You are on page 1of 4

KEGUNAAN BAHAN RADIOAKTIF

Kegunaan Radioisotop
Isotop suatu unsur ialah atom-atom yang mempunyai bilangan
proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berlainan. Isotop-isotop
mempunyai nombor proton Z yang sama tetapi nombor nukleon a yang
berlainan. Radioisotop ialah isotop yang nukleusnya tidak stabil.
Radioisotop wujud secara semula jadi atau dihasilkan apabila nukleus stabil
dihentam dengan zarah alfa, proton atau neutron. radioisotop akan mereput
dengan memancar sinaran radioaktif iaitu zarah alfa, zarah beta atau sinar
gama. ciri-ciri reputan dan sinaran radioaktif yang membolehkan radioisotop
mempunyai kegunaan yang luas ialah:

(a) Bahan radioaktif mereput dengan keaktifan yang semakin


berkurangan berkurangan

(b)Bahan radioaktif mengeluarkan sinaran radioaktif.

(c) Sinaran radioaktif menembusi bahan.

(d) Sinaran radioaktif menyebabkan pengionan molekul bahan.

(e) Sinaran radioaktif menyebabkan mutasi sel.

(f) Sinaran radioaktif membunuh sel

Ciri-ciri yang berlainan bagi radioisotop yang berbeza menentukan


kegunaan radioisotop untuk tujuan yang berlainan dalam bidang perubatan,
pertanian, dan perindustrian.

Perubatan
Sinar gama dari kobalt-60 digunakan untuk membunuh sel-sel barah
dalam rawatan radioterapi. Sinar gama ini juga digunakan untuk membunuh
kuman dalam proses pensterilan alat perubatan seperti termometer, jarum
dan picagari suntikan, alat pembedahan dan sebagainya. Radioisotop
natrium-24 disuntik ke dalam salur darah pesakit untuk mengesan
kedudukan di mana salur darah disumbat oleh pembekuan darah.
Radioisotop fosforus-32 disuntik ke dalam darah pesakit untuk menentukan
kedudukan tumor otak. Radioisotop iodin-131 digunakan untuk menentukan
aktiviti kelenjar tiroid. radioisotop ferum-59 digunakan sebagai unsur
penyurih peredaran besi dalam darah. teknetium-99m (m bermaksud
metastabil) merupakan satu penyurih yang sesuai digunakan di dalam badan
manusia sebab :-

(a) memancarkan sinar gama sahaja. Sinar gama boleh dikesan dari luar
badan dan tidak menyebabkan banyak pengionan semasa melalui tisu badan,
dan

(b) mempunyai setengah hayat yang pendek (6 jam). Selepas 1 hari,


keaktifannya tinggal 1/16 daripada nilai asalnya sahaja.

Pertanian
Kadar dan kuantiti penyerapan baja oleh tumbuhan ditentukan
dengan mencampurkan fosfat yang radioaktif ke dalam baja. Selepas suatu
masa, tumbuhan itu diuji dengan pembilang Geiger-Muller. Sinaran
radioaktif daripada radioisotop digunakan untuk membunuh sertangga
perosak. Serangga perosak juga boleh dibiakkkan di makmal. kumudian
didedahkan kepada sinar gama. Mutasi berlaku di mana serangga itu boleh
menjadi mandul dan tidak dapat membiak.

Perindustrian
Dalam pembuatan kertas,kepingan plastik, dan kepingan logam,
pengawalan ketebalan secara automatik boleh dicapai dengan ,meletakkan
sumber zarah beta di sebelah kepingan dan pengesan di sebelah yang lain.
Jika kepingan itu terlalu nipis, pembilangan yang dicatat oleh pengesan
bertambah dan isyarat akan dihantar ke penggelek supaya tekanan pada
kepingan dikurangkan.
Tin dan bungkusan disemak dengan memancar zarah beta menerusinya. Jika
pembilangan bertambah, tin itu tidak diisi dengan penuh dan akan
disingkirkan.

Radioisotop digunakan untuk mengesan kebocoran paip air bawah tanah.


Sedikit garam(NaCl) yang mengandungi radioisotop natrium-24 (setengah
hayat yang pendek) dilarutkan ke dalam air di tangki simpanan.
Satu pengesan tiub Geiger-Muller digerakkan di permukaan tanah mengikut
laluan paip itu sehingga pembilangan yang besar dikesan. natrium-24
digunakan sebagai penyurihj kerana:-

(a) mempunyai setengah hayat yang pendek supaya keaktifannya dalam air
akan turun ke nilai yang tidak merbahaya dalam tempoh yang singkat.

(b) memancarkan zarah beta yang dapat menembusi tanah untuk dikesan .
(Zarah alfa tidak dapat menembusi tanah manakala sinar gama pula akan
menembusi paip yang tidak bocor).

Semasa pembuatan kain sintetik, kain dicaskan dan akan menarik


habuk serta kotoran dari udara. Sumber zarah alfa yang kuat digunakan
untuk menyahcas kain sintetik. Sinar gama yang mempunyai kuasa
penembusian yang tinggi digunakan untuk mengesan rekahan dalam yang
mungkin terdapat di dalam plat keluli.

You might also like