You are on page 1of 21

TUGASAN KUMPULAN

KURSUS:

HSA 3023 - ASIA TENGGARA ABAD KE-9 HINGGA 18

PENSYARAH: DR. ADNAN BIN JUSOH

SOALAN: 07

TAJUK TUGASAN KUMPULAN:

BINCANGKAN KEMUNCULAN, PERKEMBANGAN DAN


KEJATUHAN BEBERAPA BUAH KERAJAAN DI
BURMA.

GROUP: B (KHAMIS/MASA/TEMPAT)

KUMPULAN:
1. NORFARAHANI BINTI ISMAIL (D20142069177) -Ketua Kumpulan
2. MOHAMAD HARITH BIN SULAIMAN (D20141067083)
3. FAARIS LUQMAN BIN FATAH (D20141067088)
4. NUR FADZILAH BINTI MARALI (D20142069174)

Jabatan Sejarah
Fakulti Sains Kemanusiaan
KANDUNGAN
MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 1-2

2.0 Empayar Pagan

2.1 Masyarakat Pyu 3-4

2.2 Masyarakat Mon 4-5

2.3 Kejatuhan Empayar Pagan 5-8

3.0 Empayar Toungoo

3.1 Wangsa Toungoo Pertama


3.1.1 Kemunculan 9
3.1.2 Perkembangan 9-10
3.1.3 Kejatuhan 10-11

3.2 Wangsa Toungoo yang dipulihkan

3.2.1 Kemunculan 11
3.2.2 Perkembangan 11-12
3.2.3 Kejatuhan 12-13

4.0 Empayar Konbaung

4.1 Kemunculan 14
4.2 Perkembangan 14-15
4.3 Kejatuhan 15-16

5.0 Penutup 17

6.0 Bibliografi
BINCANGKAN KEMUNCULAN, PERKEMBANGAN DAN KEJATUHAN BEBERAPA
BUAH KERAJAAN DI BURMA.

1.O PENGENALAN

Burma atau turut dikenali sebagai Myanmar merupakan sebuah negeri yang bersempadanan

dengan negeri Thai, China, dan Bangladesh dan menjadi tanah jajahan Inggeris pada tahun 1886.

Burma meliputi tempoh dari masa penempatan manusia pertama yang diketahui-13,000 tahun

dahulu hingga ke hari ini. Penduduk yang paling awal adalah seorang Tibet-Burma yang

menubuhkan Pyu bandar-negeri adalah di antara selatan sejauh Pyay dan diterima pakai

Theravada Buddha. Satu lagi kumpulan, orang-orang Bamar, memasuki atas Irrawaddy lembah

di abad ke-9 awal. Mereka kemudian mendirikan Pagan Kingdom (1044-1287), penyatuan yang

pertama kali daripada Irrawaddy lembah dan kawasan pinggirannya. Bahasa Burma dan budaya

Bamar perlahan-lahan datang untuk menggantikan norma Pyu dalam tempoh ini. Selepas

serangan Pertama Mongol Burma di 1287, beberapa kerajaan kecil, di mana Kerajaan Ava, yang

Hanthawaddy Kingdom, Kerajaan Mrauk U dan Amerika Shan adalah kuasa utama,

mendominasi landskap, penuh dengan pernah senantiasa berubah dan peperangan yang

berterusan.

Dari segi fizikal, Burma merupakan sebuah negera yang menarik kerana mempunyai ciri-ciri

seperti banjaran gunung serta sistem sungai yang membujur dari utara ke selatan, kawasan tanah

pamah yang luas, kolam air panas, gunung berapi, batu-batan, taburan pulau yang indah seperti
kepulauan Mergui dan sebagainya. Terdapat tiga empayar utama di Burma pada abad ke 9 hingga

18 iaitu dimulai oleh empayar Pagan pada tahun (849-1287) dan Anawrahta adalah raja yang

telah membangunkan Pagan dan memerintah selama hampir 35 tahun(1044-1077). 1Empayar

yang seterusnya tubuh

selepas keruntuhan empayar pagan ialah Taungoo bermula dari tahun 1531 hingga 1752 dan

raja Tabishwehti adalah raja yang telah mengasaskan empayar ini dan memerintah dari tahun

1531 sehingga 1551.2 Seterusnya ialah empayar terahir dalam era kerajaan awal Burma sehingga

abad ke 18 ialah empayar Konbaung yang muncul di sebuah perkampungan kecil dan di asaskan

oleh dua bersaudara.3

Sejarah tentang kebangkitan dan kemerosotan empayar di Burma amat rumit dan banyak

peristiwa pergolakan etnik bermula dari kerajaan awal sehinggalah ke zaman moden hari ini.

Rentetan daripada masalah-masalah yang telah berlaku di setiap empayar ini menyebabkan

empayar ini mengalami kemerosotan dan seterusnya mulai jatuh yang kemudian digantikan oleh

empayar yang seterusnya kecuali empayar Konbaung telah di takluki oleh British dan juga

mengalami peperangan dalam tempoh yang lama. Seterusnya pada abad ke-19, Burma atau

Myanmar telah dijajah dan diperintah oleh British dan akhirnya mencapai kemerdekaan pada

akhir abad ke-19.

1
Lan Glover and Peter Bellwood, 2004. Southest Asia From Prehistory to History. USA and Canada:
RoutledgeCurzon.Hlm 151.
2
D.G.E Hall,1981. Sejarah Asia Tenggara. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 463.
3
Ibid hlm 499.
2.0 EMPAYAR PAGAN

Kemunculan, perkembangan dan kejatuhan Kerajaan Pagan di Burma dapat dilihat

berdasarkan beberapa etnik yang muncul dalam kerajaan ini dalam tempoh masa 1044-1287.4

Zaman kerajaan ini merupakan zaman yang akan membawa kepada rentetan sejarah kemunculan,

perkembangan dan kemerosotan kerajaan Pagan di bawah pimpinan beberapa orang pemerintah.

Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa kemunculan zaman pra-Pagan ini adalah bermula

daripada era Pyu pada tahun 638 SM.

2.1 MASYARAKAT PYU

Orang-orang Pyu ini telah tiba di Burma pada abad pertama SM atau lebih awal dan

menubuhkan kerajaan-kerajaan di bandar Binnaka, Mongamo, Sri Ksetra, Peikthanomyo,

Kutkhaing di utara, Halin Gyi Thanlwin garis pantai di sebelah timur.5 Semasa zaman ini,

Burma menjadi jalan laluan bagi pedagang-pedagang yang berdagang daripada China ke India.

Selain itu, menurut D. G. E. Hall di dalam bukunya yang bertajuk Sejarah Asia

Tenggara, beliau ada menulis bahawa orang-orang Pyu mendakwa mereka telah menguasai 18

daerah Burma yang kebanyakannya berada di kawasan Burma Hilir.6 Salah satu daripadanya

adalah Mi-cen dimana rajanya telah mendapat pengiktirafan daripada China pada tahun 805

tetapi telah dibinasakan pada tahun 835 SM oleh Nancao.

Tambahan pula, orang Pyu juga menggambarkan mereka sebagai orang-orang yang

berperikemanusiaan dan mementingkan kedamaian. Sebagai contoh, negeri tersebut termasuklah

4
Yaw Yin Hlaing, R. H. 2005. Myanmar: Beyond Politics to Societal Imperatives. Singapore: ISEAS Publications
5
Jessy, J.S. 1985. History of South-East Asia (1824-1965). Malaysia: Penerbitan Darulaman. Hlm 83.
6
D.G.E Hall, 1987. Sejarah Asia Tenggara. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm 117.
negeri-negeri Kun-Lun yang letaknya berhampiran sebuah pelabuhan yang bernama Mo-ti-po

dimana pelabuhan ini dapat menghubungkan mereka dengan Palembang dan Jawa. Negeri ini

sebenarnya adalah negeri Mon. Di Negara-negara Bandar, Pyu pernah bergabung menjadi sebuah

kerajaan Pyu, tetapi telah menjadi kebiasaan dimana kerajaan yang lebih berkuasa akan

mendominasi kerajaan-kerajaan yang lebih kecil.

Kerajaan yang paling kuat pada masa ini adalah kerajaan Sri Ksetra yang dijumpai

melalui kajian arkeologi yang dilakukan dan menunjukkan bukti bahawa ianya merupakan

sebuah kerajaan yang terbesar di Burma pada ketika itu.7 Terdapat sejarawan menyatakan

bahawa itu adalah merupakan Halingyi yang mungkin berkaitan dengan Bandar purba Tagaung.

Akhirnya pada pertengahan abad ke-9, kegemilangan zaman Pyu telah ditamatkan oleh kerajaan

Nanzhao.

2.2 MASYARAKAT MON

Perkembangan dalam empayar Pagan juga dapat dilihat melalui kemunculan masyarakt

Mon. Kerajaan Mon telah ditubuhkan pada abad ke-6. Selepas berhentinya peperangan-

peperangan di Burma, tidak lama sebelum kematian Razadarit yang merupakan seorang

negarawan yang bijak, kerajaan Mon mengalami satu zaman yang aman dan makmur.8 Ibu

kotanya menjadi pusat perdagangan yang besar dan menjadi tumpuan saudagar-saudagar luar

negeri. Terdapat tiga buah pelabuhan kerajaan Mon yang paling sibuk iaitu, Martaban yang

berjaya diperolehinya semula daripada Siam, Syriam, dan Bassein yang terletak di kawasan

delta.9 Pelabuhan-pelabuhan ini menjalankan perdagangan tetap dengan India, Melaka dan

Kepulauan Melayu. Orang Mon di Burma kebanyakannya didapati di kawasan sebelah timur

7
Jessy, J.S. 1985. History of South-East Asia (1824-1965). Malaysia: Penerbitan Darulaman. Hlm 83.
8
Ibid. Hlm 206
9
D.G.E Hall, 1987. Sejarah Asia Tenggara. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm 193.
Sungai Irrawadi sehingga ke Tavoy di sebelah selatan. Manakala pusat politik dan kebudayaan

mereka terletak di lembah Sungai Menam Chao Pya. Orang-orang Mon telah mengamalkan

ajaran Budha Therravada dimana ianya telah berkembang seiring dengan pusat politik dan

kebudayaan mereka itu.10

Selain itu, orang Mon telah menjadi perintis kepada aktiviti penanaman padi dan kacang

di Burma.11 Orang Mon ini juga telah berjaya mencapai satu kejayaan yang boleh dibanggakan

berbanding masyarakat lain apabila mereka telah berjaya membina sistem pengairan di Kyaukse

yang merupakan satu kawasan yang kering di bahagian tengah Burma. Kesan daripada

pembinaan terusan ini, kawasan tersebut telah menjadi satu kawasan yang sangat penting dalam

sejarah Burma.

Disamping itu, selepas berlakunya keruntuhan ibu kota Pyu, orang-orang Mon terpaksa

menghadapi serangan daripada puak-puak Nancao. Selain itu juga, mereka terpaksa

mempertahankan kawasan Kyaukse daripada serangan yang dilakukan oleh orang Burma pada

abad yang ke-9. Kesan daripada peristiwa serangan ini, kerajaan Mon telah berjaya dilemahkan

oleh orang-orang Burma dan seterusnya, telah bermulalah perkembangan wangsa Pagan yang

bermula pada sekitar tahun 1044 M.

2.3 KEJATUHAN EMPAYAR PAGAN

Kerajaan Pagan menjadi mundur kerana lingkaran gangguan dalaman dan cabaran luaran

oleh Arakan, Pegu, Mongol dan Shan. Berulang pencerobohan Mongol (1277-1301)

menggulingkan kerajaan. Keruntuhan ini diikuti oleh 250 tahun pemecahan politik yang

10
Ibid.
11
Ian Glover and Peter Bellwood. 2004. Southeast Asia from Prehistory to History. TJ International Ltd, Padstow,
Cornwall. Hlm 165.
berlangsung sehingga abad ke-16.12 Antara kerajaan kecil yang muncul selepas kejatuhan

kerajaan Pagan ialah:

HANTHAWADDY PEGU [1287-1539]

Kerajaan Hanthawaddy adalah antara kerajaan terawal yang wujud selepas kejatuhan

empayar pagan yang juga merupakan kerajaan yang di asaskan oleh orang Mon dan ibu kota bagi

pentadbiran ini terletak di Pegu pada tahun 1369 yang mana sebelum ini terletak di Martaban

semasa di bawah pemerintahan Wareru pada akhir abad ke 13.13 Hikayat Slapat Rajawan ada

menyebut tentang tiga orang raja yang berjaya memerintah kerajaan ini sama ada dari segi politik

mahupun agama, antaranya ialah Binya Barow, Shin Saw Bu dan Dhammazedi.14 Pada sekitar

tahun 1453 hingga 1472, kerajaan ini diperintah oleh oleh seorang ratu atau maharani iaitu

maharani Shin Saw Bu dan beliau berjaya memerintah dan melaksanakan tanggungjawab

terhadap pentadbiran dan agam dengan baik yang pada masa itu di bantu oleh seorang penasihat

dari golongan rahib bernama Dhammazedi.15 Dhammazedi yang dilantik menjadi raja selama 20

tahun bermula pada tahun 1472 dan beliau adalah seorang raja yang terkenal dalam sumbangan

dalam mengukuhkan agama dan pentadbiran kerajaannya. Walaubagaimanapun, terdapat seorang

lagi raja yang berjaya memerintah kerajaan ini dengan baik, iaitu raja Razadirat yang mana

beliau telah meningkatkan martabat bangsa melalui penyatuan kuasa Mon di Hanthawaddy,

membangunkan Hlaing sebagai sebuah Bandar pertahanan serta membina biara Denek 16.

12
Ian Glover and Peter Bellwood. 2004. Southeast Asia from Prehistory to History. TJ International Ltd, Padstow,
Cornwall. Hlm 170.
13
D.G.E Hall, 1987. Sejarah Asia Tenggara. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm 206.
14
Ibid.
15
Bastian. A. 2004. A Journey in Burma (1861-1862). Thailand: Walter E. J Tips. Hlm 273.
16
D.G.E Hall, 1987. Sejarah Asia Tenggara. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm 193.
Kejayaan yang dicapai dalam pemerintahan kerajaan ini oleh raja Hanthawaddy dapat

dinyatakan sebagai era kebangkitan kerajaan ini dan bertahan sehinggalah di takluki oleh British

pada abad ke 19.

SHAN [1287-1557]

Serangan Monggol ke atas Burma memberi peluang kepada orang Shan untuk

memainkan peranan yang giat dalam kerajaan Pagan.17 Selepas kejatuhan empayar pagan, telah

muncul sebuah kerajan yang di asaskan oleh orang Shan yang bermula di bahagian selatan

Myanmar yang digelar sebagai kerajaan Shan.18 Apabila kerajaan Shan berjaya menawan Pagan,

Kerajaan Shan mempenjarakan raja dan dua orang anak lelakinya kerana tunduk kepada China

dan menabalkan anak luar nikahnya yang bernama Sawhit sebagai raja.19 Pada tahun 1388, pusat

pentadbiran telah dipindahkan dari Pinya ke Ava dan pada masa yang sama negeri-negeri shan

seperti Hsenwi, Hsipaw, Momeik dan Mohnyin mula menonjol dari segi politik setelah para

pembesarnya mendapat pengiktirafan dari China. Pemerintah Shan tetap menggunakan dan

mengamalkan beberapa warisan daripada kerajaan pagan antaranya ialah masih mengekalkan

sistem Perajaan Pagan, perkahwinan para pembesar dan kerabat diraja dengan puteri-puteri

Pagan, pengekalan dari segi gelaran raja dan pembesar dan yang paling utama ialah mengekalkan

Pagan sebagai pusat ilmu dan agar sehingga abad ke 15. Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan

ini meneruskan pentadbiran berlandaskan atau berpandukan kegemilangan empayar yang

terdahulu dan ini membuktikan bahawa Pagan telah mencapai taraf sebagai sebuah empayar

yang berjaya.20

17
Ibid. Hlm 205.
18
Jessy, J.S. 1985. History of South-East Asia (1824-1965). Malaysia: Penerbitan Darulaman. Hlm 85.
19
Ibid. Hlm 194
20
Bastian. A. 2004. A Journey in Burma (1861-1862). Thailand: Walter E. J Tips. Hlm 183.
ARAKAN [1287-1784]

Serangan kerajaan ava terhadap Arakan pada tahun 1404 telah menyebabkan raja Arakan

pada waktu itu bernama Narameikhla telah melarikan diri ke Benggala, namun pada tahun 1430

beliau berjaya menguasai kembali Arakan dan kemudiannya menubuhkan sebuah kerajaan di

Mrauk-U (Mrohaung) terletak di antara sungai Lemro dan Sungai Kaladan dan ia mencapai

kegemilangan antara abad ke 15 sehingga abad ke 17.21 Pada awal abad ke 15, Narameikhla

telah mendapatkan bantuan-bantuan daripada pahlawan-pahlawan Islam dan peristiwa ini telah

menjadi tanda permulaan pengaruh Islam ke dalam politik Burma dan seterusnya membawa

kepada pengaruh yang lebih besar dalam pentadbiran kerajaan Arakan. Arakan adalah salah satu

kerajaan warisan pagan yang tidak di takluki oleh empayar Toungoo. Sepertimana kerajaan-

kerajaan yang lain, Arakan juga mengalami kebangkitan bergantung kepada kerajaan dan

pemerintah yang memerintah.

Zaman kemerosotan yang di alami oleh empayar pagan ini tidak hanya dipengaruhi oleh

satu faktor sahaja tetapi sebenarnya melibatkan beberapa faktor antaranya ialah sikap raja yang

memerintah, serangan dari pihak monggol serta penguasaan dari golongan pembesar dan sangha

yang melampui kuasa raja yang memerintah pada era ini. Ekoran daripada peristiwa kemerosotan

ini, telah menyebabkan perpecahan semula kerajaan kecil di bawah taklukan Pagan dan

membentuk kerajaan sendiri yang beradapatasikan warisan pemerintahan Pagan dan ada juga

kerajaan yang sebaliknya cuba melakukan perubahan yang tersendiri.

21
D.G.E Hall, 1987. Sejarah Asia Tenggara. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm 193.
3.0 EMPAYAR TOUNGOO

3.1 WANGSA TOUNGOO PERTAMA

3.1.1 KEMUNCULAN

Pada tahun 1280, muncul sebuah kerajaan yang berpaksikan kepada bangsa Burman di

Toungoo. Kerajaan ini diasaskan oleh dua pemimpin bersaudara. Pada awalnya, kerajaan

Toungoo ini bermula dari sebuah perkampungan kecil akan tetapi lama-kelamaan menjadi

sebuah kerajaan.

3.1.2 PERKEMBANGAN

Semasa pemerintahan Thinkaba (1347-48), lambang gajah putih telah dikaitkan dengan

institusi beraja. Semasa pemerintahan Myinkino (1486-1531), beliau telah berjaya mendapatkan

peniktirafan daripada Kerajaan Ava dan pengiktirafan ini telah menjadikan Toungoo terus

berkembang dengan pesat. 22Kuasa politik Ava semakin lemah ketika pertengahan pertama abad

ke-16, Toungoo berjaya meluaskan tanah jajahannya hingga ke Kyaukhse. Melalui Kyaukhse,

Toungoo mendapat penambahan dalam sumber tanah, hasil pertanian dan juga perburuhan.

Dengan menggunakan sumber tanah dan buruh yang semakin bertambah, dua orang pemimpin

iaitu Tabinshweti dan Bayinnaung telah berjaya mengasaskan wangsa Toungoo pertama sekitar

tahun 1531-99. Tabinshweti (1531-50) telah menjalankan kempen penaklukan secara besar-

besaran untuk meluaskan tanah jajahan Toungoo. Tabinshweti juga berjaya menyatukan seluruh

lembah Irrawaddy.

22
Abu Talib Ahmad. (2000). Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 45.
Kerajaan pemerintah Tabinshweti menunjukkan usaha yang serius dalam mewujudkan

perpaduan etnik dan beliau telah menggabungkan unsur-unsur Mon dan Burman dalam

pentadbiran negara. Pada tahun 1550, Tabinshweti telah dibunuh oleh pakatan sulit pembesar-

pembesar Mon dan Tabinshweti telah digantikan oleh Bayinnaung (1551-81) yang juga

merupakan panglima kanannya. Bayinnaung menumpukan perhatian kepada usaha untuk

menguasai Ava, Shwebo dan juga negeri-negeri Shan. Beliau juga menumpukan usaha untuk

menguasai Chiang Mai dan Ayutthaya. Tujuan imperialisme Toungoo adalah untuk

menambahkan sumber tanah dan juga tenaga buruh. Bayinnaung mengunakan punca kekayaan

baharu diperolehi daripada perdagangan yang berpusat di Pegu, Syriam, Martaban dan Dalla bagi

mengukuhkan kuasanya tanpa bergantung sepenuhnya kepada sumber pertanian.

3.1.3 KEJATUHAN

23
Kejatuhan wangsa Toungoo Pertama pada hujung abad ke-16 dan kejatuhan ini

disebabkan oleh masalah perebutan kuasa dalam kalangan keluarga raja serta ketidakupayaan

raja yang terakhir iaitu Nandabayin (1582-99) dalam mengawal tindak tanduk kaum kerabatnya

yang mengetuai negeri-negeri kecil di Prome, Nyaugyan, Ava, Toungoo dan Chiang Mai.

Disebabkan serangan terhadap Ayutthaya dilakukan secara kerap, kerajaan pusat tidak lagi
24
mempunyai kekuatan tentera dalam menghadapi cabaran politik dalam negeri. Nandabayin

melancarkan lima kali serangan terhadap Ayutthaya pada tahun 1593 dan hal ini telah

menyebabkan saudara-saudaranya mengambil kesempatan untuk memberontak. Toungoo yang

dikuasai oleh sepupunya telah bersepakat dengan Razagri iaitu raja Arakan untuk memusnahkan

23
Rujuk Harvey, G.E. (1925). History of Burma: From the Earliest Time to 10 March 1824, the Beginning of The
English Conquest. London: Longmans Green.
24
Harvey, op. cit., hlm. 179-184
Pegu pada tahun 1599. Pada tahun 1593, Pegu telah diancam dengan serangan tikus yang

menyebabkan berlakunya kerugian besar dalam hasil pertanian dan masalah ini telah

mengakibatkan kebuluran. Masalah ini juga telah menyebabkan timbulnya masalah-masalah

sosial yang berleluasa. Pada tahun 1599, Pegu telah dimusnahkan oleh serangan pasukan bersatu

diantara sepupunya dan Razagri. Seramai 3000 rakyat kerajaan Toungoo telah dibawa ke Arakan

secara paksa dan Razagri juga merampas khazanah-khazanah peninggalan raja-raja Toungoo.

Harta rampasan ini telah dibawa ke sebuah tempat khas di Mrauk-U dan koleksi-koleksi

rampasan ini menjadi kebanggaan istana Mrauk-U.

3.2 WANGSA TOUNGOO YANG DIPULIHKAN

3.2.1 KEMUNCULAN

Pada tahun 1599, Nyaungyan (Putera Bayinnaung) telah mengasaskan wangsa ini.
25
Beliau telah mengukuhkan kedudukannya di Meiktila dan Yamethin utara selepas kejatuhan

Pegu dan menjadikan kawasan ini sebagai markas.

3.2.2 PERKEMBANGAN

Nyaungyan berjaya menguasai negeri-negeri kecil yang berdekatan termasuk negeri-

negeri yang dikuasai oleh bangsa Shan..26Anaukpetlun (1605-28) telah berjaya mengukuhkan

kuasa wangsa ini terhadap negeri-negeri Shan dan beliau juga berjaya mengalahkan orang

25
Arthur Phayre. (1967). A History of Burma including Burma Proper, Pegu and Arakan. London: Susil Gupta, dan
G.
26
Abu Talib Ahmad. (2000). Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 101.
Portugis yang dipimpin oleh Philip de Brito dengan menyerang Syriam. Beliau juga berjaya

menakluk negeri-negeri Mon seperti Martaban dan Yei. Kawasan sekitar Ava dan Toungoo

menjadi tumpuan para penghijrah dari luar kerana wujudnya kestabilan politik di kawasan

berkenaan. Hal ini telah menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk yang dapat

memantapkan pembinaan kerajaan. Thalun telah menyusun semula pentadbiran Toungoo.

Pembaharuan ini telah berjaya mengukuhkan kuasa pusat dengan mengurangkan pengaruh

pembesar dan langkah yang telah diambil oleh Thalun ini telah berjaya mengurangkan

kecenderungan pemberontakan anti-pusat. Langkah ini menyebabkan pembesar yang berpotensi

menaiki takhta menjadi berkurangan.

3.2.3 KEJATUHAN

Kejatuhan wangsa ini pada awal abad ke 18 akibat masalah-masalah dalaman. Raja-raja

kerajaan ini gagal mengawal sumber perburuhan negara dan masalah ini telah menyebabkan

rakyat mencari patron yang baru dan dan ada juga yang berhijrah ke Siam. Masalah ini

menyebabkan pemerintah mengerah tenaga buruh semaksimumnya daripada kalangan bangsa

Burman, Mon mahupun Shan untuk projek-projek pembinaan mahupun sebagai anggota tentera

untuk kempen ketenteraan di timur dan barat. Negeri-negeri bawah naungan kerajaan ini kerap

kali menimbulkan masalah kepada kerajaan pusat. Pada tahun 1730-an dan 1740-an Burma

(Myanmar) telah mengalami kebuluran, banjir dan kemarau yang memberi kesan kepada

pengeluaran pertanian dan kestabilan masyarakat desa.

Semasa pemerintahan Thalun (1629-48), wangsa Toungoo telah menghadapi masalah

politik yang serius dengan pembenrontakan Mon di Moulmein pada tahun 1634-1635. Kawasan
delta Irrawaddy mengalami perubahan besar dengan perubahan bangsa Mon yang semakin

berkurangan dan ditambah pula dengan pertambahan bangsa Burman dan Karen. Satu

pemberontakan telah berlaku di Pegu pada tahun 1740 yang telah menyebabkan kemelut
27
sosiopolitik yang teruk bagi kerajaan ini. Sesetengah ahli sejarah melihat peristiwa ini sebagai

bukti nasionalisme Mon walaupun sebenarnya penonjolan sifat kedaerahan dalam kalangan

bangsa Mon, Burman dan Karen berlaku, jauh lebih ketara daripada cauvinisme etnik.
28
Pemberontakan yang berlaku ini dilihat sebagai sokongan kepada suatu kelompok etnik itu

didapati telah melewati sempadan ras.

27
Abu Talib Ahmad. (2000). Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 105
28
Victor Lieberman. (1978). “Ethnic Politics in 18th Century Burma” dlm. Modern Asian Studies, jil. 2, Bhg 3, hlm
458- 461.
4.0 EMPAYAR KONBAUNG

4.1 KEMUNCULAN
29
Dinasti Konbaung ataupun empayar Konbaung merupakan dinasti yang kedua terakhir

yang memerintah Burma (Myanmar), dari 1752 hingga 1885. Dinasti Konbaung ini telah

diasaskan oleh ketua kampung, yang kemudiannya dikenali sebagai Alaungpaya, pada tahun

1752 untuk mencabar Hanthawaddy yang Dipulihkan yang baru sahaja digulingkan dinasti

Toungoo itu. Pada 1759, pasukan Alaungpaya itu telah menyatukan semula semua Burma (dan

Manipur), dan mengusir Perancis dan British yang telah memberikan senjata kepada

Hanthawaddy. Anak kedua Alaungpaya, Hsinbyushin, menaiki takhta selepas pemerintahan

singkat dengan abangnya, Naungdawgyi (1760-1763). Beliau meneruskan dasar peluasan kuasa

ayahnya dan akhirnya mengambil Ayutthaya pada 1767, selepas tujuh tahun berjuang. Raja-raja

Konbaung melancarkan kempen terhadap Manipur, Arakan, Assam, kerajaan Mon di Pegu dan

kerajaan Siam Ayutthaya, sekali gus mewujudkan empayar Burma Ketiga. Tertakluk kepada

peperangan, kemudian perjanjian dengan British, negara moden Burma boleh mengesan

sempadan melalui peristiwa-peristiwa ini. Ia tidak mengambil masa yang lama untuk satu dinasti

baru timbul selepas Dinasti Taungoo dan membawa Myanmar menjadi kuasa yang digeruni lagi.

4.2 PERKEMBANGAN

Di bawah pimpinan Hsinbyushin pada tahun 1766,Konbaung berjaya meluaskan sempadan

negara di sebelah Timur dengan memusnahkan Ayutthaya. Manakala di bawah pemerintahan

Bodawhapaya pula berjaya dalam pembinaan biara termasuk 30


biara Myingun, banci penduduk

29
Abu Talib Ahmad, Sejarah Myanmar. hlm. 108.
30
Gerry Abbott, In roads into Burma: a travellers’ anthology. Hlm. 93.
mengawal agama dan institusi sangha dan penaklukan Arakan pada tahun 1784. Penaklukan

Arakan juga memberi pulangan yang besar dalam bentuk tenaga manusia dengan hampir 20 000

daripada mereka digunakan sebagai buruh binaaan dan tentera untuk menyerang siam.

Bodhawphaya juga berjaya merampas harta yang berharga termasuk patung Mahamuni yang

menjadi kebanggaan penduduk tempatan yang dipunggah ke Amarapura 11(kemudiannya ke

Mandalay). Penaklukan ini serta usaha Bodawhpaya mengukuhkan ketuanan Myanmar terhadap

Manipur membawa Myanmar berhadapan dengan Brtitish yang semakin kukuh kedudukannya.

4.3 KEJATUHAN EMPAYAR KONBAUNG

Pada tahun 1852, Kedua Perang Anglo-Burma meletus. Pagan telah digantikan oleh adiknya,

iaitu Mindon . Mindon cuba untuk membawa Myanmar ke dalam hubungan yang lebih besar

dengan dunia luar, dan menjadi tuan rumah Kelima Agung Buddha Synod pada tahun 1872 di

Mandalay, mendapat penghormatan daripada British dan kekaguman orang sendiri akan tetapi

beliau meninggal dunia sebelum 31


dia boleh menamakan seorang pengganti, dan Thibaw, putera

yang lebih rendah, telah menaiki ke takhta oleh salah seorang permaisuri Mindon dan anak

perempuannya, Supayalat. Raja Thibaw meneruskan, di bawah arahan Supayalat, untuk

pembunuhan beramai-ramai semua pesaing mungkin takhta. Pembunuhan beramai-ramai ini

telah dijalankan oleh permaisuri. Tidak dapat dinafikan raja Konbaung terakhir ini adalah

seorang individu yang lemah, yang menaiki takhta kerana peranan penting menteri utama

Mindon,Kinwun Mingyi. Walaupun Raja Thibaw cuba memantapkan pentadbiran dan

pemerintahannya32 kerana satu pemberontakan bangsawan Shan yang menolak dasar-dasar baru

31
Thant Myint-U, The river of lost footseps: the personal history of Burma. Hlm. 16.
yang dikenakan ke atas mereka dan pemberontakan ini hanya berjaya ditumpaskan oleh tentera

British-India selepas tahun 1885.33Dinasti ini berakhir pada tahun 1885 dengan pelepasan secara

paksa dan pembuangan raja dan keluarga diraja ke India. British, bimbang dengan penyatuan

Indochina Perancis, dilampirkan baki negara dalam Perang Ketiga Anglo-Burma pada tahun

1885. Keputusan itu diumumkan di Parlimen British sebagai hadiah Tahun Baru kepada Ratu

Victoria pada 1 Januari 1886.

33
Abu Talib Ahmad. (2000). Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 115
5.0 PENUTUP

Kesimpulannya, kemunculan, perkembangan dan kejatuhan beberapa buah kerajaan di

Burma telah memberi kesan yang tersendiri kepada Burma sehinggalah kepada pemerintahan

British yang membawa kepada beberapa perubahan dari segi sosial, ekonomi, kebudayaan dan

pentadbiran yang benar-benar mengubah masyarakat. Walaupun sejarah tentang kebangkitan

dan kemerosotan empayar di Burma amat rumit dan banyak berlaku peristiwa pergolakan namun,

rentetan daripada masalah-masalah yang telah berlaku di setiap empayar ini menyebabkan

empayar ini mengalami kemerosotan dan seterusnya mulai jatuh yang kemudian digantikan oleh

empayar yang seterusnya kecuali empayar Konbaung telah di takluki oleh British dan juga

mengalami peperangan dalam tempoh yang lama. Paling penting, pemerintahan British

menekankan perbezaan daripada kumpulan di kalangan kumpulan etnik utama di negara ini yang

akhirnya mencapai kemerdekaan pada akhir abad ke-19.


BIBLIOGRAFI

Abu Talib Ahmad. (2000). Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Abu Talib Ahmad. (1991). Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harvey, G.E. (1925). History of Burma: From the Earliest Time to 10 March 1824,
the Beginning of The English Conquest. London: Longmans Green.

Victor Lieberman. (1978). “Ethnic Politics in 18th Century Burma” dlm. Modern Asian Studies,
jil. 2, Bhg. 3.

D.G.E Hall, (1987). Sejarah Asia Tenggara. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ian Glover and Peter Bellwood. (2004). Southeast Asia from Prehistory to History. TJ
International Ltd, Padstow, Cornwall.

Bastian. A. (2004). A Journey in Burma (1861-1862). Thailand: Walter E. J Tips.

Jessy, J.S. (1985). History of South-East Asia (1824-1965). Malaysia: Penerbitan Darulaman.

Yaw Yin Hlaing, R. H. (2005). Myanmar: Beyond Politics to Societal Imperatives. Singapore:
ISEAS Publications.

Thant Myint-U. (2007). The river of lost footsteps: a personal history of Burma. London: Faber
and Faber Limted.

Gerry Abbott. (1997). In roads into Burma: a travellers’ anthology. New York: Oxford
University Press.

You might also like