You are on page 1of 5

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW

PSKKPS ZON TUNGKU


TAHUN 2017

BORANG PENDAFTARAN PASUKAN

NAMA REGU :

NAMA PENGURUS PASUKAN :


-------------------------------------------------

NO. TELEFON : --------------------------------------------------

YURAN : RM 10.00 (SATU REGU)

BIL NAMA NO. KAD NO. FAIL JABATAN


PENGENALAN

1.

2.

3.

4.

PENGURUS / JURULATIH (JIKA ADA)

1.

2.

UNTUK SEBARANG MAKLUMAT BOLEH HUBUNGI:

EN. ASKAWADAR @ ASKANDAR HINDUSTAN


(011 3160 2171)
URUSETIA
KEJOHANAN SEPAK TAKRAW
PSKPPS ZON TUNGKU
TAHUN 2017

SILA HANTAR BORANG PENYERTAAN PADA/SEBELUM 28 SEPTEMBER 2017


UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERBUKA PUTRAJAYA 2008

1.0 UNDANG-UNDANG

Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut Undang-undang


Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan juga Persekutuan
Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) yang sedang berkuatkuasa
masa kini.

2.0 PERATURAN KEJOHANAN

2.1 Pengenalan

2.1.1 Kejohanan ini dikenali sebagai KEJOHANAN SEPAK


TAKRAW TERBUKA PUTRAJAYA 2008 dianjurkan
oleh Perbadanan Putrajaya.

2.1.2 Keseluruhan pertandingan akan diadili oleh pengadil


bertauliah dari Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM)
yang diketuai oleh seorang Ketua Pengadil.

2.2 Tarikh, Tempat dan Taklimat/Undian

2.2.1 Kejohanan ini akan diadakan pada 5 dan 6hb Julai


2008 (sabtu dan ahad) bertempat di Kompleks
Sukan Taman Pancarona, Presint 18 Putrajaya.

2.2.2 Kejohanan akan dijalankan di gelanggang terbuka


(OPEN COURT).

2.2.3 Taklimat pengurus dan undian akan dijalankan pada


4hb Julai 2008 (jumaat) di Bilik Mesyuarat Dewan
Serbaguna Presint 8, Putrajaya, pada pukul 8.30
malam.

2.2.4 Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak


sekiranya tiada wakil.

2.3 Format Kejohanan

2.3.1 Sistem Kejohanan ini adalah KALAH SINGKIR (Kalah


Mati)
2.4 Hadiah-hadiah

2.4.1 Hadiah-hadiah akan diberi kepada pasukan yang


berjaya menyandang gelaran Johan, Naib Johan,
Tempat ketiga dan Tempat ke empat.

2.4.2 Hadiah wang tunai yang disediakan adalah seperti


berikut:

i) Johan - RM1,500.00 + Medal


ii) Naib Johan - RM1,000.00 + Medal
iii) Ketiga - RM 800.00 + Medal
iv) Keempat - RM 500.00 + Medal

2.5 Syarat-syarat Penyertaan

2.5.1 Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua


warganegara Malaysia sahaja.

2.5.2 Setiap regu hendaklah terdiri daripada seorang


pengurus dan 3 orang pemain serta 1 pemain
simpanan (jika ada).

2.5.3 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu regu


sahaja.

2.5.4 Setiap regu dikenakan yuran penyertaan RM10.00.

2.5.5 Hanya pasukan-pasukan yang MENDAFTAR DAN


MEMBAYAR YURAN PENYERTAAN SEBELUM ATAU
PADA TARIKH TUTUP PENYERTAAN PADA 1hb Julai
2008 (ISNIN) AKAN DITERIMA DAN LAYAK
BERTANDING.

2.5.6 HANYA SEORANG SAHAJA PEMAIN YANG PERNAH


MEWAKILI NEGARA / NEGERI /ATM / PDRM /
MAKSAK BAGI TAHUN 2000 HINGGA KINI YANG
LAYAK DIDAFTARKAN PENYERTAANNYA BAGI
SETIAP REGU. PEMAIN KATEGORI JUNIOR
(REMAJA) DAN JUGA VETERAN (40 TAHUN DAN KE
ATAS) ADALAH TERKECUALI DARIPADA SYARAT
INI.

6.5.7 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana regu


gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan, PIHAK
PENGANJUR BERHAK MEMBATALKAN
PENYERTAAN REGU BERKENAAN DARI MENYERTAI
KEJOHANAN INI.

1.5.8 Keputusan pihak penganjur kejohanan adalah


muktamad.
3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan tempat


perlawanan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur
Kejohanan.

3.2 Semua regu dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di


tempat pertandingan 30 minit sebelum perlawanan
dimulakan.

3.3 Tarikh, masa dan tempat pertandingan yang telah


ditetapkan/dijadualkan sama sekali tidak boleh diminta
tangguh atau diubahsuai oleh pasukan atau regu yang
mengambil bahagian.

3.4 Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau


mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan
kepada regu yang terlibat atau diputuskan dengan serta
merta tanpa diberitahu terlebih dahulu.

3.5 Mana-mana regu yang menarik diri pada pusingan awal akan
dianggap tidak mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

3.6 Pasukan yang gagal berada ditempat permainan selepas 5


minit daripada masa yang telah ditetapkan, akan dikira
terbatal (walkover), dan pasukan tersebut akan terkeluar
daripada pertandingan.

3.7 Borang susunan pemain hendaklah dikemukakan kepada


Ketua Pengadil 15 minit sebelum pertandingan dan apabila
telah disahkan, TIDAK BOLEH DIUBAH dalam keadaan apa
sekali pun.

3.8 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang


Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang
pertandingan ini.

3.9 Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis


dengan menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak RM
400.00 tidak lewat dari 30 minit selepas permainan yang
dibantah itu tamat.

3.10 Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan di bawah


Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pengadilan. Keputusan
jawatankuasa ini adalah muktamad.

3.11 Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh
Jawatankuasa , maka wang cagaran itu akan dikembalikan
dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur
berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut.
3.12 Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur
sekiranya rayuan atau bantahan ditolak oleh Jawatankuasa
Rayuan.

3.13 Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau


ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada
pasukan-pasukan yang akan bertanding.

3.14 Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.

4.0 PERATURAN AM

4.1Sekiranya timbul apa-apa persoalan yang tidak diliputi oleh


undang-undang, syarat penyertaan dan pertandingan atau
mana-mana peraturan, ianya akan diputuskan berasaskan
prinsip-prinsip am dan amalan biasa yang diterima umum.

4.2Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan


Penganjur Kejohanan Sepak Takraw Putrajaya 2008 adalah
muktamad.

4.3Penganjur kejohanan berhak mengubah mana-mana peraturan


am, syarat penyertaan dan syarat pertandingan serta jadual
permainan di saat-saat akhir atas sebab-sebab yang tidak
dapat dielakkan tanpa perlu memberitahu pasukan-pasukan
yang bertanding.

5.0 Borang Penyertaan dan Pembayaran

5.1 Borang penyertaan dan juga proses pembayaran boleh


didapati dan dibuat di Dewan Serbaguna Presint 8, Kompleks
Kejiranan Presint 9 dan 16 ATAU di Unit Sukan dan Rekreasi
Perbadanan Putrajaya.

5.2 Borang penyertaan juga boleh didapati dengan melayari


Website Perbadanan dengan muat turun borang penyertaan.
Sebarang pertanyaan bolehlah terus menghubungi pihak
urusetia pertandingan.

URUSETIA
KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERBUKA PUTRAJAYA 2008
Unit Sukan dan Rekreasi
Jabatan Perkhidmatan Bandar
Perbadanan Putrajaya
62675 PUTRAJAYA
Tel : 03-8887- 7092 / 8887-7547 / 8887-7554 / 8887-7439
Faks : 03-8887 5022
012-2045424 (EN. SUJAIRI), 012-6905327 (EN. YUSOF)
Sujairi@ppj.gov.my

Website: www.ppj.gov.my

You might also like