You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KEPONG,

JKR 2927, KG. TUI.


84030 BUKIT KEPONG,
MUAR.
JBA 5013 '& FAX : 06-
9710859

Rujukan kami: JBA 5013/05/10/004


Tarikh: 28 November 2017
Kepada,

PENGURUS
GOLDEN LAKE HOTEL
NO 3975 & 3976, SUSUR 1
JALAN SYED ABDUL KADIR
85000 SEGAMAT

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN IKHLAS KARPET HOTEL TERPAKAI UNTUK PROJEK


TANAMAN CILI PERTIGASI DI SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KEPONG, MUAR

Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa kelab Inovasi Sk Bukit Kepong telah menjalankan projek
tanaman cili pertigasi di kawasan sekolah berkeluasan 90 x 20 meter persegi.

3. Tujuan pihak kami memohon sumbangan karpet terpakai ini adalah untuk dijadikan alas
supaya rumput tidak tumbuh di kawasan pokok cili kerana sebelum ini kami menggunakan alas
plastik sebagai alas mudah koyak, tidak tahan lama dan licin ketika ada air. Jika kami
menggunakan karpet terpakai ianya lebih tahan lama dan tidak licin demi menjaga keselamatan
murid-murid yang menyertai projek ini.

4. Di sini juga disertakan beberapa keping gambar sekitar kawasan penanaman cili untuk
makluman pihak tuan.

5. Sehubungan itu pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas perhatian dan
sumbangan pihak tuan dan berharap permohonan kami diterima. Segala maklum balas
daripada pihak tuan boleh berhubung dengan saya,En. Zulhairi bin Masri, no tel 0127489508.

Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah, DI SAHKAN OLEH :

.........................................................
( ZULHAIRI BIN MASRI )
PENYELARAS KELAB INOVASI
SK BUKIT KEPONG, MUAR
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KEPONG,
JKR 2927, KG. TUI.
84030 BUKIT KEPONG,
MUAR.
JBA 5013 '& FAX : 06-
9710859

You might also like