You are on page 1of 1

2.

1 SEJARAH PENUBUHAN PSS


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MACHANG

Pusat Sumber SMK Machang yang dahulunya dinamakan Perpustakaan


ditubuhkan pada tahun 1970 setelah sekolah mendapat bekalan tambahan iaitu 10
buah bilik darjah, 1 pejabat, 1 bilik guru dan satu bilik perpustakaan yang saiznya
lebih kecil daripada saiz bilik darjah.

Pada tahun 1996 apabila telah mendapat satu lagi bangunan tambahan,
Pusat Sumber Sekolah telah berpindah ke bangunan baru yang dinamakan Blok
Pentadbiran iaitu di tingkat dua Pusat Sumber Sekolah. Pada ketika itu terdiri
daripada tiga unit iaitu Unit Perpustakaan, Unit APD dan Unit Pusat Sumber
Elektronik (PSE) dengan menggunakan dua bilik utama.

Pusat Sumber SMK Machang telah menyertai pertandingan-pertandingan


Perpustakaan anjuran PUSTAKA dan Jabatan Pendidikan Negeri dibawah
pengelolaan Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) dan pernah mendapat
hadiah-hadiah saguhati. Pada tahun 2000 PSS SMKM telah mendapat tempat
pertama dalam pertandingan Penggredan Pusat Sumber peringkat PPD.

Pada awal Januari 2002, Pusat Sumber SMKM sekali lagi berpindah ke
bangunan baru ditingkat satu di mana ruang-ruang khas untuk perpustakaan dan
Bilik Tayangan APD disediakan. Bilik-bilik dibekalkan alat pendingin hawa
tetapi tidak dibekalkan dengan perabot. Proses pemindahan perabot, hardware
dan software serta perabot mengambil masa selasa tiga minggu dan PSS SMKM
mula beroperasi dengan sempurna pada minggu ketiga persekolahan penggal
minggu pertama tahun 2002. Kini talian telefon terus untuk penggunaan internet
dan laman web sudah dibekalkan.

You might also like