You are on page 1of 33

1.

0 ABSTRAK

Syarikat yang terlibat dalam projek ini adalah MCIS Safety Glass Sdn. Bhd. syarikat

ini terletak di Senawang Industrial Estate, Negeri Sembilan. MCIS Safety Glass Sdn. Bhd.

adalah pengeluar cermin kenderaan untuk pasaran dalam mahupun luar negara.

Objektif laporan ini adalah untuk mengenalpasti hazard yang berkemungkinan hadir dalam

proses kerja kepada para pekerja. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengenalpasti peluang

hazard itu mengenai pekerja dalam sesuatu kes kemalangan. Tambahan pula, keterukan

sesuatu hazard itu boleh dikenalpasti. Setelah semua hazard dikenalpasti, langkah kawalan

dan cadangan boleh dilaksanakan.

Terdapat beberapa cara untuk mengenalpasti hazard. Hazard terbahagi kepada dua

iaitu hazard keselamatan dan hazard kesihatan. Setelah risiko keselamatan dikenalpasti,

hazard tersebut akan terbahagi kepada tiga jenis iaitu risiko tinggi, sederhana dan rendah.

Langkah kawalan yang sesuai perlulah diambil untuk mengelakkan sebarang kemalangan.

Langkah kawalan perlu dilakukan berdasarkan hierarki kawalan iaitu penghapusan,

penggantian, kawalan engineering, kawalan admin dan penggunaan PPE.

Page | 1
2.0 PENGENALAN

2.1 Latar Belakang

MCIS Safety Glass Sdn. Bhd. ditubuhkan di bawah Akta 1965 (Akta Kilang) di kawasan

Perindustrian Senawang, Negeri Sembilan sejak April 1973. Proses utama kilang ini adalah

pengeluaran cermin kenderaan bermotor seperti kereta, lori dan bas. Aktiviti utama kilang ini

adalah menghasilkan cermin kenderaan melalui beberapa peringkat kerja mengikut

permintaan dari syarikat pengeluaran kenderaan tempatan dan luar Negara seperti Jepun dan

Korea.

Keseluruhan jumlah pekerja sehingga Februari 2012 adalah seramai 385orang. 296

daripada mereka merupakan staff pengurusan, staf bukan eksekutif dan pekerja tempatan

manakala 89 orang adalah pekerja asing. MCIS Safety Glass mempunyai sembilan jabatan

iaitu Jabatan Sumber Manusia, Kejuruteraan, Perniagaan dan Pemasaran, Akaun,

Pengeluaran, Kualiti, Purchasing, Logistic dan juga Keselamatan dan Kesihatan.

Untuk tugasan tempat kerja ini, pengenalpastian bahaya di tempat kerja tertumpu kepada

TG Plant dan menghasilkan tempered glass. Tempered glass diperbuat daripada gelas nipis

biasa yang dipanaskan pada suhu tertentu dan disejukkan serta merta dan di panggil proses

Quenching. Terdapat dua kegunaan tempered glass iaitu untuk rear windshield glass dan

juga side window glass. Selain itu juga, MCIS Safety Glass Sdn. Bhd. telah diiktirafkan

dengan MS ISO 140001, ISO 9001dan TS 16949.

Page | 2
2.2 Carta Organisasi

Pihak Pengurusan

Mr. Mukhtar Mohamad


General Manager

Mr. Arfendi Malek Othman


Manager Representative

Ms Siti Nubliza Mohamad


Secretary

Mr.Arfendi Mr. Deswir Azhar Mr. Alfizal Mohd Mr. Muhammad


Malek Othman Piliang Nor Badri Abdullah
Manager Senior Manager Senior Manager Asst. Manager

Quality Finance & Tempered Bussiness


Assurance Account Plant Development

Safety & Laminated Sales


Corporate
Health Plant Marketing
Services

Logistic New Model


Development

Engineering

Kaizen

Page | 3
2.3 Jawatankuasa Keselamatan

Mukhtar Mohamad
Chairman

Arfendi Malek B. Othman


Vice Chairman

Melakan B. Ismail
Secretary

Employee Representatives
Employer Representatives

Harliza Bt Alias
Logistic Logistic Hamdan B Zainal Abidin
Arfie Bin Ramly
Plant Plant Amir B Abdul Aziz

LG Plant Mohd Radzi Bin Rejuan


Abdul Aziz B Abas
LG Plant
Hisham B Abu Bakar
Anjneare A/L Mayani
TG Plant Kamaludin Bin Ahmad

Hafiz Rashdan B Mohamad


Human Mohtar Bin Mohamed TG Plant Zulkafli
Resource Kasim Mohd Nazeri Bin Zat
Mohd Saufi Bin Dollah
Engineering Hashim Bin Abu Bakar
Harith B Yaacob
Human
Muhadhir B Baba
Resource
Mahfuz B Abu Samah

Humaidi B Zakaria
Engineering Zahari Bin Hasan

Page | 4
2.4 Tugasan Kerja

MCIS Safety Glass mempunyai dua plant iaitu Tempered Plant dan Laminated Plant.

Logistic plant pula merupakan gudang simpanan cermin. Proses kerja di Tempered Plant

adalah seperti berikut:

Page | 5
2.5 Persekitaran Tempat Kerja

MCIS Safety Glass menghasilkan cermin kenderaan. Secara umumnya, proses tebahagi

kepada dua seksyen. Bahan mentah iaitu kepingan cermin akan dibekalkan oleh pembekal dan

di simpan di gudang, Logistic. Apabila diperlukan, cermin tersebut akan dihantar ke kawasan

produksi.

Di kawasan pengeluaran, kepingan cermin akan dipotong mengikut bentuk yang telah

ditetapkan dengan menggunakan mesin CNC atau pemotongan secara manual. Kepingan

gelas tersebut akan di potong mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Setelah di basuh,

kualiti gelas itu akan diperiksa untuk mengenalpasti sebarang kekurangan.

Setelah diperiksa, gelas itu akan di hantar ke proses Printing (windscreen & backlite)

sebelum menjalani proses tempering di furnace. Di furnace, gelas akan dipanaskan pada suhu

tertentu (600 oC hingga 700 oC) dan seterusnya akan dibentuk mengikut bentuk yang

ditetapkan.

Selepas itu, cermin bahagian belakang akan di hantar ke seksyen soldering and cermin sisi

akan di hantar ke bahagian holder assembly. Akhir sekali, cermin yang telah siap akan

melalui pemeriksaan akhir. Semua cermin akan diperiksa mutu dan kualitinya dan seterusnya

dibungkus untuk penghantaran.

Page | 6
3.0 OBJEKTIF

Objektif tugasan tempat kerja ini adalah:

3.1 Mengenalpasti kebarangkalian bahaya yang terdapat di kawasan pengeluaran.

3.2 Mengukur tahap risiko sesuatu bahaya yang telah dikenalpasti.

3.3 Memberi keutamaan risiko menggunakan jadual Risk Matrix.

3.4 Mengenalpasti bahaya yang kritikal seperti bahaya keselamatan dan kesihatan.

3.5 Memperkenalkan langkah kawalan yang sesuai dan cadangan pembaikan untuk

setiap bahaya.

3.6 Menyemak semula langkah kawalan yang telah diambil.

4.0 METODOLOGI

4.1 Kaedah Mengenalpasti Bahaya

Tiga kaedah telah digunakan untuk mengenalpasti bahaya keselamatan dan kesihatan

di tempat kerja iaitu:

i) Kaedah analisa dan soal selidik

ii) Kaedah pemerhatian tempat kerja

iii) Kaedah analisa data dan dokumen

a) Kaedah analisa dan soal selidik

Kaedah ini merupakan teknik penyenaraian setiap langkah kerja bagi operasi

pemecahan satu cara yang mengemukakan beberapa soalan yang berkaitan dengan

bahaya di tempat kerja kepada para pekerja. Penggunaan soal selidik ini perlu diubah

suai dengan kerja yang hendak di analisis bagi mengenal pasti risiko dan bahaya yang

terlibat.

Page | 7
b) Kaedah pemerhatian tempat kerja

Kaedah pemerhatian tempat kerja adalah cara yang paling berkesan bagi menentukan

dan mengenalpasti jenis-jenis bahaya di tempat kerja. Kaedah ini biasanya dilakukan

dengan cara menggunakan rujukan Piawaian Aturan Kerja (Standard Oparting

Procedure). Pada setiap kerja akan diklasifikasikan kepada kumpulan dan seterusnya

di analisis bagi mengenalpasti risiko hampir kemalangan dan bahaya kritikal.

Pemerhati perlu mengetahui proses aliran kerja kerana ini dapat membantu

mengenalpasti dan menilai bahaya dengan lebih berkesan.

c) Kaedah analisa data dan dokumen

Kaedah analisis data adalah kaedah yang mengumpul data-data berkaitan dengan

aspek yang di kaji. Data-data diperoleh daripada maklumat harian, bulanan dan

tahunan yang berkaitan dengan bahaya. Pemantau akan mengenalpasti data-data

kemalangan, kecederaan, hampir kemalangan dan segala penyakit pekerjaan di

persekitaran tempat kerja. Data-data tersebut di analisis bagi mengenalpasti jenis-jenis

kemalangan yang paling kritikal dan sebagainya.

Page | 8
4.2 Penaksiran Risiko

4.2.1 Kemungkinan berlakunya kejadian

Kemungkinan (L) Contoh Kadar

Paling mungkin Hazard/kejadian yang paling mungkin berlaku 5

Mungkin Mungkin boleh berlaku dan bukannya luar biasa 4

Dapat dijangka Mungkin berlaku pada masa akan datang 3

Jarang sekali Belum diketahui berlaku selepas beberapa tahun 2

Tidak dapat Boleh dikatakan mustahil dan tidak pernah berlaku 1

dijangka

Nilai ini berdasarkan kemungkinan berlakunya kejadian. Kemungkinan ditaksir berdasarkan

pengalaman bekerja, analisis atau pengukuran. Tahap kemungkinan berjulat daripada paling

mungkin hingga tidak dapat dijangka. Sebagai contoh, kejadian peluntur akan tertumpah

sedikit dari bekasnya semasa mengisi ke dalam botol semburan adalah paling mungkin

berlaku dalam setiap syif kerja. Walaubagaimanapun, kebocoran bahan bakar diesel dari

tangki penyimpanan induk tidak dapat dijangka boleh berlaku.

Page | 9
4.2.2 Severity of hazard

Keterukan Contoh Kadar

Malapetaka Banyak kematian, kerosakan harta benda dan pengeluaran tidak 5

dapat dipulihkan

Fatal Kira-kira satu kematian, kerosakan besar harta benda jika 4

hazard berlaku

Serius Kecederaan yang tidak fatal, hilang upaya kekal 3

Ringan Menyebabkan hilang upaya teteapi bukan kecederaan kekal 2

Sedikit sehaja Sedikit lelesan, lebam, luka, kecederaan jenis rawatan cemas 1

Keterukan boleh dibahagikan kepada lima kategori. Keterukan berdasarkan tahap keterukan

yang meningkat ke atas kesihatan individu, alam sekitar atau harta benda.

4.2.3 Jadual matriks risiko

Keterukan (S)

Kemungkinan
1 2 3 4 5
(L)

5 5 10 15 20 25

4 4 8 12 16 20

3 3 6 9 12 15

2 2 4 6 8 10

1 1 2 3 4 5
Rendah (Low)

Sederhana (Medium)

Page | 10
Tinggi (High)

Untuk menggunakan matriks ini, mula-mula cari lajur keterukan (S) yang paling sesuai

memerihalkan hasil risiko. Kemudian ikut baris kemungkinan (L) untuk mendapatkan

pemerihalan yang paling sesuai dengan kemungkinan bagi keterukan kejadian yang berlaku.

Tahap risiko diberikan di dalam petak di mana baris dan lajur bertemu.

Risk Description Action


Risiko tinggi memerlukan tindakan segera untuk
mengawal hazard seperti yang diperincikan dalam hierarki
15 - 25 Tinggi kawalan. Tindakan yang diambil mestilah
didokumentasikan dalam borang penaksiran risiko
termasuk tarikh siap.
Risiko sederhana memerlukan pendekatan terancang bagi
mengawal hazard dan mengguna pakai langkah sementara
5 - 12 Sederhana jika perlu. Tindakan yang diambil mestilah
didokumentasikan dalam borang penaksiran risiko
termasuk tarikh siap.
Risiko yang dikenalpasti sebagai rendah boleh dianggap
sebagai boleh diterima dan pengurangan selanjutnya tidak
1-4 Rendah diperlukan. Walaubagaimanapun, jika risiko tersebut boleh
diselesaikan segera secara berkesan, langkah kawalan
hendaklah dilaksanakan dan direkodkan.

Page | 11
5.0 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

5.1 Pengenalpastian Bahaya

FIZIKAL KIMIA BIOLOGI CARA KERJA

Objek Terjatuh Bahan kimia Serangan Ergonomik

Bahagian mesin Kebocoran, serangga Pergerakan

yang bergerak pertumpahan perosak berulang

Objek tembus bahan kimia Penyakit

Elektrik Pembebasan bawaan air

Haba gas Habuk

Kenderaan berbahaya

(forklift)

Pengendalian

manual

Peralatan

bertekanan tinggi

Pencahayaan

Getaran

Bekerja ditempat

tinggi

Gelincir, jatuh

Api dan letupan

Bunyi bising

Page | 12
Objek tajam

5.2 Analisis bahaya keselamatan

5.2.1 Objek jatuh, objek terkena badan, objek tajam, bahagian mesin yang

bergerak

Antara proses kerja yang terlibat dengan bahaya ini termasuklah pengendalian

manual, pemindahan gelas menggunakan forklift, cutting, printing, tempering,

washing dan pembaikan dan penyelengaraan. Bahaya yang selalu terjadi adalah

cermin terjatuh dan mengenai tubuh badan pekerja. Selain itu, cemin yang

pecah juga adalah tajam dan berbahaya kepada pekerja. Bahagian mesin yang

bergerak juga boleh menyebabkan objek tersangkut dan lain-lain lagi.

Kemalangan ini boleh menyebabkan kecederaan samada kecederaan minor

atau serius seperti luka,terpotong, pendarahan, anggota patah dan sebagainya.

Selain itu, kemalangan yang berlaku juga menyebabkan kerosakan harta benda.

Bahaya risiko ini termasuk dalam risiko tinggi dan memerlukan kawalan yang

segera.

5.2.2 Ergonomik, pergerakan berulang

Antara bahaya lain adalah pergerakan berulang. Aktiviti yang melibatkan

pergerakan berulang adalah pengendalian manual yang mengangkat serta

mengalihkan cermin dan juga aktiviti penyelenggaraan dan pembaikan.

Pergerakn berulang mungkin menyebabkan stress pada otot dan sendi yang

terlibat. Risiko bahaya ini adalah pada tahap sederhana.

Page | 13
5.2.3 Haba

Risiko bayaha haba panas ini biasanya datang dari mesin yang beroperasi

seperti mesin tempering, mesin CNC dan mesin printing. Proses tempering

melibatkan relau yang menghasilkan suhu dari 680 oC to700 oC. bahaya ini

menyebabkan tekanan haba kepada para pekerja. Selain itu, pekerja juga

mungkin terkena terbakar pada anggota badan jika terkena pada mesin yang

panas. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang berisiko tinggi dan kawalan perlu

dilakukan dalam kadar yang segera.

5.2.4 Getaran

Terdapat beberapa proses yang terdedah kepada bahaya getaran termasuklah

memandu forklift. Pemandu forklift akan mengalami getaran semasa memandu

forklift. Oleh itu, getaran itu akan menyebabkan tekanan stress kepada otot-otot

yeng terlibat. Walaubagaimana pun, bahaya ini diklasifikasikan sebagai bahaya

rendah.

5.2.5 Gelincir, jatuh

Tersadung, gelincir dan jatuh biasanya disebabkan oleh ruang jalan yang

terhad, kadaan tidak teratur terutamanya cermin, pallet dan lain-lain lagi.

Tersadung, gelincir dan jatuh boleh menyebabkan kecederaan samada kecil

atau serius. Bahaya ini dikategorikan dalam bahaya sederhana.

Page | 14
5.2.6 Hazard elektrik

Kebanyakkan proses memerlukan penggunaan kuasa elektrik untuk

membolehkan mesin beroperasi. Oleh itu, para pekerja terdedah berdepan

dengan bahaya elektrik semasa mengendalikan mesin. Proses yang terlibat

adalah cutting, printing, tempering, soldering, pembaikan dan

penyelenggaraan. Bahaya ini boleh mengakibatka kejutan elektrik, litar pintas

dan kebakaran. Hal ini adalah sangat bahaya kepada pekerja dan juga kilang

terlibat. Ia merupakan bahaya yang serius dan memerlukan langkah kawalan

yang segera.

5.2.7 Habuk

Kesan habuk akan terhasil daripada prosescutting, drilling, grinding dan juga

daripada aktiviti membuang cermin rosak ke dalam tong. Cermin yang pecah

terdiri daripada habuk halus dan kepingan kaca yang kecil dan boleh disedut

oleh pekerja. Oleh itu, ia akan menyebabakan kesihatan terganggu seperti

masalah pernafasan dan juga masalah penglihatan.

5.2.8 Tumpahan dan kebocoran air

Proses washing melibatkan penggunaan air untuk membasuh cermin selepas

proses cutting. Walaubagaimanapun, proses ini boleh menyebabkan iar itu

tumpah atau terdapat kebocoran dan menyebabkan air itu mengalir keluar

daripada kawasan yang sepatutnya. Oleh itu ini akan menyebabkan pekerja

terjatuh dan tergelincir dan juga menyebabkan kerosakan harta benda.

Page | 15
5.2.9 Bekerja ditempat tinggi

Sesetengah kawasan dan proses memerlukan pekerja untuk bekerja di tempat

tinggi. Selain itu, terdapat juga mesin yang lebih tinggi dan menyebabkan

pekerja bekerja ditempat kebih tinggi. Sewaktu bekerja ditempat tinggi, pekerja

terdedah kepada bahaya jatuh dan ia sangat berbahaya. Apabila jatuh ia akan

mengakibatkan pekerja itu cedera samada cedera ringan, serius mahupun

kematian.

5.3.0 Peralatan bertekanan tinggi

Di holder assembly, terdapat alat yang bertekanan tinggi yang digunakan iaitu

pressure gun. Alat ini menggunakan jumlah tekanan yang tertentu untuk

membolehkan Hamatite Sealant keluar daripada tiubnya. Oleh itu, semasa

mengendalikan alat tersebut, pekerja berdepan dengan bahaya tekanan. Jika

berlaku sebarang kemalangan, ia boleh menyebabkan kecederaan dan juga

kerosakan harta benda.

5.3.1 Pencahayaan, silau

Semasa quality inspection, cermin akan diperiksa untuk sebarang kekurangan

dan kecacatan menerusi cahaya lampu. Keadaan ini akan memberi kesan silau

kepada pekerja dan selepas jangka masa tertentu, ia akan menyebabkan

keletihan mata dan tekanan fikiran.

Page | 16
5.3.2 Serangan makhluk perosak

Serangan makhluk perosak boleh berlaku di mana-mana kawasan yang

mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk makhluk perosak hidup. Oleh itu,

terdapat sesetengah kawasan yang berpotensi untuk serangan makhluk perosak

seperti di kawasan stor penyimpanan. Keadaan yang bersepah dan tidak teratur

meningkatkan lagi kemungkinan untuk serangan makhluk perosak. Serangan

makhluk perosak ini boleh memberi masalah kepada manusia terutamanya ia

boleh mengakibatkan masalah kesihatan dengan menyebarkan virus tertentu

dan menyebabkan penyakit. Selain itu, serangan makhluk perosak juga

menyebabkan kerosakan harta benda.

5.3 Analisis Bahaya Kesihatan

5.3.1 Bunyi Bising

Banyak proses di dalam kilang ini yang menghasilkan bunyi bising

termasuklah aktiviti forklift, cutting, washing, printing, tempering, pembaikan

dan penyelengaraan. Selain itu, terdapat sesetengah tempat yang pekerjanya

terdedah kepada bunyi bising yang tinggi iaitu melebihi 90 dBa selama 8 jam.

Bunyi bising akan menyebabkan masalah pendengaran kepada pekerja-pekerja

yang terlibat dan juga boleh menyebabkan tekanan perasaan akibat pendedahan

yang lama. Risiko bahaya ini tinggi dan memerlukan kawalan yang segera.

Page | 17
5.3.2 Bahan Kimia Berbahaya, asap gas berbahaya

Terdapat beberapa bahan kimia yang digunakan untuk proses tertentu seperti

proses printing, bahan kimia yang digunakan adalah silver paste, ceramic paste,

sicasol dan spirits. Di proses holder assesmbly, bahan yang digunakan adalah

Hamatite dan untuk soldering melibatkan solder flux. Kesemua bahan kimia ini

boleh menyebabkan kerengasaan pada kulit, membebaskan wap gas berbahaya

dan setelah pendedahan yang lama ia akan menyebabkan masalah kesihatan

seperti masalah pernafasan.

5.4 Bahaya yang dikenalpasti

Bil Bahaya Aktivit terlibat Kesan Kemungkinan Keterukan Risiko

1. - Cermin/objek - Pengalihan secara - Kecederaan 5 3 15


jatuh manual minor dan (Tinggi)
- Objek - Forklift major
menghempap memindahkan
badan barang
- Objek tajam - Cutting
- Moving part of - Printing
machineries - Tempering
- Washing
- Pembaikan dan
penyelenggaraan

2. Bahan/asap - Printing - Kerengsaan 5 3 15


kimia berbahaya - Soldering kulit (Tinggi)
- Holder assembly - Membebas

Page | 18
asap gas
berbahya
-Masalah
kesihatan
seperti
pernafasan.

3. Bunyi - Aktiviti forklift -Hilang 5 3 15


- Cutting pendengaran (Tinggi)
- Washing -Tekanan
- Printing mental
- Tempering
-Pembaikan dan
penyelenggaraan

4. Haba panas - Tempering - Tekanan 5 3 15


- CNC cutting haba (Tinggi)
- Printing - Terbakar
-Tekanan
mental

5. Bekerja - Tempering - Jatuh 5 3 15


ditempat tinggi - Repair and - Kecederaan (Tinggi)
maintenance

6. Elektrik - Cutting - Kejutan 4 3 12


- Printing elektrik (Sederhana)
- Tempering - Litar pintas
- Soldering & - Api
holder
Assembly
-Pembaikan dan
penyelengaraan

Page | 19
7. Tergelincir, - Semua kawasan - Kecederaan 4 3 12
jatuh minor atau (Sederhana)
major injury

8. Habuk - Cutting -Masalah 4 3 12


- Drilling kesihatan (Sederhana)
- Grinding -Masalah
- Tempering penglihatan

9. Ergonomik, - Pengendalian - Tekanan 5 2 10


pergerakan manual pada otot dan (Sederhana)
berulang -Pembaikan dan sendi
penyelengaraan

10. Pencahayaan, - Pemeriksaan -Tekanan 5 2 10


silau kualiti mata/letih (Sederhana)
-Tekanan
mental

11. Bahaya tekanan - Holder assembly - Kecederaan 3 3 9


- Kerosakan (Sederhana)
harta benda

12. Tumpahan, - Washing - Tergelincir 3 3 9


kebocoran air dan jatuh (Sederhana)

13. Serangan - Semua kawasan -Masalah 3 2 6


makhluk kesihatan (Sederhana)
perosak - Kerosakan
harta benda

14. Getaran - Memandu forklift -Stres pada 4 1 4

Page | 20
otot (Rendah)
6.0 CADANGAN

Kawalan adalah penghapusan atau penyingkiran hazard yang mana ianya tidak mendatangkan

risiko kepada pekerja yang memasuki kawasan atau bekerja menggunakan kelengkapan dalam

tempoh kerja yang dijadualkan.

Hazard hendaklah dikawal di puncanya. Sebaik-baiknya kawalan disediakan hampir dengan

punca hazard. Kawalan mestilah mengikut hierarki kawalan yang bermula dari penghapusan,

penggantian, kawalan kejuruteraan, kawalan pentadbiran dan penggunaan PPE.

Kawalan Kawalan
No Bahaya Penghapusan Penggantian kejuruteraan pentadbiran PPE

6.1 Objek Tukar kepada Guna mesin/ Sediakan -Amalkan cara - Guna PPE
terjatuh, full automatic pembawa peralatan kerja yang dengan betul
objek machine menggantika untuk aktiviti selamat seperti
menghempap untuk n mengangkat. -Pertukaran glove, arm
badan, objek mengurangka pengendalian Contoh : kerja/ aturan guard,
tajam, bahan n secara Mechanical kerja safety boot
mesin yang penggunaan manual lifter -Tingkatkan
begerak tenaga penyeliaan dan
pekerja latihan
-Hanya pekerja
mahir sahaja
dibenarkan
melakukan tugas
tertentu

6.2 Ergonomik, Sediakan - Amalkan cara


pergerakan peralatan kerja yang
berulang untuk proses selamat
mengangkat -Pertukaran
Contoh: kerja/ aturan
Mechanical kerja
Lifter -Tingkatkan
penyeliaan dan
latihan
-Pemantauan
kesihatan.
6.3 Heat -Asingkan - Amalkan cara - Guna PPE
kawasan yang kerja yang dengan betul

Page | 21
terlibat selamat seperti
- Pasangkan -Pertukaran glove, safety
nstall penebat kerja/ aturan boot,
haba pada kerja goggles dan
mesin -Tingkatkan sebagainya
-Pasangkan penyeliaan dan
pengalihudara latihan
an/exhaust -
untuk Penyelenggaraa
membuang n mesin
udara panas
keluar
-Pasangkan
penghadang
daripada
terkena mesin
panas

Page | 22
No Bahaya Penghapusan Penggantian Kawalan Kawalan PPE
kejuruteraan pentadbiran
6.4 Getaran - Penyerap - Amalkan
getaran pada amalan kerja
tempat duduk yang selamat
pemandu
forklift - Penggantian
- kerja
Penyelenggara
an yang
secukupnya
6.5 Tergelincir, - Kawasan - Amalkan - Guna
jatu khas untuk amalan kerja PPE
susunan cermin yang selamat dengan
dan pallet - Memperbaiki betul seperti
kekemasan glove, safety
dan boot, dan
kebersihan sebagainya
kawasan kerja
6.6 Bahaya - Pasang - Amalkan - Guna
elektrik penghadang cara kerja PPE
untuk yang selamat dengan
mengelakkan -Pertukaran betul seperti
sentuhan kerja/ aturan glove, safety
secara terus kerja boot, dan
kepada sumber -Tingkatkan sebagainya
elektrik penyeliaan
- Pasangkan dan latihan
safety switch -Hanya
pekerja mahir
sahaja
dibenarkan
melakukan
tugas tertentu

6.7 Habuk -Asingkan - Amalkan - Guna


kawasan cara kerja PPE
proses yang selamat dengan
- Pasangkan -Pertukaran betul seperti
pengudaraan kerja/ aturan mask,
yang bagus kerja goggles dan
seperti exhaust -Tingkatkan sebagainya
fan penyeliaan
dan latihan
- Penghadang
boleh dipasang
untuk
mengelakkan
habuk dari
tersebar

Page | 23
No Bahaya Penghapusan Penggantian Kawalan Kawalan PPE
Kejuruteraan pentadbiran

6.8 Tumpahan, - Pasangkan - Amalkan cara - Guna


kebocoran penghadang kerja yang PPE
air atau second selamat dengan
containment -Pertukaran betul
untuk kerja/ aturan seperti
mengelakkan kerja safety boots
air dari -Tingkatkan dan
mengalir penyeliaan dan sebagainya
keluar latihan

6.9 Bekerja - Sediakan - Amalkan cara - Guna


ditempat platform/tapak kerja yang PPE
tinggi yang lebih selamat dengan
luas semasa -Pertukaran betul
bekerja kerja/ aturan seperti
ditempat kerja safety boots
tinggi -Tingkatkan dan
penyeliaan dan sebagainya
latihan

6.10 Peralatan - Sediakan - Amalkan cara - Guna


bertekanan Safety switch kerja yang PPE
tinggi pada selamat dengan
peralatan -Pertukaran betul
tersebut kerja/ aturan seperti
- Pasangkan kerja glove,
pressure -Tingkatkan goggles,
controller penyeliaan dan dan
latihan sebagainya
- Tingkatkan
penyelenggaraa
n

6.11 Pencahayaan - Sediakan - Gunakan - Amalkan cara - Guna


mesin untuk lampu yang kerja yang PPE
quality menghasilkanc selamat dengan
inspection ahaya yang -Pertukaran betul
lebih selamat kerja/ aturan seperti
kerja glove,
-Tingkatkan goggles,
penyeliaan dan dan
latihan sebagainya

Page | 24
Kawalan
No Bahaya Penghapusan Penggantian kejuruteraa Kawalan PPE
n pentadbiran

6.12 Serangan - Buangakn - Sediakan - Pastikan


makhluk semua tanda lantai dan keadaan
perosak serangan dinding yang kawasan
mudah sentiasa kemas
- Gunakan dibersihkan
racun makhluk - Amalkan
perosak kebersihan

6.13 Bunyi bising - Asingkan - Amalkan cara - Guna


kawasan kerja yang PPE
proses selamat dengan
-Pertukaran betul
- Pasangkan kerja/ aturan seperti
penghadang kerja plug, ear
bunyi -Tingkatkan muff dan
penyeliaan dan sebagainya
- Pasangkan latihan
penyerap - Tingkatkan
bunnyi pada penyelenggaraa
mesin atau n
tempat kerja
yang terlibat
6.14 Bahan kimia/ - Gunakan - Amalkan cara - Guna
asap gas bahan yang kerja yang PPE
berbahaya kurang selamat dengan
berbahaya -Pertukaran betul
kerja/ aturan seperti
kerja glove, mask
-Tingkatkan dan
penyeliaan dan sebagainya
latihan
-Pemantauan
kesihatan.

Page | 25
7.0 SEMAKAN SEMULA BAHAYA

Langkah-langkah semakan semula perlu diambil untuk mengurangkan dan mengawal bahaya

supaya langkah-langkah kawalan yang diambilberkesan dan memberi manfaat kepada pihak

pengurusan dan pekerja. Langkah-langkah semakan semula juga boleh diparktikkan dengan

langkah-langkah berikut:

i. Menjalankan kerja-kerja baikpulih pada mesin dan memantau langkah-langkah

kawalan yang diambil untuk memastikan keberkesanannya. Contohnya membuat

pemeriksaan berkala pada mesin untuk memastikantiada kerosakan berlaku. Jika

ada apa-apa kerosakan, ianya perlu diganti supaya dapat mengelakkan kemalangan.

ii. Memastikan latihn yang diberikandapt difahami dengan mudah oleh pekerja.

Ujian dan pertanyaan perlu diajukan kepada pekerja supaya kandungan latihan yang

diberikan benar-benar difahami. Bahan-bahan pembelajaran perlu dikemaskini

supaya peraturan baru yang diperkenalkan dapat diketahui.

iii. Audit dan pemeriksaan perlu dijalankan untuk membuat pemeriksaan padakerja-

kerja yang dilakukan.

iv. Setiap kemalangan, near miss, insiden hendaklah di beritahu dan diambil tindakan

semula serta membuat kajian terperinci.

V. Memastikan tata amalan kerja dipatuhi.

vi. Bahagian Keselamatan hendaklah memantau semua pekerja daripada segala

kemungkinan berhadapan dengan kemalangan.

vii. Mengadakan sistem keselamatan bagi memberi latihan keselamatan kepada

pekerja dn majikan.

Page | 26
7.1 Manfaat untuk organisasi

Berdasarkan laporan ini, kita memdapati terdapat bahaya-bahaya dan potensinya serta

kaedah pengawalan dan cadangan. Cadangan yang dipercayai akan memberi manfaat kepada

majikan kerana:

i. Ia boleh meningkatkan motivasi yang tinggi dengan melaksanakan tugas dengan

efisyen.

ii. Dapat meningktkan lagi tenaga mahir dan memperkukuhkan lagi kekuatan majikan.

iii. Dapat memberi pendedahan kepada majikan dan pekerja tentang kepentingan

keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

iv. Mengaktifkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan melalui jawatankuasa

yang telah ditubuhkan dengan mengadakan mesyuarat sekali dalam tiga bulan

tanpa gagal.

v. Menyahut saranan kerajaan dalam mencapai matlamat kearah kemalangan sifar.

vi. Meningkatkan tahap kepercayaan organisasi luar kepada syarikat kita.

8.0 UNDANG-UNDANG YANG TERLIBAT

i. Akta Keselamatan dan Kesihatan 1994 (Akta 514)

ii. Akta Jentera dan Kilang 1967 ( Akta 139)

iii. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 (Akta 127)

Page | 27
9.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, pengenalpastian hazard adalah sangat penting untuk sesebuah organisasi.

Tujuan utama mengenalpasti hazard adalah untuk mengutamakan operasi kerja yang kritikal

yang mana proses tersebut mempunyai risiko kepada keselamatan dan kesihatan para pekerja

serta menekankan hazard yang mungkin hadir daripada mesin dan peralatan, sumber kuasa,

keadaan tempat kerja atau pun aktiviti yang dilaksanakan.

Oleh yang demikian, mana-mana hazard yang dikenalpasti boleh memberi kesan sampingan

kepada para pekerja seharusnya dihapuskan dan langkah kawalan hendaklah diambil untuk

memastikan tahap keselamatan para pekerja berada pada tahap yang baik.

Bagi TG Plant, MCIS Safety Glass Sdn.Bhd. terdapat beberapa hazard yang telah

dikenalpasti. Hazard yang berisiko tinggi termasuklah objek terjatuh, bahagian mesin yang

bergerak, objek tajam, bunyi bising, bahang panas, penggunaan bahan kimia dan juga aktiviti

membaik pulih dan penyelenggaraan. Hazard ini merupakan hazard yang berisiko tinggi dan

memerlukan langkah kawalan yang segera.

Sehubungan dengan itu, cadangan langkah kawalan seperti yang dinyatakan di dalam laporan

haruslah dilaksanakan bagi mengurangkan dan mengawal hazard daripada terdedah kepada

para pekerja.

Page | 28
10.0 RUJUKAN

(DOSH) Department of Occupational Safety and Health (2008). Hazard Identification, Risk
Assessment and Risk (HIRARC). Guideline Hazard Identification, Risk Assessment and
Risk (HIRARC) JKKP DP 127/789/4-47 ISBN 978-983-2014-62-1.

(DOSH) Department of Occupational Safety and Health (2009). Occupational Safety and
Health Act 1994 (Act 514), Regulations and Order. International Law Book Services

(DOE) Department of Environment (2009). Environmental Quality Act 1974 (Act 127),
Regulations, Rules and Orders. International Law Book Services

(DOE) Department of Environment (2009). Environmental Quality (Industrial Effluents)


Regulation 2009.
(DOE) Department of Environment (2009). Environmental Quality (Prescribed Premises)
(Scheduled Wastes Treatment and Disposal Facilities) Regulations 2005

Department of Chemistry and Biochemistry. Research Laboratory Hazard Assessment and


Personal Protective Equipment Use [Online]. Available at:
http://www.chemistry.ucla.edu/file-storage/publicview/pdfs/HazardAssessmentPPE.pdf.
Assessed on: 22nd April 2012

Page | 29
11.0 APPENDIX

i. Objek jatuh, objek tajam, bahagia mesin yang bergerak

Rajah 2: Bahagian mesin yang bergerak


Rajah 1 : Pekerja sedang mengalihkan
cermin

Rajah 3: Manual cutting dan grinding Rajah 4: Cermin pecah. Objek tajam

ii. Bahan kimia berbahaya

Rajah 5: Printing process. Menggunakan Rajah 6: Holder assembly. Menggunakan


paste, ceramic paste, sicasol and spirits Hamatite sealant.

Page | 30
Rajah 7: Soldering process. Menggunakan
solder flux.

iii. Bunyi bising

Rajah 8: Tempering process menghasilkan Rajah 9: Cutting, grinding and drilling


bunyi bising menghasilkan bunyi bising

iv. Heat

Rajah 10: Relau untuk tempering process Rajah 11: Printing process manghasilkan
menggunakan suhu bermula 650 oC hingga haba dan bahang panas
700 oC

Page | 31
v. Bekerja di tempat tinggi

Rajah 12: Membaik pulih dan Rajah 13: Bekerja di tempat tinggi
penyelengaraan mesin.

vi. Hazard elektrik

Rajah 14: Peralatan mesin menggunakan Rajah 15: Wayar elektrik


elektrik sebagai sumber tenaga

Page | 32
vii. gelincir, jatuh

Rajah 16: Keadaaan yang tidak kemas dan Rajah 17: Keadaan tidak kemas
bersepah

viii. Pencahayaan, silau

Rajah 18: Pemeriksaan kualiti Rajah 19: Pemeriksaan kualiti

viiii. Glass pallet yang tidak teratur

Rajah 20: Glass pallet di tengah laluan Rajah 21: Glass pallet yang tidak tersusun

Page | 33

You might also like