You are on page 1of 7

Profile Biodata Habib Mohammed bin Saleh Al-Attas

Nama beliau ialah Habib Muhammed bin Saleh al-Attas. Beliau merupakan salah
seorang di kalangan ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah bermazhab Syafie dari
Hadramout yang sering kali mengunjungi Malaysia di dalam usaha dakwahnya.

Di antara guru-guru beliau ialah yang tidak asing lagi Habib Umar bin Mohd bin
Salim Bin Hafidz, mudir pusat pengajian Dar Al-Mustofa, Tareem, Hadramout
Yaman, Habib Muhammad bin Abdullah AlHaddar dan Habib Ali bin
Muhammad Al-Attas (mufti Huraidah, Hadramout Yaman).

Sebagai seorang mudir Rubath Al Fath, di Huraidhah, Hadhramaut, Yaman,


beliau mempunyai lebih daripada 50 orang pelajar yang terdiri dari pelbagai
negara termasuk Indonesia dan Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak.

Kehadiran Habib Muhammed di Sarawak tidak asing berikutan beliau telah


menziarahi Sarawak beberapa kali sejak tahun 90 an di dalam kerangka
dakwah beliau demi menyampaikan dakwah di bumi Sarawak Darul Hana ini.
Kali terakhir beliau menziarahi Sarawak adalah pada bulan April 2017 yang lalu.

Semoga kehadiran beliau menjadi asbab kepada rahmat dan hidayah buat
masyarakat di tanah Sarawak ini. InsyaAllah…
Di antara jadual kuliah-kuliah beliau ketika Rehlah Dakwah di Kuching Sarawak
pada tahun 2016 yang lalu
Sekitar Majlis Pengkhataman Kitab Syamail Muhammadiah (Imam At Tirmidzi)di
Majlis Ta`alim al-Muhtadin YADIM pada bulan Mei 2016 di Dewan Syarahan
YADIM Zon Sarawak yang dihadiri oleh Yang Dipertua YADIM iaitu Dr. Yusri bin
Mohamad dan Dr. Abdul Rahman Mahmood Pensyarah Usuluddin UKM.
Di antara jadual kuliah-kuliah beliau ketika Rehlah Dakwah di Semenanjung
pada tahun 2016
# Jadual pergerakan Ziarah dakwah Habib Muhammed bin Saleh Al-Attas akan
di hantar dalam masa terdekat setelah diputuskan.

(Tarikh rehlah dakwah ialah pada 24 hingga 30 November 2017 di Miri dan
Kuching).

Salinan Pasport :
Passport beliau yang telah diperbaharui tempohnya sehingga 2 November
2018.

You might also like