You are on page 1of 2

SPI BIL.

3 / 1999 DAN PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (KURIKULUM KEBANGSAAN)


1997 DI BAWAH SEKSYEN 18 AKTA 550

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Perancangan dan Persediaan Mengajar

1. Pengertian konsep pengajaran


Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil
daripada pengajaran berlakulah peubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan
hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan
pengubahansuaian yang berlaku terhadap anak dididik.

2. Keperluan perancangan pengajaran dan pembelajaranPerancangan perlu dilakukan untuk

• memenuhi masa yang diperuntukan


• menepati kehendak objektif/matlamat
• berkesan sepanjang waktu pengajaran
• menarik perhatian dan tidak membosankan

3. Objektif pengajaran
Objektif boleh dalam bentuk:
 Objektif implisit
-melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti :
a) memahami
b) atau mengetahui
c) atau menghargai sesuatu yang telah diajar

 Objektif eksplisit
- melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti :
a) menyenaraikan
b) atau menjelaskan
c) atau memberikan contoh
d) atau menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan

4. Buku rekod mengajar

Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil 3/1999. Buku rekod
mengajar wajib mengandungi dua perkara penting :

 Rancangan Pelajaran Tahunan


-Rancangan berdasarkan taqwim minggu persekolahan. Mengandungi isi ringkas rancangan
penjaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan.
-Butiran yang perlu ada ialah :
a)Mata pelajaran
b)Tingkatan
c)Minggu
d)Tajuk/isi
e)Objektif
f)Kemahiran
g)Nilai dan
h)bahan bantuan mengajar

 Rancangan Pelajaran Harian

-Rancangan berdasarkan rancangan Tahunan


-Butiran yang perlu ada ialah :
a) Hari dan tarikh
b) Mata pelajaran dan tingkatan
c) Masa
d) Tajuk dan Objektif/kemahiran yang ingin dicapai
e) Aktiviti yang dijalankan dan Impak/Refleksi

Buku rekod pengajaran (BRP) menjadi rujukan dan dokumen penting bagi pihak:
• sekolah
• PPD
• JPN
• dan jemaah nazir sekolah

Ia adalah milik sekolah dan mesti dikembalikan dan disimpan oleh pihak sekolah sebelum cuti
sekolah akhir tahun bermula. Ia juga digunakan sebagai sasaran kerja tahunan untuk menilai
prestasi kerja tahunan guru.

Rekod P&P boleh juga disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan
teknologi semasa. Rekod P&P dan bahan-bahan lain berkaitan dengan penyediaan rancangan
pelajaran tahunan perlu dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang
diberi kuasa.

Rekod P&P boleh disimpan dalam bentuk data komputer


Kegagalan menyediakan BRP merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan, sesorang
itu boleh didenda tidak kurang daripada RM500 - berdasarkan Peraturan 11(b), Peraturan-peraturan
Pendidikan (Kurikulum kebangsaan) 1997 (P.U.A.531)

You might also like