You are on page 1of 5

1.

0 ABSTRAK

Laporan ini disediakan bagi memenuhi keperluan Peperiksaan Pegawai Keselamatan dan
Kesihatan. Tugasan di tempat kerja ini bermula pada 14 Mei 2019 sehingga 31 Mei
2019.Laporan ini adalah kajian untuk mengenalpasti hazard keselamatan dan kesihatan, menilai
risiko dan mencadangkan langkah kawalan untuk Projek pembinaan 50 unit rumah teres di
Taman Mutiara Sg. Karang (TMS) di bawah kendalian syarikat Buildmann Construction Sdn
Bhd. Kajian ini menggunakan instrumen pemerhatian,temubual dan analisis dokumen bagi
mengenalpasti hazard yang terdapat dalam kerja-kerja pembinaan ini . Kaedah yang digunakan
bagi kajian ini ialah kaedah HIRARC yang terdiri daripada Pengenalpastian Hazard, Penaksiran
Risiko, dan Kawalan Risiko.Kaedah HiRARC dilakukan bagi menilai kawalan yang sediada
memadai atau tidak. Proses penilaian risiko hazard dibuat melalui kaedah ‘qualititative’.
Berpandukan kaedah matriks,hazard telah dinilai bagi tujuan mengganggar nilai risiko relatif.
Hasil daripada penilaian tersebut,terdapat dua hazard keselamatan telah dikenalpasti mempunyai
risiko yang tinggi dan memerlukan tindakan segera oleh pihak syarikat .Langkah kawalan
berpandukan hirarki kawalan seperti kaedah penghapusan, penggantian, kawalan kejuruteraan,
kawalan secara pengurusan dan kelengkapan perlindungan diri telah digunakan bagi mengawal
risiko hazard tersebut.Di dalam laporan ini, , aktiviti-aktiviti di peringkat semasa pembinaan
sahaja yang akan dibincangkan kerana pada masa itu, pekerja banyak terdedah kepada hazard-
hazard yang kritikal. Laporan ini merangkumi pengenalan, objektif, kaedah pengenalpastian
hazard, hasil dan perbincangan serta saranan yang perlu diberi perhatian oleh pihak syarikat
Buildmann Construction Sdn Bhd.
2.0 PENGENALAN

2.1 Latar Belakang Projek

Projek ini adalah projek pembinaan rumah teres setingkat sebanyak 50 buah rumah melibatkan 4
blok bangunan .Lokasi projek ini adalah di Taman Mutiara Sg. Karang,Lot 448 Kuantan By-Pass
Jumlah kos pembinaan bangunan tersebut adalah sebanyak RM 9,672,000.00 . Syarikat
Buidmann Construction Sdn Bhd. telah dilantik dan dipertanggungjawabkan sebagai Kontraktor
Utama bagi menyiapkan pembinaan rumah tersebut.

2.2 Latar belakang Syarikat

Buildmann Construction Sdn Bhd merupakan anak syarikat Nilaitek Properties yang telah
ditubuhkan di bandar Kuantan,Pahang. Memulakan operasi pada tahun 2005,syarikat ini
mempunyai kepakaran dalam bidang pembangunan hartanah dan pembinaan dengan kira-kira
300 rumah dan kedai telah berjaya disiapkan sehingga kini. Syarikat ini mempunyai 40 orang
pekerja yang berpengalaman dalam bidang pembinaan .Antara projek yang telah di berjaya
disiapkan adalah di taman Tas,Sungai (Sg) Soi,Balok ,Berserah , Bukit Goh dan Bukit Rangin.
Kini, syarikat ini merupakan antara syarikat pemaju perumahan yang paling aktif di daerah
Kuantan.

Nama Syarikat Buildmann Construction Sdn Bhd

Nombor Pendaftaran Syarikat CA 0094987-D

Alamat Syarikat 164,Jalan Teluk Sisek,25000 Kuantan Pahang

Jenis Perniagaan Pembangunan hartanah dan pembinaan


2.3 Carta Organisasi Syarikat

Mr Jay Teh Tze Jin

Chairman

Mr Choi Kam Yong

General Manager

En Azman Rauf

Secretary /HSE
Rep.

En Fauzi Merzuki Ms Kristy lee Yien Jit Mr Lim Jiun Zyet

Project Department Human Resource Development Department


Department

Ms Angela Ng Rin Ru Ms Hue Hoi Bee

Quantity Survey Department Purchasing Department

Rajah 1 : Carta Organisasi Syarikat Buildmann Construction Sdn Bhd.


2.4 Aktiviti di peringkat Semasa Pembinaan

Di antara kerja-kerja yang dilaksanakan pada peringkat semasa pembinaan perumahan adalah
seperti:

1) Mengikat/menyusun bata
2) Concreting
3) Aktiviti kerja- kerja memasang atap bumbung
4) Lifting material
5) Memasang perencah
6) Working at height
7) Painting
8) Piling

2.5 Persekitaran Kerja

Persekitaran kerja di kawasan kajian berada dalam keadaan baik kerana berada jauh dari
kawasan awam selain terletak di kawasan lapang. Kawasan projek juga telah dipasang adangan
(hoarding) bagi menjamin keselamatan orang awam. Selain itu, kawasan projek ini juga
mempunyai jalan keluar masuk yang mencukupi dan mempunyai kemudahan yang serba
lengkap seperti kediaman pekerja,pejabat,tempat rehat dan lain-lain.Walaubagaimanapun, di
kawasan tapak projek ini, pekerja terdedah dengan persekitaran kerja yang terlampau
panas,cuaca tidak menentu,kerja tempat tinggi ,terdedah kepada bahan tajam dan banyak
lagi.Selain itu,aktiviti ‘housekeeping’ juga dilihat tidak dilakukan dengan baik dan boleh
mendatangkan bahaya kepada pekerja.
2.6 Proses Kerja

Aktiviti kerja yang dipilih adalah kerja-kerja pembinaan tangki septik.Antara aktiviti kerja yang
terlibat adalah concretting ,piling,membina kotak acuan,memasang besi cerucuk,dan kerja-kerja
membengkokkan besi.Penggunaan jentera seperti Concrete mixer,kren dan backhoe digunakan
dalam kerja pembinaan ini.Sebelum menjalankan kerja,pekerja dibekalkan dengan kelengkapan
keselamatan yang sesuai seperti safety helmet,safety shoe,dan safety glove.Aktiviti kerja ini juga
dipantau oleh seorang penyelia bagi memastikan kelancaran projek.

You might also like