You are on page 1of 2

PENGANGKUTAN REL

Singapore Kunming Ral Link (SKRL)

SKRL merupakan projek pembinaan laluan kereta api sejauh


6,617.5km yang menyambungkan 8 buah negara iaitu Kemboja,
Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Republik Rakyat China (RRC),
Singapura, Thailand dan Vietnam. Projek ini bertujuan untuk
menggalakkan aktiviti-aktiviti perdagangan, pelancongan dan
perjalanan antara negara-negara ASEAN yang terlibat serta antara
negara-negara tersebut dengan RRC. Malaysia telah dilantik
sebagai Pengerusi Tetap bagi mesyuarat ini sejak tahun 2007.

Dalam menjayakan SKRL, Malaysia membangunkan


rangkaian Landasan Keretapi Berkembar Elektrik di sebelah Utara
dari Padang Besar -Sempadan Thailand hingga ke Johor Bahru.
Setakat ini landasan Keretapi Berkembar Elektrik dari Padang
Besar ke Gemas telah selesaikan dibina. Apabila pembinaan
landasan Keretapi Berkembar Elektrik dari Gemas ke Johor Bahru
siap dibina maka komitmen Malaysia dalam SKRL telah dipenuhi.

You might also like