You are on page 1of 5

2015

KONVENSYEN
KELAB DOKTOR
MUDA
PERINGKAT
KEBANGSAAN
KALI KE-7, 2017

PERTANDINGAN INOVASI
BAHAN BANTU MENGAJAR DOKTOR MUDA

1
GARIS PANDUAN PENYERTAAN DAN PERATURAN

PERTANDINGAN INOVASI BAHAN BANTU MENGAJAR DOKTOR MUDA

KONVENSYEN KELAB DOKTOR MUDA KEBANGSAAN 2017

1. PENGENALAN

Inovasi ialah kaedah mencari jalan menghasilkan bahan bantu pembelajaran


yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan.
Ia adalah hasil cetusan idea yang kreatif dan inovatif. Idea ini boleh
merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah
dan cara belajar.

2. OBJEKTIF

2.1 Menjana kreativiti ahli Kelab Doktor Muda berkaitan pengetahuan,


sikap dan kemahiran cara hidup sihat
2.2 Penghasilan idea dan bahan inovasi yang dapat diaplikasikan dalam
mendidik ahli Doktor Muda, rakan sebaya, warga sekolah dan
masyarakat.
2.3 Membina dan mewujudkan kaedah baru yang berasaskan Bahan
Bantu Mengajar.

3. PESERTA

3.1 Pertandingan ini dibuka kepada semua ahli Kelab Doktor Muda yang
telah berdaftar sebagai ahli Kelab di sekolah seluruh Malaysia.
3.2 Setiap negeri akan diwakili 3 orang peserta.
3.3 Peserta bagi setiap pasukan hendaklah dari sekolah yang sama.

4. SKOP INOVASI

Bahan Bantu Mengajar berpandukan Skop Modul Kelab Doktor Muda atau
berkaitan dengan isu kesihatan semasa.

5. DOKUMENTASI PROJEK INOVASI

5.1 Setiap penyertaan perlu menyediakan tiga (3) laporan projek


inovasi yang mengandungi perkara-perkara berikut:

2
i. Tajuk projek
ii. Abstrak
iii. Pengenalan
iv. Latarbelakang
v. Objektif
vi. Isi kandungan
vii. Isu dan Permasalahan - Sebelum Inovasi
viii. Proses pelaksanaan Inovasi - Semasa Inovasi
ix. Impak - Selepas Inovasi
x. Kewangan
xi. Kesimpulan
xii. Rujukan
xiii. Penghargaan

5.2 Menyediakan laporan projek dengan menggunakan kertas A4, tidak


melebihi 20 muka surat menggunakan font Arial 12 dan selang
baris 1.5. Gambar dan gambarajah perlu dilabel dengan betul dan
dilampirkan. Laporan perlu disediakan dalam 3 salinan.

6. BAHASA

Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun istilah


tertentu dalam Bahasa Inggeris boleh digunakan jika perlu.

7. TEMPOH INOVASI
Bahan inovasi yang dipertandingkan mestilah bahan yang dihasilkan bermula
Ogos 2015 hingga Julai 2017.

8. PENILAIAN INOVASI

a. Bahan Bantu Mengajar akan dinilai oleh Juri yang akan dibentangkan
oleh peserta.
b. 3 orang peserta dikehendaki berada bersama Bahan yang dihasilkan
semasa pembentangan dijalankan.
c. Peserta perlu bersedia untuk menjawab soalan daripada pihak JURI.

d. Setiap negeri WAJIB menyediakan tiga (3) salinan laporan berkaitan


projek inovasi yang dibentang.
e. Semua peserta perlu terlibat dalam sesi pembentangan
f. Masa pembentangan antara 10 - 15 minit bagi setiap pasukan.
g. Demonstrasi pengunaan bahan DIWAJIBKAN.

9. FORMAT PEMARKAHAN

3
KRITERIA HURAIAN SKOR
Idea Keaslian,
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Penghasilan,
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Kreativiti
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Impak Faedah kepada


pengguna 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Mesra Alam
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Mesra Pengguna
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Menarik
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Penilaian Menepati Syarat


Dokumentasi pelaporan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Persembahan Menepati kriteria


Hasil Inovasi persembahan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Penilaian Penilaian sebelum,


Keseluruhan semasa dan selepas 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

10. TANGGUNGJAWAB URUS SETIA

Urus setia bertanggungjawab menyediakan perkara berikut :

a. Banquet Table (6 x2) (1 Unit)


b. Plug Point (1 unit)

4
c. Kerusi (3 unit)

11. KEPUTUSAN PERTANDINGAN

Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

You might also like