You are on page 1of 15

MODUL AKTIVITI

KARNIVAL INOVASI TEKNOLOGI HIJAU PERINGKAT KEBANGSAAN


PERTANDINGAN

PERTANDINGAN
GREEN COOKER CHALLENGE
1.0 PENGENALAN
Green Cooker Challenge (GCC) merupakan salah satu pertandingan yang
berkaitan dengan Tenaga Boleh Baharu (TBB) dan Kecekapan Tenaga (KT)
serta pengurusan sisa. Pertandingan ini juga melibatkan elemen
kebolehfungsian projek, reka bentuk, pelaporan projek, dan juga dekorasi
bahan pertandingan.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Menghasilkan dapur solar sebenar yang mempunyai ciri-ciri Teknologi
Hijau.
2.2 Menghasilkan dapur solar yang mampu mengumpul tenaga haba
yang tinggi untuk memasak bahan berasaskan cecair dan pepejal.
2.3 Mendapatkan bahan dan rekabentuk terbaik daripada semua dapur
solar yang dibina.
2.4 Menggalakkan murid memahami, mengamalkan dan
mengaplikasikan konsep Teknologi Hijau bagi sektor pengurusan sisa
(3R).

3.0 SYARAT- SYARAT PENYERTAAN


3.1 Pertandingan terbuka kepada semua murid sekolah menengah
(tingkatan 1 hingga 4) sekolah menengah bantuan kerajaan sahaja.
3.2 Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang peserta dan seorang guru
pembimbing.
3.3 Setiap negeri hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja.
Peserta pasukan hendaklah terdiri daripada sekolah yang sama.
3.4 Semua penyertaan hendaklah mendapat kebenaran dan
pengesahan Pengetua sekolah masing-masing.
3.5 Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan satu borang
pendaftaran pertandingan. Borang pendaftaran yang telah lengkap
hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada tarikh yang telah
ditetapkan.

GREEN COOKER CHALLENGE | 1


4.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
4.1 Peserta bebas menentukan rekabentuk dan saiz yang hendak
digunakan.
4.2 Dapur solar yang dihasilkan mestilah bersifat mudah alih.
4.3 Jenis dan bahan-bahan yang digunakan mestilah bercirikan Teknologi
Hijau dan selamat digunakan sepanjang pertandingan.
4.4 Sebarang bahan kimia dan alat yang merbahaya TIDAK
dibenarkan.
4.5 Setiap pasukan mestilah memasak menu ringkas “Mi Segera”
dengan menggunakan dapur solar yang dibina.
4.6 Bahan-bahan yang hendak dimasak dan dekorasi masakan
DISEDIAKAN OLEH PIHAK PENGANJUR SAHAJA.
4.7 Kos projek dan peralatan adalah di atas tanggungan pasukan/
sekolah/ negeri masing-masing.
4.8 Dapur solar yang dicipta hendaklah menggunakan tenaga cahaya
matahari secara langsung tanpa sebarang sokongan komponen
elektrik tambahan atau bahan perantara untuk meningkatkan suhu.
4.9 Hasil ciptaan hendaklah didokumentasikan dalam bentuk PELAPORAN
PROJEK dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris dan WAJIB
diserahkan kepada urusetia SEMASA PENDAFTARAN.
4.10 Pelaporan kertas kerja perlulah mengikut format sepertimana di
Lampiran A.
4.11 Pihak penganjur berhak meminda sebarang syarat dan kriteria
pertandingan dari masa ke semasa demi kepentingan pengurusan
serta objektif pertandingan.
4.12 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

5.0 KAEDAH PENGHAKIMAN


5.1 Penghakiman akan dijalankan berdasarkan pada kriteria berikut:
i. Pengujian kebolehfungsian peralatan (30%)
Alat akan diuji dari segi kebolehupayaan untuk memasak bahan
yang ditentukan dalam masa yang ditetapkan melalui
peningkatan suhu air.
ii. Rekabentuk (25%)

GREEN COOKER CHALLENGE | 2


Rekabentuk hendaklah praktikal dan mempunyai ciri-ciri mudah
alih serta mudah mengisi dan mengeluarkan makanan dengan
mengaplikasikan konsep-konsep sains serta mempunyai
kekemasan dan kesempurnaan rekaan.
iii. Dekorasi (5%)
Kreativiti hiasan hidangan.
iv. Pembentangan Laporan (35%)
Pembentangan laporan projek perlulah mengandungi
pengaplikasian konsep sains dan Teknologi Hijau yang tepat pada
model yang dibina .
v. Kerjasama Dalam Kumpulan (5%)
Sikap peserta sepanjang tempoh pertandingan GCC berlangsung.

6.0 KAEDAH PERTANDINGAN


Pertandingan ini terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:
6.1 Pemasangan Projek (Peserta) – 2 jam
Peserta diberi masa selama 2 jam untuk pemasangan dan persiapan
akhir bahan projek.
6.2 Penilaian Pembentangan Pelaporan Projek (Hakim) – 4 jam
Hakim akan menilai pembentangan pelaporan projek setiap pasukan.
Setiap pelaporan projek akan dinilai berdasarkan format pelaporan
(seperti di Lampiran A) yang telah ditetapkan. Setiap pelaporan akan
dinilai dalam tempoh masa 10 minit bagi setiap pasukan. Kelebihan
pemarkahan Pembentangan Projek bergantung kepada sesi soal
jawab bersama hakim.
6.3 Pengujian kebolehfungsian (1 jam) dan cabaran dekorasi dapur solar
(10 minit)
i. Dapur solar yang dihasilkan akan diuji untuk memanaskan 500ml air
minuman.
ii. Masa maksima yang diperuntukkan untuk memanaskan air ialah 1
jam (60 minit).
iii. Bacaan suhu awal air diambil sebelum diletakkan ke dalam GCC.
iv. Tempoh masa pemanasan air adalah selama 60 minit. Sekiranya
suhu maksimum air (100°C) telah dicapai, catatan masa akan

GREEN COOKER CHALLENGE | 3


direkodkan. Peserta dibenarkan untuk mengeluarkan air tersebut
untuk menyediakan mi segera yang disediakan oleh penganjur.
v. Pasukan yang menamatkan cabaran menyediakan mi segera
lebih awal akan diberi kelebihan markah untuk penyediaan mi
segera.
vi. Penilaian mi segera yang dihasilkan akan mengambil kira elemen
masa, dekorasi dan persembahan.
vii. Sekiranya tiada pasukan yang mencapai suhu maksimum air
(100°C) pada minit ke 60, pasukan - pasukan tersebut akan diberi
masa 10 minit untuk penyediaan ”Mi Segera” dan dekorasi selepas
suhu air akhir di ambil.

7.0 PANDUAN PENGELOLA


7.1 Persiapan Tempat
i. Menyediakan dewan dan bilik pemasangan projek dan ruangan
penilaian pelaporan projek peserta.
ii. Kawasan lapang yang berhampiran dengan dewan/bilik
pemasangan dan penilaian projek yang terdedah kepada sinaran
matahari yang terik.
iii. Khemah perlu dilengkapi dengan kemudahan meja dan kerusi
untuk kegunaan panel hakim pertandingan.
iv. Bilik atau kawasan kuarantin untuk guru-guru pengiring berada.
v. Kawasan pertandingan hendaklah dipagar menggunakan pita
penghadang bagi mengawal kemasukan penonton ke kawasan
pertandingan.
vi. Meja banquet untuk penyediaan dan mempamerkan dekorasi mi
segera.
7.2 Pertandingan Peringkat Kebangsaan
Pengelola perlu melantik sekurang-kurangnya:
i. 3 orang hakim berlatar belakang sains atau kemahiran teknikal.
ii. 5 orang teknikal pertandingan.
iii. 1 orang juruhebah yang mampu menarik perhatian dan minat
penonton.

GREEN COOKER CHALLENGE | 4


iv. 2 orang pencatat masa semasa pertandingan dan semasa
pembentangan pelaporan projek.
v. 16 orang pembantu untuk pengurusan pasukan bertanding.
7.3 Keperluan lain
i. Sebarang keperluan tambahan akan dimaklumkan oleh panel
hakim.

8.0 KEPERLUAN PERTANDINGAN


8.1 Persiapan Tempat
i. Dewan yang besar dan berada di aras bawah untuk
memudahkan proses pemasangan projek/kuarantin bahan projek
dan penilaian pelaporan dijalankan.
ii. Bilik kuarantin yang luas dan selesa sebagai ruang menunggu
peserta bersama guru pembimbing.
iii. Kawasan lapang yang berhampiran dengan dewan/bilik
pemasangan dan penilaian projek yang terdedah kepada sinaran
matahari yang terik.
iv. Kawasan pertandingan hendaklah dipagar menggunakan pita
penghadang bagi mengawal kemasukan penonton ke kawasan
pertandingan
v. Khemah bersaiz 20 x 20 kaki berserta kipas perlu dilengkapi dengan
kemudahan meja dan kerusi untuk kegunaan panel hakim
pertandingan, pasukan, urusetia dan penyediaan makanan.
8.2 Alatan Siaraya

i. 3 mikrofon dan 2 set sistem siaraya mudah alih hendaklah


disediakan untuk kegunaan di dalam bilik penilaian pelaporan
projek dan pengujian projek.
8.3 Panel Hakim
i. Bilangan panel hakim adalah 3 orang.
ii. Terdiri daripada kalangan individu yang mempunyai pengetahuan
berkaitan Teknologi Hijau (TH), Sains dan Matematik dan daripada
pelbagai jabatan/agensi.
iii. Terdiri daripada kalangan mereka yang tidak mempunyai
kepentingan dengan mana-mana pasukan.

GREEN COOKER CHALLENGE | 5


8.4 Borang Pemarkahan

i. Borang pemarkahan hendaklah disediakan secukupnya untuk


kegunaan panel hakim.
ii. Mesin kira dan alat tulis hendaklah disediakan.

8.5 Keperluan lain


i. Sebarang keperluan tambahan akan dimaklumkan oleh panel
hakim.
8.6 Jawatankuasa lain
i. Dibentuk mengikut keperluan dan kesesuaian pertandingan.

9.0 MAKLUMAT TAMBAHAN


9.1 Semasa pertandingan berlangsung, guru pembimbing TIDAK
dibenarkan membantu dan berada di kawasan pertandingan.
9.2 Para peserta DIWAJIBKAN memakai kemeja-T berkolar, topi, seluar dan
kasut sukan semasa pertandingan dijalankan.
9.3 Jika pertandingan bahagian kebolehfungsian peralatan tidak dapat
dijalankan disebabkan keadaan cuaca redup atau hujan, keputusan
akan ditentukan oleh panel hakim.
9.4 Setiap pasukan perlu mengambil kira aspek kebersihan dalam
penyediaan makanan.

GREEN COOKER CHALLENGE | 6


LAMPIRAN A

FORMAT PELAPORAN PROJEK GREEN COOKER CHALLENGE (GCC):

i. Font: Arial
ii. Saiz: 12
iii. Spacing: Double spacing
BIL PERKARA PENERANGAN
1 Kategori Pertandingan Green Cooker Challenge (GCC)
2 Kod Kumpulan Nombor daftar kumpulan yang diterima
semasa pendaftaran GCC. Contoh: GCC01,
Muka GCC02
Hadapan 3 Nama Ahli Kumpulan Nama penuh setiap ahli kumpulan.
4 Sektor Nyatakan sektor Teknologi Hijau yang terlibat
dalam projek.
5 Abstrak Sinopsis kepada keseluruhan kajian
(Nyatakan tujuan projek, hipotesis,
metodologi, hasil, analisis dan kesimpulan
berkaitan projek)
6 Pengenalan Latar belakang projek, penyataan masalah,
objektif penghasilan projek
7 Aplikasi Konsep Sains Penjelasan konsep sains yang berkaitan
dengan penghasilan dan kebolehfungsian
Isi projek
Kandungan 8 Reka Bentuk Penerangan berkaitan pemilihan rekabentuk
projek termasuk aspek kekemasan dan
kesempurnaan projek
9 Kesesuaian Saiz Projek Penerangan berkaitan pemilihan saiz projek
10 Pemilihan dan Penjelasan tentang faktor pemilihan dan
Penyesuaian: penyesuaian berkaitan: warna, bahan dan
i) Warna bentuk
ii) Bahan
iii) Bentuk
11 Penggunaan Bahan 3R Penerangan tentang faktor pemilihan dan
(Reuse, Reduce, Recycle) penggunaan bahan 3R
12 Perkaitan projek dengan Penjelasan tentang projek dengan sektor
Teknologi Hijau Teknologi Hijau yang berkaitan
13 Proses Pembinaan Projek Penerangan bergambar semasa proses
pembinaan projek
14 Nilai Komersial Menjelaskan perancangan pemasaran
model yang dibina
15 Cuba Jaya Mengemukakan rekod ujian projek (Data)
Penutup 16 Kesimpulan Membuat rumusan keseluruhan berkaitan
projek
17 Rujukan Senaraikan bahan atau sumber rujukan yang
berkaitan

GREEN COOKER CHALLENGE | 7


SENARAI KEPERLUAN
PERTANDINGAN GREEN COOKER CHALLENGE

BIL PERKARA KUANTITI


1 Khemah 20 x 20 kaki persegi 6 unit
Meja banquet
-Pendaftaran
-Hakim
2 15 unit
-Pembentangan Pelaporan (Projek)
-Urusetia
-Dekorasi
3 Kerusi 70 unit
4 Pita penghadang (Caution tape) 5 unit
5 Termometer makmal 16 unit
6 Hard file (hakim) 5 unit

Peralatan dan alat tulis:


Calculator
5 unit
Stapler
5 unit
Pen
30 unit
Pensel
7 30 unit
Pembaris
3 unit
Binding tape
5 unit
Double sided tape
5 unit
Selofan tape
5 unit
Marker pen
5 unit
Peralatan dan bahan dekorasi:
Mi segera 16 bungkus
Pisau Lipat 16 unit
Chopboard 16 unit
Pinggan 16 unit
Sudu dan garfu 16 unit
Napkin 16 unit
8
Mangkuk 16 unit
Penapis 16 unit
Sarung tangan 16 unit
Tisu 16 unit
Apron 16 unit
Bahan dekorasi Mengikut kesesuaian
(Akan ditetapkan oleh teknikal pertandingan)
Air mineral:
9 150 botol
Ujikaji, Urusetia, Peserta
Tag
10 -Ahli kumpulan (GCC1,GCC2,GCC3,……GCC48) 48 unit
-Guru Pembimbing GCC 16 unit
Tag:
11
-Teknikal dan pembantu 21 unit

GREEN COOKER CHALLENGE | 8


-Hakim 3 unit
Meja makan bulat/ banquet
12 8 unit
(Untuk bilik kuarantin guru)
13 Label model dapur (GCC1….GCC16) 16 unit
14 Label meja (GCC1,GCC2,GCC3,……GCC16) 16 unit
15 Bahan tema (mi segera, air) 16 unit
16 Jam randik (digital) 2 unit
17 Peti kecemasan 1 unit
18 Wisel 1 unit
Dewan/ bilik:
-Bilik Pembentangan Pelaporan projek 1 unit
19
-Bilik kuarantin guru 1 unit
-Dataran kejat/ kawasan lapang untuk pengujian 1 unit

GREEN COOKER CHALLENGE | 9


SPESIFIKASI TUGAS DAN PERANAN
PERTANDINGAN GREEN COOKER CHALLENGE

TUGAS SPESIKASI TUGAS DAN PERANAN

1. Memastikan kawasan pertandingan bersih sebelum dan


selepas pertandingan.
2. Memastikan lokasi pertandingan di bawah sinaran matahari
yang terik.
3. Memastikan keperluan hakim dan pertandingan
disediakan.
Pegawai Teknikal 4. Memberi taklimat penghakiman kepada hakim yang
dilantik.
5. Mengurus, mengatur dan melaksanakan pertandingan
secara keseluruhannya
6. Mengendalikan pertandingan mengikut format yang telah
ditetapkan.
7. Memberi taklimat pertandingan kepada guru pembimbing
dan peserta pertandingan pada hari pertama
pertandingan.

1. Membuat penilaian pembentangan dan penilaian


rekabentuk model green cooker seawal jam 8.00 pagi pada
hari kedua pertandingan.
2. Membuat pemeriksaan suhu air pada masa pertandingan
Hakim
dan pemarkahan dekorasi masakan.
3. Membuat penilaian dekorasi mi segera.
4. Melakukan proses penjumlahan markah untuk menentukan
pemenang setelah tamat keseluruhan item pertandingan.

1. Membantu menjalankan proses undian giliran


pembentangan dan kedudukan kawasan pertandingan
pengujian pasukan.
2. Membantu hakim semasa sesi pembentangan.
3. Menyediakan peralatan PA sistem, meja pertandingan,
borang-borang pertandingan,alat tulis, borang hakim dan
jadual pertandingan.
4. Membuat semakan bahan dan alatan binaan green
Pembantu Teknikal cooker pada hari pertama pertandingan (sebelum sesi
pemasangan).
5. Menyediakan bahan dan keperluan penghakiman semasa
pembentangan dan perlumbaan pertandingan.
6. Mengurus pendaftaran peserta pertandingan sebelum
taklimat.
7. Membantu dalam pengendalian pertandingan.
8. Mengendalikan proses pemeriksaan spesifikasi green
cooker.

GREEN COOKER CHALLENGE | 10


BORANG PEMARKAHAN
PERTANDINGAN GREEN COOKER CHALLENGE

KOD KUMPULAN : ......................................................................................

MARKAH
KRITERIA MARKAH
PENUH
Rekabentuk Aplikasi konsep sains
(25%) i. pantulan 3
ii. kesan rumah hijau 3
iii. pembiasan 3
Rekabentuk menarik
i.Kekemasan model 3
ii.Kesempurnaan binaan model
Kesesuaian saiz projek
3
i.Praktikal dengan penggunaan masa kini
Pemilihan dan penyesuaiaan
i.Warna
3
ii. Bahan
iii. Bentuk
Menggunakan bahan 3R 3
Nilai komersial (marketable)
4
i.Perancangan pemasaran model yang dibina
Pembentangan Abstrak (Sinopsis Keseluruhan Projek) 3
Pelaporan Projek
(35%) Objektif 3
Pengenalan dan pernyataan masalah 4
Teori saintifik – pengumpulan haba 5
Penjelasan mengenai pemilihan warna 3
Penerangan bergambar semasa pembuatan 3
Penjelasan bahan projek dengan Teknologi
5
Hijau
Cuba jaya (Rekod Ujian Projek) 5
Kesimpulan 4
Kerjasama Kumpulan
Pembuatan, Persembahan dan Pengujian 5
(5%)
Kebolehfungsian Projek Mudah digunakan 5
(30%)
Peningkatan suhu pada minit ke 60
20
(Suhu:.........oC)
Masa yang diambil untuk mencapai suhu 100oC
(.............minit) 5
Jika suhu dicapai sebelum minit ke 60
Dekorasi (5%) Dekorasi 5
JUMLAH 100

Tandatangan hakim : …..................................... Disahkan oleh,


Nama hakim : ......................................... .............................................
Tarikh : ......................................... ( )

GREEN COOKER CHALLENGE | 11


BORANG TRANSIT PENGHAKIMAN

BIL NAMA KUMPULAN SUHU AWAL (°C) SUHU AKHIR(°C) MASA (MINIT) MASA DEKORASI
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16

GREEN COOKER CHALLENGE | 12


BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN GREEN COOKER CHALLENGE

“SUSTAINABLE ENERGY AND BUILT ENVIRONMENT ”


NEGERI:

BUTIRAN SEKOLAH
NAMA SEKOLAH ALAMAT NO TEL / FAKS E-MAIL

GURU PEMBIMBING
SAIZ
NAMA JANTINA BANGSA MYKAD NO TEL
TSHIRT

PESERTA
JANTIN BANGSA SAIZ
BIL NAMA MYKAD
A M C I L TSHIRT

BILANGAN VEGETARIAN
GURU MURID

Dengan ini pihak kami mengesahkan peserta tersenarai adalah murid sekolah ini dan segala
maklumat yang dinyatakan adalah benar dan tepat.

Pengesahan Pengetua: Cop Rasmi :


..........................................................
( ) Tarikh :

Untuk Kegunaan Urusetia Penganjur

TARIKH TERIMA PENERIMA TANDATANGAN

GREEN COOKER CHALLENGE | 13


BORANG MAKLUM BALAS
PERTANDINGAN GREEN COOKER CHALLENGE

NAMA PERTANDINGAN :
NEGERI PASUKAN :
NAMA PEGAWAI/GURU :
NO. TELEFON :

KELEMAHAN / ISU :

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

_____________________________
NAMA :
NO. TEL :

GREEN COOKER CHALLENGE | 14

You might also like