You are on page 1of 2

KERTAS KERJA PROGRAM HARI KELUARGA KELAB GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH MENENGAH

AGAMA NILAI TAHUN 2016

1. TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan dengan tujuan untuk mendapatkan pertimbangan sumbangan
daripada pihak berkaitan bagi menjayakan Hari Keluarga 2016.

2. MATLAMAT

Matlamat projek ialah untuk mewujudkan interaksi serta mengeratkan hubungan antara guru-guru
dan kakitangan Sekolah Menengah Agama Nilai serta anggota keluarga masing-masing.

3. OBJEKTIF

- Menjalinkan hubungan silaturahim antara staf dengan guru Sekolah Menengah Agama Nilai.

- Menyemai semangat kekitaan dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

- Sebagai penghargaan kepada guru-guru dan kakitangan dalam perkhidmatan mereka kepada
sekolah.

- Sebagai aktiviti tahunan bagi staf Sekolah Menengah Agama Nilai

4. PELAKSANAAN

Tarikh : 16 September hingga 17 September 2016

Hari : Jumaat dan Sabtu

Tempat : PRIMA INLAND PORT DICKSON

Tempoh : 2 Hari 1 Malam

Sasaran : Semua Guru dan Staff Sekolah Menengah Agama Nilai

5. JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Pn Suriyah binti Ghazali

Pengerusi : Pn. Aisah binti Sekbong

Setiausaha : Pn. Zubaidah binti Seman

Naib Setiausaha : Pn Aiza Fazlina binti Jaafar

Bendahari : Pn. Siti Khadijah binti Mohd Daud


6. KEWANGAN ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH CATATAN


1 MAKAN MALAM /BBQ 150 X RM 25 RM 3750
2 SARAPAN PAGI 150X RM 4.50 RM 675
3 MAKAN TENGAHARI 150X RM 4.50 RM 675
4 DEWAN 1X RM 800 RM 800
5 BILIK/PENGINAPAN 38X RM 180 RM 6840 (Tanggungan
sendiri)
JUMLAH RM12740

7. TENTATIF HARI PERTAMA

JUMAAT (16 SEPTEMBER 2016)

2.30 PTG BERGERAK KE PORT DICKSON


3.30- 4.00 PTG PENDAFTARAN
4.00- 5.00 PTG SOLAT ASAR DAN PERSIAPAN
5.00 – 6.00 PTG SLOT MAHABBAH
6.00 – 7.00 PTG PERSIAPAN DIRI DAN MAKAN MALAM
7.00 - 8.30 MLM SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH DAN TAZKIRAH
8.30 - 9.00 MLM SOLAT ISYAK BERJEMAAH
9.00 – 11.00 MLM SLOT BERSAMA DR NORHAYATI ( PEMBANGUNAN PROFESION KEGURUAN )

SABTU ( 17 SEPTEMBER 2016)

7.00 – 8.00 PAGI SARAPAN PAGI


8.00 – 10.00 PAGI SUKANEKA
10.00 – 11.00 PAGI MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH
11.00 – 12.00 PAGI PERSIAPAN PULANG DAN MAKAN TENGAH HARI

9. PENUTUP

Program seumpama ini diharap membantu mengeratkan hubungan diantara guru dan staff sokongan
sekolah. Disamping itu, ia juga dapat membantu semua ahli mengurangkan tekanan dan bebanan
kerja yang ditanggung selama ini. Diharap program ini akan dapat di teruskan pada masa akan
datang.

You might also like