You are on page 1of 4

Keselamatan Alat

&
Kelengkapan
Pengenalan
 Terdapat beberapa kaedah dan peraturan yang perlu dipatuhi
tentang penggunaan alat dan kelengkapan dalam bengkel.
Mematuhi kaedah dan peraturan penggunaan alat dan
kelengkapan ini akan menghasilkan mutu kerja yang baik serta
menjamin keselamatan diri, alat dan kelengkapan.
1.Langkah Keselamatan Semasa
Menggunakan Alat & Kelengkapan
 Elakkan pengendalian mesin atau peralatan tanpa mendapat
tunjuk ajar dan keizinan daripada guru.
 Pastikan bahagian mesin yang berputar dilengkapi dengan
pelindung keselamatan.
 Pastikan peralatan yang hendak digunakan dalam keadaan baik
dan selamat.
 Pastikan mesin atau alat yang menggunakan kuasa elektrik
mempunyai pendawaian yang sempurna.
 Laporkan dengan kadar segera sekiranya terdapat peralatan yang
telah rosak.
2.Kecelakaan yang Mungkin Berlaku
Sekiranya Langkah Keselamatan Tidak
Dipatuhi
Antara kemalangan yang mungkin berlaku sekiranya langkah-langkah
keselamatan tidak diberi perhatian semasa penggunaan dan pengendalian
peralatan dan kelengkapan adalah seperti yang berikut:
 Penggunaan dan pengendalian mesin yang berputar tanpa pelindung
keselamatan boleh mengakibatkan kecederaan dan pada anggota badan.
 Penggunaan dan pengendalian mesin atau peralatan yang menggunakan
kuasa elektrik tanpa pendawaian yang sempurna boleh menyebabkan
berlakunya renjatan elektrik.
 Penggunaan dan pengendalian mesin gerudi dengan menggunakan
sarung tangan boleh menyebabkan kecederaan apabila sarung tangan
tersangkut pada mata gerudi

You might also like