You are on page 1of 1

🔰 Contoh2 Definisi Secara Operasi (DSO)

Kekonduksian haba ialah keadaan yg ditunjukkan oleh masa yg diambil utk paku tekan jatuh.
Daya tujah ialah daya yg ditunjukkan oleh berat air yang disesarkan
Inersia ialah keadaan yg ditunjukkan oleh masa yg diambil utk baldi/tin berhenti berayun.
Prinsip Bernoulli ialah prinsip yg ditunjukkan oleh ketinggian paras air dlm tiub Bernoulli/ tak sekata.
Prinsip Bernoulli ialah prinsip yang ditunjukkan oleh tinggi turus air yang berbeza.
Bahan logam ialah bahan yang menyebabkan mentol menyala.
Asid ialah bahan yang menyebabkan lateks menggumpal.
Bahan ion ialah bahan yang menunjukkan bacaan ammeter dalam keadaan leburan tetapi tidak dlm
keadaan pepejal.
Aloi ialah bahan yg tidak berubah warna apabila direndam dalam larutan natrium klorida selepas
beberapa hari.
Aloi ialah bahan yg tidak berubah bentuk apabila dikenakan daya/ diketuk.
Bakteria ialah mikroorganisma yang menyebabkan kekeruhan bubur nutrien/ menghasilkan banyak tompok putih
atas agar nutrien pada suhu 37 darjah Celsius
Pertumbuhan bakteria ialah proses yg menyebabkan bubur nutrien menjadi keruh.
Getah tervulkan ialah bahan yg kembali kepada panjang asal selepas pemberat dialihkan.
Penisilin ialah bahan yang menghasilkan kawasan jernih.
Antibiotik ialah bahan yg menghasilkan kawasan jernih.
Penapaian ialah proses yang menyebabkan kekeruhan air kapur.
Larutan kultur lengkap ialah larutan yang menyebabkan daun/akar anak benih menjadi banyak.
Warna sekunder ialah warna yg terhasil daripada pertindihan dua warna primer.
Fotosintesis ialah proses yg membebaskan gas oksigen dalam kehadiran cahaya.
Logam reaktif ialah bahan/ logam yg menghasilkan lebih banyak gelembung2 gas.
Kereaktifan logam ialah tindak balas g ditunjukkan oleh kecerahan nyalaan pd logam.

You might also like