan Pegawai-Pegawai Rendah TNB pada 15 Julai 2011.

viii. Majlis Menandatangani Perjanjian Kolektif di antara Rapid KL dengan Kesatuan Pekerja-Pekerja Rapid
KL pada 12 Disember 2011 bertempat di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan


Menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian
Kolektif Yang Pertama Di Antara Rapid KL
Dengan Kesatuan Pekerja-Pekerja Rapid
KL Pada 12 Disember 2011 Di Seri Pacific
Hotel, Kuala Lumpur

22

7. Sesi Dialog Tripartite Tahun 2011

Sepanjang tahun 2011, sebanyak 49 sesi dialog tripartite bersama majikan/kesatuan sekerja majikan
dan kesatuan sekerja pekerja berjaya diadakan di seluruh negara. Sesi dialog ini melibatkan penyertaan
seramai 1,609 orang peserta dari pelbagai sektor pekerjaan. Terdapat peningkatan bilangan pelaksanaan
dialog sebanyak 104 peratus, manakala bilangan peserta yang terlibat meningkat sebanyak 64 peratus jika
dibandingkan dengan pencapaian pada tahun 2010.

Matlamat utama pelaksanaan dialog ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai amalan
perhubungan perusahaan yang baik di samping mewujudkan jalinan kerjasama tripartisme di antara
majikan/kesatuan majikan, kesatuan sekerja dan agensi kerajaan. Melalui program ini, wakil pekerja dan
majikan akan dapat bertukar pandangan selain mendapat maklumat terkini daripada Jabatan mengenai isu-
isu perburuhan semasa yang berkaitan, seterusnya dapat memperkukuhkan keharmonian perusahaan di
tempat pekerjaan.

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


23

Sesi Dialog Bersama Majikan Dari Sektor Perkilangan Pada 14 September 2011, Anjuran JPP
Perak

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


PERANCANGAN TAHUN 2012

1. Sesi Dialog Tripartite Tahun 2012.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Bahagian Pertikaian Perusahaan akan meneruskan sesi Dialog Tripartite.
Berdasarkan maklumbalas yang diterima dari peserta-peserta program ini, didapati program ini berjaya
memberi kesedaran mengenai amalan perhubungan perusahaan yang baik selain mewujudkan jalinan
kerjasama tripartisme di antara majikan/kesatuan majikan, kesatuan sekerja dan agensi kerajaan. Pada tahun
2012, Bahagian Pertikaian Perusahaan mensasarkan sebanyak 54 buah Dialog Tripartite akan diadakan di
seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

2. Kursus Pertikaian Perusahaan & Perundangan

Bahagian Pertikaian Perusahaan dengan kerjasama Bahagian Perundangan merancang untuk mengadakan
satu kursus berkaitan pada bulan Mei 2011. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada
para pegawai mengenai isu-isu terkini dan teknik-teknik yang boleh digunapakai dalam pengendalian kes-
kes tuntutan pengiktirafan, perjanjian kolektif dan pertikaian perusahaan. Di samping itu, kursus ini turut akan
memberi kesempatan kepada para pegawai untuk bertukar-tukar pendapat dan idea dalam menangani isu-
isu perhubungan perusahaan semasa.

3. Seminar Perhubungan Perusahaan Peringkat Kebangsaan

24 Pada tahun ini, Bahagian Pertikaian Perusahaan merancang untuk menganjurkan Seminar Perhubungan
Perusahaan Peringkat Kebangsaan. Objektif utama seminar ini adalah untuk mengukuhkan hubungan
kerjasama di antara pihak majikan, kesatuan sekerja dan kerajaan bagi mewujud dan mengekalkan suasana
perhubungan perusahaan yang harmoni dalam negara.

Seminar ini dirancang akan diadakan pada akhir bulan Mac 2012 dan peserta-peserta yang akan menyertai
seminar ini adalah dari semua wakil industri (majikan/pengamal perhubungan perusahaan), wakil kesatuan
sekerja/pertubuhan majikan atau kesatuan sekerja pekerja dan wakil-wakil kerajaan dari Jabatan-jabatan atau
agensi-agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang terlibat dengan perhubungan perusahaan.

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


BAHAGIAN
PEMULIHAN KERJA & 25
PENGURUSAN RUNDINGAN DAMAI

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


Bahagian Pemulihan Kerja &
Pengurusan Rundingan Damai

PRESTASI DAN AKTIVITI TAHUN 2011

1. Pengendalian Kes Rayuan Pemulihan Kerja

Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) berperanan mengendalikan kes rayuan pemulihan
kerja di bawah Seksyen 20, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177). Pada tahun 2009, jumlah
kes rayuan pemulihan kerja yang dilaporkan adalah sebanyak 4,986 kes. Manakala bagi tahun 2010 dan
2011, jumlah kes yang dilaporkan telah menurun iaitu masing-masing 4,200 kes dan 3,971 kes (Jadual 1).
Tren penurunan kes yang dilaporkan ini adalah berikutan kesedaran majikan yang telah meningkat terhadap
pematuhan prosedur penamatan pekerja. Selain itu, perkembangan ekonomi negara yang kukuh jelas
memberi impak besar terhadap jumlah penurunan kes yang dilaporkan.

Di antara sebab-sebab pekerja diberhentikan kerja ialah pemecatan serta-merta disebabkan salahlaku,
pembuangan terancang (constructive dismissal), perlanggaran Seksyen 15 (2) Akta Kerja 1955, pengenepian
(retrenchment), tidak disahkan ke dalam jawatan, kontrak bertempoh tetap, pembuangan berpunca dari
penindasan/penganiayaan, penamatan secara mudah (termination simpliciter), dipaksa letak jawatan,
26 letak jawatan secara sukarela, sebab-sebab kesihatan, kekecewaan kontrak (frustration of contract), dan
persaraan.

Jadual 1 :
Pengendalian Kes Rayuan Pemulihan Kerja 2009 - 2011

PERKARA 2009 2010 2011


Dibawa Dari Tahun Sebelumnya 2,497 2,339 1,728
Dilaporkan 4,986 4,200 3,971
Dikendalikan 7,483 6,539 5,699
Diselesaikan 5,144 4,811 4,234
Peratus Penyelesaian 69% 74% 74%

Bagi tahun 2009, baki kes yang dibawa dari tahun 2008 adalah sebanyak 2,497 kes. Manakala baki kes
tahun 2009 yang dibawa ke tahun 2010 telah menurun kepada 2,339 kes. Tren penurunan ini diteruskan
lagi pada tahun 2011 yang mana baki kes tahun 2010 yang dibawa hanyalah 1,728 kes. Jumlah baki
kes tahun sebelum yang dibawa ke tahun semasa telah menunjukkan penurunan bagi tempoh tiga tahun
berturut-turut iaitu bagi tahun 2009, 2010 dan 2011. Penurunan ini menunjukkan keberkesanan kursus-
kursus yang telah dianjurkan oleh Bahagian yang telah meningkatkan tahap keupayaan pegawai-pegawai
untuk menyelesaikan kes secara lebih efektif dan efisien. Selain itu, beberapa inisiatif seperti pekeliling dan
garis panduan telah diperkenalkan oleh Bahagian Pemulihan Kerja dan Pengurusan Rundingan Damai dan
membantu meningkatkan penyelesaian kes.

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


Pada keseluruhannya, jumlah kes yang diselesaikan bagi tahun 2009 ialah 5,144 kes iaitu 69 peratus
daripada jumlah kes yang dikendalikan. Peratusan jumlah kes yang diselesaikan ini telah meningkat kepada
74 peratus (4,811 kes) pada tahun 2010 dan 74 peratus (4,234 kes) pada tahun 2011.

Terdapat dua kaedah penyelesaian kes iaitu melalui rundingan damai dan melalui keputusan Y.B. Menteri.
Penyelesaian melalui rundingan damai meningkat sebanyak 6 peratus pada tahun 2011 iaitu 47 peratus
berbanding 41 peratus pada tahun 2010. Penyelesaian secara rundingan damai tertinggi adalah pada tahun
2009 iaitu sebanyak 71 peratus dari keseluruhan kes yang diselesaikan (Jadual 2).

Bagi penyelesaian melalui keputusan Y.B. Menteri pula, didapati berlaku penurunan iaitu 53 peratus dari
jumlah kes yang diselesaikan pada tahun 2011 berbanding 59 peratus pada tahun 2010. Ia adalah hasil
kejayaan peningkatan kes secara rundingan damai pada tahun 2011.

Jadual 2 :
Kaedah Penyelesaian Kes Rayuan Pemulihan Kerja 2009 2011

PERKARA 2009 2010 2011


3,654 1,958 1,980
Melalui Rundingan Damai
(71%) (41%) (47%)
1,490 2,853 2,254
Melalui Keputusan Y.B. Menteri
(29%) (59%) (53%)
Jumlah Penyelesaian 5,144 4,811 4,234 27
2. Pengendalian Aduan dan Pertanyaan Status

a) Pengendalian Aduan

Unit Penyelarasan dan Bantuan Operasi menerima aduan dan pertanyaan yang berkaitan kes representasi
di bawah Seksyen 20 Akta 177 dan lain-lain yang berkaitan dengannya. Antara jenis-jenis aduan yang
diterima dan dikendalikan adalah mengenai:

Kelewatan;
Tidak puas hati dengan keputusan Y.B. Menteri;
Tidak puas hati dengan pengendalian kes; dan
Lain-lain aduan.

Aduan-aduan yang diterima bagi tahun 2011 mengikut bulan adalah seperti di Carta 3. Sebanyak
88 diterima sepanjang 2011 dan telah berjaya diselesaikan. Aduan-aduan diselesaikan dengan cara
membuat siasatan terhadap ke Pejabat Negeri berkenaan. Pengadu akan diberi maklumbalas melalui
surat berkaitan aduan mereka. Kerjasama yang baik daripada semua pihak terbabit merupakan faktor
utama aduan yang diterima dapat diselesaikan.

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


Carta 3 : Statistik Aduan 2011

Disember 5

November 4

Oktober 13

September 3

Ogos 7

Julai 2

Jun 5

Mei 5

April 5

Mac 8

Februari 12

Januari 19

28 b) Pengendalian Pertanyaan Status

Pertanyaan status yang diterima sama ada dari pekerja atau majikan adalah kedudukan terkini kes
mereka yang sedang dikendalikan. Jumlah pertanyaan status yang diterima pada tahun 2011 mengikut
bulan adalah sebanyak 146 seperti di Carta 4. Pengadu akan dimaklumkan terus melalui telefon, emel
atau melalui surat mengikut sumber pertanyaan.

Carta 4 : Statistik Pertanyaan Status 2011

17
17
9
13
8
3
5
12
6
17
0
0

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


3. Kursus Rundingan Damai Berkesan

Bahagian ini juga telah menganjurkan Kursus Rundingan Damai Berkesan pada 3 Oktober hingga 7 Oktober
2011 di Puri Pujangga, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor. Kursus tersebut telah dihadiri oleh
seramai 21 orang peserta yang terdiri daripada beberapa orang Pengarah Bahagian Ibu Pejabat serta JPP
Negeri, pegawai-pegawai dari setiap JPP Negeri, seorang pegawai dari Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung
Malaysia (JTKSM), dan seorang pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS).

Peserta-Peserta Kursus Rundingan Damai Berkesan

29
Kursus tersebut telah dilaksana dengan bermatlamatkan usaha ke arah peningkatan pengetahuan dan
kemahiran peserta-peserta di dalam aspek pengurusan dan pengendalian rundingan damai yang lebih
berkesan bagi kes-kes tuntutan pemulihan kerja di bawah Seksyen 20 Akta 177 di samping peningkatan
kemahiran dalam kaedah-kaedah inquisitorial (fact-finding) yang mendalam serta aplikasi pendekatan
perundingan yang relevan dalam konteks yang lebih luas.

Peserta-peserta kursus ini telah diberikan pendedahan yang merangkumi metodologi perundingan yang
diaplikasi dalam bidang-bidang lain yang boleh disesuaikan dalam konteks rundingan damai bagi kes-kes
tuntutan pemulihan kerja yang dikendalikan. Secara tidak langsung, peserta-peserta mendapat peluang
untuk meningkatkan lagi kefahaman berhubung konsep conciliation, mediation dan arbitration sebagai
mekanisme Alternative Dispute Resolution yang lebih cepat, kos-efektif dan efisyen.

Analisis perbandingan keberkesanan pendekatan rundingan damai yang dilaksanakan di negara-negara lain
juga menjadi salah satu tajuk kursus yang boleh dijadikan panduan serta rujukan pegawai-pegawai Jabatan
ini dalam mengendalikan rundingan damai dengan lebih mantap dan berkesan dalam usaha mencapai kadar
penyelesaian melalui rundingan damai yang lebih tinggi di peringkat Jabatan.

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


Ceramah-ceramah yang telah disampaikan adalah seperti berikut :-

Tajuk Penceramah

Settlement of Cases Through Effective Y.A Tuan Eddie Yeo Soon Chye
Conciliation/Mediation Pengerusi Mahkamah Perusahaan, Kuala Lumpur

Isu-isu Semasa Dato Sh. Yahya bin Sh. Mohamed


Ketua Pengarah
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia

Penyelesaian Konflik Melalui Perundingan Professor Madya Dr. Ahmad Nidzamudin bin
Sulaiman
Pensyarah di Institut Kajian Etnik UKM

Prinsip-prinsip Asas Mengambil Nota


Keterangan dan Menulis Alasan Penghakiman
dalam Konteks Rundingan Damai yang
berkesan
Tuan Zahari bin Mohd Nor
Panduan Asas Mengambil Nota Keterangan:
30 Aplikasi Pendekatan Inquisitorial di dalam
Rundingan Damai Secara Mendalam

The Practice of Conciliation and Negotiation Encik Aminuddin bin Ab Rahaman


Aprroaches in disputes Relating to Unfair Pengarah di Ibu Pejabat JTKSM
Dismissals : A Comparative Analysis

Masalah-masalah pada Peringkat Semakan


Encik Shanmugam a/l Thiagarajan
Kehakiman dan Cara-Cara Mengatasi Melalui
Pengarah, Bahagian Perundangan, Ibu Pejabat
Pengendalian Rundingan Damai yang Lebih
JPPM
Efektif.

Alternative Dispute Resolution : General


Concepts and Effective Dispute Resolution
Techniques through Negotiation and
Conciliation/Mediation Puan Gunavathi Subramaniam
Tetuan Rosley Zechariah
Conciliation, Mediation and Arbitration as
Effective Dispute Resolution Mechanisms : A
Critical Consideration.

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


Peserta-Peserta Kursus Rundingan Damai Berkesan

4. Kursus Enforcement Management System Modul C (EMSC)

Bahagian ini dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) telah menganjurkan dua siri Kursus
Enforcement Management System Modul C (EMSC) pada 29 November hingga 30 November 2011 dan
01 Disember hingga 02 Disember 2011 bertempat di Bilik Latihan ICT BPM, Aras 6, Blok D3, Kementerian
Sumber Manusia. Kursus tersebut telah dihadiri oleh seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada
beberapa orang Pengarah JPP Negeri, pegawai-pegawai dari setiap JPP Negeri, Pembantu Tadbir dari
semua JPP Negeri dan Ibu Pejabat khususnya mereka yang mengendalikan urusan rekod kes-kes tuntutan 31
pemulihan kerja di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

Kursus tersebut telah dilaksana dengan tujuan untuk memberikan maklumat dan pendedahan kepada
semua pegawai dan kakitangan JPPM sebagai pengguna sistem tersebut berhubung cara-cara penggunaan
sistem di peringkat JPP Negeri dan Ibu Pejabat. Peserta-peserta kursus ini telah diberikan pendedahan
merangkumi penggunaan sistem EMSC daripada peringkat Pembantu Tadbir (PT) yang mendaftarkan kes
ke peringkat Pengarah di Ibu Pejabat Jabatan setelah melalui peringkat Pengarah dan Pegawai Pengendali
Kes di JPP Negeri dan Pegawai Pengendali Kes di Ibu Pejabat. Carta aliran kerja bagi setiap peringkat yang
dimaksudkan itu telah diedarkan melalui Manual Pengguna EMSC kepada semua peserta kursus.

Kursus dua siri ini melibatkan penceramah-penceramah daripada BPM yang telah membantu para peserta
kursus untuk mempelajari sistem ini melalui pendekatan hands-on di mana semua peserta berpeluang untuk
terus mencuba cara-cara pendaftaran dan pengagihan kes menggunakan komputer dengan bimbingan
daripada para fasilitator BPM sendiri.

Kursus ini juga telah mewujudkan peluang untuk para peserta sebagai pengguna untuk berdialog dengna pihak
BPM berhubung cabaran-cabaran yang bakal dihadapi di dalam usaha mengimplimentasi sistem EMSC di
peringkat negeri dan Ibu Pejabat serta menyalurkan idea-idea bernas tentang aspek-aspek penambahbaikan
yang seharusnya dipertimbangkan dalam memastikan sistem berkenaan dapat dilaksanakan dengan lebih
meluas dan berkesan.

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


Timbalan Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan, Encik Kamal bin Pardi di dalam Majlis Penutup Kursus
EMSC Siri I telah menekankan keperluan untuk semua pegawai dan kakitangan berubah ke arah usaha
mengurangkan kebergantungan yang tinggi terhadap pelaksanaan tugas secara manual dan mula meluaskan
pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat untuk membolehkan hasrat kerajaan untuk menjalankan
tugas-tugas secara paperless dapat dicapai. Beliau juga amat berharap agar pelaksanaan sistem ini dapat
dilakukan dengan secepat mungkin dalam usaha pencapaian matlamat yang dimaksudkan di atas.

32 Peserta-Peserta Kursus Enforcement Management System Modul C Siri II

Pengarah BPK&RD, Encik Awang Raduan bin Awang Omar dalam ucapan penutupnya memaklumkan
semua peserta kursus bahawa pelancaran dan pelaksanaan sistem ini secara menyeluruh di setiap JPP
Negeri ditangguhkan buat masa ini bagi membuka ruang kepada peserta-peserta kursus memberikan
maklumbalas tambahan berhubung aspek-aspek penambahbaikan yang boleh dilakukan sebelum ia
diimplimentasi. Sekiranya berfungsi kelak, ia diharap dapat menjadi satu pangkalan data yang mampu
menghasilkan maklumat-maklumat kes yang diperlukan dengan lebih pantas secara komprehensif.

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


PERANCANGAN TAHUN 2012

Aktiviti Dalam Negara

Bil. Butiran Tempat Tarikh/(kekerapan)


1. Dialog Sosial Bersama Majikan/ Ibu Pejabat/Premis majikan/
4 kali setahun
Pekerja/Kesatuan Premis kesatuan
2. Lawatan Audit di JPP Negeri Serta
Cawangan Berhubung Dengan Semua JPP Negeri Setiap bulan
Statistik dan Isu-isu Pemulihan Kerja
3. Seminar Perhubungan Perusahaan
Johor Julai 2012
Peringkat Zon Selatan
4. Kursus EMSC ESSET, Bangi, Selangor Mei 2012
5. Kursus Pengurusan Kes-kes
ESSET, Bangi, Selangor September 2012
Pemulihan Kerja

Aktiviti Luar Negara


Bil. Butiran Tempat Tarikh
1 Kursus Conciliation Management Kanada Oktober 2012
Turin, Itali November 2012
2 Kursus Mediation New Zealand September 2012 33
Aktiviti-aktiviti di atas akan dilaksanakan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

Meningkatkan bilangan penyelesaian kes pembuangan kerja melalui kaedah rundingan damai;

Mendapatkan keyakinan dan kepercayaan daripada pelanggan terhadap Bahagian ini bagi meningkatkan
imej Jabatan dan Kementerian;

Meningkatkan kemahiran pegawai-pegawai melalui kursus dan latihan bagi melahirkan pegawai perunding
damai yang berkesan dan seterusnya diharap dapat meningkatkan penyelesaian kes rayuan pemulihan
kerja; dan

Meningkatkan bilangan penyelesaian aduan kes pembuangan kerja.

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


34

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


BAHAGIAN
KEHARMONIAN PERUSAHAAN & 35
PENYELIDIKAN

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


Bahagian Keharmonian Perusahaan &
Penyelidikan
PRESTASI DAN AKTIVITI TAHUN 2011

1. Menyediakan Penetapan dan Pencapaian Prestasi Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Dan Business
Plan JPPM

Penetapan SKT dan Business Plan JPPM telah dilaksanakan pada awal tahun 2011. Penilaian terhadap
pencapaian SKT JPPM pula dilakukan sebanyak dua kali iaitu pada bulan Jun dan Disember 2011. Manakala
penilaian terhadap pencapaian Business Plan JPPM pula dilakukan sebanyak empat kali iaitu pada bulan
Mac, Jun, September dan Disember 2011. Kesemua laporan pencapaian berkenaan telah disiapkan untuk
tujuan pemantauan dan perancangan aktiviti-aktiviti Jabatan pada tahun hadapan.

2. Menyelaras Pengumpulan Statistik JPPM

Bagi aktiviti ini, semua Pejabat Negeri akan menghantar laporan statistik secara bulanan ke ibu pejabat.
Semua statistik yang diterima secara bulanan dari Pejabat Negeri ini akan dikumpul bagi tujuan penyediaan
laporan statistik Jabatan. Laporan statistik ini disediakan pada setiap bulan dan dikemukakan kepada pihak-
pihak yang memerlukan dari semasa ke semasa.
36
3. Menerbitkan Buku Statistik Dan Petunjuk-Petunjuk Utama 2010

Buku Statistik dan Petunjuk-Petunjuk Utama 2010 adalah sumber rujukan bagi pegawai Jabatan dan orang
awam mengenai pencapaian aktiviti utama Jabatan keseluruhannya dalam tempoh 5 tahun. Maklumat
penting lain yang dimasukkan adalah seperti laporan ekonomi, demografi dan perangkaan lain seperti indeks
harga pengguna, guna tenaga, bilangan kesatuan sekerja dan keahlian dan lain- lain.

Buku Statistik dan


Petunjuk-Petunjuk
Utama 2010

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


4. Menerbitkan Info JPPM

Info JPPM telah berjaya diterbitkan sebanyak dua


kali iaitu Info JPPM keluaran Jul-Dis 2010 dan
keluaran Jan-Jun 2011. Selain dapat memberi
maklumat dan berita terkini mengenai aktiviti/
program yang telah dijalankan oleh Pejabat-
pejabat Negeri dan Ibu Pejabat, penerbitan
Info ini dapat melahirkan penulis-penulis yang
berbakat dari kalangan pegawai dan kakitangan
di Jabatan ini.

5. Menerbitkan Laporan Tahunan JPPM


Info JPPM

Pencapaian tahunan Jabatan di dalam bentuk statistik


Jabatan, analisa, aktiviti-aktiviti pentadbiran serta program-
program yang dijalankan oleh JPPM sepanjang tahun 2010
secara keseluruhannya dipaparkan melalui Laporan Tahunan
ini. Perancangan aktiviti Jabatan bagi tahun berikutnya juga
disediakan.

6. Menyediakan Kalendar JPPM

Kalendar JPPM 2011 diterbitkan dengan tujuan untuk memastikan 37


setiap Pejabat Negeri dan Bahagian merancang aktiviti/program
masing-masing dan melaksanakannya mengikut perancangan
yang telah dibuat. Pengumpulan aktiviti/program yang akan
dilaksanakan oleh setiap Pejabat Negeri dan Bahagian di Ibu
Pejabat diselaraskan oleh Bahagian ini untuk dimuatkan di dalam Laporan Tahunan 2010
Kalendar ini. Ia telah diterbitkan untuk kegunaan semua pegawai
dan kakitangan JPPM.

Kalendar 2011

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


7. Menyediakan Pelan Strategik JPPM 2011 - 2015

Pelan Strategik JPPM 2011 - 2015 telah disediakan sebagai panduan


Hala Tuju dan perancangan aktiviti-aktiviti Jabatan bagi tempoh 5
tahun.

8. Sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktiviti (PLWS)

Sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktiviti (PLWS) merupakan


satu bentuk sistem pembayaran upah yang berhubungkait dengan
upah dan produktiviti. PLWS pada dasarnya telah dirangka bagi
memupuk dan meningkatkan daya saing negara dalam pasaran
ekonomi global selain bertujuan untuk melindungi kepentingan
majikan dan pekerja di samping memberi kesan kepada kemajuan
Buku Pelan Strategik JPPM 2011-
ekonomi negara. Model Baru Ekonomi (MBE) yang diperkenalkan 2015
oleh kerajaan juga adalah pada dasarnya telah menggariskan supaya
faktor pembangunan modal insan khususnya kualiti pekerja dan pengurusan sumber akan diberi perhatian
yang serius memandangkan ianya mempengaruhi produktiviti dan keupayaan pekerja meningkatkan
pendapatan dalam ekonomi moden.

JPPM telah diberi tanggungjawab untuk mempromosikan PLWS di seluruh negara. Antara program/aktiviti

38 promosi yang telah dilaksanakan termasuklah penganjuran bengkel PLWS kepada majikan, pekerja/kesatuan
sekerja, wawancara PLWS melalui radio dan penerbitan bahan cetak yang berkaitan PLWS adalah seperti
berikut :-

i) Bengkel Asas PLWS

Bengkel Asas PLWS dilaksanakan dengan kerjasama pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bagi
mempromosikan pelaksanaan PLWS. Melalui bengkel ini, penerangan dan pengalaman dapat dikongsi
dengan pihak majikan dan juga pekerja/kesatuan sekerja mengenai PLWS. Syarikat-syarikat yang
telah berjaya melaksanakan PLWS telah dijemput untuk memberikan ceramah mengenai pengalaman
mereka dalam usaha melaksanakan PLWS di syarikat masing-masing. Selain itu, beberapa kertas kerja
telah dibentangkan iaitu dari pihak JPPM dan MPC.

Pada tahun 2011, JPPM telah menganjurkan sebanyak 5 bengkel PLWS untuk sektor Industri Kecil dan
Sederhana. Senarai bengkel PLWS yang telah dijalankan pada tahun 2011 berbanding tahun 2009 dan
2010 adalah seperti di Jadual 1.
Jadual 1: Bengkel Asas Sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan ProduktivitI (PLWS)

TAHUN
PERKARA
2009 2010 2011
Bilangan bengkel yang dijalankan 8 9 5
Jumlah majikan yang hadir 221 408 169
Jumlah peserta yang hadir 364 672 234

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


Bengkel PLWS di Kuala Pilah, Negeri Sembilan Ketua Pengarah JPPM Merasmikan Bengkel PLWS di
Labuan

ii) Bengkel Lanjutan PLWS

Selain bengkel asas PLWS, JPPM juga melaksanakan Bengkel Lanjutan PLWS yang dikenali sebagai
Workshop On Implementation Of An Objective Based Productivity Linked Wage System (PLWS).
Bengkel ini dianjurkan khusus kepada majikan sektor IKS yang telah menghadiri bengkel asas PLWS dan
berminat untuk mendalami atau melaksanakan PLWS di tempat pekerjaan mereka. Menerusi bengkel
ini, para majikan berkenaan akan diberikan latihan khusus mengenai aspek-aspek pelaksanaan PLWS, 39
kaedah-kaedah penyediaan Key Performance Indicator (KPI) dalam usaha pengukuran dan pemberian
ganjaran yang sewajarnya. Bengkel ini juga merupakan program kerjasama antara JPPM dan MPC dan
julung-julung kali dilaksanakan pada tahun 2011.

Sebanyak dua bengkel lanjutan PLWS telah dianjurkan pada tahun 2011 iaitu di zon utara dan zon
selatan seperti di Jadual 2.

Jadual 2 : Workshop On Implementation Of An Objective Based Productivity Linked Wage System


(PLWS)

BIL.
BIL.
ZON TARIKH TEMPAT PESERTA
MAJIKAN
(orang)
Utara
MPC Northern Region Office,
(Kedah/Perlis, 11 - 12 Oktober 2011 21 25
Kepala Batas, Pulau Pinang
P. Pinang dan Perak)
Selatan
(N. Sembilan, Melaka 1 - 2 November 2011 Hotel Seri Malaysia, Melaka 18 19
dan Johor)
JUMLAH 39 44

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


Workshop on Implementation
of an Objective Based
Productivity Linked Wage
System Memfokuskan
Perbincangan Kumpulan
Di Kalangan Peserta

iii) Wawancara PLWS di Radio

JPPM telah mengambil pendekatan dengan mempromosikan


PLWS secara lebih meluas melalui wawancara di radio
dengan kerjasama stesen-stesen radio di Malaysia di
bawah kelolaan RTM. Wawancara selama lebih kurang 15
30 minit ini dilakukan oleh pegawai-pegawai JPPM Ibu
Pejabat dan negeri dengan kerjasama stesen radio di negeri
berkenaan. JPPM berharap melalui kaedah ini, lebih banyak
majikan dan pekerja akan mendapat maklumat mengenai

40 pelaksanaan PLWS di tempat kerja.


Wawancara Radio Oleh JPP Pahang

Bilangan wawancara radio yang telah dilaksanakan pada


tahun 2011 mengikut pejabat negeri adalah seperti di
Jadual 3.

Jadual 3 : Bilangan Wawancara Radio Mengikut Pejabat Negeri 2011

PEJABAT BIL. WAWANCARA


Ibu Pejabat 1
Wilayah Persekutuan 3
Perak 3
Negeri Sembilan 3
Kedah/Perlis 3
Kelantan 3
Terengganu 3
Melaka 3
Pahang 2
Johor 2
Sarawak 3
JUMLAH 29

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


iv) Garis Panduan PLWS

Garis Panduan Sistem Upah Yang
Dikaitkan Dengan Produktiviti PLWS
telah diterbitkan oleh oleh JPPM
dengan persetujuan Perbadanan
Produktiviti Malaysia (MPC),
Persekutuan Majikan-Majikan
Malaysia (MEF) dan Kongres
Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
pada 11 November 2011. Garis
panduan ini merupakan edisi semakan
semula ke atas Garis Panduan Sistem
Reformasi Gaji yang telah dikeluarkan
oleh KSM pada 1 Ogos 1996. Garis
panduan ini dikeluarkan sebagai satu Buku Garis Panduan PLWS versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
bentuk promosi PLWS serta panduan
secara ringkas kepada majikan dan
pekerja/kesatuan sekerja untuk
melaksanakan PLWS. Versi Bahasa
Inggeris turut diterbitkan dengan tajuk
Guide On Productivity - Linked Wage
System (PLWS).
41
9. Lawatan Harmoni, Ceramah Dan Dialog

Kestabilan perhubungan perusahaan di tempat pekerjaan merupakan antara faktor yang memperkukuh dan
menstabilkan kedudukan ekonomi negara. Justeru, JPPM telah melaksanakan langkah pencegahan awalan
agar tidak berlakunya ketidaksefahaman yang boleh mencetuskan ketidakharmonian perusahaan atau
tindakan perusahaan di tempat pekerjaan melalui aktiviti lawatan harmoni. Melalui aktiviti ini, hubungan yang
harmoni secara tripartite (kerajaan, majikan dan pekerja) akan dapat diwujudkan melalui khidmat nasihat,
perbincangan, bertukar fikiran dan dialog.

Lawatan harmoni juga dapat membantu majikan dan pekerja supaya lebih memahami peranan Jabatan
di samping memahami dasar-dasar Kementerian/Jabatan, undang-undang perburuhan dan amalan
perhubungan perusahaan yang baik (best practices) serta pelaksanaan sistem upah yang dikaitkan dengan
produktiviti (PLWS). Galakan penubuhan Jawatankuasa Perundingan Bersama (JCC) juga turut diberi
penekanan terutama di tempat pekerjaan tanpa kesatuan sekerja.

Sepanjang tahun 2011 sebanyak 4 lawatan harmoni telah diadakan oleh Ibu pejabat JPPM. Majikan yang
terlibat adalah GCH Retail Malaysia Sdn. Bhd (GIANT), Shah Alam, Selangor pada 16 Jun 2011, Malaysian
Airports Holdings Berhad (MAHB), Sepang, Selangor pada 16 Jun 2012, Ajinomoto (M) Sdn. Bhd, Kuala
Lumpur pada 29 Jun 2011 dan Sarawak Oil Palm Berhad, Sarawak pada 13 September 2011.

Bagi negeri-negeri lain pula, maklumat lawatan harmoni bagi tahun 2011 adalah seperti di Jadual 4.

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


Jadual 4 : Maklumat Lawatan Harmoni 2009 2011

TAHUN
PEJABAT NEGERI/WILAYAH
2009 2010 2011
JOHOR 218 148 307
KEDAH/PERLIS 111 211 164
KELANTAN 125 77 195
KLUANG 41 50 50
MELAKA 151 158 144
MUAR 50 52 50
NEGERI SEMBILAN 81 114 146
PAHANG 64 171 125
PERAK 368 381 266
PULAU PINANG 77 85 102
SABAH 127 101 176
SARAWAK 49 154 215

42
SELANGOR 24 39 66
TERENGGANU 96 144 148
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 108 132 110
JUMLAH 1,690 2,017 2,264

Jumlah lawatan harmoni yang dilaksanakan menunjukkan peningkatan iaitu 1,690 tahun 2009, 2,017 pada tahun
2010 dan 2,264 pada tahun 2011. Peningkatan ini adalah disebabkan peningkatan jumlah majikan, di samping
tindakan aktif para pegawai di peringkat negeri menjalankan lawatan harmoni di negeri masing-masing.

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


Lawatan Harmoni ke GIANT pada 16.06.2011

Lawatan Harmoni dan Dialog Tripartite di MAHB pada 22.06.2011

43

Lawatan Harmoni ke Sarawak Palm Oil Berhad pada 13.09.2011

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


PERANCANGAN TAHUN 2012

i. Unit Penyelidikan
1. Mencetak semula handbook Garis Panduan JPPM;
2. Menyediakan Kalendar JPPM 2012;
3. Menerbitkan Info JPPM;
4. Menerbitkan Buku Statistik dan Petunjuk-Petunjuk Utama JPPM 2011; dan
5. Menerbitkan Laporan Tahunan JPPM 2011.

ii. Unit Keharmonian Perusahaan & Upah/Sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktiviti (PLWS)
1. Mengadakan Bengkel PLWS khusus untuk kesatuan sekerja dan sektor Industri Kecil Sederhana (IKS);
2. Mengadakan Bengkel Key Performance Indicator (KPI) khusus untuk syarikat yang berminat
melaksanakan PLWS;
3. Menjalankan kajian impak PLWS terhadap syarikat dan analisa PLWS dalam Perjanjian Kolektif;
4. Menjalankan lawatan harmoni ke syarikat termasuk syarikat yang mengamalkan Joint Consultative
Committee (JCC), syarikat yang mengamalkan PLWS, persekutuan/persatuan majikan dan kesatuan
sekerja;
5. Menjalankan program penempatan (attachment) pegawai di syarikat yang telah melaksanakan PLWS
dengan kerjasama Malaysian Productivity Corporation (MPC);
6. Menerbitkan bahan-bahan promosi PLWS;
7. Menyebarkan maklumat PLWS melalui media massa;
8. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal (Tripartite) Pelaksanaan PLWS;
44 9. Mengadakan kursus meningkatkan kemahiran pelaksanaan PLWS untuk para pegawai JPPM; dan
10. Mengumpul data/statistik syarikat yang mengamalkan PLWS.

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


BAHAGIAN
PERUNDANGAN 45

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


Bahagian Perundangan
PRESTASI DAN AKTIVITI TAHUN 2011

1. Pindaan Kepada Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177]

Perancangan pindaan kepada Akta 177 merupakan salah satu aktiviti utama yang dijalankan oleh Bahagian
ini. Aktiviti berkaitan dengan pindaan ini terbahagi kepada dua aspek, iaitu

a) Semakan Akta 177 berdasarkan cadangan yang dikemukakan melalui makmal Strategic Reform Initiative
(Human Capital Development) yang diadakan oleh pihak PEMANDU pada Feb-April 2011; dan
b) Kajian menyeluruh keperluan pindaan terhadap Akta 177 untuk menyesuaikan Akta berkenaan dengan
keperluan semasa.

Mesyuarat-mesyuarat berkaitan dengan pindaan kepada Akta 177 diadakan dari masa ke semasa dengan
stakeholders Jabatan bagi memastikan pendapat mereka sentiasa diambil kira berkaitan dengan pindaan-
pindaan yang dirancang.

2. Semakan Kehakiman/ Afidavit Balasan

46
Bahagian ini bertanggungjawab menyediakan laporan dan penghujahan bagi kes-kes permohonan semakan
kehakiman yang dibuat oleh majikan, pekerja atau kesatuan sekerja yang tidak berpuas hati dengan
keputusan Y.B. Menteri Sumber Manusia. Permohonan semakan kehakiman ini lazimnya perlu dijawab
oleh Peguam Kanan Persekutuan di dalam bentuk Afidavit, yang akan disediakan berdasarkan laporan yang
dikemukakan oleh Bahagian ini. Kes-kes permohonan semakan kehakiman yang diterima oleh Jabatan
adalah melibatkan:

a) Kes representasi pemulihan kerja;


b) Kes pertikaian perusahaan;
c) Kes tuntutan pengiktirafan; dan
d) Isu skop keahlian

Berikut adalah statistik berkaitan permohonan semakan kehakiman yang telah diterima oleh Jabatan ini :
Jadual 1 : Permohonan Semakan Kehakiman Ke Atas Keputusan Y. B. Menteri Sumber Manusia
2010-2011

BILANGAN KES BILANGAN KES


PERKARA
2010 2011
Kes Representasi Pemulihan Kerja 19 40
Kes Pertikaian Perusahaan 6 0
Kes Tuntutan Pengiktirafan 10 7
Isu Skop Keahlian 0 0
Jumlah 35 47

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


Berdasarkan statistik yang dipaparkan, adalah jelas bahawa terdapat peningkatan di dalam permohonan
semakan kehakiman bagi kes representasi pemulihan kerja dari 2010 ke 2011, iaitu sebanyak 110 peratus.
Permohonan semakan kehakiman bagi kes-kes pertikaian perusahaan pula mencatatkan penurunan yang
ketara, iaitu penurunan sebanyak 100 peratus. Manakala kes-kes tuntutan pengiktirafan mencatatkan
penurunan sebanyak 30 peratus. Secara keseluruhannya, terdapat peningkatan sebanyak 34 peratus
peningkatan bagi kes-kes permohonan semakan yang dipohon.

Peningkatan jumlah permohonan semakan kehakiman bagi kes-kes representasi pemulihan kerja jelas
menunjukkan tren yang membimbangkan kerana lebih banyak keputusan yang dibuat oleh Y.B. Menteri
Sumber Manusia adalah dipertikaikan. Bagaimanapun, penurunan dari segi kes-kes semakan kehakiman
berkaitan dengan kes-kes pertikaian perusahaan, tuntutan pengiktirafan serta isu skop keahlian menunjukkan
tren yang positif dan menggambarkan hubungan perhubungan perusahaan yang semakin baik di negara
ini.

Bahagian ini juga menyediakan laporan bagi Afidavit Balasan apabila terdapat balasan kepada Afidavit yang
dikemukakan oleh Peguam Kanan Persekutuan, dari peguam bagi pihak Pemohon. Sepanjang tahun 2011
sebanyak 5 laporan Afidavit Balasan disediakan.

Selain itu, Bahagian ini turut membantu Jabatan Peguam Negara di dalam penyediaan Afidavit, iaitu bagi
proses semakan serta penyediaan eksibit, sebelum ia dihantar bagi proses mendapatkan persetujuan Y.B.
Menteri Sumber Manusia serta pengesahan Pesuruhjaya Sumpah. Bahagian ini telah menyemak dan
mengemukakan 35 Afidavit kepada Y.B. Menteri pada tahun 2011.

3. Siasatan Ke Atas Ketidakpatuhan Award Mahkamah Perusahaan Di Bawah Seksyen 56 Akta 47


Perhubungan Perusahaan 1967

Pindaan yang dilaksanakan terhadap Akta 177, yang berkuatkuasa pada 28 Februari 2008, telah
memperuntukkan kuasa penyiasatan dan pendakwaan melalui Bahagian IXA iaitu di bawah Seksyen 51A,
51B, 51C, 51D, 51E dan 51F kepada Jabatan ini.

Oleh itu, mulai dari tahun 2008 Jabatan telah mula menerima dan menjalankan siasatan keatas kes-kes
ketidakpatuhan award Mahkamah Perusahaan seperti yang telah diperuntukkan di bawah Seksyen 56
Akta 177. Sehingga kini, Bahagian Perundangan telah menerima sebanyak 15 kes ketidakpatuhan award
Mahkamah Perusahaan.

Penyiasatan yang dijalankan oleh bahagian ini adalah berdasarkan aduan yang diterima dari para pekerja
terhadap majikan mereka yang gagal mematuhi Award Mahkamah Perusahaan berhubung arahan membuat
pembayaran kepada pekerja-pekerja berkenaan.

Setelah proses siasatan selesai dijalankan, fail siasatan akan diserahkan kepada Penasihat Undang-undang
(PUU) Jabatan bagi tujuan pendakwaan.

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


4. Pendakwaan Bagi Kes-kes Ketidakpatuhan Award Mahkamah Perusahaan Di Bawah Seksyen
56 Akta Perhubungan Perusahaan 1967

Proses pendakwaan bagi kes-kes ketidakpatuhan award Mahkamah Perusahaan pada ketika ini dijalankan
oleh PUU Jabatan yang bertindak sebagai Timbalan Pendakwaraya. Pada tahun 2011, pendakwaan telah
dijalankan terhadap 3 syarikat yang gagal mematuhi award.

Bagi kesemua kes berkenaan, majikan-majikan berkenaan telah diarahkan untuk mematuhi Award-award
Mahkamah Perusahaan yang dikeluarkan sebelum ini.

5. Memberikan Maklumbalas/Input Berkaitan :

Bahagian ini turut dipertanggungjawabkan untuk memberi maklumbalas/input yang berkaitan dengan
perundangan terhadap beberapa kertas kerja/isu seperti berikut :

International Labor Organisation (ILO)


Isu pekerja asing (Migrant Workers)
Rang Undang-Undang Gaji Minima
Rang Undang Undang Umur Persaraan Minima
Maritime Labour Convention 2006

Sepanjang tahun 2011, sebanyak 47 maklum balas/input telah diberikan kepada pihak-pihak yang terlibat,
terutamanya pihak Kementerian Sumber Manusia.
48
7. Kursus/ Ceramah Bahagian Perundangan

Bahagian ini telah mengadakan dua kursus bersama dengan Bahagian Pertikaian Perusahaan pada tahun
2011 mengenai Pengendalian Kes-Kes Pertikaian Perusahaan. Kursus pertama yang diadakan adalah di
Intekma Resort, Shah Alam, Selangor dari 20 Mac sehingga 25 Mac 2011 manakala kursus kedua telah
diadakan di Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP (ESSET), Bangi, Selangor dari 30 Oktober sehingga
4 November 2011. Tujuan kursus-kursus tersebut diadakan adalah untuk memantapkan pengetahuan
pegawai-pegawai Jabatan mengenai isu-isu perundangan serta pertikaian perusahaan yang terkini.

Selain itu Bahagian Perundangan turut mengadakan slot 15-Minute Talk bagi menyampaikan maklumat
dan berkongsi pendapat dengan pegawai-pegawai Jabatan terutama di peringkat Ibu Pejabat mengenai
pelbagai topik/isu perundangan di bawah Akta 177 dan undang-undang lain. Pada tahun 2011 sebanyak 2
ceramah telah disampaikan, iaitu berkaitan dengan Disguised Employment serta 5 Alternatives of Section 20
Referral Process yang telah disampaikan oleh Pengarah Bahagian.

Pegawai-pegawai dari Bahagian ini juga telah menyampaikan sebanyak 24 ceramah mengenai pelbagai
topik sepanjang tahun 2011.

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


PERANCANGAN TAHUN 2012

Pada tahun 2012, Bahagian ini akan terlibat dengan proses untuk meminda Akta 177 untuk memastikan Akta ini
adalah bersesuaian dengan keadaan dan keperluan semasa.

Bagi memastikan pindaan tersebut adalah komprehensif Jabatan ini perlu mengambil kira pendapat pihak-
pihak yang terlibat. Oleh yang demikian Jabatan ini akan mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada
stakeholders.

Selain itu, Bahagian ini juga akan melibatkan diri secara aktif dari segi memberi pandangan perundangan ke atas
proses kerja bagi aktiviti-aktiviti utama Jabatan seperti:
Proses pengiktirafan;
Proses pengendalian pertikaian perusahaan;
Proses pengendalian kes-kes rayuan pemulihan kerja;
Proses pengendalian urusan undi sulit dan
Proses pengendalian tindakan piket.

49

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


50

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


BAHAGIAN
KHIDMAT PENGURUSAN 51

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


Bahagian Khidmat Pengurusan
PRESTASI DAN AKTIVITI TAHUN 2011

Bahagian Khidmat Pengurusan JPPM telah menjalankan beberapa aktiviti sepanjang tahun 2011. Berikut
merupakan prestasi dan pencapaian sepanjang tahun 2011 :-

Jadual 1 : Sasaran Kerja Tahunan Dan Pencapaian (Cawangan Pentadbiran)

SKT PENCAPAIAN PERATUS


RINGKASAN AKTIVITI
2011 2011 PENCAPAIAN (%)
Mesyuarat Pengurusan Jabatan 6 kali setahun 6 kali setahun 100
Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan
3 kali setahun 3 kali setahun 100
Pengurusan (JKTU)
Mesyuarat Pagi Bahagian Khidmat
12 kali setahun 3 kali setahun 25
Pengurusan
Mesyuarat Persidangan Pengarah- Ditunda ke tahun
1 kali setahun 0
Pengarah 2012
Mesyuarat Tindakan Aduan KSM 12 kali setahun 12 kali setahun 100

52 Jadual 1 menunjukkan beberapa aktiviti yang telah dirancang untuk dijalankan sepanjang tahun 2011. Mesyuarat-
mesyuarat berkala yang dirancang seperti Mesyuarat Pengurusan Jabatan telah dilaksanakan sebanyak 6 kali
iaitu sepertimana mengikut perancangan. Demikian juga bagi Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan
(JKTU) dan Mesyuarat Tindakan Aduan KSM telah diadakan mengikut sasaran yang telah ditetapkan. Walau
bagaimanapun, Mesyuarat Pagi Bahagian Khidmat Pengurusan hanya dapat dijalankan sebanyak 3 kali berbanding
sebanyak 12 kali sebagaimana yang dirancangkan. Bagi Mesyuarat Persidangan Pengarah-Pengarah pula telah
ditunda ke tahun 2012.

Jadual 2 : Sasaran Kerja Tahunan Dan Pencapaian (Cawangan Pengurusan Sumber Manusia)
SKT PENCAPAIAN PERATUS
RINGKASAN AKTIVITI
2011 2011 PENCAPAIAN (%)
Mesyuarat Panel Pembangunan
2 kali setahun 2 kali setahun 100
Sumber Manusia peringkat JPPM
Mesyuarat HRMIS 2 kali setahun 2 kali setahun 100
Menyelaras dan mengurus kenaikan
gaji tahunan bagi pegawai dan 4 kali setahun 4 kali setahun 100
kakitangan JPPM
Mengemaskini kedudukan perjawatan
12 kali setahun 12 kali setahun 100
JPPM
Mesyuarat Panel Pembangunan
2 kali setahun 2 kali setahun 100
Sumber Manusia peringkat JPPM

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


Bagi Cawangan Pengurusan Sumber Manusia, semua aktiviti yang dirancang telah berjaya mencapai sasaran
pada tahun 2011 seperti mana yang ditunjukkan di Jadual 2. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dari segi
pengurusan mesyuarat adalah Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia dan Mesyuarat HRMIS. Selain
itu, cawangan ini turut menjalankan fungsi sebagai penyelaras bagi pengurusan kenaikan atau perubahan gaji
serta mengemaskini kedudukan perjawatan Jabatan dari semasa ke semasa.

Jadual 3 : Sasaran Kerja Tahunan Dan Pencapaian (Cawangan Aset & Kewangan)

RINGKASAN SKT PENCAPAIAN PERATUS


AKTIVITI 2011 2011 PENCAPAIAN (%)
Mesyuarat Bajet Jabatan 1 kali setahun 1 kali setahun 100
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan
4 kali setahun 4 kali setahun 100
Kewangan dan Akaun (JPKA)
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan
4 kali setahun 4 kali setahun 100
Aset Alih Kerajaan (JKPAK)

Dari segi pencapaian bagi Cawangan Aset dan Kewangan pula, semua aktiviti yang telah dirancang juga telah
mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Pelaksanaan aktiviti yang telah dijalankan mencatatkan pencapaian 100
peratus seperti yang ditunjukkan di Jadual 3. Aktiviti-aktiviti utama yang dijalankan adalah seperti Mesyuarat Bajet
Jabatan, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) dan juga Mesyuarat Jawatankuasa
Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK).

CAWANGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 53


1. Perjawatan Dan Personel

Sehingga 31 Disember 2011, bilangan pengisian bagi semua perjawatan di Jabatan ini adalah sebanyak
231 atau 93.15 peratus berbanding bilangan perjawatan iaitu sebanyak 248 secara keseluruhan. Jumlah ini
meliputi jawatan dari Kumpulan Pengurusan Tertinggi (0.4 peratus), 128 jawatan dari Kumpulan Pengurusan
dan Profesional (51.6 peratus) dan 119 dari Kumpulan Sokongan (48 peratus).

Pengisian jawatan tidak dapat mencapai 100 peratus kerana pembekuan pengambilan/pengisian jawatan
berkuatkuasa mulai 1 Jun 2011 sehingga Disember 2011 melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai
Perjawatan dan Gaji Sektor Awam (JKK-MPGSA) yang telah dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada
6 Mei 2011.

Selain daripada pengisian pegawai bagi jawatan tetap, JPPM juga mempunyai seorang Pegawai Kontrak
N41 di bawah Skim Perkhidmatan Singkat (SPS) selepas Kerajaan memutuskan perkhidmatan pegawai SPS
di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua yang sedang berkhidmat dan akan tamat pada penghujung
tahun 2011 dilanjutkan setahun lagi mulai 1 Januari 2012 hingga 31 Disember 2012.

Pengisian jawatan tetap diusahakan dari semasa ke semasa dengan kerjasama Bahagian Pengurusan
Sumber Manusia, Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Kedudukan pengisian
jawatan pada 31 Disember 2011 adalah seperti di Jadual 4 dan Carta 2.

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


Jadual 4 : Kedudukan Perjawatan Di JPPM 2011

Jumlah
Kumpulan
Bil Kategori (Gred)
Perkhidmatan
Bil. Jawatan Bil. Pengisian Bil. Kosong

1. Pengurusan Tertinggi Utama C Ke Atas 1 1 0

2. Kumpulan Pengurusan
& Profesional 41 hingga 54 128 114 14

3. Kumpulan Sokongan 1 hingga 32 119 116 3

Jumlah Keseluruhan 248 231 17

Carta 2 : Pengisian Perjawatan Di JPPM 2011

54 140 128
114 119 116
120

100

80

60

40

20 1 1

0
Pengurusan Tertinggi Kumpulan P& P Kumpulan Sokongan

Perjawatan Pengisian

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


Jadual 5 : Pecahan Perjawatan Di JPPM 2011

Tahun 2011
Jawatan Gred
Jawatan Pengisian Kekosongan
Pegawai Perhubungan Perusahaan, Utama C VU7 1 1 -

Pegawai Perhubungan Perusahaan S54 1 1 -

Pegawai Perhubungan Perusahaan S52 8 8 -

Pegawai Perhubungan Perusahaan S48 10 10 -

Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M48 1 1 -

Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M44/ M41 3 3 -

Pegawai Undang-Undang L44/ L41 1 1 -

Pegawai Perhubungan Perusahaan S44 26 26 -

Pegawai Perhubungan Perusahaan S41 78 64 14

Penolong Pegawai Tadbir N32 1 1 -

Penolong Pegawai Tadbir N27 3 3 -

55
Setiausaha Pejabat N27 4 4 -

Pembantu Setiausaha Pejabat N17 1 0 1

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N22 2 2 -

Pembantu Tadbir Kewangan W17/W22 15 15 -

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17/ N22 54 52 2

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17 (KUP) 6 6 -

Pembantu Am Rendah N4 5 5 -

Penghantar Notis N3 1 1 -

Pembantu Am Rendah N1 12 12 -

Pencari Fail (KUP) N1 1 1 -

Pemandu Kenderaan R3/ R6 14 14 -

Jumlah Keseluruhan 248 231 17

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


2. Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS)

Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) bukanlah merupakan sistem baru pengurusan
sumber manusia Jabatan dan Kementerian. Namun, pelaksanaannya adalah secara berperingkat mengikut
Modul yang telah ditetapkan. Sistem pengurusan HRMIS Jabatan sentiasa dipantau dari semasa ke semasa
bagi memastikan prestasi pengisian maklumat dalam HRMIS mengikut Modul tersebut mencapai 100
peratus selaras dengan arahan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.10 Tahun 2007.

Laporan Status Pengumpulan Data bagi Jabatan Perhubungan Perusahaan telah diterima dari Sektor
Pangkalan Data dan Pengurusan Maklumat Jabatan Perkhidmatan Awam sehingga 31 Disember 2011
adalah sebagaimana di Jadual 6. Jadual ini menunjukkan peratusan pengemaskinian maklumat Modul Rekod
Peribadi ke dalam aplikasi HRMIS yang perlu dilakukan oleh setiap pemilik kompetensi yang terdiri daripada
Pegawai dan Kakitangan Jabatan Perhubungan Perusahaan sehingga Disember 2011. Ia menunjukkan
semua pejabat Negeri termasuk Ibu Pejabat telah mencapai sasaran 100% dalam pengisian rekod peribadi.
Pemilik kompetensi diwajibkan untuk mengisi dan mengemaskini modul Rekod Peribadi masing-masing
ke dalam HRMIS kerana ia merupakan maklumat asas kritikal bagi membolehkan modul-modul lain dapat
dilaksanakan secara berintegrasi.

Jadual 7 pula menunjukkan laporan status pengemaskinian pegawai dan kakitangan Jabatan ini berkaitan
Modul Profil Perkhidmatan yang mana semua pejabat negeri mencatatkan 100 peratus maklumat berkenaan
telah dikemaskini. Pengisian maklumat-maklumat adalah berkaitan dengan lantikan dan penggajian pegawai

56
dan kakitangan Jabatan Perhubungan Perusahaan dalam submodul Profil Perkhidmatan yang perlu diisi,
diselenggara dan dikemaskini oleh Unit HRMIS Jabatan. Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai dan kakitangan
telah dijadikan sebagai sumber rujukan untuk merekod maklumat-maklumat pemilik kompetensi.

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


Jadual 6 : Laporan HRMIS (Status Pengumpulan Data Rekod Peribadi sehingga 31 Disember 2011)

BIL JABATAN

AGAMA
BANGSA
JANTINA
GAMBAR

GELARAN
PENDIDIKAN

KETURUNAN
JENIS DARAH
TARIKH LAHIR
PERATUSAN %

NO SIJIL LAHIR

BIL KAKITANGAN
STATUS UNIFORM
NEGERI KELAHIRAN

NEGARA KELAHIRAN
STATUS BUMIPUTERA

KEWARGANEGARAAN
NO TELEFON PEJABAT

STATUS PERKHAWINAN
STATUS WARGANEGARA
1 JPP Ibu Pejabat 78 78 78 78 78 78 78 78 78 78 78 78 78 78 78 78 78 78 78 100.00

2 JPP W.P 20 20 20 20 20 20 20 20 20 20 20 20 20 20 20 20 20 20 20 100.00

3 JPP Selangor 19 19 19 19 19 19 19 19 19 19 19 19 19 19 19 19 19 19 19 100.00

4 JPP Negeri Sembilan 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 100.00

5 JPP Melaka 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 100.00

6 JPP Johor 22 22 22 22 22 22 22 22 22 22 22 22 22 22 22 22 22 22 22 100.00

7 JPP Pahang 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 100.00

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


8 JPP Terengganu 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 100.00

9 JPP Kelantan 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 100.00

10 JPP Kedah / Perlis 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 100.00

11 JPP Pulau Pinang 12 12 12 12 12 12 12 12 12 12 12 12 12 12 12 12 12 12 12 100.00

12 JPP Perak 13 13 13 13 13 13 13 13 13 13 13 13 13 13 13 13 13 13 13 100.00

13 JPP Sabah 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 100.00

14 JPP Sarawak 9 9 98 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 100.00


57
58
Jadual 7 : Laporan HRMIS (Pengisian Profil Perkhidmatan Sehingga 31 Disember 2011)

BIL JABATAN

MATAGAJI

JENIS GAJI
GRED GAJI
BIL FAIL CO

STATUS GAJI

JENIS SARAAN
PERATUSAN %

PERKHIDMATAN

STATUS LANTIKAN
UMUR PERSARAAN

STATUS BERPENCEN
NILAI GANDAAN GAJI

SKIM PERKHIDMATAN
TEMPOH PERCUBAAN

STATUS PENGESAHAN

KETUA PERKHIDMATAN
ASAS WAKTU BEKERJA

BEBAN PERKHIDMATAN

STATUS PERKHIDMATAN

BIL PEMILIK KOMPETENSI


BULAN PERGERAKAN GAJI

PIHAK BERKUASA PENCEN


BIL REKOD PERKHIDMATAN

PIHAK BERKUASA MELANTIK


1 JPP Ibu Pejabat 78 78 78 78 78 78 78 78 78 78 78 78 78 78 78 78 78 78 78 78 78 78 100.00
2 JPP W.P 20 20 20 20 20 20 20 20 20 20 20 20 20 20 20 20 20 20 20 20 20 20 100.00
3 JPP Selangor 19 19 19 19 19 19 19 19 19 19 19 19 19 19 19 19 19 19 19 19 19 19 100.00
4 JPP N.Sembilan 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 100.00
5 JPP Melaka 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 100.00
6 JPP Johor 22 22 22 22 22 22 22 22 22 22 22 22 22 22 22 22 22 22 22 22 22 22 100.00
7 JPP Pahang 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 100.00
8 JPP Terengganu 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 8 100.00
9 JPP Kelantan 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 7 100.00
10 JPP Kedah / Perlis 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 100.00

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


11 JPP Pulau Pinang 12 12 12 12 12 12 12 12 12 12 12 12 12 12 12 12 12 12 12 12 12 12 100.00
12 JPP Perak 13 13 13 13 13 13 13 13 13 13 13 13 13 13 13 13 13 13 13 13 13 13 100.00
13 JPP Sabah 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 100.00
14 JPP Sarawak 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 100.00

Sumber data : EIS Pangkalan Data HRMIS Sektor Pangkalan Data dan Pengurusan Maklumat , Jabatan Perkhidmatan Awam.
3. Modul Pengisytiharan Harta

Peraturan 10, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 menghendaki pegawai
awam mengisytiharkan harta yang mereka miliki apabila mula dilantik, bila ada pertambahan harta baru, bila
melupuskan harta yang telah dilaporkan atau bila diarah oleh Kerajaan.

Setiap Pegawai Awam mestilah mengisytiharkan harta setiap 5 tahun sekali atau 3 tahun sekali bagi Ketua
Jabatan atau setiap kali mula memegang Ketua Jabatan baru sepertimana yang ditetapkan oleh Pekeliling
Perkhidmatan Bil 3 Tahun 2002. Sehubungan dengan itu, laporan kedudukan pengisytiharan harta pegawai
awam di Jabatan adalah seperti di Jadual 8. Manakala Jadual 9 menunjukkan bilangan pegawai di Jabatan
ini yang telah mengisytiharkan pertambahan atau pelupusan harta yang dimiliki.

Jadual 8 : Laporan Kedudukan Pengisytiharan Harta Di JPPM 2011

Bil. Sedang
Bil. Bil.Telah Bil. Telah Bil. Belum
Bil. Kumpulan Dalam
Pegawai Isytihar Lulus Isytihar
Proses
1. Kumpulan Pengurusan
1 1 1 0 0
Tertinggi
2. Kumpulan Pengurusan
113 112 112 1 0
Dan Profesional (P&P)
3. Kumpulan Sokongan 115 114 114 1 0
59
Jadual 9 : Laporan Bilangan Pegawai Yang Mengisytiharkan Pertambahan/ Pelupusan Harta

Bilangan Pegawai Mengisytiharkan


Kumpulan Jumlah Pegawai Pertambahan/ Pelupusan Harta
Pertambahan Pelupusan
Kumpulan Pengurusan
1 0 0
Tertinggi
Kumpulan Pengurusan Dan
113 39 7
Profesional (P&P)
Kumpulan Sokongan 115 32 0

4. Program Pemantapan Modal Insan

Salah satu agenda dalam Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh ialah untuk membangun dan mengekalkan
modal insan bertaraf dunia. Ini disebabkan modal insan merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan
sesebuah negara dan untuk mewujudkan ekonomi berpendapatan tinggi. Selaras dengan usaha Jabatan
untuk melahirkan pegawai dan kakitangan Jabatan ini yang boleh berdaya saing dan berkemahiran
tinggi, pelbagai program keilmuan telah dirangka untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2011. Jadual 10
menunjukkan ringkasan pegawai dan kakitangan yang telah menghadiri kursus sepanjang tahun 2011.

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


Jadual 10 : Bilangan Pegawai Dan Kakitangan Yang Menghadiri Kursus 2011

Bilangan
Kursus Pendek
Anggota
Bil. Bil. Yang
Bil. Bil.
Bil Gred/Kumpulan Anggota Anggota Hadir
Anggota Anggota
Yang hadir Yang Hadir Kursus
Yang Tidak
> 7 hari < 7 hari Panjang >
Berkursus
setahun setahun 3 bulan
1. JUSA 1 1 - - -
2. Pengurusan & Profesional 113 89 22 - -
3. Kumpulan Sokongan 115 52 62 - -
Jumlah 231 142 84 - -

Kebanyakan kursus yang dihadiri oleh Pegawai dan Kakitangan Jabatan ini adalah anjuran dalaman sepertimana
yang ditunjukkan di Jadual 11. Selain kursus-kursus anjuran Jabatan sendiri, pegawai dan kakitangan juga turut
digalakkan untuk menghadiri kursus-kursus anjuran pihak luar sama ada daripada agensi kerajaan ataupun pihak
swasta. Jadual 12 menunjukkan kehadiran pegawai dan kakitangan JPPM yang telah menghadiri kursus anjuran
pihak luar.

60 Jadual 11 : Kehadiran Pegawai Ke Lima Kursus Anjuran JPPM Yang Mencatatkan Kehadiran Paling
Ramai 2011

Kumpulan P & P Kehadiran Kumpulan Sokongan Kehadiran


Bil. Bil.
Nama Kursus (Bilangan) Nama Kursus (Bilangan)
1. Kursus Rundingan Damai 35 1. Program Taklimat Eksekutif 25
JPPM
2. Kursus Literasi Pelaksanaan 27 2. Kursus Transformasi 17
PLWS Kecemerlangan Diri
3. Kursus Transformasi 26 3. Kursus Literasi Pelaksanaan 11
Kecemerlangan Diri PLWS
4. Program Taklimat Eksekutif 25 4. Kursus Audit 5
JPPM
5. Kursus Perundangan 19 5. Taklimat Pengurusan Fail 5
JUMLAH 132 JUMLAH 63

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


Jadual 12 : Kehadiran Pegawai Ke Lima Kursus Anjuran Pihak Luar Yang Mencatatkan Kehadiran Paling
Ramai 2011

Kumpulan P & P Kumpulan Sokongan


Kehadiran Kehadiran
Bil. Bil.
(Bilangan) (Bilangan)
Nama Kursus Nama Kursus

1. Managing Organisation 20 1. Kursus Didik Fitrah 1/2011 7


Journey Towards Excellent
(MPC)

2. 6th Annual National 12 2. Kursus Peningkatan 5


Employment Law Conference Kecemerlangan Kakitangan
2010 Perkeranian & Pembantu Tadbir

3. Kursus ESQ Leadership 8 3. Bengkel Etika Sosial & Protokol 4

4. Bengkel Menangani Masalah 4 4. Kursus Pengurusan Kompetensi 4


Displin di Tempat Kerja Diri
& Prosedur Menjalankan
Penyiasatan Dalaman

5. Bengkel Etiket & Protokol 4 5. Kursus Pengukuhan Diri 3


Profesional Untuk Setiausaha 61
JUMLAH 48 JUMLAH 23

5. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Seramai 19 orang pegawai dan kakitangan JPPM (8 peratus) telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang di atas prestasi cemerlang yang ditunjukkan pada tahun 2010 (Jadual 13). Majlis Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang ini telah berlangsung pada 14 April 2011 bertempat di Auditorium Cempaka Sari,
Perbadanan Putrajaya.

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


Jadual 13 : Senarai Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010

BIL NAMA / JAWATAN TEMPAT BERTUGAS


1. Encik Khalid bin Jali
JPP Ibu Pejabat
Pengarah Bahagian Pertikaian Perusahaan Gred S52
2. Encik Abd. Manan bin Othman
JPP Perak
Penolong Pengarah Gred S44

3. Encik Jamaluddin bin Yaakub


JPP Ibu Pejabat
Penolong Pengarah Gred S44
4. Encik Zun bin Rawi
JPP Ibu Pejabat
Penolong Pengarah Gred S41
5. Cik Zurina binti Ahmad Taib
JPP ibu Pejabat
Penolong Pengarah Gred S41
6. Cik Sri Rahmawati binti Md. Mustahar Isa
JPP Ibu Pejabat
Penolong Pengarah Gred S41
7. Tuan Haji Shaharudin bin Wakiman
JPP Melaka
Penolong Pengarah Gred S41
8. Puan Mazuyana binti Mohamed
JPP Terengganu
Penolong Pengarah Gred S41

62
9. Encik Mohamad Asri bin Hashim
JPP Selangor
Penolong Pengarah Gred S41
10. Cik Chong Chun Nee
JPP Sarawak
Penolong Pengarah Gred S41
11. Puan Che Adnin binti Kamis
JPP Ibu Pejabat
Setiausaha Pejabat Gred N27
12. Encik Ismail bin Mahan
JPP Johor
Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 (KUP)
13. Encik Hayusaimi bin Mohamed Yunus
JPP Kelantan
Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17
14. Cik Siti Fatimah binti Ab. Llah
JPP Ibu Pejabat
Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17
15. Cik Nurul Hayatie binti Zakaria
JPP Ibu Pejabat
Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17
16. Puan Faridah binti Jantan
JPP W.P Kuala Lumpur
Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 (KUP)
17. Puan Azliyanna binti Mahali
JPP Sabah
Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17
18. Encik Abd. Razak bin Tompong
JPP Kluang, Johor
Pembantu Am Pejabat Gred N4
19. Encik Mohd Rizal bin Abdul Rahim
JPP Pahang
Pembantu Am Pejabat Gred N1

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


6. Kenaikan Pangkat

Pada tahun 2011, seramai 6 orang pegawai Gred 41 telah mendapat kenaikan pangkat ke Gred 44.
Manakala seramai 4 orang pegawai telah dinaikkan pangkat ke Gred 48 dan seorang pegawai pula dinaikkan
pangkat ke Gred 54. Bilangan pegawai JPPM yang telah mendapat kenaikan pangkat adalah seperti yang
ditunjukkan di Jadual 14.

Jadual 14 : Senarai Pegawai Yang Mendapat Kenaikan Pangkat 2010 - 2011

Tahun
Kumpulan Nama Pegawai
2010 2011

Gred 54 2 1 i) Puan Paeza bt Rosdi

i) Puan Suraiya Ching bt Abdullah

ii) Encik Abd Manan bin Othman


Gred 48 - 4
iii) Cik Siti Jamilah bt Hj Selak

iv) Encik Ramli bin Saad

i) Puan Noraida bt Abd Rahim

63
ii) Encik Abdul Kadir bin Muhammad

iii) Cik Suryati bt Shamsul


Gred 44 - 6
iv) Puan Maizatulniza bt Mohd Shamsuddin

v) Cik Salma bt Mohd Nor

vi) Puan Usha Rani a/p Supayah

7. Persaraan

Seramai 3 orang pegawai di Jabatan ini telah bersara wajib pada tahun 2011 masing-masing daripada
Kumpulan Pengurusan & Profesional dan seorang pegawai daripada Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Carta
3 menunjukkan secara perbandingan bilangan pegawai dan kakitangan yang telah bersara wajib pada tahun
2010 dan 2011.

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


Carta 3 : Bilangan Pegawai Yang Telah Bersara Wajib 2010 - 2011

3.5
3
3

2.5 Kumpulan Pengurusan


2 Tertinggi
2
Kumpulan P & P
1.5
1 1
Kumpulan Sokongan
1

0.5
0 0
0
2010 2011

CAWANGAN ASET DAN KEWANGAN

64 1. Perbelanjaan Mengurus Tahun 2011

Di bawah maksud Bekalan (B.46), Jabatan Perhubungan Perusahaan telah diperuntukkan sebanyak
RM12,964,900.00 di bawah Program Dasar Sedia Ada. Daripada jumlah peruntukan tersebut, sebanyak
RM9,900,100.00 diperuntukkan untuk Emolumen (OA10000), RM3,064,800.00 untuk Perkhidmatan dan
Bekalan (OA20000). Jabatan ini juga telah mendapat peruntukan di bawah One-Off sebanyak RM600,000.00.
Sebanyak RM500,000.00 diperuntukkan untuk perbelanjaan untuk Bangunan dan Pembaikan Bangunan
(OS32000). Manakala bagi pembelian Aset/Harta Modal (OS35000) pula diperuntukkan sebanyak
RM100,000.00.

Prestasi perbelanjaan sehingga tempoh penutupan Akaun Awam (AKB) adalah sebanyak 12,374,815.86
atau 98.6 peratus di bawah Dasar Sedia Ada. Prestasi perbelanjaan di bawah One Off adalah sebanyak
RM517,238.04 iaitu 93.10 peratus. Prestasi perbelanjaan di bawah Dasar Sedia Ada dan One-Off adalah
seperti di Jadual 15 dan Carta 4.

Jadual 15 : Prestasi Keseluruhan Peruntukan & Perbelanjaan Mengurus (B.46) 2011

Peruntukan Peratus
Program Peruntukan Asal Perbelanjaan
Kemaskini Perbelanjaan
Dasar Sedia Ada 12,964,900.00 12,550,250.00 12,374,815.86 98.6
One-Off 600,000.00 680,000.00 641,331.64 94.31
Prestasi Keseluruhan 98.38

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


Carta 4 : Peruntukan Dan Perbelanjaan Program Dasar Sedia Ada dan One-Off 2011

14,000,000.00

12,000,000.00

10,000,000.00 Peruntukan

8,000,000.00

6,000,000.00 Perbelanjaan

4,000,000.00

2,000,000.00

0.00
Dasar Sedia Ada One-Off

Carta 5 : Prestasi Perbelanjaan Di Bawah Dasar Sedia Ada 2011


65

3,195,338.94

9,179,476.92

Perkhidmatan &
Emolumen Bekalan

Carta 5 menunjukkan prestasi perbelanjaan di bawah Dasar Sedia Ada mengikut jenis perbelanjaan iaitu
perbelanjaan untuk Emolumen dan perbelanjaan untuk Perkhidmatan dan Bekalan. Prestasi perbelanjaan
bagi Emolumen adalah RM9,179,476.92 (99.46 peratus), bagi Perkhidmatan dan Bekalan pula sebanyak
RM3,320,750.00 (96.22 peratus).

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


CAWANGAN PENTADBIRAN

1. Lawatan Ke Rumah Titian Kaseh

Pertubuhan Kelab Kebajikan dan Sukan JPPM telah


mengadakan lawatan ke Rumah Titian Kaseh (RTK), yang
terletak di Taman Tasik Titiwangsa pada 28 Julai 2011
bagi menyampaikan sumbangan untuk meringankan
beban kepada seramai 85 orang penghuninya.

2. Majlis Bacaan Yassin Sempena Sambutan Awal


Ramadhan

Sempena menyambut ketibaan Awal Ramadhan, satu


Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat telah diadakan
pada 29 Julai 2011. Semua pegawai dan kakitangan
beramai-ramai menyertai majlis ini yang diadakan di
ruang legar Cawangan Pengurusan Sumber Manusia.

3. Majlis Khatam Al-Quran

66 Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan pada 19 Ogos


2011 bersamaan dengan 19 Ramadhan 1432 Hijrah.
Sebanyak 30 juzu Al- Quran telah diagihkan kepada 39
orang pegawai dan kakitangan JPPM telah terlibat.

4. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Seperti tahun-tahun sebelumnya, JPPM juga


mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di
peringkat di Ibu Pejabat. Satu pertandingan menghias
gerai yang menempatkan juadah hari raya mengikut
Bahagian masing-masing telah diadakan. Gerai
tercantik telah dimenangi oleh Bahagian Pemulihan
Kerja & Pengurusan Runding Damai.

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


5. Taklimat Eksekutif Ibu Pejabat

Ibu Pejabat JPPM juga telah mengadakan beberapa program Taklimat Eksekutif sepanjang tahun 2011.
Tajuk-tajuk taklimat eksekutif yang telah dijalankan adalah seperti berikut:

Taklimat Rumah Peranginan & Penginapan Persekutuan;


Taklimat Part Time Workers Regulations;
Taklimat Globalization: Relations With Labour Migration;
Taklimat Wakaf Tunai;
Taklimat Pinjaman Perumahan;
Taklimat Gangguan Seksual Di Tempat Kerja;
Taklimat Pengurusan Harta Pusaka & Wasiat;
Taklimat Pengurusan Kewangan Berhemah AKPK;
Taklimat Pelaksanaan LNPT;
Taklimat Alternatif Penyelesaian Kes Di Bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967;dan
Taklimat Peranan Hak Pengguna.

67

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


PERANCANGAN TAHUN 2012

1. Cawangan Pentadbiran
a) Memperkemaskan segala urusan pentadbiran merangkumi hal-hal berkaitan logistik, mempermudahkan
sistem komunikasi dari segi surat-menyurat dan memantapkan perkhidmatan kaunter Jabatan;
b) Menyelaras dan memantau pelupusan fail yang perlu dilupuskan;
c) Memperkenalkan idea-idea untuk mengatur dan mengurus keceriaan pejabat;
d) Memastikan kerja-kerja ubahsuai pejabat dapat dilaksanakan dengan sempurna; dan
e) Menjayakan lain-lain program ad-hoc yang diarahkan dari semasa ke semasa.

2. Cawangan Pengurusan Sumber Manusia


a) Meneruskan urusan pemantauan terhadap keperluan perjawatan di dalam Jabatan, khususnya bagi
mengisi kekosongan yang terdapat dalam Jabatan;
b) Mewujudkan Panel Jawatankuasa Latihan JPPM untuk menyelaraskan kursus-kursus anjuran Jabatan
dan agensi luar/swasta;
c) Memastikan aktiviti-aktiviti utama Bahagian dapat dijalankan sebagaimana yang dinyatakan dalam
perancangan tahun 2012;
d) Menganjurkan Program Taklimat Eksekutif bagi membantu pegawai dan kakitangan Jabatan
mencukupkan 7 hari berkursus dalam setahun;
e) Menyelaras penggunaan HRMIS bagi submodul Pengisytiharan Harta bagi pegawai dan kakitangan
Jabatan mengikut arahan KSM;
f) Melaksanakan submodul SKT dan LNPT di dalam HRMIS bagi semua pegawai dan kakitangan Jabatan
68 tanpa menggunakan borang manual seperti tahun sebelumnya;
g) Membuat naziran pengurusan sumber manusia di semua pejabat negeri;
h) Menyediakan maklumat dan kertas kerja bagi keperluan Jawatankuasa PEMANDU dari semasa ke
semasa;
i) Menguruskan dokumen persaraan pegawai yang bersara;
j) Memastikan modul HRMIS cuti berjalan lancar; dan
k) Menyediakan input-input bagi kertas perjawatan secara ad-hoc dari semasa ke semasa.

3. Cawangan Aset dan Kewangan


a) Memastikan prestasi Perbelanjaan Mengurus melebihi 95 peratus ke atas;
b) Memastikan baucer bayaran diproses dalam tempoh kurang daripada 14 hari tercapai 100 peratus;
c) Memastikan peruntukan dan perbelanjaan kewangan Jabatan adalah mencukupi selaras dengan
keperluan semasa Jabatan;
d) Mematuhi sepenuhnya arahan yang terkandung dalam Pekeliling 5 Tahun 2007 berkenaan Tatacara
Pengurusan Aset Alih Kerajaan;
e) Melaksanakan Sistem Pengurusan Aset dan Pengurusan Stor (SPA & SPS) di peringkat Ibu Pejabat;
f) Memastikan keperluan Harta Modal dan Inventori Jabatan mencukupi dan sentiasa diselenggara
seterusnya memastikan peruntukan pembelian harta modal dapat mencapai 99 peratus;
g) Mengadakan lawatan naziran Pengurusan Kewangan dan Akaun serta Naziran Pengurusan Aset ke
semua Pusat Tanggung Jawab (PTJ) Jabatan;
h) Memastikan Jawapan Audit Ibu Pejabat dan JPP Negeri dikemukakan pada masa yang telah ditetapkan
kepada pihak Audit;
i) Memastikan segala teguran audit dilaksanakan serta- merta; dan
j) Memastikan Mesyuarat JPKA dan JKPAK diadakan 4 kali setahun.

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


Alamat Pejabat-Pejabat JPPM
IBU PEJABAT
Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia
Aras 9, Blok D4, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 W.P. Putrajaya
Tel: 03-8886 5000 Fax: 03-8889 2355
E-mail:jppm@mohr.gov.my Website: http//jpp.mohr.gov.my

Pengarah, Pengarah,
Jabatan Perhubungan Perusahaan Johor, Jabatan Perhubungan Perusahaan Perak,
Tingkat 2 & 3, Blok A, Wisma Persekutuan, Tingkat 4, Blok C, Bangunan Persekutuan Ipoh,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Jalan Dato Seri Ahmad Said,
JOHOR 30450 Ipoh,
Pengarah : En. Mohd Zain bin Naim PERAK
Tel : 07-2243 011 Pengarah : En. Zaini bin Yaacob
Fax : 07-2220 671 Tel : 05-2418 422
Email : jppmjoh@mohr.gov.my Fax : 05-2416 981
Email : jppmper@mohr.gov.my
Pengarah,
Jabatan Perhubungan Perusahaan Pengarah,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabatan Perhubungan Perusahaan Kelantan,
Tingkat 8, Menara PERKESO, Tingkat 3, Wisma Persekutuan,
281, Jalan Ampang, 500536 KUALA LUMPUR
Pengarah : En. Ahmad Khusairi bin Lope Abd. Rahman
Jalan Bayam, 15536 Kota Bharu,
KELANTAN
69
Tel : 03-4257 9911 Pengarah : En. Abd. Rashid bin Awang
Fax : 03-4257 2682 Tel : 09-7441 144
Email : jppmwil@mohr.gov.my Fax : 09-7461 355
Email : jppmkel@mohr.gov.my
Pengarah,
Jabatan Perhubungan Perusahaan Selangor, Pengarah,
Tingkat 4, Bangunan UMNO Selangor, Jabatan Perhubungan Perusahaan Kedah/Perlis,
Persiaran Perbandaran Selangor, Seksyen 14, Aras 5, Zon B, Wisma Persekutuan, Pusat Pentadbiran
40000 SELANGOR Kerajaan Persekutuan, 06550 Bandar Muadzam Shah,
Pengarah : En. Mohd Asri bin Abdul Wahab KEDAH
Tel : 03-5510 2252 Pengarah : En. Ibrahim bin Itam
Fax : 03-5510 7817 Tel : 04-7307 535
Email : jppmsel@mohr.gov.my Fax : 04-7321 026
Email : jppmked@mohr.gov.my
Pengarah,
Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang, Pengarah,
Tingkat Bawah, Bangunan Lembaga Buruh Pelabuhan, Jabatan Perhubungan Perusahaan Pahang,
10300 PULAU PINANG Tingkat 7, Wisma Persekutuan,
Pengarah : En. Sazali bin Keteh Jalan Gambut, 25532 Kuantan,
Tel : 04-2615 155 PAHANG
Fax : 04-2616 414 Pengarah : En. Ramli bin Saad
Email : jppmpul@mohr.gov.my Tel : 09-5164 785
Fax : 09-5165 352
Email : jppmpah@mohr.gov.my

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


Pengarah, Pengarah,
Jabatan Perhubungan Perusahaan Melaka, Jabatan Perhubungan Perusahaan Terengganu,
Tingkat 1, Wisma Persekutuan, Tingkat 12, Wisma Persekutuan,
Jalan Hang Tuah, 20200 Kuala Terengganu,
75300 MELAKA TERENGGANU
Pengarah : En. Mohd Sazali bin Abd. Wahab Pengarah : En. Manan bin Othman
Tel : 06-2345 030 Tel : 09-6221 516
Fax : 06-2345 033 Fax : 09-6235 628
Email : jppmmel@mohr.gov.my Email : jppmter@mohr.gov.my

Pengarah, Penolong Pengarah,
Jabatan Perhubungan Perusahaan Sabah, Jabatan Perhubungan Perusahaan Kluang,

70 Tingkat 4, Blok C, Bangunan KWSP,


Peti Surat 11304, 88814 Kota Kinabalu,
Tingkat 2, Bangunan Persekutuan,
Jalan Batu Pahat, 86000 Kluang,
SABAH JOHOR
Pengarah : Pn. Moryati bt Othman @ Abdullah Pengarah : En. Abdullah bin Buang
Tel : 088-270 369 Tel : 07-7722 188
Fax : 088-270 368 Fax : 07-7727 953
Email : jppmsab@mohr.gov.my Email : jppmklu@mohr.gov.my

Pengarah, Penolong Pengarah,
Jabatan Perhubungan Perusahaan Negeri Sembilan, Jabatan Perhubungan Perusahaan Muar,
Tingkat 3, Wisma Persekutuan, Tingkat Bawah, Bangunan Kementerian Sumber Manusia,
Jalan Dato Abd. Kadir, 7000 Seremban, Jalan Othman, 84000 Muar,
NEGERI SEMBILAN JOHOR
Pengarah : En. Nasir bin Haji Kassim Pengarah : En. Shaharudin bin Wakiman
Tel : 06-7624 946 Tel : 06-9521 116
Fax : 06-7638 946 Fax : 06-9535 528
Email : jppmneg@mohr.gov.my Email : jppmmua@mohr.gov.my

Pengarah,
Jabatan Perhubungan Perusahaan Sarawak,
20-01 & 20-02, Aras 20, Somerset Gateway,
Kuching, No. 9, Jalan Bukit Mata, 93100 Kuching,
SARAWAK
Pengarah : Pn. Suraya Chng bt Abdullah
Tel : 082-418 112
Fax : 082-419 121
Email : jppmsar@mohr.gov.my

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


Sidang Redaksi
Laporan Tahunan 2011
Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia

PENAUNG
Tuan Hj. Md. Yunus bin Razzaly
Ketua Pengarah
Perhubungan Perusahaan Malaysia

PENGERUSI
Encik Sulaiman bin Ismail
Pengarah
Bahagian Keharmonian Perusahaan & Penyelidikan

AHLI
Cik Normawati bt Ahmad
Bahagian Keharmonian Perusahaan & Penyelidikan

Puan Zaini binti Bahron Mohamed


71
Bahagian Pemulihan Kerja & Pengurusan Rundingan Damai

Encik Mohamad Faizal bin Ahmad Termizi


Bahagian Pertikaian Perusahaan

Puan Zarina binti Mohd Sarip
Bahagian Keharmonian Perusahaan & Penyelidikan

Cik Zurina binti Ahmad Taib


Bahagian Keharmonian Perusahaan & Penyelidikan

Encik Mohammad Akhari bin Mat Isa


Bahagian Perundangan

Cik Suryati bt Shamsul


Bahagian Khidmat Pengurusan

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011


DISEDIAKAN OLEH:

BAHAGIAN KEHARMONIAN PERUSAHAAN & PENYELIDIKAN


JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA
http://jpp.mohr.gov.my

72 email:jppm@mohr.gov.my
Tel:03-88865000 Fax:03-88892355

Hak cipta terpelihara. Mana-mana penerbitan ini tidak boleh disiarkan dalam apa-apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, Kementerian Sumber
Manusia.

LAPORAN TAHUNAN JPPM 2011

You might also like