You are on page 1of 24

A BAC Education Company

SPM SEMINAR
2017
#edunationmalaysia #spmseminar2017

JULY & AUGUST

PERDAGANGAN
MORE VIDEOS HERE:
Tingkatan 4 Tingkatan 5 E-book
Seminar 1 Perdagangan

Maksud Keperluan & kehendak

Perbezaan antara keperluan dan kehendak

Keperluan kehendak
- perlu untuk hidup - tidak perlu untuk hidup
- cth : tempat tinggal, kesihatan - merupakan pelengkap untuk
dan kemudahan asas hidup
- tanpanya, sukar bagi manusia - manusia boleh meneruskan
untuk hidup hidup tanpanya
- ada batasan - tiada batasan
- sama untuk semua orang - tidak sama untuk semua orang

Hieraki Maslow

- Keperluan manusia telah dibahagikan oleh Maslow kepada 3 bentuk keperluan:


o Keperluan Rohani
o Keperluan Sosial
o Keperluan Fisiologi

Keperluan keperluan yang paling asas yang meliputi 2 keperluan


Fisiologi 1. Keperluan Asas – makanan pakaian dan tempat tinggal
2. Keperluan Keselamatan – perlindungan dan kesihatan

Keperluan - Keperluan Kasih Sayang – persahabatan, keluarga


Sosial - Keperluan Penghargaan – pujian dan sanjungan

Keperluan keperluan pada tahap paling tinggi – minat, capai cita-cita, ibadat,
Rohani Juga dipanggil sempurna kendiri

Maksud pengeluaran dan nyatakan jenis nilai faedah yang dicipta melalui
pengeluaran.
- Aktiviti atau proses untuk menghasilkan barang atau perkhidmatan yang
dapat memuaskan kehendak manusia ataupun proses penciptaan nilai
faedah.
- Terdiri daripada pengeluaran langsung dan tidak langsung

Pengeluaran langsung Pengeluaran tidak langsung


ü hasilkan sendiri untuk guna ü ada pengkususan kerja
sendiri ü Hasilkan barangan bagi orang lain
ü tiada pengkhususan kerja ü Guna mesin dalam pergeluaran
ü Guna tenaga sendiri ü Jum keluaran secara besar-besaran

1
Seminar 1 Perdagangan

Terdapat 4 jenis nilai faedah

1. nilai faedah bentuk – mengubah bentuk sesuautu keluaran supaya


menjadi lebih berguna
2. nilai faedah tempat – memindahkan barang ke tempat yang mempunyai
permintaan
3. nilai faedah masa – menyimpan barang sehingga barang itu diperlukan
4. nilai faedah milikan – pertukaran milik daripada seorang yang tidak
memerlukan barang itu kepada orang lain

Cabang Pengeluaran
-Terdiri daripada 3 cabang:
a. Perusahaan (Ekstraktif, Perkilangan, Pembinaan)
b. Perdagangan
c. Khidmat Langsung

Faktor Pengeluaran
Ø Tanah – merupakan bahan mentah ataupun galian atau hasil hutan yang
digunakan dalam proses pengeluaran
Ø Buruh – merupakan usaha manusia secara fizikal dan juga mental, terdiri
daripada
Buruh mahir, separa mahir dan tidak mahir
Ø Usahawan – merupakan pengusaha yang menggabungjalinkan faktor
pengeluaran
Ø Modal – merupakan harta benda ataupun sumber kewangan yang
digunakan dalam proses pengeluaran

Nyatakan perbezaan antara peniaga dengan Uasahawan

Peniaga Usahawan

- Skop aktivitinya lebih rendah - Skop aktivitinya luas


iaitu menjual dan membeli - Mengutamakan sumbangan dan
- Mengutamakan keuntungan bakti kepada Negara dan
kerana untung merupakan masyarakat
matlamatnya - Skala operasinya berpotensi
- Skala operasinya kecil dan untuk berkembang maju
kaedah pengurusannya static

Jelaskan peranan Usahawan kepada Negara


- mewujudkan peluang pekerjaan
- memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
- penemuan dan ciptaan baru
- menyumbang terhadap pembangunan Negara
- meningkatkan taraf hidup

2
Seminar 1 Perdagangan

Pengkhususan
Ø melakukan pekerjaan atau aktiviti ekonomi tertentu secara khusus atau
penumpuan masa dan tenaga oleh seorang individu ke dalam satu pekerjaan
mengikut kecenderungan, bakat dan kebolehannya ataupun penumpuan
masa dan tenaga ke dalam suatu bidang tertentu
Ø samada mengikut profesion, proses kerja atau mengikut kawasan dan
Negara

Jenis Pengkhususan Keterangan & Contoh


Pengkhususan Kerja berdasarkan pengetahuan ataupun kemahiran
mengikut profesion seperti Guru
Pengkhususan Pengeluaran dibahagi kepada beberapa proses seperti
mengikut proses pembahagian kerja dalam kilang seperti pasang pintu,
pasang kusyen kereta da juga sembur cat.
Pengkhususan Perbezaan jenis pengeluaran mengikut kawasan dalam
mengikut kawasan negara
Cth: Pontian – penanaman Nanas, Kedah – penanaman
padi
Pengkhususan Perbezaan pengeluaran antara negara
antarabangsa Cth: Brunei- minyak, Jepun – barang elektronik

Kelebihan pengkususan
ü Meningkatkan pengeluaran
ü Menggalakkan pengeluaran besar-besaran/menikmati ekonomi bidangan
ü Mengurangkan kos buruh dan kos seunit barang
ü Jimat masa dan tenaga kerana guna mesin
ü Meningkatkan kemahiran kerana boleh menumpu pada bidang yang ada
kebolehan
ü Meningkatkan peluang pekerjaan

Kekurangan Pengkhususan
ü Pekerja mudah bosan
ü Hanya mahir dalam satu proses pengeluaran
ü Tidak kreatif
ü Susah berpindah ke pekerjaan lain
ü Saling bergantungan satu proses dengan yang lain
ü Boleh tergendala jika satu proses terhenti
ü Penggangguran naik kerana banyak guna mesin

3
Seminar 1 Perdagangan

Sistem Barter
- Urusan menukar barang tanpa guna wang
- Masalah sistem Barter:
a. masalah kehendak serentak
b. masalah bahagi barang kepada unit kecil
c. masalah tentukan kadar pertukaran
d. masalah barang tidak tahan lama
e. masalah pengangkutan

Apakah maksud perdagangan, perniagaan dan jelaskan bagaimana


bantuan perniagaan dapat membantu melicinkan perniagaan?

Perdagangan
- merangkumi semua aktiviti mengagihkan barang keluaran daripada
pengeluar asal kepada pengguna terakhir pada masa, tempat , harga dan
kuantiti yang dikehendaki oleh pengguna

Perniagaan
- aktiviti jual beli yang bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan

Bantuan perniagaan
- perbankan – membantu dengan cara memberi pinjaman, overdraf,
mendiskaunkan bil, menyediakan akaun simpanan, akaun semasa, memberi
nasihat, bertindak sebagai perujuk dan pemegang amanah
- Insurans melindungi peniaga daripada pelbagai risiko dan membolehkan
peniaga memberi tumpuan penuh terhadap perniagaan
- Pergudangan – menyimpan barang, menyelaraskan bekalan dan permintaan,
menstabilkan harga
- Komunikasi – penyampaian maklumat sama ada secara lisan atau bertulis
- Promosi – membantu peniaga memperkenalkan barang keluaran di pasaran
serta meningkatkan jualan

Perniagaan Runcit
- Aktiviti menjual barang kepada pengguna akhir dalam kuantiti yang kecil
mengikut keperluan pengguna.
- Terdiri daripada
a. peruncit Kecil-kecilan (berkedai / tanpa kedai)
b. Peruncit besar-besaran (pasaraya, gedung aneka jabatan, kedai sejaras)
Peruncit kecil-kecilan Peruncit Besar-besaran
- Modal kecil - Modal besar
- Mudah dibentuk - Sukar dibentuk
- Mudah diuruskan - Sukar diuruskan
- Lokasi dekat dengan rumah - Lokasi di Bandar
pelanggan - Sistem layan diri
- Layanan peribadi
- Perkhidmatan kredit kepada
pelanggan

4
Seminar 1 Perdagangan

Bentuk Lain Peruncitan


Ø Mesin peruncitan Automatik
Ø Pesanan Mel
Ø Franvais
Ø Jualan langsung/ Terus
Ø E-dagang
Ø Kedai Katalog
Ø Tv Interaktif

Jelaskan perbezaan antara perniagaan Borong dan perniagaan Runcit.

Perniagaan Borong
- memerlukan modal yang besar kerana terpaksa membeli secara pukal
- terletak di pinggir Bandar untuk menjimatkan kos sewa
- menanggung kos iklan yang tinggi
- menyediakan gudang dan menanggung kos pergudangan
- tidak mementingkan perhiasan premis
- tidak perlu menyediakan kemudahan beli-belah yang selesa

Perniagaan Runcit
- memerlukan modal yang kecil
- terletak berhampiran dengan rumah pelanggan
- tidak menanggung kos iklan yang tinggi
- tidak perlu gudang dan tidak menanggung kos pergudangan
- perhiasan penting terutamanya perniagaan runcit secara besar-besaran
- perlu menyediakan pelbagai kemudahan untuk menjamin keselesaan
pelanggan

Jelaskan persamaan antara perniagaan Borong dan perniagaan Runcit.

- membeli barang berdasar kehendakan pengguna bagi tujuan untuk dijual


semula untuk mendapatkan keuntungan
- untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
- dapat melakukan kegiatan memecah pukal seperti menggred membungkus
dan sebagainya

5
Seminar 1 Perdagangan

Faktor Pemilihan saluran Agihan


a. Jenis barang – barangan yang cepat rosak- yang ringkas spt ikan
b. Sasaran pasaran – tentukan siapa pembeli
c. Liputan pasaran – kecil – saluran ringkas
d. Keupayaan pengeluar
e. Kos pengangkutan

Fungsi peruncit dalam Saluran Agihan


a. Jual pelbagai jenis barangan
b. Memecah pukal
c. Kemudahan kredit
d. Perkhidmatan selepas jualan
e. Berhampiran dengan rumah pelangga
f. Melakukan kerja-kerja akhir

Pemborong
Jenis pemborong
- 2 jenis iaitu:
a) Pemborong Saudagar
b) Ejen
Pemborong Saudagar Ejen
Ø Pemborong Berfungsi Penuh – Ejen pengeluar
Pemborong Am, Pemborong Ø Ejen Penjual
Khusus, Pemborong Satu barisan Ø broker
Ø Pemborong Berfungsi Terhad
- Pesanan mel
- Pesanan Berwakil
- Perkhidmatan Pengakutan
- Bayar dan Bawa
- Jober Para

Fungsi Pemborong
Fungsi Pemborong kepada pengeluar
- Luaskan pasaran
- Mengurangkan kos pengangkutan
- Membeli secara pukal daripada pengeluar
- Mengurangkan kos pergudangan

Fungsi Pemborong kepada peruncit


- Membekalkan pelbagai jenis barang
- Memberi kredit
- Hantar barang kepada peruncit
- Sediakan perkidmatan gudang dan pengangkutan
- Simpan stok yang mencukupi

6
Seminar 1 Perdagangan

Bagaimana fungsi pemborong diambilalih?


v kemunculan peruncit besar-besaran - mempunyai gudang sendiri
v kemunculan perniagaan jualan langsung- pesanan mel, mesin peruncitan
v penubuhan kedai sejaras - rangkaian kedai sendiri untuk pasarkan produk
v tempahan khas – dibuat mengikut pilihan pelangan
v perlantikan ejen pengeluar – sendiri memasarkan barangan
v peranan kerajaan – penubuhan lembaga pemasaran seperti FAMA

Dokumen-dokumen perniagaan dalam negeri


Sebelum urus niaga Semasa urus niaga Selepas urusniaga
- surat Tanya - borang pesanan - Penyata akaun
- surat jawapan - nota maklumat - Resit
- sebut harga - nota serahan
- senarai harga - nota kiriman – guna
- katalog syarikat pengakutan
- invois proforma
- invois (nota yang
menyatakan jumlah
hutang)
- nota kredit- hutang
penghutang dikurangkan
- nota debit – hutang
penghutang bertambah

Kaedah Bayaran
1. Jualan Tunai
- Bayar terus tanpa berhutang
- Tiada masalah hutang lapuk
- Pembeli dapat membeli dengan harga yang lebih murah

2. Jualan Kredit
a. Sewa beli –bayar wang pendahuluan dan bakinya secara ansuran-dikenakan
faedah yang tinggi, barang tidak dapat ditarik balik, cth: kereta
b. Bayaran Tertunda – bayar ansuran petama , barang menjadi hakmilik kita,
tidak boleh tarik barang tetapi penjual boleh membawa ke mahkamah

3. Jualan Prabayar
- Bayar dulu guna kemudian

4. Jualan konsainan
- Perjanjian antara konsainor dengan konsaini
- Barangan ditumpangkan di kedai konsaini
- Bayar komisen kepada konsaini

7
Seminar 1 Perdagangan

Faktor Pemilihan Kaedah Jualan


- Jenis barang
- Aliran tunai
- Persaingan
- Kemampuan pembeli
- Saiz pasaran
- Kemudahan pembayaran

Diskaun
a. Diskaun Niaga
Ø Potongan pada harga mengikut kuantiti yang dibeli
Ø Bagi menggalakkan belian secara banyak ataupun pukal

b. Diskaun Tunai
Ø Potongan mengikut hari hutang dibayar
Ø Semakin cepat semakin tinggi potongan
Ø Bagi menggalakkan penghutang membayar dengan cepat

Jelaskan keadaan-keadaan yang boleh membawa kepada kewujudan


perniagaan antarabangsa?
- perbezaan sumber alam semula jadi
- tingkat teknologi dan kemahiran yang berbeza
- perbezaan kos pengeluaran
- hubungan antarabangsa

Jelaskan perbezaan antara perniagaan dalam negeri dengan perniagaan


antarabangsa

Perniagaan Dalam Negeri


- kegiatan jual beli yang dijalankan antara penduduk dengan penduduk di
dalam sempadan
- tiada masalah bahasa
- tiada masalah pertukaran mata wang kerana mata wang yang sama
- sistem sukatan, ukuran dan timbangan yang sama
- tiada sekatan dan prosedur yang rumit
- tidak perlu tertakluk kepada perundangan, peraturan
- bayaran bentuk cek, tunai, draf bank dan cara pembayaran yang mudah
- dokumen lebih mudah

8
Seminar 1 Perdagangan

Perniagaan Antarabangsa
- kegiatan jual beli yang dijalankan antara penduduk sebuah Negara dengan
Negara lain
- masalah bahasa
- masalah pertukaran mata wang asing
- masalah timbangan , sukatan dan ukuran
- menghadapi sekatan dan prosedur perniagaan yang rumit
- masalah syarat dan perundangan import dan eksport
- kerumitan pembayaran kerana bil perintah bayar , kredit berdokumen
- dokumentasi yang rumit

Jelaskan persamaan antara perniagaan dalam negeri dan Antarabangsa.

Jelaskan dokumen yang terlibat dalam perniagaan antarabangsa.


Dokumen perniagaan
- inden – pesanan bertulis yang dikirim oleh pengimport kepada
pengeksport sama ada inden terbuka ( mana-mana pengeluar) dan inden
tertutup ( pengeluar telah ditetapkan)
- Invois eksport – surat yang menyatakan jumlah hutang yang perlu dibayar
- Invois konsular - kebenaran yang diberikan untuk membawa masuk
barangan dari luar negara
- Sijil asal usul - nama Negara asal barangan persebut

Dokumen pengangkutan
- bil muatan – oleh pengeksport kepada pengimport, tiket untuk memuatkan
barang dalam kapal, boleh dicagarkan, dokumen hakmilik
- bil udara – apabila diangkut oleh kapal terbang dan dihantar oleh sykt
penerbangan kepada pengirim, tidak boleh dicagarkan, bukan hakmilik
- Nota perkapalan - dihantar oleh sykt perkapalan kepada lembaga
pelabuhan dan meminta untuk memuatkan barang ke dalam kapal

Dokumen insurans
- polisi insurans – jaminan ganti rugi oleh syarikat insurans

Dokumen kastam
- Borang perakuan kastam – bukti bayaran cukai

9
Seminar 1 Perdagangan

Dokumen pembayaran
- bil perintah bayar – pemiutang kepada penghutang, boleh dicagarkan,
boleh didskaunkan
- kredit berdokumen – Jaminan bank pengimport untuk membayar
- surat cagaran – kuasa kepada bank untuk menjual barang eksport
sekiranya pengimport tidak menuntut barang

Halangan dalam Perniagaan Antara bangsa


Ø Prosuder kastam & sekatan yang rumit
Ø risiko yang tinggi
Ø Dokumentasi yang rumit
Ø Matawang yang berbeza
Ø bahasa yang berbeza
Ø cara bayaran yang berbeza
Ø keadaan politik

Cara mengatasi masalah Perniagaan Antarabangsa


- Keluarkan barangan yang berkualiti
- Beli insurans bagi mendapatkan gantirugi
- Jalin kerjasama perniagaan dengan peniaga Negara lain
- R & D, promosi melalui MATRADE

Prosedur Eksport
Ø Terima inden
Ø tempah ruangan dalam kapal
Ø hantar barang ke pelabuhan
Ø selesaikan urusan dengan kastam
Ø muatkan barang dalam kapal
Ø tuntut bayaran daripada pengimport

Prosedur Import

10
Seminar 1 Perdagangan

Industri Kecil dan Sederhana

Maksud
- Modal berbayar tidak melebihi 2.5 juta
- Jualan tahunan tidak melebihi 25 juta
- Tidak lebih daripada 150 pekerja
Ciri- ciri
Ø Modal Terhad – pinjaman kelurga dan sahabat
Ø organisasi mudah
Ø lokasi – merata tempat di Bandar ataupun luar Bandar
Ø pekerja – terdiri daripada pekerja yang tidak begitu mahir, sambilan dan
ahli keluarga
Ø teknologi – rendah dan berintensifkan buruh

Jelaskan kegiatan IKS.


- industri berasaskan sumber- bahan mentah tempatan
- industri berasaskan logam – melibatkan kepakaran dan teknologi dalam
bidang kimpalan dan mesin yang menggunakan logam
- industri berasaskan plastik – menggunakan bahan dan teknologi yang
berasaskan plastik dan petrokimia
- industri komponen automotif – komponen kenderaan ditempah atau
diperoleh daripada pengusaha IKS
- Industri komponen elektrik dan elektronik- syarikat besar memberi hak
kepada IKS
- Industri pemprosesan makanan – pemprosesan makanan dengan
menggunakan sumber tempatan atau bahan import
- Industri pembuatan lain – melibatkan diri dalam kraf tangan, pakaian,
ubat tradisional

Kaitan IKS dengan Idustri berat


a. Pemasaran Bersepadu
- Konsep payung
- IKS membekalkan barang siap dan separah siap kepada IKS
- Jaminan pasaran

b. Pengaturan Kontrak Khas


- Perjanjian IKS bekal barang kepada firma besar
- Firma besar memberi modal
- Jaminan pasaran dan permintaan berterusan

c. Subkotrak
- Firma besar (ancor) akan memberikan satu unit pengeluaran atau subkan
IKS untuk membuat komponen tertentu
- IKS (Subkontrak) akan subkan kepada IKS lain (vendor) untuk membuat
komponen tertentu

11
Seminar 1 Perdagangan

Jelaskan kepentingan IKS kepada Masyarakat


- Peluang untuk menggunakan kebolehan dan kepakaran
- Peluang pekerjaan
- Peluang melibatkan diri dalam perusahaan dan perindutrian
- Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

Jelaskan kepentingan IKS kepada Negara.


- mengurangkan pengangguran
- meningkatkan tabungan dalam ekonomi Negara
- mengurangkan ketidaksamaan jurang pendapatan
- menyediakan latihan untuk pekerja dan pengusaha
- menggembleng modal dan kemahiran rakyat
- memperkukuhkan struktur asas industri Negara
- mengurangkan import barang pengguna

Jelaskan masalah yang dihadapi oleh IKS.


- masalah pemasaran
- masalah pengurusan
- kekurangan modal dan pembiayaan
- produktiviti dan teknologi yang rendah
- kekurangan bahan mentah
- masalah lokasi
- hubung jalin dengan industri berat yang kurang erat dan kukuh

Jelaskan cara mengatasi masalah industri kecil dan sederhana.


- program bantuan kewangan – bank, Syarikat jaminan kredit
- program rantaian industri – jalinan dengan industry berat
- program penyelidikan dan pembangunan- SIRIM, MARDI
- program pembangunan Infrastruktur- UDA, PKEN
- program pembangunan dan peningkatan kemahiran - SMIDEC
- pembangunan pemasaran- MATRADE

12
Seminar 1 Perdagangan

Pemilikan Perniagaan

Jelaskan cara memulakan perniagaan


- memulakan sendiri – atas usaha sendiri
- mengambil alih – perniagaan yang sedia wujud
- warisan – mewarisi perniagaan daripada ibu bapa, nenek moyang
- Francais – memohon daripada francaisor
- Diundang – dijemput oleh pemilik perniagaan

Jelaskan faktor yang dipertimbangkan untuk memulakan perniagaan


- modal
- minat, pengetahuan dan pengalaman
- jenis dan milikan perniagaan
- undang-undang dan peraturan
- lokasi
- sumber bekalan
- persaingan

Jelaskan jenis pemilikan perniagaan.

- Milikan tunggal- mudah, modal kecil, urus sendiri, liabiliti tidak terhad,
cukai perseorangan
- Perkongsian (2 – 20) - sumbangan modal, risiko boleh disebarkan, liabitity
tidak terhad, cukai perseorangan.
- Syarikat Berhad – sendirian Berhad (2 - 50 orang) - modal syer tertutup,
liability terhad, diuruskan oleh lembaga Pengarah, cukai syarikat.
- Syarikat Awam berhad (2- tidak terhad) – modal syer tertutup, liability
terhad, diuruskan oleh lembaga pengarah, untung dividen, cukai syarikat
- Koperasi (100- tiada had), anggota secara sukarela untuk kebajikan
bersama, dikecualikan daripada cukai, liability terhad, diuruskan oleh
lembaga pengarah, untung dividen.
- Perbadanan awam – oleh kerajaan

Aspek Pengendalian perniagaan


a. Stok – jenis stok (gerak pantas dan gerak perlahan), urus stok (pesanan-
terima-periksa-rekod –kawal).
b. Kewangan – simpan rekod, analisis, tindakan susulan
c. Sumber pekerja – cekap, kebajikan, hubungan baik, patuh peraturan
d. Masa – rancang, guna secara cekap.
e. Pelanggan – sifat ( Rasional, Gerak Hati), jenis (tetap, sekalikala, dan baru),
layanan (mesra, muka manis, hormat dan kemas)
f. Risiko – boleh insurans, tidak boleh insurans dan tidak boleh dikawal, tidak
boleh insurans dan boleh kawal.

13
Seminar 1 Perdagangan

Perbezaan antara Syer Keutamaan dan Syer Biasa


Syer keutamaan Syer Biasa
Ø dividen ditetapkan Ø Dividen berubah mengikut
Ø pertama dibayar dividen untung yang diperoleh
Ø pertama menuntut balik modal Ø dibayar dividen selepas dibayar
Ø tidak boleh mengundi memilih kepada pemegang syer
Lembaga pengarah keutamaan
Ø terakhir menuntut balik modal
Ø boleh mengundi dalam
pemilihan Lembaga pengarah

Pelaburan
Ø Stag
Ø Penelah naik (BULL)
Ø Penelah Turun (BEAR)
Ø Kentungan modal
Ø Sewa

14
Seminar 1 Perdagangan

Latihan
Percubaan Negeri Perak 2017

Bahagian A
[75 markah]

Jawab mana-mana tiga soalan sahaja.

1
a) Rajah 1 berkaitan dengan Hierarki Keperluan Maslow.

Keperluan fisiologi
Rajah 1

Terangkan Y dan Z. (8 markah)

b) Perbualan berikut berkaitan dengan sejenis pengeluaran.

Fathi : Bila bersara nanti, saya bercadang untuk menternak 100 ekor lembu
daging di tanah seluas lima hektar. Anak-anak dah bersetuju untuk
membantu. Sekarang pun saya sedang mengikuti kursus penternakan
lembu. Lembu-lembu itu nanti saya akan jual di sekitar Lembah
Klang.
Basir : Baguslah begitu. Mudah-mudahan awak berjaya, Fathi.

i) Nyatakan jenis pengeluaran yang bakal diusahakan oleh Fathi. (1 markah)

ii) Jelaskan dua kelebihan jenis pengeluaran ini. (4 markah)

c)
Encik Zaki ialah pemilik kilang keropok ikan di Besut, Terengganu. Kilang
tersebut didirikan di atas sebidang tanah milik keluarganya. Pekerja di
kilangnya seramai 30 orang ditugaskan di bahagian pemprosesan dan
memperoleh bekalan. Beliau telah mendapat pinjaman bank untuk membeli
lima buah mesin baharu di kilangnya bagi memperbesarkan perniagaannya.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan Encik Zaki.


Terangkan tiga faktor pengeluaran yang terlibat dalam pengeluaran di kilang
tersebut.
(6 markah)

15
Seminar 1 Perdagangan

d) Pernyataan yang berikut berkaitan dengan pengkhususan dalam pengeluaran.


Terangkan jenis pengkhususan yang terlibat.
i) Kilang kasut Foot-Smart Sendirian Berhad menggunakan pelbagai peralatan
dan mesin yang terkini untuk melaksanakan pelbagai tugas dalam
pengeluaran kasut yang bermutu tinggi.
ii) Encik John adalah seorang jururunding sementara isterinya Puan Roselyn
merupakan seorang doktor di sebuah hospital swasta.
iii) Bintulu, Sarawak terkenal dengan pengeluaran gas asli di Malaysia
(6 markah)

2
a) Jelaskan maksud perniagaan.
(5 markah)

b) Gambar rajah kedai runcit

i) Apakah jenis saluran agihan yang sesuai digunakan (1 markah)

ii) Mengapakah saluran agihan di 2(b) (i) digunakan? (4 markah)

c) Gambar rajah di bawah berkaitan dengan bentuk lain peruncitan.

i) Namakan bentuk lain peruncitan yang terdapat dalam gambar (2 markah)

rajah di atas.
ii) Terangkan dua kelebihan perniagaan di atas kepada francaisi. (4 markah)

16
Seminar 1 Perdagangan

d)

i) Apakah kaedah jualan di atas


(1 markah)
ii) Terangkan dua kekurangan kaedah jualan tersebut kepada pihak-
pihak yang berikut:
a) Pengeluar
(4 markah)
b) Pengguna
(4 markah)

3
a) Maklumat di bawah ini berkaitan dengan pemilikan perniagaan.

Aminah dan Rani telah lama berurus niaga dalam bidang membuat
keropok lekor tetapi di tempat yang berbeza.Mereka membuat temu janji
dan bersetuju untuk bekerjasama mewujudkan perniagaan secara bersama.

Berdasarkan petikan di atas,

i) Berikan tiga kelemahan yang bakal ditempuhi oleh Aminah dan Rani sekiranya
mereka meneruskan hasrat untuk membuka perniagaan secara bersama.
(3 markah)

ii) Nyatakan jenis-jenis pekongsi yang terlibat dalam jenis pemilikan perniagaan
yang akan diusahakan mereka .
(3 markah)

b) Maklumat berikut berkaitan dengan pelaburan yang dibuat oleh dua orang
pelabur.

Pelabur X Pelabur y

Membeli syer syarikat yang Membeli empat lot kedai di Kota


disenaraikan di Bursa Saham Kuala Baharu Kelantan. Satu lot
Lumpur berjumlah RM100.000
i)
Terangkan pulangan yang diterima oleh pelabur X
(4 markah)

17
Seminar 1 Perdagangan

ii) Berapakah pulangan modal yang diterima oleh pelabur Y jika kesemua lot
kedai itudijual dengan harga RM 120.000 satu lot.
(5 markah)

c) Gambar menunjukkan keadaan rumah terbakar dan situasi banjir.

Gambar A Gambar B

Berdasarkan gambar di atas, berikan perbezaan antara kedua-


duanya.
(4 markah)

d) Jelaskan mengenai insurans hayat yang berikut:


i) Polisi insurans hayat sementara (2 markah)

ii) Polisi insurans hayat seumur hidup (2 markah)

iii) Polisi insurans endowmen (2 markah)

4 Berikut gambar rajah pengangkutan udara


a)

Berikan peranan Jabatan Penerbangan Awam (Department of Civil Aviation –


DCA) dalam memastikan sistem pengangkutan udara sentiasa selamat.
(4 markah)

b) Gambar sejenis pengangkutan.

Mengapakah pengkontenaan masih popular sehingga sekarang?


Berikan tiga alasan anda. (6 markah)

18
Seminar 1 Perdagangan

c) Rajah di bawah menunjukkan perkhidmatan komunikasi.

Perkhidmatan
Telekomunikasi

Lisan x Y

Panduan
Teleks Telefaks
telefon

i) Apakah X dan Y? (2 markah)

ii) Terangkan dua jenis perkhidmatan Y. (4 markah)

d) Kenal pasti perkhidmatan pos Malaysia Berhad yang sesuai digunakan dan
berikan dua alasan bagi setiap perkhidmatan yang dipilih oleh pihak yang
berikut.

i) Bank B & B Berhad menyarankan tugas mencetak dan menghantar


penyata bulanan pelanggannya kepada Pos Malaysia Berhad
(3 markah)

ii) Syarikat Bestfood menerima banyak borang penyertaan setelah


melancarkan satu pertandingan mencipta cogan kata syarikat itu
di peringkat kebangsaan
(3 markah)

iii) Puan Senin dari Sandakan, Sabah menghantar wang sebanyak


RM 5000 kepada anaknya yang belajar di Shah Alam.
(3 markah)

19
Seminar 1 Perdagangan

5
a) Terangkan empat peranan gudang peruncit
(8 markah)

b) Maklumat yang berikut berkaitan dengan pengusaha sebuah pusat tuisyen.


i)

Nyatakan jenis promosi yang sesuai dijalankan oleh Pusat Tuisyen Cerdik Jaya
(1 markah)

ii) Bagaimanakah bantuan perniagaan dapat membantu Pusat Tuisyen Cerdik


Jaya?
(4 markah)

c) Gambar di bawah ini menunjukkan produk keluaran Syarikat Roti Suria Sdn.
Bhd.

Terangkan tiga hak pengguna yang telah dipenuhi oleh Syarikat Roti Suria
Sdn. Bhd.
(6 markah)

20
Seminar 1 Perdagangan

d) Situasi berikut berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh Cik Ka Fei yang
membeli barang disebuah pasar raya

Cik Ka Fei baru membeli sekotak susu dari sebuah pasar raya. Apabila dia membuka
kotak susu pada keesokkan harinya, dia dapati susu itu berbau busuk dan masam. Cik
Ka Fei bersungut kerana harga susu itu mahal tetapi tidak boleh diminum. Dia
mengambil keputusan untuk membuat aduan kepada Persatuan Pengguna

Terangkan Peranan Persatuan Pengguna kepada Cik Ka Fei (6 markah)

21
Seminar 1 Perdagangan

Bahagian B
[25 markah]
Soalan ini wajib dijawab.

6 Syarikat Pro Mega Sdn. Bhd. yang berlokasi di Taman Perindustrian Shah Alam
telah beroperasi selama dua tahun bermula tahun 2014 dalam pemprosesan
tekstil untuk pasaran tempatan. Seiring dengan peredaran masa, permintaan
tekstil sentiasa mendapat pasaran yang tinggi termasuk di peringkat global.
Justeru, pengurusan syarikat ini telah mengorak langkah dengan mengambil
inisiatif untuk menembusi pasaran antarabangsa dengan cara mengeksport
tekstil ke negara-negara luar iaitu Thailand dan Jepun. Syarikat juga membeli
tekstil dari negara Itali untuk diproses dan dijual semula ke negara lain. Bagi
memenuhi spesifikasi dan kualiti tekstil yang lebih baik, syarikat telah membeli
teknologi terkini iaitu mesin pemprosesan tekstil dari Kanada.

Selepas penggunaan mesin tersebut, ternyata kualiti tekstil adalah lebih


baik dan berjaya dipasarkan ke Thailand dan Jepun. Untuk memasuki pasaran
antarabangsa, syarikat perlu menguruskan pelbagai dokumen perniagaan
antarabangsa termasuklah dokumen pembayaran seperti surat cagaran dan
kredit berdokumen yang dikeluarkan oleh Bangkok Bank dan Tokyo Bank.

Akibat penumpuan dan fokus terhadap pasaran antarabangsa,


pengurusan syarikat telah menghadapi beberapa masalah apabila
mengabaikan operasi perniagaannya di Malaysia termasuklah tidak membayar
premium bulanan insurans bagi bulan Mac, April dan Mei. Bahagian kewangan
syarikat juga terlupa untuk membuat bayaran kepada seorang pemiutang di
Itali. Syarikat Pro Mega Sdn. Bhd. mempunyai akaun semasa di Bank
Metropolis, Shah Alam.

Bagi meneroka lebih banyak pasaran global ke negara yang lain pula,
syarikat telah mendapatkan bantuan dari agensi kerajaan seperti MATRADE
dan PUNB. Pada bulan Jun yang lalu, sebuah majalah ekonomi, The Business
Empire telah menulis sebuah rencana berkaitan kejayaan dan pencapaian
Syarikat Pro Mega Sdn. Bhd. sehingga menguasai pasaran tempatan dan global
dalam industri tekstil.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan berikut:

22
Seminar 1 Perdagangan

a) i) Selain daripada faktor mendapatkan teknologi dalam pemprosesan tekstil yang


terkini, jelaskan dua lagi faktor yang mendorong Syarikat Pro Mega Sdn. Bhd.
terlibat dalam perniagaan antarabangsa
(4 markah)

ii) Sebagai pengeluar tekstil berkualiti tinggi dan telah berjaya menembusi
pasaran global, huraikan kepentingan perniagaan antarabangsa tersebut
kepada Syarikat Pro Mega Sdn. Bhd.
(6 markah)

b) i) Berikan satu fungsi kredit berdokumen yang dikeluarkan oleh Bangkok Bank
dan Tokyo Bank semasa Syarikat Pro Mega Sdn. Bhd. berurusan dengan
pengimport dari Thailand dan Jepun.
(2 markah)

ii) Jelaskan perkhidmatan-perkhidmatan yang dapat disediakan oleh Bank


Metropolis kepada Syarikat Pro Mega Sdn. Bhd. untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapi oleh syarikat tersebut

(6 markah)

c) Nyatakan peranan agensi-agensi berikut yang dapat membantu Syarikat Pro


Mega Sdn. Bhd. untuk terus menguasai pasaran global

i) Perbadanan Pembangunan Perniagaan Antarabangsa Malaysia (MATRADE)


(2 markah)

ii) Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)


(2 markah)

d) i) Nyatakan jenis promosi yang digunakan oleh Syarikat Pro Mega


Sdn. Bhd. apabila editor majalah The Business Empire menulis
sebuah rencana berkaitan pencapaian Syarikat Pro Mega Sdn. Bhd.

(1 markah)

ii) Jelaskan kelebihan yang diperoleh daripada jenis promosi yang


anda nyatakan di (d) (i) kepada Syarikat Pro Mega Sdn.Bhd..

(2 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

23

You might also like