You are on page 1of 2

Usahawan berjaya dato' sani -syarikat bas

1. 1.Dato’ merupakan pemilik rangkaian operasi bas yang sedang meningkat naik Sani Ekspres di bawah
kendalian syarikat, Sani United Sdn. Bhd. (SUSB). 2.Pada usia 35 tahun, anak muda ini bagaikan memiliki
segala-galanya. Perniagaan yang memberi pulangan jutaan ringgit, bangunan sendiri sebagai pusat
operasi perniagaan dengan kos pembelian serta pengubahsuaian mencecah RM7 juta, memandu kereta
Ferrari F360 Modena bernilai RM1 juta dan mendiami banglo mewah bernilai RM 9 juta. 3.Biarpun baru
berusia 35 tahun tetapi Wan Mohammad Sani sudah menggenggam pelbagai pengiktirafan termasuk
Tokoh Usahawan Muda, anugerah yang dinobatkan oleh Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu
Malaysia (Perdasama), baru-baru ini. 4.Sebelum menjai usahawan Dato’ ialah seorang model, penyanyi
dan pelakon.

2. PROFIL CABARAN BERKONGSI RASIA PERANCANGAN

3. Nama : Datuk Wan Mohammad Sani Salleh Usia : 35 tahun Lahir : 24 Julai 1976 di Kuala Ibai,
Kuala Terengganu, Terengganu Adik Beradik: Keempat daripada enam beradik Pendidikan : Diploma
Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994) Jawatan : Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani
Express Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd). Pencapaian : Dianugerahkan Darjah
Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah
(Jun 2009) dan Anugerah Usahawan Cemerlang

4. Dato’ sendiri tidak pernah terlintas untuk berada di tahap sekarang biarpun memiliki impian
menjadi ahli perniagaan sejak remaja lagi. Sewaktu mengimbau semula sejarah perniagaanya, beliau
berkata, hasrat untuk memiliki perniagaan bas timbul selepas sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke
Terengganu 20 tahun lalu. Kata Dato’ ''Saya sebenarnya memulakan perniagaan melalui naluri sendiri,
tidak ada orang suruh, tidak mendapat pandangan orang lain. Penglibatan dalam bidang ini adalah atas
desakan diri sendiri. ''Saya akui mempunyai sedikit kelebihan iaitu pandai mencari peluang dan peluang
yang ada saya gunakan sebaik mungkin, kalau tidak sampai bila pun kita tidak mampu mendapatkannya
lagi,'' katanya. Katanya, pengalaman menaiki pelbagai perkhidmatan bas mendorong dirinya sendiri
untuk memberi perkhidmatan bas terbaik suatu hari nanti. Dengan peluang yang diberi, beliau mula
membuat kajian terperinci, penganalisis dan menstruktur strategi.

5. Pada 2003 Sani menubuhkan SUSB khusus untuk perniagaan pengangkutan itu. “Ketika itu
beliau bersama dua lagi rakan kongsi. Namun tidak lama kemudian dua rakan itu menarik diri,
menyebabkan beliau terkontang-kanting seorang diri. Keadaan ketika itu memang getir Beliau terpaksa
berhati-hati kerana sebarang keputusan dibuat adalah tanpa dirujuk kepada sesiapa. “Ketika ada dua
rakan kongsi itu, saya boleh merujuk kepada mereka, tetapi apabila seorang diri, saya perlu membuat
keputusan sendiri. “Jika tersilap membuat keputusan, memang saya akan jatuh. Justeru sebelum
membuat keputusan, saya fikir 10 kali,” katanya. Sani berkata, ketika itu beliau hanya ada seorang
pekerja dan dengan menggunakan sepenuhnya kudrat dan buah fikirannya, segala perancangan untuk
memulakan operasi bas ekspres yang diimpikannya hanya menampakkan hasil selepas tiga tahun
bertungkus lumus dan modal daripada institusi kewangan. Katanya, beliau menanggung risiko besar
kerana pinjaman yang dibuat, tetapi beliau berani dan yakin dengan apa yang dibuat.
“Bayangkan jika apa yang saya buat tidak menjadi. Bagaimana saya dapat melunaskan pinjaman dalam
jumlah besar itu?

6. Wan Mohammad Sani berkata, dia bukan sahaja berhasrat memiliki 100 buah bas dan meneroka
semua laluan yang ada, tetapi juga mahu memperkenalkan bas-bas berteknologi tinggi di Malaysia
seperti bullet bus hasil kerjasama dengan sebuah syarikat di Sweeden. Ia selari dengan hasratnya -
mahu mengubah persepsi bahawa penggunaan bas ekspres bagi perjalanan jarak jauh adalah lebih
menjimatkan dan selamat. ''Ia adalah keutamaan saya sekarang,'' kata beliau.

7. pada Januari 2006 Sani Express ada di jalan raya dan alhamdulillah perjalanan perniagaan ini
lancar, mendapat sambutan dan sejak itu perniagaan saya semakin pesat berkembang,” katanya. Sani
membuktikan ‘jalan’ dipilihnya berbaloi kerana hanya dalam tempoh tiga tahun Sani Express
menunjukkan prestasi luar biasa. Daripada seorang pekerja, Sani kini mempunyai 150 kakitangan
sendiri. Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana, Sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai
dengan belanja mencecah RM 7 juta. Paling menarik, segala operasi di kaunter tiket Sani Express di
setiap negeri dipantau secara langsung menerusi kamera litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma
berkenaan.

You might also like