You are on page 1of 12

SOTO AYAM

Bahan-bahan: Anggaran untuk 5-6 orang

½ ekor ayam (berat 900 g) } dipotong 2


300 g nasi himpit segera } direbus hingga masak kemudian sejukkan
1 sup bunjut Adabi
suhun } digoreng
1 tangkai daun bawang }dihiris
1 tangkai daun sup} dihiris
100 g kacang tanah }digoreng
2 sudu besar minyak untuk menumis
100 g taugeh } buangkan ekornya
air secukupn
garam secukup rasa

Bahan penumis:
3 cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih

Bahan kisar:
4-5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cm lengkuas
1 batang serai
1/2 sudu besar jintan manis biji
1/2 sudu besar jintan putih biji
1 sudu besar ketumbar biji
1/2 sudu kecil lada sulah
2 biji buah keras

Cara membuat sup/kuah:

Panaskan minyak.

Tumis bahan-bahan penumis sehingga wangi kemudian masukkan bahan-bahan kisar & serbuk sup,
goreng hingga wangi dan garing.

Masukkan air, ayam dan garam secukup rasa.


Masak dgn api yg perlahan hingga ayam empuk.

Setelah masak keluarkan ayam, ambil isinya siat-siatkan dan ketepikan. Tulang ayam dimasukkan balik
kedalam kuah sup tadi.

Ketika menghidang,isikan nasi impit ke dalam mangkuk kemudian masukkan pula suhun, taugeh, isi
ayam, begedil, bawang goreng, daun bawang, daun sup, kacang goreng dan sambal kicap. Tuangkan
kuah. Sedia untuk dimakan.

Bahan sambal kicap:


10 biji cili api
7 sudu besar kicap manis
1 ulas bawang putih

Cara membuat sambal kicap:

Campurkan semua bahan kemudian kisar halus.

Bahan untuk begedil:


500 g kentang
150 g daging kisar
½ sudu kecil serbuk lada sulah
½ gengam bawang goreng
1 biji telur
sedikit daun sup }dimayang
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara membuat begedil:

Kentang dibuang kulit kemudian hiris nipis-nipis. Goreng hingga masak. Angkat ketepikan.

Daging digoreng hingga kering airnya.

Satukan daging, kentang goreng, serbuk lada sulah, daun sup, bawang goreng dan garam secukup rasa.

Gaul dan ramas-ramas hingga sebati.

Ambil sedikit adunan dan kepal-kepalkan menjadi bulat kemudian leperkan sedikit.

Pukul telur kemudian celupkan adunan yg telah dileperkan tadi ke dalam telur dan goreng hingga
keperangan.
DAGING MASAK SOS LADA HITAM BERKENTANG

Bahan-bahannya:
*1/2 kg daging
*1sudu kecil serbuk kunyit
*1 sudu besar serbuk lada hitam
*1 sudu teh gula
1 biji bawang besar - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos lada hitam (jenama apa pun boleh) - boleh guna sos lada hitam Sarawak
3 biji ubi kentang - dipotong wedges
2 biji bawang besar - dipotong bulat
Daun bawang dan daun sup
Garam/gula/serbuk perasa
Minyak secukupnya
Air secukupnya

Cara-cara memasak:

Daging dibersihkan dan dihiris nipis dan lebar. *Perapkan daging dengan serbuk kunyit, serbuk lada
hitam, dan 1 sudu teh gula. Ketepikan selama lebih kurang 30 minit.

Panaskan minyak. Tumis hirisan bawang besar, hirisan bawang putih, dan hirisan halia sehingga
kekuningan dan naik bau.

Masukkan sos lada hitam dan kacau rata. Selepas itu masukkan 1 cawan air, diikuti dengan sos cili dan
sos tiram. Kacau lagi.

Seterusnya masukkan daging yang telah diperap tadi. Kacau rata dan kemudian tambahkan air
secukupnya. Masak sehingga daging empuk. Sekiranya air telah kering tetapi daging masih belum
empuk, bolehlah ditambah air dan masak lagi sehingga daging empuk.

Semasa daging 3/4 empuk dan air masih belum kering, bolehlah dimasukkan ubi kentang. Perasakan
dengan gula, garam, dan serbuk perasa.

Apabila kuah telah agak pekat, masukkan bawang besar yang dipotong bulat, daun bawang, dan daun
sup. Kacau rata dan tutup api.

Sedia untuk dihidangkan.

AYAM MASAK WANGI


Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam, dibersihkan dan dipotong2
2 batang serai, dititik
4 helai daun limau purut
2 biji tomato, dibelah 4

Bahan-bahan untuk diblend:


2 biji bwg besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan-bahan utk Sos:


3 sudu besar Sos Cili
1 sudu besar Sos Tomato
1 sudu besar Pes Tomyam

2 sudu besar kicap cair


2 sudu besar kicap manis
1 biji perahan air limau nipis
Daun sup dihiris

Cara-Cara:
1. Goreng ayam sehingga 3/4 masak, toskan dan asingkan.
2. Tumiskan bahan blend sampai wangi
3. Masukkan bahan sos dan kacau rata
4. Masuk ayam, serai dan daun limau purut
5. Masak dengan api perlahan, kemudian masukkan capsicum
6. Masakkan sebentar ayam, bila sudah masak, hidang dan hiaskan dgn daun sup…!

IKAN SIAKAP TIGA RASA


BAHAN UNTUK IKAN
-seekor ikan siakap (yang dah dibersihkan)
-minyak masak(untuk goreng ikan)
-sedikit tepung jagung(untuk lumur pada ikan siakap)
-cukup rasa dan garam secukunya(untuk lumur ada ikan)

BAHAN UNTUK KUAH


-2 biji bawang merah - dipotong dadu
-6 biji bawang putih - dicincang halus
-5 biji cili padi - dipotong kecil
-1 inci halia - dihiris halus
-1 biji tomato - dipotong dadu
-sedikit nenas- dipotong dadu
-4 sudu besar sos tomato
-4 sudu besar sos cili thai
-2 sudu besar sos tiram
-2 sudu besar sos ikan
-2 batang serai -diketuk
-Beberapa helai daun limau purut
-Daun sup/daun bawang untuk hiasan
Garam secukup rasa
-Ajinomoto secukup rasa
-Gula secukup rasa
-sedikit cukup rasa maggi
-Minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA

1. Ikan dibersihkan dan ditoskan


2. Lumurkan ikan dengan serbuk cukup rasa dan sedikit garam. Pastikan semua bahagian dilumur rata.
Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk
bahagian dalam.
3. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan
ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
4. Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai, dan bawang putih.
5. Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan, . Kacau sebentar.
6. Masukkan bawang besar, tomato, nenas..
7. Masukkan air sedikit. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto dan cukup rasa.
8. Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah
digoreng tadi. Taburkan daun sup/daun bawang.
AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan ( 3-4 orang )


7-8 ketul ayam (dibersihkan)
5 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
1 inci halia (ditumbuk kasar)
3 batang serai (ditumbuk kasar)
1 sb ketumbar (disangai dan ditumbuk kasar)
1 sdt jintan manis (disangai dan ditumbuk kasar)
1 sb serbuk kari ayam (boleh guna Adabi)
1 biji telur
2 sb tepung jagung
1 tangkai daun kari
garam secukupnya

Cara-cara
Perapkan ayam dgn semua bahan di atas selama 1 jam atau selama mana yg boleh. Kemudian
gorengkan dgn minyak yg banyak sehingga garing. Gunakan api perlahan shj.

Hidangkan panas2.
NASI TOMATO RINGKAS

BAHAN-BAHANNYA
3 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit
1 camca besar pes tomato (tomato puree)
2 camca besar sos tomato
2 camca besar minyak sapi
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
3 1/2 cawan air
1 cawan susu rendah lemak (atau susu sejat)
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

BAHAN HIASAN
Hirisan daun bawang/daun sup
Bawang goreng
Kismis
Kacang pis

CARA MEMBUATNYA
Panaskan minyak sapi dalam kuali (mat guna non-stick pan), tumis kayu manis, bunga lawang, bunga
cengkih, buah pelaga, halia, bawang besar, bawang putih dan daun pandan hingga harum. Masukkan
pes tomato dan tomato sos, kacau rata dan masukkan beras. Gaul hingga mesra dan goreng beras tadi 1
minit.

Alih beras tadi ke dalam rice cooker. Tuang air dan susu rendah lemak. Masukkan garam secukup rasa
dan kacau rata. Masak seperti biasa hingga nasi kering. Tabur kismis dan kacang pis (jika guna). Dan
biar nasi betul2 masak. Gemburkan dan matikan suis rice cooker tadi.

Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng. Boleh juga anda kukus
nasi tadi. Bila nasi masak dan lampu pada rice cooker, bertukar ke tanda "warm". Anda keluarkan nasi,
letak dalam kukus yang dialas daun pisang (cucuk2 sedikit daun tadi untuk membuat lubang) dan kukus
hingga masak.
KEK OREN BLENDED

Bahan2nya:
* 1 biji oren Sunkist - belah, buang putih kat tgh2 & potong kecik2 termasuk kulit.
* 1 cawan minyak masak
* 1 cawan gula
* 3 biji telur
* Sedikit pewarna kuning
* Sedikit esen oren
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Cara2nya:

Blender semua bahan2 yang bertanda * sampai halus.


Ayak tepung gandum bersama baking powder & soda bikarbonat.
Campurkan bahan2 yang sudah diblend tadi dengan tepung.
Gaul dengan senduk sehingga tepung tadi x berketul2.
Panaskan oven dengan suhu 1700C - api atas bawah.
Bakar dalam loyang yg dah dilapik kertas minyak & digris selama 30 - 35 minit.

PENTING:kalau cupcake 15 minit sudah memadai..


IKAN TENGGIRI MASAK KUALI

Bahan2nya:

3 keping ikan tenggiri direndam dengan asam garam dan dibersihkan

kemudian ikan tersebut dilumur dengan garam dan kunyit dan di goreng sehingga garing. Ketepikan

Bahan untuk kuahnya:

semuanyadi kisar:
8 bj bawang merah
10 tangkai lada kering
5 ulas bawang putih
5 bj lada merah
6 bj cili padi ( boleh ditinggalkan sekiranya tidak mahu pedas)
belacan sebesar ibu jari
halia sebesar ibujari
2-3 batang serai
sedikit kunyit

sedikit minyak utk menumis

santan dari 1 bj kelapa


air asam jawa 1 cawan ( boleh guna asam gelugor juga tapi hendaklah masukkan air supaya santan
dicairkan sedikit)

sehelai daun kunyit dimayang halus

sedikit garam dan gula mengikut citarasa masing2

Caranya:

Tumis semua bahan yang dikisar sehingga garing.

Masukkan air asam jawa dan santan. Didihkan sehingga agak pekat.

Masukkan garam dan gula.

Masukkan ikan yang digoreng tadi. Akhir sekali masukkan daun kunyit yang di mayang.

Bila dah didihkan sebentar, bolehlah di angkat dan dimakan dengan nasi panas:)
TAHU FANTASIA

Bahan2nya

6 keping tahu
1/2 cawan daging ayam dipotong dadu ( kecil2)
1 pokok kecil daun bawang dan daun sadri di mayang halus
1 batang lobak merah diparut halus
1 btg lada merah dipotong dadu halus
1 putih telor
2 sd makan tepong jagung
Sedikit garam
Sedikit lada putih

Caranya:

Tahu dihancurkan sehingga lumat. Kemudian campurkan semua bahan2 yg lain. Sekiranya kurang
melekat, masukkan sedikit lagi tepong jagung.

Masukkan campuran tadi kedalam acuan kuih lompang ataupun ke dalam loyang. Kukus sehingga masak.

Kemudian sejukkan dan dikeluarkan dari acuan. Setelah itu digoreng dalam minyak panas sehingga ke
kuningan.. Sedap dimakan dengan sos cili atau cili padi.

Ayam boleh juga digantikan dengan potongan udang atau seumpamanya.


HATI LEMBU GORENG DENGAN REMPAH KARI

Bahan2:

1/2 kg hati lembu dipotong nipis2


1 bj lada merah di hiris ( jika mau pedas boleh diganti dengan beberapa ulas cili padi yang di ketuk)
1 bj bawang besar dipotong bulat
3 ulas bawang putih dihiris
sebesar ibujari halia dihiris
4 sdb rempah kari daging
sepelepah daun kauh kari
1 kpg asam gelugor
sedikit garam dan gula
sedikit serbuk kunyit
Sedikit minyak utk meenggoreng dan menumis

Cara2nya:

1. Hati lembu dihiris dan dicuci bersih. Kemudian gaulkan dengan sedikit garam dan kunyit dan serbuk
kari.
2. Goreng hati sehingga agak kering . ( saya tak lalu makan kalau masih rasa darah).
3. Masukkan bahan hirisan beserta asam keping dan gula dan garam.
4. Apabila hati susah masak, boleh lah diangkat.
SAMBAL TUMIS UDANG

Bahan-bahan:
1 kilo udang sederhana besar
1 biji bawang besar - dipotomg nipis-nipis
2 sudu besar gula - boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing-masing
Garam dan air asam jawa secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Bahan untuk dikisar:


10 biji cili kering - boleh ditambah, kalau kurang tak sedap.
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan - dibakar atau digrill.

Cara Penyediaan:
Bersihkan dan toskan udang, ketepikan dahulu. Tumis bahan kisar, sehingga harum. Masukkan gula,
asam jawa, dan garam. Terus kacau sampai masak dan naik minyak. Masukkan udang dan bawang
besar. Kacau lagi supaya mesra. Kemudian tutup api apabila udang masak. Udang mengeluarkan air
sendiri so, tak perlulah sibuk tambah air. Nanti sambal jadi terlalu cair.

You might also like