You are on page 1of 28

LAPORAN LAWATAN ILMIAH KE INDAH WATER KONSORTIUM SDN.

BHD
MELAKA (IWK)

Pada 1 Ogos 2013 yang lalu, seramai 21 orang guru pelatih bersama seorang
pensyarah pengiring daripada IPG Kampus Perempuan Melayu telah menyertai
lawatan ilmiah ke Indah Water Konsortium Sdn.Bhd. Lawatan ini diadakan bagi
memenuhi keperluan kursus bagi subjek Sains, Teknologi & Masyarakat (SCE 3114).
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendedahkan guru pelatih mengenai
sistem pembetungan yang moden dan efisien untuk semua rakyat Malaysia demi
memastikan air kumbahan dirawat sebelum disalirkan ke dalam sistem pengairan.

Selain itu, lawatan ke Indah Water juga akan mendedahkan kami dengan
penggunaan teknologi dan kepakaran yang cukup dalam mengendalikan jentera-
jentera dan makmal yang cekap dalam mengawasi sistem kumbahan yang
dijalankan. Tambahan pula, lawatan ini bermatlamat untuk melahirkan guru yang
mempunyai kefahaman tentang proses pemuliharaan air dan tanah khususnya di
negeri Melaka.

Sebelum lawatan bermula, beberapa prosedur penting perlu dilakukan.


Setelah jawatankuasa pelaksana dibentuk, kertas kerja mula dirangka. Pengesahan
daripada pihak pentadbir IPG mengambil masa kira-kira hampir dua minggu. Setelah
kertas kerja mendapat pengesahan secara rasmi, kami mula menghubungi pihak
IWK Konsortium untuk memaklumkan mengenai lawatan kami. Pihak IWK amat
berbesar hati menerima kunjungan ilmiah ini. Kami lebih banyak berhubung dengan
menggunakan kiriman emel kerana lebih mudah dan tidak mengambil masa. Pihak
pengurusan IWK juga sentiasa memberi layanan yang baik jika kami menghubungi
mereka. Setelah mendapat surat daripada IWK, kami meneruskan beberapa
prosedur lain seperti membuat tempahan penggunaan bas dan pesanan barang
daripada stor pusat IPG. Setiap permohonan berjalan lancar dan mendapat
sokongan daripada pihak IPG.
Kami bertolak dari IPG pada jam 8.00 pagi dengan menaiki bas. Kami tiba di
sana pada jam 8.30 pagi dengan disambut mesra pegawai IWK iaitu Puan Azira Binti
Sulong. Setibanya di sana, kami diminta untuk ke dewan mesyuarat untuk
mendengar taklimat keselamatan dan pengenalan tentang Indah Water Konsortium
Sdn.Bhd. Taklimat ini disampaikan oleh En.Johari Bin Mat Jusin yang juga
merupakan seorang pegawai di tempat tersebut. Taklimat keselamatan merupakan
prosedur penting yang perlu disampaikan kepada semua pelawat bagi memastikan
pelawat mengikut langkah keselamatan yang betul sekiranya berlaku kecemasan.

Kemudian, Puan Azira menerangkan serba sedikit maklumat mengenai proses


dan teknologi yang digunakan untuk merawat air kumbahan di pusat tersebut. Puan
Azira menayangkan slaid powerpoint bagi menerangkan cara air dirawat di mana
menggunakan teknologi canggih. Beliau juga menerangkan bahawa Indah Water di
Malaysia merupakan antara syarikat yang berjaya menguruskan sisa kumbahan
dengan baik dan menjadi contoh kepada negara-negara Asia Tenggara lain.
Tambahan pula, menurut Puan Azira, pengurusan pembuangan sludge adalah yang
terbaik berbanding negara Asia Tenggara yang lain. Malaysia telah membuat satu
inovasi iaitu dengan menggunakan sludge tersebut dijadikan sebagai baja organik.
Malah pihak Indah Water Konsortium Melaka juga telah bekerjasama dengan Majlis
Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk membekalkan sludge yang telah
dirawat untuk dijadikan baja bagi pokok hiasan di sekitar bandaraya Melaka.

Selepas taklimat diberikan, kami dibawa melawat ke sekitar kawasan IWK. En


Johari dan Puan Azira menunjukkan beberapa peralatan yang digunakan oleh IWK
dalam proses rawatan air kumbahan. Antara tempat yang kami lawati ialah seperti
Sludge Dewatering, Clarifier, Tanker Sludge Receiving Station, Aeration Tank
Facilities, Sludge Holding Tank (SHT), Polymer Dissolving Tank, Sludge Dewatering
Unit, dan Sludge Cake Storage Yard. Beliau telah menerangkan fungsi setiap satu
peralatan teknologi di situ dan proses yang berlaku.

Kami dibawa melawat ke setiap tempat yang berbeza peralatan dan


pemprosesan. Tempat pertama yang kami lawati adalah tanker sludge receiving
station. Di sini, kami diterangkan tentang fungsi peralatan tersebut. Sludge yang
dikumpul akan disimpan di dalam tangki ini. Apabila sludge tersebut mencapai aras
yang dikehendaki, operasi pemprosesan akan terhenti secara automatik untuk
mengelakkan pemanasan melampau. Kemudian ,tempat kedua yang kami lawati
adalah Aeration Tank Facilities. Di sini, terdapat dua proses yang berlaku iaitu
anoksid dan aerobik. Perbezaan antara tangki anoksid adalah ia mempunyai
pengadun boleh tenggelam. Manakala tangki aerobik mempunyai blower bagi tujuan
proses pengudaraan air.

Seterusnya, kami melawat ke Clarifier. Di sini, proses pengasingan antara sisa


pepejal dan cecair berlaku menggunakan graviti. Sisa kumbahan akan dipindahkan
ke sludge holding tank menggunakan pam di mana operasi ini dikawal oleh mesin
automatik. Tempat terakhir yang kami lawati adalah di pusat pengumpulan sludge
yang akan dijadikan sebagai baja. Longgokan sludge atau baja ini dikumpul di satu
kawasan yang besar dan akan diambil oleh Majlis Bandaraya Melaka. Pihak luar juga
boleh membeli baja tersebut untuk tujuan pembajaan tanaman hiasan dan
sebagainya.

Terdapat dua jenis rawatan loji iaitu mekanikal yang terdiri dari lagun berudara
dan bukan mekanikal yang menggunakan kolam oksida. Kedua-dua kaedah rawatan
aliran efluen ini sangat penting bagi menjamin air yang disalurkan semula ke laut dan
sungai menepati piawaian antarabangsa dan selamat serta bersih daripada
sebarang penyakit jangkitan air seperti taun dan kolera.

Proses rawatan efluen lazimnya melibatkan dua proses iaitu proses primer
dan sekunder. Proses rawatan primer terdiri dari stesen pengepam, sebuah kebuk
dan tangki pemendapan utama manakala proses rawatan sekunder pula melibatkan
efluen yang telah dienapcemar melalui proses pencernaan lapis turas. Kumbahan
yang belum dirawat akan melalui satu tapisan skrin yang diperbuat daripada batang
keluli berukuran 20-40 mm.

Selain berfungsi membuang bahan-bahan ampaian bersaiz besar, ia juga


meyekat aliran masuk sedimen dan bahan kasar yang boleh mengganggu mesin
pengoksidaan. Efluen ini seterusnya akan dimasukkan ke dalam tangki-tangki
pemendapan yang berfungsi secara graviti bagi mengasingkan komponen pepejal
dan cecair.
Rajah 1: Peringkat-peringkat rawatan efluen

Terdapat beberapa jenis tangki yang digunakan oleh IWK semasa proses
pemendapan ini, antaranya ialah tangki septik dan tangki imhof. Tangki septik
mempunyai dua ruang utama di mana bahagian atas ialah pengumpulan sedimen
terampai manakala ruang di bawah merupakan pengumpulan efluen. Enapcemar
yang terkumpul mestilah dibuang pada sela masa yang tertentu antara satu hingga
lima tahun dan pembinaannya mestilah jauh dari sumber atau laluan air.

Diperingkat rawatan sekunder, efluen lazimnya telah diuraikan melalui kaedah


biologi. Melalui proses ini, sekurang-kurangnya 90 peratus sedimen terampai dan
BOD (Bio Oxygen Demand) telah dapat dikurangkan melalui struktur rawatan di
kolam fakultatif, lagun berudara ataupun kolam oksida. Melalui lagun berudara
misalnya, BOD dapat disingkirkan antara dua hingga enam hari. Proses ini
digerakkan melalui pam pengudaraan yang membekalkan udara sempurna kepada
kolam.

Selain itu, rawatan sekunder juga menggunakan kaedah kolam oksida. Kolam
oksida mempunyai dua kolam selari di peringkat pertama dan dua kolam di peringkat
kedua. Pengenapan efluen dan lumpur akan berlaku di tangki pertama dan setelah
beberapa hari ia akan disalurkan ke tangki kedua untuk rawatan melalui pencernaan
biologi sebelum dibuang ke sungai. Terdapat sebahagian lebihan efluen yang masuk
ke pemandat turas di mana efluen akan dimampatkan, dikeringkan dan seterusnya
dibuang ke tempat pelupusan sampah.

Proses menyahbauan dilakukan melalui kaedah penghadaman aerob yang


diudarakan selama 4 hingga 10 hari. Pada masa kini, IWK telahpun menggunakan
aerator cereka bagi mengurangkan kandungan BOD sehingga 95 peratus.

Pada peringkat permulaan Indah Water beroperasi masih ramai yang tidak
tahu apa fungsi sebenar Indah Water tetapi dengan publisiti yang lebih menyeluruh
ramai yang telah mula memahami dan membuka mata mengenai fungsi sebenar
IWK. Tidak dapat dinafikan peranan Indah Water amat penting untuk memastikan
alam sekitar bersih dan tidak tercemar bersesuaian dengan moto IWK sebagai
Syarikat Pembentungan Nasional Anda.

Peranan IWK adalah mengendali dan menguruskan kesemua perkhidmatan


pembentungan negara. Selain itu, IWK juga bertanggungjawab menyelia rangkaian
paip pembentung yang menyambungkan premis-premis terus ke loji rawatan efluen.
IWK juga berperanan mengutip caj dan bayaran untuk setiap perkhidmatan yang
ditawarkan.

Di atas kuasa yang diberikan kepada IWK, maka seharusnya IWK memainkan
peranan yang penting dalam mempertingkatkan pengurusan efluen negara. Ini
termasuklah melibatkan perkhidmatan-perkhidmatan khusus yang disediakan seperti
membaikpulih dan menaikkan taraf loji rawatan efluen yang sedia ada. Tambahan
pula, IWK berperanan dalam menyelia rangkaian paip pembentung dan stesen pam.

Selain itu, IWK juga memainkan peranan dalam membuat penyelenggaraan


loji rawatan efluen. IWK juga berperanan membina loji rawatan efluen yang baru di
kawasan perumahan atau bandar yang tidak mempunyai loji rawatan berpusat.
Malah, IWK menyediakan perkhidmatan pengosongan tangki septik yang berjadual
dari premis-premis yang memerlukan perkhidmatannya dan kerja ini akan dikenakan
caj.

Indah Water Konsortium di Malaysia juga berperanan dalam merawat dan


melupuskan enapcemar bagi memastikan ia mengikuti garis panduan yang
ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perkhidmatan Pembentungan.
Sebagai bakal guru, apa yang diperoleh sepanjang mengendalikan lawatan
ilmiah ini adalah kami dapat mempelajari kemahiran berkomunikasi dengan agensi
luar iaitu Indah Water Konsortium Melaka (IWK) bagi mendapatkan kelulusan
mengadakan lawatan ke tempat mereka. Kami dapat mempelajari bagaimana untuk
berkomunikasi dengan baik dan berkesan bagi memudahkan urusan. Sebagai bakal
guru, kemahiran komunikasi sangat penting di mana guru menjadi tempat rujukan
mendapatkan maklumat bagi murid-murid, ibu bapa dan juga masyarakat setempat.
Tanpa komunikasi yang baik, guru tidak akan dapat menyampaikan sesuatu
maklumat dengan berkesan dan segala urusan akan berjalan dengan tidak lancar.

Melalui lawatan ini juga, kami dapat mempelajari kemahiran pengurusan iaitu
menguruskan satu lawatan ilmiah di mana pengurusan lawatan ini dilakukan secara
berkumpulan yang mempunyai tiga orang ahli sahaja. Ini merupakan pengalaman
pertama kami mengendalikan lawatan ilmiah dengan hanya tiga orang ahli sahaja.
Sebelum ini kami mengendalikan lawatan dalam kumpulan yang besar dan urusan
pembahagian tugas menjadi lebih mudah. Namun, melalui pengurusan lawatan
ilmiah yang hanya melibatkan kami bertiga, skop tugas menjadi lebih besar. Kami
tidak menganggapnya sebagai beban malah menjadikannya sebagai satu cabaran
yang perlu digalas.

Sebagai seorang bakal guru, kami perlu menghadapi tugas menguruskan satu
lawatan ilmiah di sekolah kelak. Jadi, sedikit sebanyak pengalaman menguruskan
lawatan ini menjadi titik tolak kepada kami dalam menjadikannya sebagai
pengalaman baru untuk diaplikasikan di sekolah kelak. Ini kerana di sekolah, mejadi
satu kemestian kepada guru untuk mengendalikan tugas menguruskan satu lawatan
ilmiah contohnya seperti lawatan ke zoo, Petrosains dan juga ke tempat lain.

Selain itu, melalui lawatan ini juga, kami dapat mempelajari semangat
bekerjasama dalam satu pasukan. Walaupun bekerjasama dalam satu pasukan kecil
,namun kami tetap bersatu dan membahagikan tugas dengan sama rata dan
melakukannya bersama-sama. Sebagai seorang bakal guru, pengalaman
bekerjasama dalam satu pasukan amat diperlukan terutamanya ketika berada di
sekolah kelak. Kerjasama yang baik sebagai satu pasukan dengan rakan sekerja
iaitu guru-guru lain akan menjadi faktor kejayaan sesuatu kerja dan segala tugas
akan menjadi lebih mudah.
Melalui lawatan ini, kami dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang
penggunaan teknologi bagi merawat sisa kumbahan. Ilmu ini sangat penting untuk
dikuasai terutamanya bagi bakal guru yang mengambil opsyen Sains seperti kami.
Penguasaan ilmu mengenai teknologi yang canggih dalam menguruskan sisa
kumbahan merupakan satu ilmu tambahan dan perlu dikuasai kerana teknologi ini
dijalankan dalan negara kita sendiri.

Namun begitu, pihak IWK lebih berpendapat lawatan ini lebih sesuai
dijalankan selepas bulan puasa berlalu. Ini kerana sepatutnya pihak IWK ingin
membawa kami ke tempat loji lain dan kami dapat membuat perbandingan dan
perbezaan. Namun, akibat kekangan masa, tempoh lawatan juga hanya setengah
hari, lawatan ke loji lain tidak dijalankan. Untuk mengatasi masalah ini, sepatutnya
kami berbincang dengan pihak IWK untuk menetapkan tarikh sejajar dengan tentatif
program yang mereka sediakan.

Sebagai seorang bakal guru, kami perlu membekalkan ilmu pengetahuan di


dada kerana ilmu Sains tiada batasan dan perlu sentiasa diterokai. Ilmu
pengetahuan ini perlu didedahkan kepada masyarakat terutamanya murid-murid
sekolah kerana merekalah generasi yang akan mencorakkan masa hadapan.
Justeru, pendedahan ilmu pengetahuan Sains seperti ini akan meningkatkan nilai
kualiti seorang guru yang bertindak sebagai agen penyebar maklumat.

Akhir sekali, sebelum meninggalkan IWK, kami telah memberi cenderamata


kepada pihak IWK sebagai tanda terima kasih di atas penerimaan kunjungan kami ke
sana. Kami bertolak pulang ke IPG pada jam 1 tengah hari.

Disediakan Oleh,

.........................................................
(NUR AMIRAH BINTI MOHD ZAIN)
Setiausaha Lawatan,
IPG Kampus Perempuan Melayu,Melaka.
LAMPIRAN GAMBAR

Peserta lawatan berkumpul di garaj bas sebelum bertolak ke IWK Konsortium Sdn. Bhd Sg.
Udang, Melaka.
Bacaan doa diketua oleh Saudari Nur Azira Farhana

Peserta lawatan meninjau sekitar pejabat IWK Konsortium setelah tiba di sana
Jurutera operasi, Puan Siti Nurazira memberikan taklimat kepada peserta mengenai proses
operasi IWK Konsortium Sdn. Bhd
Peserta lawatan mendengar penerangan taklimat yang diberikan.
En. Johari memberikan taklimat keselamatan kepada kami.

Bahan sludge yang berbeza kepekatannya.


Peserta lawatan mencuba beberapa kelengkapan keselamatan yang digunakan oleh pekerja
IWK Konsortium semasa menjalankan operasi.
Bersedia untuk memulakan sesi lawatan field trip ke kawasan loji operasi IWK.
Pensyarah pengiring, Puan Fatimah bt Yusof turut serta ketika lawatan ke loji IWK
Konsortium.

Sampah sarap yang ditemui di Sludge Receiving Station


Sisa kumbahan yang belum dirawat.
Sludge Cake Storage tempat pengumpulan sisa pepejal. Tidak mempunyai bau yang
kurang menyenangkan.
Bahan kimia yang digunakan untuk merawat sisa kumbahan
Sludge Dewatering Unit
Motor Control Centre Room. Segala operasi dikawal menggunakan sistem komputer
Aeration Tank Facility
Blower Room yang mempunyai cirri dinding yang unik untuk tujuan operasi
Aeration Tank digunakan untuk menyisihkan bendasing di dalam air sebelum dirawat
sepenuhnya
Hasil sludge yang digunakan untuk tujuan pertaniah. Digunakan sebagai baja.
Sesi field trip ke tapak loji selesai
Penyampaian cenderahati daripada IPGKPM kepada IWK Konsortium
Sesi bergambar kenangan
Ahli kumpulan yang bertanggungjawab menguruskan lawatan ke IWK Konsortium.

You might also like