You are on page 1of 36

JKR29300-0060-20

BIM:

BRIF
JKR
A 1
BIM : BRIF JABATAN KERJA RAYA (JKR)

Unit Building Information Modelling (BIM)


Bahagian Pengurusan Projek Kompleks
Cawangan Perancangan Aset Bersepadu
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Tingkat 20, Menara PJD
No. 50, Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR

Edisi Pertama

ii
Hak Cipta

Edisi Pertama
ISBN: 978-967-2284-25-3

Pengarah Kanan
Cawangan Perancangan Aset Bersepadu
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Tingkat 28, Menara PJD
No. 50, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur

BIM: BRIF JKR

Hak Cipta © 2020 oleh Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, JKR Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula,
disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, atau dipindah dalam mana-mana cara, baik
dengan cara elektronik, mekanikal, penggambaran semula, perakaman atau sebaliknya, tanpa izin
bertulis daripada Jabatan Kerja Raya Malaysia. JKR Malaysia tidak bertanggungjawab, secara
langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh
atau dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan dengan penggunaan atau pergantungan ke atas
dokumen ini.
PENDAHULUAN

Dokumen ini merupakan sebuah dokumen rujukan utama dalam pelaksanaan BIM di peringkat
organisasi jabatan. Dokumen ini menjelaskan kaedah pelaksanaan BIM secara umum dalam
organisasi JKR dan merupakan rujukan asas kepada warga JKR khususnya dan pemegang taruh
amnya. Penyediaan dokumen ini adalah berasaskan kepada Visi, Misi dan Objektif JKR.

Dokumen ini menerangkan keperluan BIM dan panduan dalam menentukan maklumat dan kaedah
yang diperlukan untuk pelaksanaan projek dan juga pengurusan aset kerajaan mengikut kehendak
dan polisi di peringkat jabatan.

Adalah diharapkan isi kandungan dokumen ini dapat memberi kefahaman, pengetahuan dan
maklumat berguna kepada semua pihak dalam merealisasikan pelaksanaan BIM dengan lebih
terancang serta memberi nilai tambah kepada sistem penyampaian projek.

Penambahbaikan dokumen ini perlu dilaksanakan secara berterusan pada masa akan datang untuk
disesuaikan dengan perkembangan semasa teknologi digital industri pembinaan..

i
PENGHARGAAN

Cawangan Perancangan Aset Bersepadu


Pengarah Kanan Ir. Mohd Rahim bin Kawangit
Pengarah Bahagian Pengurusan Projek Ir. Alfred Sim Seck Puan
Kompleks

Unit Building Information Modelling Ts. Muhammad Khairi bin Sulaiman


Ir. Ahmad Ridzuan bin Abu Bakar
Ar. Mohamad Zaid bin Saad
Ir. Ahmad Syukri bin Bukhari
Ir. Ts. Mohd Faiz bin Shapiai
Zainariah binti Zainal Abidin
Ir. Suhana binti Che Seman
Ir. Abdullah bin Ahmad
Nahziatul Shima binti Ismail
Sr Norafazarul Aini binti Nordin
Noor Asyikin binti Sepiai
Ir. Ts. Zul Amri bin Abu Bakar
Ar. Nurnajdah Fatihah binti Mohd Najib
Ruzaireen binti Kamaruzaman
Muhammad Nazmi bin Mat Na’ain
Noorwidhayu binti Mohd Bakri
Syamil Musaddiq bin Mohd Ashhar
Mohd Zulkifli bin Abdullah
Nur Atira binti Amran
Mohd Nor Afandi bin Ramani
Nur Hafizah binti Abu Harith
Norhasiah Binti Mohd Nor
Mohd Lokman bin Seman
Nur Izzati binti Abdul Halim

ii
FORMAT TEKS

JENIS TEKS CONTOH KETERANGAN

Clean-up Perkataan Bahasa Inggeris yang tidak


Normal Italic
Drafting diterjemahkan ke Bahasa Melayu

System Family
Terma perisian yang digunapakai di dalam
Bold Italic Link
dokumen ini
Level
Rujukan Lampiran, Bab dan Dokumen yang
Bold LAMPIRAN A
terdapat di dalam dokumen ini

iii
Muka Surat ini sengaja dibiarkan kosong

ii
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN ...................................................................................................................................................................... 1
1.1 OBJEKTIF STRATEGIK BIM ....................................................................................................................................... 2
1.2 CABARAN UTAMA PELAKSANAAN BIM ......................................................................................................... 3
2.0 KEPERLUAN PELAKSANAAN BIM ............................................................................................................................ 4
2.1 DOKUMEN RUJUKAN BIM JKR............................................................................................................................. 5
2.2 PERANAN & TANGGUNGJAWAB ....................................................................................................................... 7
2.3 PENGURUSAN DAN PENGELASAN DATA ..................................................................................................... 8
2.4 SEKURITI DATA .............................................................................................................................................................. 9
2.5 KOORDINASI REKABENTUK................................................................................................................................... 9
2.6 PROSES KOLABORASI ..............................................................................................................................................10
2.7 PENGURUSAN PROJEK ............................................................................................................................................10
2.8 KEPERLUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI ...............................................................10
2.9 SYARAT PEMATUHAN ...............................................................................................................................................11
2.10 MAKLUMAT ASET DALAM STRATEGI PENYAMPAIAN PROJEK .................................................... 12
3.0 KEPERLUAN TEKNIKAL .................................................................................................................................................. 12
3.1 PLATFORM PERISIAN BIM ..................................................................................................................................... 12
3.2 FORMAT PERTUKARAN DATA............................................................................................................................. 13
3.3 SISTEM KOORDINAT PROJEK .............................................................................................................................. 13
3.4 KOMPETENSI BIM ....................................................................................................................................................... 13
3.5 BIM DELIVERABLES ....................................................................................................................................................14
4.0 KEPERLUAN MAKLUMAT PROJEK .......................................................................................................................... 16
5.0 LAMPIRAN BIM: BRIF PROJEK JKR ......................................................................................................................... 17

v
Muka Surat ini sengaja dibiarkan kosong

2
1.0 PENGENALAN

BIM merupakan proses penyediaan, penggunaan dan perkongsian model 3D menerusi teknologi digital
yang mengandungi pelbagai informasi di mana ianya dapat digunakan oleh setiap pihak yang terlibat
dalam projek bagi mencapai pelbagai objektif di sepanjang fasa pelaksanaan projek. Pelaksanaan BIM
dijangka akan dapat meningkatkan keberkesanan dan kualiti sistem penyampaian projek dan aset.

Penggunaan BIM melalui model 3D secara amnya dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang
terlibat sebagai pemudahcara dalam proses koordinasi dan kolaborasi semasa peringkat perancangan
sehingga ke peringkat penyenggaraan fasiliti. Ianya dapat meminimumkan konflik dan kesilapan serta
meningkatkan produktiviti jabatan dalam sesebuah projek.

Rajah 1: Pelaksanaan BIM dalam kitar hayat Pengurusan Aset secara menyeluruh

1
Dokumen ini menjelaskan keperluan dan strategi pelaksanaan BIM di JKR bagi semua projek kerajaan
melalui tiga (3) kaedah pelaksanaan projek:

i. Konvesional Dalaman
ii. Konvesional Perunding
iii. Reka dan Bina

Pengurus Program dan Head of Project Team (HOPT) perlu memastikan keperluan BIM diambilkira
sekiranya projek tersebut dilaksanakan secara BIM dan dijadikan sebahagian daripada kontrak.

1.1 OBJEKTIF STRATEGIK BIM

Selaras dengan visi JKR, inisiatif pelaksanaan BIM dapat membantu JKR dalam memberi perkhidmatan
terbaik dan menjadi pusat kecemerlangan menerusi adaptasi teknologi terkini dengan memberi fokus
kepada tiga (3) bidang perkhidmatan utama iaitu:

i. Bidang Pengurusan Projek


ii. Bidang Pengurusan Aset
iii. Bidang Perkhidmatan Kejuruteraan

Selaras dengan misi JKR, inisiatif pelaksanaan BIM dapat membantu JKR dalam mencapai perkara
berikut dengan:

i. Pemiawaian proses dan sistem demi penyampaian produk yang konsisten


ii. Menyediakan pengurusan aset dan projek yang berkesan dan inovatif
iii. Memperkasa kompetensi kejuruteraan sedia ada
iv. Membangunkan modal insan dan kompetensi baru

1.1.1 Visi BIM

Transformasi proses kerja sedia ada bagi meningkatkan produktiviti dan keberkesanan pengurusan
projek kerajaan menerusi teknologi digital pembinaan.

1.1.2 Misi BIM

i. Untuk menyokong inisiatif penggunaan teknologi dalam pelan industri pembinaan


ii. Untuk menambahbaik proses kerja sedia ada dengan mewujudkan pengurusan informasi secara
digital
iii. Untuk mewujudkan piawaian yang konsisten dalam pengurusan projek kerajaan
iv. Untuk membudayakan amalan proses kerja sistematik dalam pelaksanaan projek
v. Untuk memperluaskan amalan terbaik menerusi sesi perkongsian pengetahuan

2
1.1.3 Pelan Strategik BIM JKR

Untuk melancarkan pelaksanaan BIM dalam sistem penyampaian projek JKR, Jawatankuasa Teknikal
BIM JKR ditubuhkan pada tahun 2010 dengan memberi penekanan terhadap empat (4) faktor utama
iaitu libat urus, proses, sumber manusia dan teknologi.

Libat Urus Proses Sumber Manusia Teknologi

- Polisi - Garis Panduan - Program latihan - Perisian


- Inisiatif - Piawaian - Promosi - Komputer
- Pengurusan - Proses kerja - Program pensijilan - Pusat data
Perubahan - Keperluan - Pelaksanaan projek - Rangkaian ICT
- Hala tuju kontraktual - Pakar rujuk
- Pelan Tindakan

Rajah 2 : Faktor Utama Kejayaan Pelaksanaan BIM

Bagi mencapai misi dan visi BIM JKR tersebut, tiga (3) inisiatif telah diperkenalkan dalam Pelan Strategik
JKR 2016-2020 iaitu:

i. 10% projek bangunan RMK-11 bernilai RM50 juta ke atas perlu dilaksana secara BIM
ii. Melahirkan sekurang-kurangnya 60 pegawai yang berkompetensi BIM
iii. Dua (2) kolaborasi BIM di antara JKR dan organisasi luar atau pihak universiti tempatan

1.2 CABARAN UTAMA PELAKSANAAN BIM

Sumber Manusia
• Kompetensi pegawai
• Budaya kerja
• Skop dan beban kerja
• Penempatan pegawai

3
Proses
• Adaptasi proses kerja sedia ada kepada
proses kerja BIM
• Koordinasi & kolaborasi BIM
• Transformasi ke arah industri
pembinaan digital
• Keseragaman piawaian, proses kerja dan
dokumentasi sedia ada

Teknologi
• Kos perisian & perkakasan
• Keupayaan spesifikasi perkakasan yang
bersesuaian
• Kemampuan tahap ICT dan pangkalan
data sedia ada
• Kebolehoperasian antara perisian

2.0 KEPERLUAN PELAKSANAAN BIM

Berikut adalah perkara-perkara penting yang perlu diambil kira dalam pelaksanaan BIM di peringkat
jabatan :

i. Dokumen rujukan BIM JKR


ii. Peranan dan tanggungjawab
iii. Pengurusan dan pengelasan data
iv. Sekuriti
v. Koordinasi rekabentuk
vi. Proses kolaborasi
vii. Pengurusan projek
viii. Keperluan Teknologi Maklumat & Komunikasi
ix. Syarat pematuhan
x. Maklumat aset dalam strategi penyampaian projek

4
2.1 DOKUMEN RUJUKAN BIM JKR

Dokumen rujukan BIM terbahagi kepada dua kategori iaitu operasi dan pengurusan. Berikut adalah
dokumen rujukan yang perlu dipatuhi dan dijadikan panduan dalam pelaksanaan BIM:

2.1.1 Operasi

i. Panduan dan Pematuhan

a) BIM: Garis Panduan JKR

Dokumen ini menjelaskan kaedah pelaksanaan BIM secara asas dalam sesebuah projek JKR.

b) BIM: Piawaian JKR

Dokumen ini menjelaskan syarat dan keperluan yang perlu dipatuhi dalam pembangunan model BIM
bagi sesebuah projek JKR.

c) BIM: Piawaian Komponen JKR

Dokumen ini menjelaskan syarat dan keperluan yang perlu dipatuhi dalam pembangunan komponen
BIM bagi sesebuah projek JKR.

d) BIM: Manual Penggunaan Templat JKR

Dokumen ini merupakan lanjutan daripada pengenalan templat dalam BIM: Piawaian JKR. Dokumen
ini menerangkan kaedah penggunaan Templat BIM JKR yang telah disesuaikan mengikut amalan
terbaik kepada para pegawai JKR dan pihak luar yang terlibat dalam projek secara BIM.

e) BIM: Manual Proses Kerja JKR

Dokumen ini merupakan lanjutan daripada penerangan proses kerja yang terkandung dalam BIM: Garis
Panduan JKR. Dokumen ini menerangkan proses kerja BIM dengan lebih terperinci dalam setiap fasa
pelaksanaan projek.

f) BIM: Kit JKR

Dokumen ini merupakan panduan kepada pegawai JKR yang terlibat dalam pelaksanaan projek secara
BIM. Dokumen ini menerangkan aktiviti BIM yang perlu dilaksanakan bagi setiap kaedah pelaksanaan
projek mengikut aliran kerja Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB).

g) BIM: Konvensyen Penamaan JKR

Dokumen ini merupakan lanjutan daripada pengenalan Konvensyen Penamaan dalam BIM: Piawaian
JKR. Dokumen ini menerangkan panduan dalam menentukan nama fail yang terlibat dalam projek
secara BIM.

h) BIM: Pengurusan Data JKR

Dokumen ini merupakan penerangan penggunaan platform pengurusan data dalam pelaksanaan
projek.

5
ii. Pengurusan Kontrak

a) Penyata Kehendak BIM (BIM: Needs Statement JKR)

Dokumen ini menerangkan keperluan pelaksanaan BIM yang perlu dipatuhi oleh kontraktor dalam
projek reka dan bina seperti penyediaan model, proses koordinasi dan sebagainya.

b) Terma Rujukan BIM (BIM: Terms of Reference JKR)

Dokumen ini menerangkan skop perkhidmatan perunding yang akan dilaksanakan oleh perunding serta
output yang dikehendaki dengan menggunakan kaedah BIM.

2.1.2 Pembangunan

i. Kompetensi

a) BIM: Garis Panduan Pensijilan JKR

Dokumen ini menerangkan panduan, kriteria dan syarat pematuhan program pensijilan BIM JKR
merangkumi BIM Manager, BIM Coordinator dan BIM Modeller.

b) BIM: Modul Latihan JKR

Modul ini mengandungi set nota kursus BIM kategori umum dan mengikut disiplin.

ii. Penyelidikan

a) BIM: Kajian dan Penyelidikan JKR

Terbitan dalam bentuk jurnal, artikel, buku dan sebagainya yang menerangkan hasil kajian dan
penyelidikan potensi penggunaan BIM.

6
2.2 PERANAN & TANGGUNGJAWAB

JABATAN KERJA RAYA (JKR)

Merancang, merekabentuk, melaksana dan memantau projek yang dilaksanakan melalui kaedah BIM
bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut masa, kos dan kualiti yang ditetapkan serta
memenuhi keperluan pelanggan.

Tugas dan tanggungjawab utama bagi setiap pasukan projek yang dipertanggungjawabkan dalam
pelaksanaan BIM:

Head of Project Team (HOPT)

i. Mengurus strategi pelaksanaan serta memastikan ianya mematuhi keperluan dan prosedur yang
ditetapkan
ii. Memberi kefahaman mengenai strategi pelaksanaan kepada Ahli Pasukan Projek
iii. Pemudahcara di antara ahli pasukan projek dan Unit BIM
iv. Mengurus dan memantau pelaksanaan BIM
v. Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pelaksanaan BIM

Head of Design Team (HODT)

i. Mengurus dan melaksana penyediaan model bagi disiplin masing-masing untuk memastikan ianya
mematuhi keperluan prosedur dan piawaian yang ditetapkan
ii. Menyelaras penyediaan model dan memastikan integriti model berterusan sepanjang pelaksanaan
projek
iii. Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah yang berkaitan di peringkat disiplin

Wakil Pegawai Penguasa / Wakil Pengarah Projek (WPP)

i. Mengurus strategi pelaksanaan serta memastikan ianya mematuhi keperluan dan prosedur yang
ditetapkan semasa peringkat pembinaan
ii. Memberi kefahaman mengenai strategi pelaksanaan kepada Ahli Pasukan Projek di tapak bina
iii. Mengurus dan memantau pelaksanaan BIM semasa peringkat pembinaan
iv. Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pelaksanaan BIM semasa
peringkat pembinaan

Pasukan Penyeliaan Projek

i. Mengurus dan melaksana pengemaskinian model bagi disiplin masing-masing untuk memastikan
ianya mematuhi keperluan prosedur dan piawaian yang ditetapkan
ii. Menyelaras penyediaan model dan memastikan integriti model berterusan sepanjang pelaksanaan
projek semasa peringkat pembinaan
iii. Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah yang berkaitan semasa peringkat pembinaan
iv. Pemudahcara di antara ahli pasukan projek dan Unit BIM

7
Pasukan Pengurusan Aset

i. Memastikan keperluan penerimaan & pendaftaran aset mengikut keperluan Sistem Pengurusan
Aset Tak Alih Kerajaan
ii. Memastikan model siap bina mematuhi keperluan dan prosedur yang ditetapkan semasa peringkat
penyerahan
iii. Menyelaras pelaksanaan BIM pada peringkat pengurusan aset dan fasiliti mengambilkira keperluan
pelanggan

Pelanggan

i. Memberi kerjasama dan maklumat yang diperlukan oleh JKR, kontraktor dan perunding dalam
melaksanakan projek secara BIM

Kontraktor

i. Melaksana dan menyiapkan kerja pembinaan melalui kaedah BIM mengikut syarat, spesifikasi,
keperluan, garis panduan dan piawaian BIM yang ditetapkan

Perunding

i. Melaksana dan menyiapkan kerja rekabentuk melalui kaedah BIM mengikut syarat, keperluan,
spesifikasi, garis panduan dan piawaian BIM yang ditetapkan

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

i. Mengoptimumkan penggunaan model BIM dalam proses kelulusan pelan bangunan dan
kebenaran merancang

2.3 PENGURUSAN DAN PENGELASAN DATA

3.3.1 Pengurusan Data

Electronic Content Managements System (eCOMs) dan Network Attached Storage (NAS) merupakan
pusat pengurusan dan penyimpanan data dalam pelaksanaan projek secara BIM. Ianya terbahagi
kepada dua (2) bahagian utama iaitu:

i. Pusat BIM-mengandungi fail-fail seperti Templat BIM JKR, Dokumen Rujukan BIM dan Objek BIM
yang ditempatkan di dalam server utama (eCOMs dan NAS) dengan kebenaran akses yang terhad.

ii. Projek BIM-mengandungi fail-fail berkaitan projek seperti model BIM, lukisan, laporan dan lain-
lain yang ditempatkan di dalam server utama (eCOMs dan NAS) dengan kebenaran akses yang
terhad.

8
3.3.2 Pengurusan Model

Struktur model perlu diurus berdasarkan kompleksiti sesebuah projek dan kapasiti pasukan projek
dalam melaksana projek secara BIM.

Secara asasnya, model dibangunkan secara berasingan seperti berikut:

i. Model Bangunan Utama


ii. Model Bangunan Sokongan
iii. Model Infra

Setiap model tersebut boleh dibahagikan mengikut kesesuaian seperti berikut:

i. Keseluruhan
ii. Zon
iii. Sistem
iv. Aras

3.3.3 Konvensyen Penamaan

Konvensyen Penamaan adalah kaedah penamaan fail digital yang perlu dipatuhi mengikut dokumen
BIM: Konvensyen Penamaan JKR.

2.4 SEKURITI DATA

Kawalan sekuriti data elektronik dalam pelaksanaan projek secara BIM perlu mematuhi undang-undang
dan peraturan seperti berikut:

i. Akta 680 – Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007


ii. Arahan Teknologi Maklumat 2007
iii. Dasar dan Garis Panduan ICT JKR Malaysia

2.5 KOORDINASI REKABENTUK

Koordinasi Rekabentuk (Design Coordination) perlu dijalankan dalam setiap fasa bagi mencapai
matlamat kefungsian sesebuah bangunan yang dibina. Ianya terbahagi kepada dua iaitu:

i. Penyelarasan Rekabentuk (Design Review)


ii. Analisis Pertembungan (Clash Analysis)

9
2.6 PROSES KOLABORASI

Proses kolaborasi yang melibatkan pemindahan maklumat antara dua perisian berbeza perlu
mengambilkira perkara berikut bagi menjamin integriti data dan kebolehoperasian dalam perkongsian
maklumat:

i. Objektif dan kegunaan BIM


ii. Jenis perisian
iii. Format fail
iv. Maklumat yang berkaitan

2.7 PENGURUSAN PROJEK

Pelaksanaan BIM dalam projek hendaklah diurus dan diselaraskan dengan sistem berikut:

i. Sistem Kawal dan Lapor (SKALA)

Sistem Kawal dan Lapor (SKALA) merupakan sistem pendaftaran, pemantauan prestasi dan pelaporan
semua projek yang dilaksanakan oleh JKR Malaysia. Segala maklumat berkaitan projek seperti statistik
bilangan projek secara BIM dan tahap kemajuan pelaksanaan projek tersebut boleh dicapai melalui
sistem ini secara talian.

ii. Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) JKR

Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) adalah integrasi segala komponen bisnes yang merangkumi
pengurusan dan operasi dalam satu sistem yang koheren bagi mencapai tujuan dan misi organisasi
jabatan. Proses kerja BIM telah diselaras dan disesuaikan dengan proses kerja dan aktiviti sedia ada
dalam setiap fasa pelaksanaan projek yang terdapat dalam SPB.

2.8 KEPERLUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Komponen-komponen utama yang perlu diberi perhatian dalam menambahbaik keperluan teknologi
maklumat dan komunikasi dalam pelaksanaan BIM:

i. Perkakasan komputer – Mengambilkira keperluan komputer (Workstation) yang berspesifikasi


tinggi seperti Jadual 1:

10
Jadual 1: Contoh spesifikasi minimum bagi keperluan komputer (Workstation):

Item Keterangan

Workstation Desktop / General


Brand / Model Akan disyorkan oleh kontraktor

Function Workstation dan Local Data Storage

Hardware Specification
Chassis Micro Tower
Multi-Core Intel Xeon or i-Series Processor or AMD dengan
Processor
teknologi SSE2 , minimum 3.20GHz Processor yang setara

Clock Speed Minimum 3.20GHz


Chipset Intel® C216
Cache 8 MB L2
Memory 32GB (4x8GB) 1600MHz DDR3
Slot 4 DIMM slots
Hard Drives 1 TB 3.5 inch Serial SATA (7200 RPM)
Partition Configuration Windows OS (Active), Data, Recovery Image & Boot Manager
Optical Drive 16X DVD+/-RW
Optical Drives 16x DVD+/-RW Drive
Network Integrated Intel 82579 Gigabit LAN (Ethernet)
1. Integrated Intel HD Graphics 2000
Video Card
2. Minimum 4GB NVIDIA
Monitor 22" Wide Screen Monitor

ii. Perisian BIM –Mengambilkira keperluan perisian BIM ditambahbaik dan diselenggara secara teratur
dengan memastikan penggunaan versi perisian yang terkini;
iii. Pusat data – Mengambilkira keperluan ketersediaan pusat data ditambahbaik secara berterusan
bagi melancarkan proses koordinasi dan kolaborasi projek secara BIM; dan
iv. Teknologi Komunikasi Maklumat – Mengambilkira keperluan infrastruktur dinaiktaraf secara
berterusan iaitu dengan meningkatkan keupayaan fasiliti dan teknologi komunikasi digital bagi
melancarkan proses koordinasi dan kolaborasi projek secara BIM

2.9 SYARAT PEMATUHAN

Syarat pematuhan pembangunan model BIM terdapat dalam BIM: Piawaian JKR.

11
2.10 MAKLUMAT ASET DALAM STRATEGI PENYAMPAIAN PROJEK

Maklumat Aset Tak Alih dalam pembangunan model BIM adalah berpandukan kepada dokumen
Pengurusan Aset Kerajaan. Maklumat yang perlu didaftarkan ialah:

i. Daftar Premis Aset


ii. Daftar Aset Komponen

Sistem pengurusan pendaftaran aset alih dan aset tak alih kerajaan bagi semua model bangunan dan
infrastruktur yang telah dibangunkan.

3.0 KEPERLUAN TEKNIKAL

Keperluan teknikal yang perlu ditetapkan dalam pelaksanaan BIM adalah:

i. Platform Perisian BIM


ii. Format Pertukaran Data
iii. Sistem Koordinat Projek
iv. Kompetensi BIM
v. BIM Deliverables

3.1 PLATFORM PERISIAN BIM

Perisian Autodesk merupakan platform pelaksanaan BIM di JKR. Tiga perisian utama yang digunakan
ialah:

i. Revit – Digunakan untuk menghasilkan model bangunan dan model tapak 3D berinformasi dan
dokumentasi lukisan yang mengandungi pelbagai maklumat rekabentuk, kuantiti dan aset
ii. Civil 3D – Digunakan untuk menghasilkan model infrastruktur 3D berinformasi dan dokumentasi
lukisan yang mengandungi pelbagai maklumat rekabentuk, kuantiti dan aset
iii. Navisworks – Digunakan untuk menyelaras dan verifikasi rekabentuk model 3D melalui proses
design review dan clash analysis

Perisian sokongan BIM yang digunakan di JKR adalah seperti berikut:

i. CostX – Digunakan untuk tujuan pengukuran kuantiti dan penyediaan senarai kuantiti
ii. Tekla Structural Designers – Digunakan untuk menganalisis dan merekabentuk struktur bangunan
serta menjana lukisan perincian
iii. Microsoft Project – Digunakan untuk merancang, memantau dan mengawal program kerja
pelaksanaan projek
iv. Infraworks – Digunakan untuk penyediaan reka bentuk konsep sesebuah pembangunan
v. MiTS – Digunakan untuk menganalisis dan merekabentuk kerja infra

12
3.2 FORMAT PERTUKARAN DATA

Format pertukaran data perlu mengambilkira perkara berikut:

i. Faedah, Objektif dan Kegunaan BIM


ii. Pemberi dan Penerima fail
iii. Jenis Model BIM mengikut disiplin
iv. Perisian yang akan digunakan
v. Format fail asal
vi. Pertukaran format fail

Penerangan terperinci mengenai perkara di atas terdapat dalam BIM: Garis Panduan JKR dan ia perlu
dinyatakan dalam BIM Project Execution Plan.

3.3 SISTEM KOORDINAT PROJEK

Sistem Koordinat perlu menggunakan sistem World Coordinate System (WCS) dan User Coordinate
System (UCS).

3.4 KOMPETENSI BIM

Program Kompetensi BIM dilaksanakan melalui Pelan Operasi Latihan (POL), Pusat Kecemerlangan
Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) dan program latihan khas dalam pelaksanaan projek:

i. Pelan Operasi Latihan


ii. Program latihan khas

Melalui program latihan di atas, para pegawai berpeluang mengikuti Program Pensijilan BIM JKR. Para
pegawai diberi pentauliahan berdasarkan pengalaman dan kemahiran/kepakaran tertentu dalam
bidang Building Information Modelling (BIM) serta menepati kriteria dan syarat pensijilan. Sejajar
dengan pemilihan perisian Autodesk sebagai platform pelaksanaan BIM di JKR, program pensijilan ini
akan menggunakan perisian Revit, Civil 3D dan Navisworks sebagai medium program pensijilan.

Program Pensijilan BIM JKR dikategorikan seperti berikut :

i. Program Pensijilan BIM Modeller


ii. Program Pensijilan BIM Coordinator
iii. Program Pensijilan BIM Manager

13
3.4.1 Pelan Operasi Latihan

Kursus–kursus BIM dijalankan melalui Program Operasi Latihan di bawah CREaTE. Kursus yang
dijalankan dalam bentuk teori, aplikasi perisian, proses dan pengurusan ini melibatkan para pegawai
JKR dari kalangan pasukan rekabentuk dan pengurusan projek.

3.4.2 Program Latihan Khas

Program Latihan Khas BIM diberikan kepada para pegawai yang terlibat di peringkat awal pelaksanaan
projek. Di antara bentuk latihan yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

i. Taklimat Pelaksanaan Projek secara BIM


ii. Latihan Perisian BIM
iii. Sesi fasilitasi projek secara BIM

Catatan: Program latihan khas diterangkan dalam BIM: Kit JKR

3.5 BIM DELIVERABLES

BIM Deliverables perlu dihasilkan mengikut objektif BIM yang telah dipersetujui bersama pihak
pelanggan dan pasukan projek semasa peringkat awal pelaksanaan projek. Berikut adalah potensi dan
objektif BIM yang boleh dicapai dalam projek.

Jadual 1: Senarai BIM Deliverables

Objektif BIM Kegunaan BIM Deliverables

Menghasilkan visual keadaan Pemodelan Model Keadaan Tapak


tapak yang lebih jelas Keadaan Asal
Tapak
Mempercepatkan kiraan kuantiti Analisis Tapak Model Kerja Tanah
kerja tanah

Membantu penyediaan dan Anggaran Kos - Laporan Anggaran Kos Awalan


penjanaan PDA / anggaran kos - Maklumat kuantiti bahan
awalan dan terperinci
Mengurus kehendak pelanggan Kajian Model Rekabentuk
melalui visualisasi 3D Rekabentuk Konsep/Awalan/Terperinci

Memudahcara penyediaan Penyediaan - Model Rekabentuk Terperinci


rekabentuk / pindaan rekabentuk Rekabentuk Sivil, Arkitek, Struktur,
Mekanikal dan Elektrik
- Model Koordinasi
Memudahcara kajian rekabentuk / Kajian Model Koordinasi
pindaan rekabentuk Rekabentuk

14
Objektif BIM Kegunaan BIM Deliverables

Mengoptimumkan analisis Analisis Model Analisis Rekabentuk


rekabentuk struktur Kejuruteraan Struktur
(Struktur)
Mengoptimumkan analisis Analisis Model Analisis Rekabentuk
rekabentuk mekanikal Kejuruteraan Mekanikal
(Mekanikal)
Mengoptimumkan analisis Analisis Model Analisis Rekabentuk
rekabentuk elektrik Kejuruteraan Elektrik
(Elektrik)
Mengurangkan percanggahan Koordinasi 3D Laporan koordinasi rekabentuk
rekabentuk
Mempercepatkan penyediaan Penjanaan Dokumentasi lukisan
lukisan secara sistematik Lukisan
Mengesahkan jadual kerja Perancangan Model 4D
kontraktor Jadual Kerja
Membantu pengurusan rekod Rekod Model Model Siap Bina Sivil, Arkitek,
fasiliti Struktur, Mekanikal dan Elektrik
Membantu sistem pengurusan aset Pengurusan Aset Maklumat Aset
yang bersepadu
Membantu menganalisis dan Pengurusan Laporan Maklumat Ruang
mengurus penggunaan ruang /Pemantauan
sedia ada Ruang
Membantu memantau operasi dan Penjadualan Model Keadaan Tapak
penyenggaraan bangunan penyenggaraan Jadual Penyenggaraan Bangunan
bangunan
Membantu dalam mengukur Analisis Sistem Model Analisis Kejuruteraan
perbandingan antara prestasi Bangunan Laporan Analisis Sistem
bangunan dengan reka bentuk Bangunan
yang telah ditentukan
Menyediakan maklumat Perancangan Model Keadaan Tapak
keselamatan bangunan dan Bencana Video Perancangan Bencana
meminimumkan risiko Laporan Perancangan Bencana
keselamatan

HOPT perlu berbincang dengan HODT untuk memuktamadkan BIM Deliverables dan kegunaan BIM
bagi sesebuah projek seperti dalam Jadual 1. Semua perkara di atas perlu dinyatakan dalam BIM: Brif
Projek JKR seperti di lampiran.

15
4.0 KEPERLUAN MAKLUMAT PROJEK
Maklumat yang perlu diambilkira dalam pelaksanaan projek secara BIM adalah seperti berikut:

i. Brif projek
ii. Pelan Ukur
iii. Keperluan brif projek seperti Client Brief Of Requirements (CBOR) atau Medical Brief Of
Requirements (MBOR) dan Technical Brief Of Requirements (TBOR)
iv. Garis Panduan dan Peraturan Bagi Perancangan Bangunan
v. Schedule of Accomodation (SOA)*
vi. Akta/Peraturan/Undang-Undang Pematuhan dan keperluan rekabentuk
vii. Arahan Perbendaharaan/ Surat Pekeliling/Surat Arahan
viii. Spesifikasi Rekabentuk

*jika ada

16
5.0 LAMPIRAN BIM: BRIF PROJEK JKR

BIM: BRIF PROJEK JKR

17
ISI KANDUNGAN

1 PENGENALAN ............................................................................................................................... 2
2 MAKLUMAT PROJEK .................................................................................................................... 3
3 SASARAN PROJEK......................................................................................................................... 4
3.1 SKOP KERJA BIM .............................................................................................................. 4
3.2 OBJEKTIF, KEGUNAAN DAN DELIVERABLES ........................................................ 4
4 KEPERLUAN TEKNIKAL .............................................................................................................. 5
4.1 PLATFORM PERKONGSIAN/ CDE ............................................................................. 5
4.2 PERISIAN ............................................................................................................................. 5
4.3 DATA FORMAT DAN FORMAT EXCHANGE ........................................................ 5
5 KEPERLUAN KHAS PELANGGAN ........................................................................................... 6
6 DOKUMEN PEMATUHAN ......................................................................................................... 7

1
1 PENGENALAN

BRIF PROJEK BIM (BPB) merupakan dokumen yang menerangkan keperluan


dan kehendak pelanggan bagi projek yang dilaksanakan secara BIM. Dokumen
ini menggariskan sasaran, objektif dan peranan pemegang taruh. BPB perlu
dibangunkan semasa fasa perancangan projek bagi memastikan
keberkesanannya. Dokumen ini menerangkan kehendak pelanggan dan perlu
disertakan di dalam Dokumen Tender. BIM Project Execution Plan (BPEP) akan
dibangunkan berpandukan dokumen ini dan akan digunakan sepanjang
perlaksanaan projek.

2
2 MAKLUMAT PROJEK
Nama Projek :
Pelanggan :
Pengurus Program :
Kaedah Perlaksanaan :
Lokasi Projek :

3
3 SASARAN PROJEK
3.1 SKOP KERJA BIM

BIL. SKOP KERJA

i.

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

3.2 OBJEKTIF, KEGUNAAN DAN DELIVERABLES

BIL. OBJEKTIF KEGUNAAN DELIVERABLES

i.

ii.

iii.

iv.

v.

4
4 KEPERLUAN TEKNIKAL

4.1 PLATFORM PERKONGSIAN/ CDE


Platform perkongsian data BIM perlu disediakan sebagai pusat penyimpanan dan
medium perkongsian data BIM. Penyelarasan operasi pusat penyimpanan data
perlu mengambilkira aspek kawalan keselamatan, perkongsian, transmisi,
sekuriti, akses dan aspek keselamatan ICT yang mematuhi ‘Dasar dan Garis
Panduan Keselamatan ICT JKR’ dan ‘Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (ICT) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(KKMM)’. Platform perkongsian data BIM perlu diselenggara bagi memastikan
ianya berfungsi sepanjang tempoh perlaksanaan projek.

4.2 PERISIAN
Perisian BIM yang digunakan dalam projek adalah seperti berikut:

BIL. BIDANG APLIKASI PERISIAN VERSI

i. Penyediaan Model Revit


AutoCad Civil 3D
ii. Penjanaan Lukisan/Dokumen Revit
AutoCad Civil 3D
iii. Analisis Keperluan Ruang Revit
iv. Penyediaan Kuantiti Nyatakan
v. Koordinasi Reka Bentuk Navisworks
vi. Simulasi Pembinaan Navisworks
Jadual 1: Perisian BIM

4.3 DATA FORMAT DAN FORMAT EXCHANGE


* Ambil dari dokumen piawaian BIM JKR

5
5 KEPERLUAN KHAS PELANGGAN
Keperluan pelanggan yang tidak dinyatakan di dalam Dokumen Pematuhan BIM
JKR hendaklah dinyatakan di ruangan ini.

6
6 DOKUMEN PEMATUHAN

BIL. DOKUMEN
i.
ii.
iii.
iv.
v.

7
Unit Building Information Modelling (BIM)
Bahagian Pengurusan Projek Kompleks
Cawangan Perancangan Aset Bersepadu
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Tingkat 20, Menara PJD
No.50, Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR

You might also like