You are on page 1of 1

Isnin, 31 Julai 2017

Mata Pelajaran Sains


Kelas Tahun 6 ( /11)
Masa 7.30pg - 8.30pg (60 minit)
Tema Sains Bahan
Tajuk Bahan Buangan
Standard Kandungan 9.1
Standard Pembelajaran 9.1.1
Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
i. Mengenal pasti bahan buangan berdasarkan jenis bahan melalui pemerhatian
persekitaran dan pelbagai media seperti:
Kaca
Kertas
Plastik
Logam
Sisa toksik
Sisa makanan
Bahan kumuh
Kemahiran Proses Sains Pemerhatian
Kemahiran Berfikir Menjana dan menghasilkan idea baru.
Sikap Saintifik & Nilai Murni Peka pada persekitaran, Bekerjasama.
Pengetahuan Sedia Ada Pernah melihat tong kitar semula.
Bahan Bantu Mengajar Bilik Sains, Buku Teks.
Aktiviti Pembelajaran dan Orientasi
Pengajaran i. Guru menunjukkan gambar tong kitar semula.
ii. Murid memberikan pendapat masing-masing.
Pencetusan Idea
i. Guru bersoal jawab dengan murid tentang proses kitar semula.
ii. Murid memberikan pendapat masing-masing.
iii. Guru bersoal jawab dengan murid adakah semua bahan boleh dikitar semula?
Penstrukturan Idea
i. Guru meminta murid merujuk buku teks pada muka surat 150.
ii. Guru meminta murid menyatakan bahan buangan berdasarkan jenis bahan iaitu kaca,
kertas, plastik, logam, sisa toksik, sisa makanan dan bahan kumuh dan tinja.
iii. Murid memberikan contoh bahan buangan lain berdasarkan jenis bahan.
Aplikasi Idea
i. Murid menjawab soalan pada buku latihan.
ii. Guru membuat sesi perbincangan.
iii. Guru membimbing murid yang masih belum menguasai isi pelajaran.
Refleksi
i. Guru menyoal murid isi pelajaran yang telah dipelajari pada hari ini.
Refleksi

You might also like