You are on page 1of 56

KESELAMATAN DI DALAM KAWASAN SEKOLAH

1. PENGENALAN

1.1. Keselamatan di sekolah adalah penting bagi melahirkan individu yang sihat dan
selamat untuk merangsang kecemerlang pembelajaran dari segi JERI selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara.
1.2. Iklim sekolah selamat adalah diperlukan untuk menggalakkan perkembangan JERI
yang sihat dan selamat bagi peringkat awal pelajar.

2. MATLAMAT
Mewujudkan budaya selamat di dalam kawasan Sekolah secara berterusan dengan
kerjasama semua warga SMK SUNGAI TAPANG dan sokongan daripada keluarga
khasnya dan masyarakat umumnya

3. OBJEKTIF
3.1 Mewujudkan persekitaran sihat, selamat dan ceria di dalam kawasan sekolah.
3.2 Memastikan hak individu/warga SMK SUNGAI TAPANG selamat,dihormati dan
dijaga .
3.3 Meningkatkan keberkesanan pengajaran dan Pembelajaran.
3.4 Memastikan tatacara dipatuhi bagi setiap tindakan yang diambil.
3.5 Meningkatkan penglibatan warga SMK SUNGAI TAPANG
dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan aktiviti lain.
3.5 Meningkatkan kesedaran dan kefahaman warga SMK SUNGAI TAPANG bagi
menghadapi sebarang isu Keselamatan, kecemasan, kemalangan dan malapetaka.
3.6 Mewududkan semangat kekitaan dalam kalangan warga SMK SUNGAI TAPANG .

4. RASIONAL

4.1 Keupayaan pihak sekolah dalam menangani isu keselamatan terhad kerana
kekurangan sokongan daripada masyarakat setempat.
4.2 Masyarakat kurang peka terhadap isu keselamatan di dalam kawasan sekolah.
4.3. Warga sekolah kini terdedah kepada pangaruh luar daripada segi fizikal, mental,
emosi, sosial dan teknilkal.

5. ASPEK KESELAMATAN

5.1 Keselamatan diri.


5.2 Keselamatan fizikal sekolah dan warganya.
5.3 Keselamatan emosi.
5.4 Keselamatan sosial.
5.5 Keselamatan kesihatan.

6 KESELAMATAN DI DALAM KELAS

0
Merujuk kepada:

A. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 7/1995 -Tatacara mengenakan tindakan & hukuman
terhadap pelajar sekolah.
B. Surat Pekeliling Ikhtisas bil: 4/199 - Perlaksanaan kuasa disiplin & hukuman di
Sekolah.
C. Surat Pekeliling Iktisas bil: 16/1998 - Menangani kegiatan gengster di sekolah.
D. Surat Pekeliling Ikhtisas bil: 18/1998 - Penggunaan budi bicara ketika mengambil
tindakan.

6.1. TINDAKAN PELAJAR

A. Patuh kepada arahan guru pada setiap masa


B. Sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni.
C. Mengaja kebersihan dan keselamatan fizikal kelas.

6.2. TINDAKAN GURU/PENTADBIR

A. Menjelaskan kepada pelajar tentang peraturan keselamatan.


B. Menguatkan peraturan keselamatan sekolah
C. Mengambil tindakan segera di atas sebarang salahlaku pelajar.
D. Memastikan keadaan kelas sentiasa kemas, bersih dan teratur.
E. Memastikan inventori kelas dalam keadaan selamat

6.3 TINDAKAN GURU

Pelajar yang tidak hadir ke sekolah melebihi 3 hari berturut-turut tanpa sebarang sebab
munasabah hendaklah diberitahu kepada ibu bapa serta dihantar surat amaran pertama
oleh Guru Tingkatan.
A. Kes ponteng kelas dan kes-kes pelanggaran disiplin ringan hendaklah terlebih dahulu
diambil tindakan oleh guru mata pelajaran. Hanya kes berat barulah diserahkan kepada
Pengetua.
B .Guru yang sedang mengajar hendaklah juga memastikan setiap perkembangan masalah
disiplin dicatat dalam Pulangan Harian dan Guru Tingkatan hendaklah mengingatkan
Ketua Darjah untuk menghantar Buku Catatan Harian ke Bilik PK HEM bagi tujuan
pengrekodan. Pengrekodan di dalam kad demerit dilakukan oleh guru tingkatan dan
murid-murid dimaklumkan setiap 2 minggu.
C. Lembaga Disiplin Sekolah hendaklah bertindak segera jika ada laporan khas tentang
masalah disiplin pelajar.
D. Memberi nasihat dan peringatan tentang disipilin dari semasa ke semasa kepada
pelajar.

7. POLISI KESELAMATAN BILA TIADA GURU DI DALAM KELAS

Menggalak pelajar untuk menelaah pelajaran atau menyelesaikan kerja sekolah yang
diberikan semasa ketiadaan guru di dalam kelas dan sentiasa mematuhi peraturan dalam
kelas yang terkandung di dalam peraturan sekolah.

1
7.1. TINDAKAN PELAJAR

1. Pelajar digalakkan menelaah buku dan nota.


2. Ketua Tingkatan mencatatkan dan melapor nama pelajar yang menimbulkan masalah di
dalam kelas.
3. Ketua Tingkatan bertanggungjawab melapor kepada Pengetua/Penolong Kanan i
sebelum memanggil guru mata pelajaran.
4. Sekirnya guru tersebut tiada di dalam kelas, ketua tingkatan dan penolong ketua
tingkatan bertanggungjawab memastikan kelas terkawal dan selamat.

7.2. TINDAKAN SEKOLAH:

A. Guru yang akan menghadiri kursus mestilah menyediakan latihan untuk kelas dan
diserah untuk direkodkan kepada Penolong Kanan 1. Latihan akan diserahkan kepada
kelas semasa ketiadaan guru tersebut.
B. Menyediakan Jadual ‘sit in’ untuk guru ganti.
C. Memantau dan memastikan kelas tersebut sentiasa terkawal dan selamat

8. TATACARA KELUAR MASUK SESI PAGI

MASA
0630-0650 Pembersihan kelas masing-masing di bawah pengawasan ketua kelas
0650-0700 Guru tingkatan merekodkan kehadiran pelajar dan menyampaikan
pengumuman jika ada.
0655 Nyanian ”Negara Ku”
07:00 Sesi pengajaran dan pembelajaran bermula.
WAKTU REHAT untuk TINGKATAN 1/2/3:
0900-0920 Isnin, Selasa & Rabu
0845-0905 Khamis & Jumaat
WAKTU REHAT untuk TINGKATAN 4/5/6:
0940-1000 Isnin, Selasa & Rabu
0920-0940 Khamis & Jumaat

9. TATACARA MENANGANI DISIPLIN DI DALAM KELAS

1. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah melebihi 3 hari berturut-turut tanpa


sebarang sebab munasabah hendaklah diberitahu kepada ibu bapa serta dihantar
surat amaran pertama oleh Guru Tingkatan.
2. Kes ponteng kelas dan kes pelanggaran disiplin ringan hendaklah diambil
tindakan terlebih dahulu oleh guru tingkatan sebelum menyerahkan kes tersebut
kepada PK HEM/P PETANG.
3. Kes disiplin berat hendaklah dilaporkan kepada PENTADBIR SEKOLAH secepat
mungkin untuk tindakan segera.

10. POLISI DAN TATACARA TINDAKAN JAWATANKUASA KANTIN

2
10.1 Merujuk kepada:
a. Surat pekeliling ikhtisas bil : 5/ 1995 - Keracunan makanan di sekolah-
sekolah.
b. Surat pekeliling ikhtisas bil : 6/ 19968 - Menjaga kesihatan pelajar sekolah.

10.1 Tindakan Jawatankuasa Kantin

Memantau dan memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan Pekeliling


Kementerian Pendidikan dan Kesihatan.
a. Memastikan makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat perjanjian.
Senarai harga hendaklah dipamerkan
b. Memastikan peralatan yang digunakan bersih, selamat serta penjual
menggunakan penyepit untuk mengambil makanan.
c. Memastikan pengusaha mewujudkan keadaan dan persekitaran dalaman dan
luaran kantin yang bersih, kemas dan ceria.
d. Memastikan pekerja kantin ada menjalani pemeriksaan kesihatan dan memiliki
kad kesihatan yang sah.
e. Memastikan semua makanan ditutup dengan rapi.
f. Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi.
g. Memastikan pelajar dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi,
selamat dan selesa.
h. Membuat laporan mingguan dalam buku laporan kantin.
i. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kantin 3 kali setahun dan perbincangan
dari semasa ke semasa.
j. Memastikan pekerja kantin menggunakan pakaian yang bersesuaian, kemas
dan bersih seperti alas kepala, apron dan lain-lain.
k. Memastikan pengusaha kantin menjual makanan dan minuman yang HALAL
dan BERSIH.
l. Memastikan pengusaha kantin mematuhi jadual masa operasi.

10.2 PERATURAN DI KANTIN


Mematuhi peraturan am di kawasan sekolah.
a. Pelajar tidak dibenarkan berlari dan berkejar-kejaran dalam dan di luar kantin.
b. Pelajar digalakkan makan, minum di kantin, di pondok rehat umum dan bukan
di dalam bilik kelas.
c. Pelajar beratur, tertib dan mengamalkan displin diri yang tinggi ketika membeli
makanan dan minuman di kantin.
d. Membuang sisa dan bungkusan makanan ke dalam tong sampah yang
disediakan.
e. Bersopan dan bertertib semasa makan dan minum.

11. TATACARA TINDAKAN SEMASA DI DALAM TANDAS

Tindakan semua pengguna tandas:


A. Jangan menconteng dan melakukan vandalisme di dalam tandas.
B. Pastikan semua pili paip ditutup selepas digunakan.
C. Curahkan air ke dalam tandas selepas digunakan.
D. Cuci tangan sebelum keluar dari tandas.
E. Jangan bergurau dan merokok di dalam tandas
F. Jangan melakukan perbuatan yang tidak senonoh.

3
H. Bekerjasama untuk menjaga kebersihan tandas.

12. TATACARA TINDAKAN PIHAK PENGURUSAN TANDAS

A. Menentukan pekerja kontrak menjalankan tugas mereka mengikut jadual yang


ditetapkan.
B. Memastikan tandas dan singki sentiasa bersih, tidak bau dan tersumbat.
C. Memastikan takungan air sentiasa ditutup , bersih dan bebas daripada pembiakan
nyamuk.
D. Memastikan lantai dicuci dengan sabun dan dimop supaya sentiasa bersih dan tidak
licin.
E. Memastikan sampah yang terdapat di dalam tandas dibuang ke tempat yang
disediakan.

13. TATACARA TINDAKAN DI LUAR KELAS

Tindakan Pelajar:
A. Sentiasa mematuhi peraturan sekolah.
B. Sentiasa mempraktikkan nilai-nilai murni seperti memberi salam , menghormati guru
dan orang lain, bersopan-santun, menepati masa dll.
C. Tidak membuat bising dan menjerit-jerit.
D. Tidak berlari, berkejaran dan merayau-rayau di kawasan sekolah semasa waktu
pembelajaran.
E. Tidak melepak, berdua-duan dan makan di setiap tangga blok.
F. Tidak merokok.
G. Tidak membuli dan memeras ugut pelajar lain.
H. Tidak menggunakan kata-kata kesat, menghina, mengejek dan merendahkan orang
lain.
I. Tidak makan di kantin semasa waktu pembelajaran sedang berjalan.
J. Tidak merosakkan tanaman dan pokok-pokok.
K. Tidak berada di kawasan larangan seperti persekitaran blok pentadbiran, rumah
kediaman guru dan bengkel.
L. Melaporkan kepada guru atau pihak pentadbir sekiranya ada sebarang salahlaku
disiplin pelajar di kawasan sekolah.

14. POLISI KESELAMATAN DAN TATACARA TINDAKAN PELAWAT


A. Setiap pelawat ke sekolah mesti melaporkan diri di pondok pengawal keselamatan dan
Mengisi maklumat peribadi pelawat ke dalam buku rekod pelawat.
B. Pelawat mesti menulis nama, no. Kad pengenalan, no. kenderaan dan tujuan lawatan
di dalam buku rekod pelawat di pondok pengawal.
C. Pelawat yang hendak berurusan dengan pelajar hendaklah mendaptkan kebenaran dari
Pengetua.

15. TINDAKAN GURU /PIHAK PENTADBIR SEMASA KEBAKARAN

A. Memberi arahan kepada pelajar untuk keluar mengikut tangga yang selamat
B. Mengawal keselamatan dan disiplin pelajar.
C. Tidak membenarkan pelajar masuk semula ke kawasan kebakaran
D. Mengambil kehadiran pelajar mengikut kelas / kumpulan masing-masing.

4
E. Melaporkan kepada Pengetua/ pihak pentadbir tentang kehadiran pelajar dan
kejadian.
F. Mengesan pelajar yang tidak dalam kumpulan.
G. Menghubungi pihak bomba dan memberi laporan tentang kejadian supaya lebih
mudah bagi mereka bertindak.

16. KESELAMATAN SEMASA AKTIVITI KECERIAAN DAN KERJA


KUMPULAN

16.1 Tindakan pelajar:


A. Mematuhi peraturan am sekolah.
B. Sentiasa mematuhi arahan guru.
C. Mengutamakan keselamatan semasa menggunakan peralatan.
D. Mengambil peralatan dari stor dan memulangkan semua peralatan yang telah
digunakan setelah habis bekerja.
E. Tidak bermain dan bergurau semasa menggunakan peralatan yang boleh menyebabkan
kecederaan atau kemalangan.

16.2 Tindakan guru


A. Mengagihkan tugas dan merekodkan kehadiran pelajar.
B. Memastikan peralatan selamat untuk digunakan.
C. Meronda dan memastikan aktiviti dijalankan dengan sempurna.
D. Bertindak segera sekiranya berlaku kecemasan, kecederaan atau kemalangan.
E. Memastikan semua peralatan dikembalikan ke dalam setor.

17. KAWALAN KESELAMATAN 24 JAM


A. Kawalan keselamatan 24 jam diadakan setiap hari dan sekurang-kurangnya
seorang pengawal akan bertugas di pondok pengawal mengawasi pintu pagar
keluar masuk untuk keselamatan warga SMK SUNGAI TAPANG.
B. Pengawal memastikan setiap pelawat melaporkan diri sebelum memasuki
kawasan sekolah.
C. Pihak pengawal keselamatan ditugaskan untuk membuat rondaan dari semasa ke
semasa di sekitar kawasan sekolah untuk menjaga keselamatan dan mengelak
daripada perkara yang tidak diingini berlaku dan melaporkan sebarang kes luar
biasa dengan segera kepada pengetua.
D. Semasa bertugas waktu malam, pengawal mesti menguncikan Peti Jam
Keselamatan yang diletakkan di tempat-tempat tertentu setiap kali mereka
membuat rondaan.
E. Setiap Pengawal mesti merekod kejadian yang berlaku semasa mereka bertugas.
Buku Laporan Pengawal harus dihantar kepada pihak pentadbir sekolah untuk
disemak pada tiap-tiap pagi.

18. POLISI KESELAMATAN DAN TATACARA TINDAKAN DI DALAM BILIK


KHAS.
18.1. PERATURAN BILIK GURU
(a) Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik guru tanpa kebenaran.
(b) Pelajar mesti sentiasa bersopan santun semasa di bilik guru.
(c) Pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan sesuai.

5
(d) Pelawat/Ibu bapa hendaklah dilayan dengan hormat, cekap dan mesra.
(e) Semua guru hendaklah bekerjasama menjaga keadaan bilik guru supaya sentiasa
bersih, kemas dan ceria.
(f) AJK bilik guru perlu menentukan papan notis sentiasa kemas dan notis-notis lama
diturunkan.
(g) Guru mempastikan semua suis peralatan elektrik dimatikan sebelum meninggalkan
bilik guru.

18.2. PERATURAN KESELAMATAN DI MAKMAL SAINS


(a) Semua makmal ada pemadam api dan peti kecemasan.
(b) Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru.
(c) Pelajar mesti beratur dan senyap semasa masuk ke makmal.
(d) Pelajar sentiasa mematuhi peraturan am makmal serta arahan guru.
(e) Pelajar tidak bising dan bermain dalam makmal.
(f) Pelajar tidak menjalankan sesuatu aktiviti atau uji kaji tanpa kebenaran guru.
(g) Pelajar tidak memasang kipas semasa menjalankan eksperimen khususnya eksperimen
yang melibatkan penggunaan penunu Bunsen.
(h) Pelajar yang berambut panjang mesti mengikatnya dan yang bertudung mestilah
dipinkan kepada baju supaya tidak ditiup angin.
(i) Pelajar tidak berebut-rebut untuk mendapatkan bahan kimia.
(j) Baca label pada botol bahan uji dengan teliti sebelum memulakan eksperimen.
(k) Pelajar tidak membazirkan bahan kimia, gas, air dan tenaga elektrik.
(l) Melaporkan sebarang kemalangan atau kecederaan kepada guru dengan segera.
(m) Bersihkan radas atau bahan selepas digunakan dan letakkan pada tempat asal.
(n) Buangkan semua sampah ke dalam tong sampah.
(o) Bersihkan papan tulis, sinki, meja dan letakkan bangku di atas meja serta tutup semua
suis elektrik dan paip air sebelum meninggalkan makmal.

18.3. PERATURAN KESELAMATAN DI BILIK PENDIDIKAN SENI

(a) Peraturan am hendaklah dipatuhi.


(b) Pelajar tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran.
(c) Pelajar tidak dibenarkan menggunakan peralatan tanpa kebenaran dan pengawasan
guru.
(d) Peralatan hendaklah dibersihkan selepas digunakan.
(e) Peralatan yang telah digunakan hendaklah disusun dan diletakkan di tempat asal.
(f) Pelajar tidak dibenarkan membawa keluar sebarang peralatan tanpa kebenaran guru.
(g) Pastikan keadaan di dalam bilik bersih, kemas dan teratur serta semua suis elektrik
dimatikan sebelum keluar.
(h) Pastikan pintu dikunci sebelum balik.

18.4 POLISI KESELAMATAN DAN TATACARA TINDAKAN DI BILIK


KOMPUTER
(a) Peraturan am sekolah hendaklah dipatuhi.
(b) Pelajar tidak dibenarkan masuk tanpa guru
(c) pelajar tidak dibenarkan membawa masuk beg, makanan dan minuman.
(d) Pelajar tidak dibenarkan membuat bising dan bermain serta melakukan aktiviti tanpa
kebenaran guru.

6
(e) Pelajar hendaklah menulis nama, kelas, masa masuk dan keluar serta nombor
komputer yang digunakan di dalam buku rekod yang disediakan.
(f) Pastikan pen drive bebas dari virus.
(g) Tutup komputer dengan tatacara yang betul.
(h) Pastikan bilik sentiasa kemas dan bersih.
(i) Pastikan semua suis elektrik ditutup, pintu dan gril ditutup dan dikunci sebelum balik.

18.5 POLISI KESELAMATAN DAN TATACARA TINDAKAN DI BILIK APD


(a) Pelajar tidak dibenarkan masuk tanpa guru.
(b) Peraturan am sekolah dan arahan guru hendaklah sentiasa dipatuhi.
(c) Pelajar hendaklah sentiasa senyap dan tertib.
(d) Pelajar tidak dibenarkan mengganggu peralatan di bilik APD.
(e) Pelajar tidak dibenarkan membawa peralatan keluar dar bilik APD.
(f) Memastikan bilik sentiasa bersih, kemas dan teratur sebelum keluar.
(g) Memastikan semua suis elektrik, tingkap, pintu dan gril ditutup dan dikunci sebelum
balik.

18.6 POLISI KESELAMATAN DAN TATACARA TINDAKAN DI


PERPUSTAKAAN

Tindakan Pelajar:
A. Peraturan Am Sekolah sentiasa dipatuhi.
B. Pelajar tidak dibenarkan masuk sekiranya tiada guru, pembantu tadbir atau
perpustakawan.
C. Pelajar sentiasa berpakaian kemas dan sopan.
D. Pelajar tidak dibenarkan membawa sebarang buku masuk kecuali mendapat
kebenaran daripada pihak-pihak berkenaan.
E. Pelajar menyerahkan semua bahan bacaan kepada pengawas/pustakawan untuk
pemeriksaan.
F. Alas kaki hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan.

18.7 Polisi Keselamatan Dan Tatacara Tindakan Di Bilik SPBT

Tindakan Pelajar:
A. Peraturan Am Sekolah hendaklah dipatuhi.
B. Pelajar tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran ataupun pengawasan guru
yang berkenaan.
C. Pelajar tidak boleh membawa masuk sebarang peralatan kecuali dengan
kebenaran guru.
D. Pelajar tidak membuat bising ataupun bermain di dalam bilik tersebut.
E. Pelajar tidak membawa sebarang bahan keluar tanpa kebenaran guru.
F. Pelajar tidak mengubah kedudukan bahan-bahan daripada tempat asal.
G. Merekodkan sebarang pergerakan bahan mengikut prosedur yang ditetapkan.
H. Memastikan semua peralatan elektrik disimpan dengan selamat.

18.8 Polisi Keselamatan Dan Tatacara Tindakan Di Bilik Bimbingan dan


Kaunseling

Tindakan Pelajar:
A. Peraturan Am Sekolah haruslah dipatuhi.

7
B. Pelajar tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran dan kehadiran guru
kaunseling.
C. Pelajar dikehendaki menanggalkan alas kaki dan meletakkannya di tempat
yang dikhaskan sebelum masuk.
D. Pelajar tidak boleh membawa makanan dan minuman ke dalam bilik.
E. Pelajar tidak boleh membawa sebarang bahan keluar daripada bilik.
F. Peralatan dan bahan disimpan di tempat asal setelah digunakan.
G. Memastikan bilik dalam keadaan bersih dan kemas sepanjang masa.
H. Memastikan semua peralatan elektrik disimpan dengan selamat.

18.9 Polisi Keselamatan Dan Tatacara Tindakan Penggunaan Surau

Tindakan Pelajar:
A. Tertakluk kepada Peraturan Am Sekolah.
B. Alas kaki tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam surau dan ia hendaklah
disusun di tempat yang dikhaskan.
C. Pelajar tidak boleh membawa sebarang makanan dan minuman ke dalam surau.
D. Pelajar tidak boleh lepak, tidur ataupun membuat bising di kawasan surau.
E. Peralatan dan bahan-bahan yang terdapat dalam surau tidak boleh diubah
kedudukannya ataupun dipindahkan tanpa kebenaran guru yang
bertanggungjawab.
F. Pelajar tidak boleh menggunakan surau sebagai tempat untuk menukar pakaian
sama ada untuk PJK atau aktiviti lain.
G. Memastikan surau dalam keadaan bersih dan kemas sepanjang masa.
H. Memastikan lantai untuk mengambil wuduk bersih dan tidak licin.
I. Melaporkan sebarang kerosakkan untuk dibaikpulih dengan segera.
J. Memastikan semua peralatan elektrik disimpan dengan selamat.
K. Memastikan pintu pagar sentiasa dikunci sekiranya surau tidak digunakan.

18.10 Polisi Keselamatan Dan Tatacara Tindakan Penggunaan Bilik Rawatan


A. Peraturan Am Sekolah sentiasa dipatuhi.
B. Hanya ahli-ahli PBSM/St. John Ambulans yang bertugas sahaja yang
dibenarkan untuk berada di dalam bilik untuk membantu dalam rawatan kepada
pelajar yang memerlukannya.
C. Pelajar yang sakit dan ingin menggunakan bilik rawatan perlu mendapat
kelulusan daripada pengetua/ Penolong Kanan.
D. Pelajar yang menghadapi masalah kesihatan yang serius akan dicadangkan
untuk menerima rawatan lanjut di hospital.
E. Tanggalkan alas kaki di koridor dan di tempat yang disediakan sebelum masuk
untuk menerima bantuan kesihatan.

18.11 Polisi Keselamatan Dan Tatacara Tindakan Di Stor Peralatan Sukan/Gim

Tindakan Pelajar.
A. Peraturan Am sekolah mestilah dipatuhi.
B. Pelajar yang ingin menggunakan bilik ini perlu mendapat kelulusan daripada
pengetua/P.K.

8
C. Guru bertugas perlu berada di bilik stor/Gim.
D. Pelajar tidak dibenarkan membawa keluar peralatan tanpa kebenaran guru yang
bertanggungjawab dan memastikan peralatan yang dipinjam diletakkan pada
kedudukan asalnya.
E. Pelajar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga ketika menggunakan
peralatan sukan.
F. Melaporkan sebarang kerosakan, kecederaan dan kemalangan semasa bersukan
kepada guru yang bertanggungjawab.
G. Pastikan semua suis lampu dan kipas, tingkap, pintu dan grill telah dikunci
selepas digunakan.

18.12 Polisi Keselamatan dan Tatacara Tindakan Guru Untuk Semua Bilik Khas

A. Memastikan semua bahan dilabel dan disusun dengan kemas dan teratur.
B. Membuat inventori bagi semua bahan dan peralatan di bawah tanggungannya.
C. Memastikan disiplin dan pergerakan pelajar terkawal bersesuaian dengan
aktiviti yang dijalankan.
D. Memaklumkan kepada pihak pentadbir sekiranya terdapat sebarang kekurangan
atau masalah untuk diambil tindakan segera.
E. Memastikan semua suis elektrik, pintu, tingkap dan grill telah ditutup selepas
selesai menggunakan bilik khas.

19. Polisi Keselamatan Dan Prosedur Tatacara makluman Peraturan Sekolah

A. Pelajar dimaklumkan tentang peraturan sekolah semasa perhimpunan oleh


Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal pelajar, guru tingkatan dan guru
matapelajaran semasa di dalam kelas.
B. AJKDS menguatkuasakan peraturan sekolah dengan menjalankan
pemeriksaan disiplin semasa pemeriksaan di pintu pagar sekolah,
perhimpunan dan dari semasa ke semasa mengikut keperluan sekolah.
C. Melaksanakan siasatan mengikut prosedur terhadap tindakan disiplin yang
telah ditetapkan oleh peraturan sekolah.
D. Menjemput pihak polis untuk membantu dalam menjalankan pemeriksaan
air kencing, beg dan fizikal pelajar secara mengejut.
E. Bertindak sebagai pegawai perhubungan antara pihak sekolah dengan ibu
bapa atau penjaga khasnya yang berkaitan dengan masalah disiplin pelajar.

20. PERATURAN PEJABAT AM


A. Pelawat melaporkan diri di pejabat dahulu sebelum menemui guru/pelajar.
(Ibu bapa yang hendak membawa anaknya pulang mestilah mendapat
kebenaran daripada Pengetua/ Penolong Kanan 1 / PEnolong Kanan HEM.
B. Pegawai atau pekerja yang ada meminjam sebarang harta sekolah dikehendaki
merekodkan butir-butir pinjaman melalui pegawai berkenaan dan
memulangkan harta sekolah pada tarikh yang ditetapkan.
C. Segala dokumen seperti fail dan dokumen pejabat tidak dibenarkan dibawa
keluar dari pejabat am tanpa kebenaran pengetua.

9
D. Kipas, lampu, radio, komputer, sistem siaraya dan semua peralatan elektrik
termasuk pintu hendaklah ditutup sebelum meninggalkan pejabat.
E. Pelawat hendaklah dilayan dengan cepat, cekap dan mesra.
F. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke pejabat tanpa sebarang urusan mustahak.
G. Pelawat termasuk guru, pekerja dan pelajar hendaklah terlebih dahulu
mendapat kebenaran pegawai di kaunter untuk berjumpa Pengetua/ Penolong
Kanan.

10
POLISI KESELAMATAN HARTA BENDA
Rumusan Tatacara Pelan Tindakan
Polisi Keselamatan Harta Benda
SMK Sungai Tapang, Samarahan, Sarawak.

Polisi ini perlu diteliti bersama :

1. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL : 7/2000


Mencegah Kebakaran di Sekolah

2. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL : 7/2000


Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di Sekolah Menengah

3. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL : 4 / 1996


Pelaksanaan Kuasa Disiplin Dan Hukuman Di Sekolah

4. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL : 7 / 1995


Tatacara mengenakan Tindakan Dan Hukuman Terhadap Pelajar Di Sekolah

5. SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL : 2 / 1991


Penggunaan Barang-Barang Baru Bagi Pengurusan Harta Modal, Inventori dan
Bekalan Pejabat.

1.0 DEFINISI

Menjaga dan memulihara harta benda berharga dan bernilai yang dimiliki dalam
jangka masa pendek dan jangka masa panjang supaya menghindarkan dan
mengelakkan harta benda tersebut daripada ancaman bahaya dan bencana yang
tidak diduga. Harta benda di sekolah boleh dibahagikan kepada beberapa kategori
iaitu :

1. Elektrik
a. Pendawaian Elektrik – Suis dan wayar
b. Barang-barang Elektrik - Kipas, komputer, pendingin hawa,
mesin jahit, resograf, mesin fotostat, OHP, 3D dan lain-lain.

2. Perabot - Kerusi, meja, almari, tong gas, dapur, papan tulis, papan notis,
pisau, tukul, gergaji, sofa dan lain-lain.
3. Kunci - Semua jenis kunci, engsel, mangka dan sebagainya.
4. Buku teks, buku perpustakaan dan buku panitia – Semua buku pinjaman
daripada Skim Pinjaman Buku Teks ( SPBT ), panitia dan perpustakaan
adalah hak milik sekolah.
5. Bahan Bantu Mengajar ( BBM ) - Glob, carta, peralatan geometri,
kompas, peta dan sebagainya.
6. Perkakas Makmal – Alat radas kaca, kanta, mikroskop, bahan kimia,
spesimen dan model siap atau tersedia.

11
7. Perkakasan pertanian - Semua alat-alat pertanian seperti mesin rumput,
cangkul, kereta sorong, pungkis, pasu bunga dan lain-lain.
8. Peralatan sukan – Semua peralatan sukan seperti, bola, lembing, peluru,
cakera, jaring, panah, kayu hoki, wisel, pagar dan lain-lain.
9. Bangunan – Semua bangunan dan struktur binaan yang terdapat di SMK
Sungai Tapang, Samarahan, Sarawak.
10. Harta Umum – Telefon, mesin taip, alat pemadam api, peti pertolongan
cemas, tong sampah dan penyapu.

2.0 MATLAMAT

Menjaga dan memulihara semua harta benda sekolah daripada kecurian,


kebakaran , kerosakan dan keusangan.

3.0 POLISI

Sifar kemalangan, kebakaran, kerosakan dan kecurian

4.0 OBJEKTIF

1. Menjaga harta benda sekolah untuk kegunaan warga SMK Sungai Tapang.
2. Meningkatkan ketahanan harta benda supaya tidak mudah rosak dan dapat
digunakan dalam jangka masa yang panjang.
3. Mengurangkan kos baik pulih dan penyelenggaran.
4. Menanam sikap mencintai dan menghargai harta benda kepunyaan warga
SMK Sungai Tapang.
5. Memupuk kefahaman dan kesedaran di kalangan warga sekolah tentang peri
pentingnya harta benda yang dimiliki bersama.
6. Menggantikan stok-stok lama yang tidak dapat digunakan
7. Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil untuk menjaga
harta benda sekolah.
8. Menimbulkan rasa tanggungjawab setiap warga sekolah terhadap kepentingan
dan keselamatan harta benda kepunyaan bersama di sekolah.

5.0 RASIONAL

1. Sekolah sentiasa terdedah kepada kes-kes di luar jangkaan sama ada dari segi
kebakaran, kecurian, kemalangan atau kerosakan harta benda.
2. Kurangnya kesedaran warga sekolah tentang sikap menghargai harta benda
sekolah.
3. Memudahkan pengurusan dan penggunaan harta benda sekolah secara
sistematik dan berkesan.
4. Buku teks adalah kepunyaan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Majlis
Agama Islam, jadi buku-buku ini wajib dijaga dengan sempurna.

6.0 PROSEDUR TINDAKAN

12
Bagi mencapai objektif polisi keselamatan harta benda sekolah, tindakan yang sewajarnya
patut dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

6.1. Tatacara Am
1. Melantik pengawal keselamatan yang bertugas 24 jam sehari.
2. Setiap penggunaan alat perlu mempunyai langkah keselamatan serta
mendapat kebenaran daripada pihak yang lebih arif dan pakar.
3. Mengadakan program-program khas untuk memberikan kesedaran kepada
warga sekolah seperti kempen ‘Sekolahku Rumahku’, ‘Sayangilah Sekolahku’
dan Kempen ‘Penggunaan Alat-alat Keselamatan’.
4. Setiap warga sekolah perlu bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan
baik dan mengembalikan semula alat tersebut dalam keadaan yang baik.
5. Tidak dibenarkan berada di kawasan larangan seperti bilik-bilik khas tanpa
kebenaran untuk mengelakan sebarang kecurian dan perkara yang tidak
diingini berlaku ( Rujuk: Surat Pekeliling Bil: 7/1999 )
6. Sentiasa memberikan kesedaran dan peringatan tentang peri pentingnya
menjaga keselamatan harta benda melalui risalah serta taklimat khas semasa
perhimpuan dan proses pengajaran dan pembelajaran.
7. Sebarang pengambilan dan penggunaan harta benda perlu direkod di dalam
daftar inventori, daftar pergerakan dan stok-stok bekalan untuk disemak dan
dikemaskinikan dari semasa dari semasa.
8. Jika sesuatu harta benda sekolah dirosakkan sama ada sengaja atau tidak,
murid atau kumpulan yang terbabit akan dikenakan hukuman yang setimpal.
(Rujuk: Surat Pekeliling Ikhtisas Bil:7/ 1995 )
9. Pihak yang ingin menggunakan bangunan atau harta benda sekolah perlu
membuat permohonan bertulis kepada pengetua.
10. Sebarang penggunaan harta benda sekolah direkod dalam penggunaan secara
sistematik oleh pihak pengurusan.
11. Menjalankan pemeriksaan ke atas sistem perairan sekolah dan tangki air
sekurang-kurangnya dua kali setahun.

6.2 Carta aliran tindakan

PROSEDUR
PELAN
Tatacara pihak
TINDAKAN Tatacara Murid &
Pengurusan / Guru Ibu Bapa pelajar

7 TATACARA PENJAGAAN BUKU SEKOLAH

7.1. Definisi:

13
Buku sekolah merangkumi semua jenis buku yang dimiliki oleh sekolah sama ada melalui
pembelian, hadiah ataupun pemberian kementerian Pendidikan di bawah Skim Pinjaman
Buku Teks ( SPBT ).

Buku-buku sekolah termasuk :


a. Semua buku perpustakaan.
b. Semua buku rujukan di bawah jagaan panitia mata pelajaran.
c. Semua Buku Teks yang dipinjamkan kepada pelajar di bawah
Skim Pinjaman Buku Teks ( SPBT )

7.2. Tatacara tindakan pihak pengurusan.

7.2.1 Tindakan guru / murid sekolah:

1. Mengendalikan semua operasi di stor Buku Teks/ perpustakaan.


2. Mengeluarkan borang SPBT kepada semua pelajar pada setiap akhir tahun.
3. Membuat pemantauan di kelas untuk memastikan semua pelajar membalut
buku teks masing-masing.
4. Merekod semua buku yang diterima dalam Buku Stok.
5. Merekod nombor siri buku teks yang dipinjam oleh pelajar dalam Borang
Penerimaan dan Pemulangan buku teks.
6. Memaklumkan kepada ibu bapa pelajar tentang kehilangan buku teks anak
masing-masing
7. Pelajar-pelajar yang kehilangan buku teks dihendaki menggantikan atau
membayar buku berkenaan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan
penangguhan pemberian buku teks kepada mereka yang kehilangan buku teks.
8. Memberi taklimat serta melatih pelajar tentang tatacara penggunaan
perpustakaan.
9. Membaikpulih buku-buku perpustakaan yang telah rosak.
10. Merekod semua buku yang baru diterima serta menyimpan rekod tersebut.
11. Mengklasifikasikan buku-buku perpustakaan mengikut ‘Sistem Penyusunan
Dewey’.

7.2.2. Tatacara tindakan murid:

1. Semua pelajar SMK Sungai Tapang layak diberikan buku teks di bawah SPBT.
2. Semua murid diwajibkan membalut serta menjaga dengan sebaik mungkin buku
yang dipinjamkan kepada mereka.
3. Dilarang sama sekali menconteng, mengoyak atau sengaja merosakkan buku teks
yang dipinjam.
4. Semua pelajar wajib mencatat nama serta kelas mereka pada ruang di muka depan
buku teks masing-masing untuk mengelakkan kecurian.
5. Semua pelajar tidak dibenarkan berada di stor buku teks tanpa kebenaran atau
kehadiran guru.
6. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa buku ke dalam perpustakaan. Mereka
hanya dibenarkan membawa buku catatan dan alat tulis sahaja.

14
7. Semua pelajar dibekalkan dengan ‘Kad Perpustakaan’ untuk kegunaan meminjam
buku perpustakaan . Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menggunakan kad orang lain
untuk tujuan meminjam buku perpustakaan.
8. Buku perpustakaan yang hendak dipulangkan hendaklah diserahkan kepada
pustakawan untuk disemak dan dicop tarikh pemulangannya.
9. Semua buku perpustakaan yang telah digunakan atau dibaca di dalam pepustakaan
hendaklah diletakkan pada tempat asal mengikut nombor siri buku tersebut.

8 TATACARA PENJAGAAN
ELEKTRIK/ BARANG
ELEKTRIK
8.1 Tatacara tindakan pihak pengurusan / guru / PAR

1. Mengadakan pemeriksaan sekurang-kurangnya dua kali sebulan untuk mengenal


pasti kerosakan seperti pendawaian / saluran elektrik dan alat-alat kelengkapan
elektrik.
2. Mengambil tindakan segera tentang kerosakan yang dilaporkan.
3. Penggunaan mesin pejabat/sekolah seperti mesin fotostat, faks dan risograf hanya
untuk urusan rasmi sahaja dan akan dikendalikan oleh pegawai/ kakitangan yang
telah dikhaskan.
4. Untuk mengelakkan kerosakan, panduan / manual penggunaan alat-alat perlu
disediakan/ ditampal di pejabat.
5. Urusan pemeriksaan oleh pihak SESCO pada saluran pendawaian dan peralatan
elektrik dan peralatan lain di sekolah tersebut.

8.2 Tatacara tindakan murid:

1. Membaca manual dan tatacara penggunaan sebelum menggunakan peralatan


tersebut.
2. Tidak dibenarkan memindah peralatan dari tempat asalnya tanpa kebenaran.
3. Memastikan semua peralatan elektrik seperti kipas dan lampu ditutup setiap kali
meninggalkan kelas.
4. Perlu ada sikap ‘Tidak membazir elektrik’.
5. Menyemai sikap ‘ menjaga dengan baik serta tidak merosakan peralatan elektrik
sekolah’.

9 TATACARA PENJAGAAN PERALATAN MAKMAL

9.1. Tatacara tindakan pengurusan / guru

1. Wajib mengawasi setiap pergerakan pelajar di dalam makmal Sains, Makmal


Komputer dan Makmal Pandang Dengar ( APD ).
2. Setiap alat disertakan dengan manual dan langkah penggunaan adalah betul.
3. Membuat inventori pada setiap tahun untuk merekod peralatan yang hilang , rosak
dan barang baharu dibekalkan.

15
4. Sebelum pelajar meninggalkan makmal dan berakhirnya kelas amali, guru wajib
membuat pemeriksaan ke atas kuantiti alat radas yang dibekalkan.
5. Setiap kali kelas amali berakhir, guru wajib memastikan makmal berada dalam
keadaan bersih.
6. Bahan kimia yang tamat tempoh penggunaannya perlu dihantar semula kepada
pihak pembekal untuk dilupuskan.
7. Peralatan kaca yang pecah perlu direkod dan dikumpulkan sebelum dilupuskan.
8. Guru perlu membuat tempahan dan menyenaraikan peralatan yang diperlukan
bagi menyenangkan kerosakan dikesan.
9. Semasa menjalankan ujikaji , guru harus menerangkan langkah-langkah
keselamatan dengan jelas dan tepat untuk mengelakkan kemalangan berlaku.

9.2. Tatacara tindakan murid

1. Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal sains, makmal komputer, dan
makmal APD tanpa kebenaran guru.
2. Sekiranya berlaku kerosakan dan alat dipecahkan, pelajar wajib melaporkannya
kepada guru yang bertugas dan menggantikannya dengan harga yang sama (jika
sengaja).
3. Tidak dibenarkan mengubah kedudukan atau membawa keluar dari makmal
peralatan seperti peralatan kaca, mikroskop, model tersedia dan bahan-bahan
kimia tanpa kebanaran daripada guru.
4. Eksperimen tidak boleh dimulakan tanpa mendapat keterangan dan kebenaran
daripada guru.
5. Pelajar dilarang membuang sisa pepejal dan bahan kimia ke dalam singki kerana
ia boleh menyebabkan saluran tersumbat.
6. Pelajar diwajibkan membersihkan semua alat radas selepas digunakan.
7. Pelajar dilarang membazirkan bahan kimia , gas, air dan tenaga elektrik.
8. Pelajar wajib meletakkan semula semua bahan kimia dan alat radas pada tempat
asal selepas digunakan.
9. Pelajar tidak dibenarkan membawa beg masuk ke dalam Makmal.
10. Pelajar perlu berbaris di luar makmal sementara menunggu arahan daripada guru
yang terlibat sebelum masuk ke makmal.

10. TATACARA PENJAGAAN BANGUNAN

10.1. Tatacara tindakan pihak pengurusan /guru

1. Mengadakan Kawad Kecemasan dan Demonstrasi oleh Pegawai Bomba dan


Penyelamat sekurang-kurangnya 3 kali setahun. ( Rujuk Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil: 7/2000 )
2. Meletakkan pelan Kecemasan di semua bilik di seluruh sekolah sebagai panduan.
3. Alat pemadam api diperbanyak dan diletakkan di sudut yang sesuai serta senang
dilihat
4. Melukis mural yang sesuai di dinding-dinding bangunan untuk menyemai
semangat patriotik dan cintakan sekolah.

10.2. Tatacara tindakan murid

16
1. Ketua Tingkatan dihendaki membuat laporan sekiranya terdapat kesan tapak kaki
atau contengan di dinding kelas.
2. Wajib menjalankan kerja kumpulan secara bergilir-gilir untuk membersihkan
seluruh kawasan bangunan sekolah.
3. Pelajar digalakkan menyertai kelas keceriaan untuk mencantikkan dinding-
dinding bangunan sekolah dengan membuat lukisan pada dinding bangunan.

11. TATACARA PENJAGAAN PERALATAN BENGKEL


KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

11.1 Tatacara tindakan pengurusan/ guru

1. Merekod dan menyelia penggunaan peralatan bengkel sebelum dan selepas


aktiviti dijalankan.
2. Menyediakan jadual bertugas kepada guru-guru untuk mencatatkan sebarang
pengambilan peralatan.
3. Segala pinjaman peralatan bengkel perlu direkod dalam buku pinjaman
4. Stok-stok dalam bengkel perlu disemak dan dikemas kini dari semasa ke semasa.
5. Guru perlu membuat pemeriksaan ke atas bilangan alat yang dibekalkan untuk
amali sebelum pelajar meninggalkan bengkel.

11.2. Tatacara tindakan murid

1. Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam stor tanpa kebenaran guru yang bertugas.
2. Semua peralatan perlu disusun dengan kemas selepas digunakan.
3. Semua peralatan yang rosak dilaporkan kepada guru yang bertugas.
4. Peraturan-peraturan keselamatan penggunaan alat patut dipatuhi untuk
mengelakkan kerosakan alatan .

12. TATACARA PENJAGAAN


KUNCI
12.1 Tatacara tindakan pengurusan / guru

1. Kunci-kunci bilik khas diamanahkan kepada guru-guru yang tertentu dan mereka
bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bilik tersebut.
2. Pengambilan dan pemulangan kunci bilik khas perlu direkod pada awal dan akhir
tahun.
3. Segala kehilangan dan kerosakan kunci perlu dilaporkan dengan segera kepada
pihak pengurusan.
4. Memastikan bilik-bilik khas sentiasa berkunci sekiranya tanpa pengawasan guru
bagi mengelakkan pelajar keluar dan masuk agar tidak berlaku kecurian dan
kerosakan ke atas peralatan yang terdapat di bilik-bilik tersebut.

17
12.2 Tatacara tindakan murid

1. Wajib melaporkan kepada pengetua/ guru sekiranya didapati ada suis kipas tidak
ditutup serta bilik-bilik khas yang tidak berkunci.
2. Pelajar hanya boleh mengambil kunci dengan kebenaran guru sahaja.
3. Selepas mengunakan kunci , pelajar perlu mengembalikan kunci tersebut kepada
guru yang berkenanan dengan segera.

13. TATACARA PENJAGAAN


PERKAKAS UMUM
Tatacara tindakan pengurusan / guru

1. Penggunaan telefon di pejabat hanya untuk urusan rasmi sahaja dan setiap
penggunaan perlu direkod.
2. Menjemput pihak bomba untuk menjalankan pemeriksaan ke atas alat pemadam
api dan fire-hose untuk memastikan tiada sebarang kerosakan.
3. Guru perlu rekod dan lapor sebarang kekurangan pembekalan dan kerosakan ke
atas penyapu, tong sampah dan penceduk di setiap kelas kepada AJK kebersihan
dan keceriaan kelas.

Tatacara tindakan pelajar

1. Pelajar tidak dibenarkan mengambil sebarang ubat di dalam peti pertolongan


cemas tanpa mendapat kebenaran daripada guru yang bertugas.
2. Pelajar tidak dibenarkan menggunakn telefon di pejabat am kecuali kes
kecemasan.
3. Pelajar tidak dibenarkan mengusik alat pemadam api kecuali jika diperlukan.
4. Pelajar perlu melaporkan sebarang kerosakan ke atas perkakas umum kepada
guru yang bertugas.

Penutup

Keselamatan harta benda sekolah merupakan perkara utama yang perlu dititikberatkan
dalam pengurusan dan pentadbiran. Justeru itu, pelan tindakan ini adalah satu langkah
yang sewajarnya untuk mencapai matlamat ‘Sifar Kerosakan, Kebakaran, Kecurian dan
Kemalangan’.

18
POLISI SEKOLAH SELAMAT
Keselamatan Diri Murid Semasa
Perjalanan Pergi & Balik Dari Sekolah

OBJEKTIF

 Mengenalpasti sebarang masalah berkaitan keselamatan semasa murid


menjalankan aktiviti.
 Menyedia dan menyebarkan maklumat tentang tatacara tindakan yang lengkap.
 Meningkatkan kesedaran mengenai aspek-aspek keselamatan dalam menjalankan
aktiviti.
 Semua pihak dapat mengambil tindakan berdasarkan semua peraturan yang
disediakan.

1. KESELAMATAN DIRI MURID SEMASA PERJALANAN PERGI DAN


BALIK SEKOLAH

1.1 Pendahuluan

Keselamatan diri pelajar dalam perjalanan pergi dan balik ke sekolah memerlukan
perhatian serius kerana kemalangan boleh berlaku sekiranya semua pihak tidak
peka. Keupayaan pihak sekolah dalam menangani isu keselamatan diri murid
pergi dan balik sekolah adalah terbatas. Oleh kerana terdapat pelbagai cara pelajar
pergi dan balik sekolah, maka tatacara telah dirangka bagi tujuan itu.

1.2 Rasional
1.2.1 Ramai Pelajar yang pergi dan balik sekolah terdedah kepada
bahaya akibat kecuaian ataupun kurang mementingkan aspek
keselamatan.
1.2.2 Kurang kesedaran daripada keluarga dan masyarakat dalam aspek
penjagaan keselamatan diri pelajar pergi dan balik sekolah.
1.2.3 Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan di luar
kawasan sekolah amat terbatas tanpa sokongan keluarga dan
masyarakat.
1.2.4 Perlunya pihak sekolah menyediakan persekitaran yang selamat
untuk warga sekolah melalui Pendidikan keselamatan diri dalam
perjalanan pergi dan balik.

1.3 Objektif
1.3.1 Menyedia dan menyebarkan maklumat tentang tatacara tindakan
keselamatan diri pelajar pergi dan balik sekolah.
1.3.2 Mengenalpasti masalah berkaitan penggunaan laluan perjalanan
pergi dan balik sekolah.

19
1.3.3 Semua pihak faham dan bertindak berdasarkan tatacara yang
disediakan apabila melibatkan keselamatan pelajar pergi dan balik
dari sekolah.
1.3.4 Mengambil tindakan yang betul berdasarkan peraturan yang
disediakan.

1.4 Peranan Pelajar


1.4.1 Pelajar mesti memastikan kenderaan yang dinaiki ke sekolah
adalah selamat.
1.4.2 Pelajar mesti mematuhi arahan pihak yang mengawal kenderaan
seperti pemandu atau polis.
1.4.3 Memahami dan mengamalkan peraturan mengenai keselamatan
diri dalam perjalanan ke sekolah.
1.4.4 Pelajar hendaklah sepanjang masa mengamalkan langkah-langkah
keselamatan seperti berikut:
1.4.5 Sentiasa sedar dan peka tentang kemungkinan berlakunya
perbuatan jenayah ke atas diri pelajar.
1.4.6 Berjalan dalam kumpulan dan menggunakan laluan yang selamat.
1.4.7 Melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran seni
mempertahankan diri.
1.4.8 Mengelak diri daripada berinteraksi dengan orang yang tidak
dikenali.
1.4.9 Melaporkan kepada pihak pentadbir/guru/kakitangan sekolah
sekiranya terdapat sesuatu yang mencurigakan berlaku.
1.4.10 Tidak menumpang kenderaan orang yang tidak dikenali.

1.5 Peranan Kaunselor/Guru Disiplin


1.5.1 Memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang
pentingnya keselamatan diri melalui :-
1.5.2 Poster
1.5.3 Perhimpunan
1.5.4 Ceramah
1.5.5 Pengajaran dan Pembelajaran dalam kelas.
1.5.6 Tayangan Video
1.5.7 Ceramah
1.5.8 Edaran
1.5.9 Menerima aduan pelajar dan mengambil tindakan susulan.
1.5.10 Merekodkan semua aduan bagi sebarang insiden.
1.5.11 Memaklumkan kepada ibu bapa dan pihak berkenaan.
1.5.12 Menganalisis setiap kejadian.
1.5.13 Memanfaatkan sepenuhnya Jawatankuasa Permuafakatan,
Jawatankuasa Keselamatan dan Persatuan Ibu Bapa dan
Guru(PIBG) dalam merancang langkah keselamatan murid semasa
perjalanan ke sekolah.
1.5.14 Bekerjasama dengan pihak polis dan ibu bapa untuk membuat
rondaan di kawasan yang difikirkan berisiko tinggi dari segi
keselamatan.
1.5.15 Merancang dan melaksanakan program-program gotong-royong
membersihkan kawasan sekolah.

20
1.5.16 Memantau sebarang laluan(jalan pintas ke sekolah)oleh pihak yang
tidak bertanggungjawab yang ingin mengganggu keselamatan
pelajar.
1.5.17 Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan pelajar
dalam perjalanan pergi dan balik dari sekolah.
1.5.18 Menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah di Sekolah.

1.6 Peranan Ibu bapa.


1.6.1 Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam merancang dan
menguatkuasakan keselamatan murid pergi balik sekolah.
1.6.2 Memastikan anak selamat pergi dan balik sekolah.
1.6.3 Mendidik anak dalam aspek keselamatan diri.
1.6.4 Memastikan anak-anak pergi dan balik sekolah dengan kawan-
kawan atau dalam kumpulan.
1.6.5 Memastikan kenderaan yang digunakan oleh anak dalam keadaan
baik.
1.6.6 Menasihati anak-anak supaya tidak berinteraksi atau mengikut
orang yang tidak dikenali.

2. TATACARA TINDAKAN PELAJAR

2.1 Pergi dan balik menggunakan kenderaan awam:


•Kenderaan awam yang dimaksudkan ialah bas, teksi, dan van.
•Kenal pasti kenderaan yang biasa dinaiki sama ada melalui nombor plat, pemandu,
kelindan atau identiti khas.
•Memastikan kenderaan betul-betul berhenti apabila turun atau naik.
•Berbaris atau tidak berebut/tunggu giliran semasa turun atau naik dan tidak bertolak-
tolak dengan rakan-rakan.
•Sekiranya duduk di kerusi, duduklah dengan tertib.
•Sekiranya tiada tempat duduk dan terpaksa berdiri, pastikan berdiri dalam keadaan
stabil dengan memegang pemegang yang disediakan dan jangan berdiri di tangga.
•Jangan bergurau senda, bermain, melambai tangan keluar, mengeluarkan atau
menjengokkan kepala, mencampak barang keluar atau lain-lain perbuatan yang boleh
membahayakan diri dan orang lain.
•Setelah tiba di destinasi, turunlah dari kenderaan yang dinaiki setelah ia betul-betul
berhenti dan jangan berebut/bertolak-tolak. Jalan terus ke rumah/sekolah.
•Sekiranya perlu menyeberangi jalan pastikan tiada kenderaan dari kiri dan kanan.
•Apabila berlaku kemalangan, ikut panduan Tatacara Berlaku Kemalangan.

2.2 Perjalanan semasa pergi dan balik sekolah dengan bot/sampan (Balik hujung
minggu).
•Pastikan memakai jaket keselamatan semasa menaiki bot/sampan.
•Jangan menaiki bot/sampan yang melebihi had muatan.
•Semasa dalam bot/sampan sentiasa berhati-hati dan ikut semua arahan pemandu.
•Jangan berdiri atau bermain air semasa dalam perjalanan atau melakukan sebarang
perlakuan yang menyebabkan bot/sampan tidak stabil.
•Elak dari menaiki bot/sampan dalam keadaan cuaca yang buruk atau arus sungai terlalu
deras.

2.3 Pergi balik dengan kenderaan sendiri:

21
•Kenderaan sendiri yang dimaksudkan ialah kenderaan yang dibawa oleh pelajar
sendiri
seperti kereta, motorsikal dan juga basikal.

2.3.1 Memandu kereta:


•Memastikan kereta ada insurans lengkap dengan cukai jalan dan dalam keadaan
sempurna.
•Pelajar yang menggunakan kereta juga mesti mempunyai lesen memandu.
•Sentiasa memakai tali pingggang keledar ketika memandu.
•Mematuhi peraturan lalu-lintas di jalan raya.
•Apabila tiba di sekolah, patuhi peraturan lalu lintas di sekolah.
•Sekiranya berlaku kemalangan minta bantuan orang yang terdekat dan laporkan segera
kepada guru/guru bertugas/pentadbir.
•Seterusnya ikut tatacara kemalangan sekiranya berlaku kemalangan.

2.3.2 Menggunakan motosikal:


•Memastikan motorsikal ada insurans lengkap dengan cukai jalan dan dalam keadaan
sempurna.
•Pelajar yang menggunakan motorsikal juga mesti mempunyai lesen memandu.
•Gunakan topi keledar dan pakaian yang boleh memantulkan cahaya.
•Jangan berlumba, bergandingan, bergurau senda semasa menunggang atau membawa
pembonceng lebih daripada seorang.
•Sekiranya berlaku kemalangan minta bantuan orang terdekat dan laporkan segera kepada
guru/guru bertugas/pentadbir.
•Seterusnya ikut prosedur sekiranya berlaku kemalangan.
•Patuhi Peraturan Jalan Raya.

2.3.3 Menggunakan Basikal:


•Mahir menggunakan basikal dan pastikan basikal berkeadaan baik.
•Jangan bawa pembonceng.
•Jangan berlumba.
•Jangan bergurau senda.
•Jangan mengayuh terlalu laju.
•Jangan bersaing-saing/bergandingan.
•Setelah tiba di sekolah ikut peraturan lalu lintas di sekolah.
•Sekiranya berlaku kemalangan ikut prosedur apabila kemalanganberlaku.

2.4 Pergi dan balik dengan berjalan kaki:

2.4.1 Melintas Jalan


•Cari tempat terdekat dan selamat untuk melintas jalan.
•Hendaklah berjalan di kaki lima.
•Undur ke belakang dua langkah apabila melihat kenderaan besar.
•kut arahan trafik warden jika ada.
•Apabila hendak melintas jalan lihat kanan, lihat kiri dan lihat kanan semula.
•Melintas apabila sudah pasti tiada kenderaan.

2.4.2 Tempat yang selamat melintas jalan raya


•Lintasan pejalan kaki (Lintasan zebra)
•Laluan bawah

22
•Jejantas
•Dekat lampu Isyarat
•Di tempat-tempat yang terdapat anggota polis, warden trafik dan pengawal
lalu lintas.
•Jangan melintas jalan di celah-celah kenderaan.

2.4.3 Cara melintas jalan di lintasan pejalan kaki


•Nampakkan diri anda kepada pemandu kenderaan.
•Setelah semua kenderaan berhenti barulah melintas dengan cermat.

2.4.4 Cara Melintas Jalan di Lampu Isyarat.


•Melintas apabila lampu pejalan kaki berwarna hijau.
•Apabila lampu hijau berkelip-kelip, jangan melintas/jika sedang melintas,
teruskan melintas secepat mungkin.

2.4.5 Berjalan kaki di kawasan awam


•Gunakan kaki lima jalan sebelah kiri.
•Jika tiada kaki lima, gunakan bahu jalan sebelah kanan.
•Jangan bergandingan.

2.4.6 Berjalan kaki pada waktu malam


•Bawa surat khabar atau benda-benda putih
•Pakai pakaian cerah atau yang ada bahan reflektif.
•Gunakan lampu picit.
•Jalan dalam kumpulan sekurang-kurangnya dua orang.
•Jika berlaku sebarang kemalangan atau kecelakaan, ikutilah prosedur apabila
ada kemalangan.

2.4.7 Berjalan kaki pada waktu hujan


•Pakai baju hujan.
•Jika menggunakan payung, pegang dengan betul supaya tidak menghalang
pandangan hadapan.
•Berjalan dengan cermat terutama di tempat-tempat yang licin.
•Sekiranya hujan terlalu lebat, tumpang berteduh di tempat-tempat selamat
seperti di pondok menunggu bas atau bangunan. Jangan berteduh di bawah
pokok.
•Jangan menggunakan payung jika ketika hujan ribut dan angin kencang.
•Jangan bermain-main dalam hujan.

2.4.8 Berjalan kaki di tempat sunyi/semak


•Berjalan dalam kumpulan sekurang-kurangnya dua orang.
•Pelajar perlu ada pengetahuan seni mempertahankan diri.
•Sekiranya berlaku kecemasan, jangan panik, menjerit meminta tolong/cuba
pertahankan diri/lari menyelamatkan diri.
•Laporkan kejadian kepada guru untuk tindakan selanjutnya.

2.4.9 Dihantar oleh Ibu Bapa/Penjaga


•Jika menggunakan kereta atau van pastikan pintu kenderaan ditutup
sempurna sebelum kenderaan bergerak.
•Gunakan tali pinggang keledar/topi keledar.

23
•Jangan bermain/bergurau semasa kenderaan bergerak
•Memastikan kenderaan betul-betul berhenti sebelum turun/naik kenderaan.
•Jika perlu melintas jalan, pandang kanan, kiri dan kanan sebelum melintas.

3.0 TATACARA TINDAKAN GURU


3.1. Melaksanakan program-program mengenai keselamatan jalanraya seperti taklimat,
ceramah, tayangan video, mempamerkan poster dan lain-lain.
3.2. Memberikan penerangan mengenai keselamatan pergi dan balik sekolah kepada
ibu bapa /penjaga melalui mesyuarat PIBG.
3.3. Menyimpan rekod tentang pengangkutan murid-murid ke sekolah.
3.4. Menyimpan rekod tentang kenderaan-kenderaan murid ke sekolah.
3.5. Menyediakan tempat letak kenderaan yang sesuai dan selamat untuk pelajar.
3.6. Menyediakan sistem lalu lintas dalam sekolah.
3.7. Meminta bantuan jaga sekolah untuk mengawal lalu lintas di pintu utama sekolah.
3.8. Menyediakan warden trafik di tempat yang sesuai untuk melintas jalan dan
semasa lalu lintas/jalan utama ke sekolah yang sibuk.
3.9. Mengadakan pemeriksaan ke atas kenderaan pelajar dengan kerjasama pihak
polis.
3.10. Memastikan pelajar ada lesen memandu, insurans, cukai jalan dan kenderaan
dalam keadaan sempurna.
3.11. Menyimpan rekod ibu bapa / penjaga pelajar-pelajar supaya mudah dihubungi
semasa kecemasan.
3.12. Menyimpan dan mempamerkan nombor telefon pihak-pihak berkuasa untuk
berhubung jika berlaku sebarang kecemasan.
3.13. Mengedarkan tatacara polisi dan tatacara keselamatan kepada semua pelajar jika
boleh.
3.14. Sekiranya kemalangan, ikut tatacara apabila berlaku kemalangan.
3.15. Meminta pihak berkuasa membersihkan laluan berbahaya supaya selamat bagi
murid ke sekolah.

4. TATACARA IBU BAPA


4.1. Memastikan anak memiliki lesen memandu, insurans, cukai jalan dan kenderaan
dalam keadaan sempurna.
4.2. Menemani anak menaiki bas, berjalan kaki dalam keadaan gelap/hujan/sunyi dan
menunggu kenderaan tiba.
4.3. Mengingatkan /menasihati anak supaya sentiasa berwaspada dengan orang-orang
yang tidak dikenali dan berhati-hati semasa pergi dan balik sekolah.
4.4. Mengambil tahu waktu anak pergi dan balik sekolah dan menghubungi pihak
sekolah sekiranya anak lewat balik.
4.5. Memastikan anak memakai pakaian cerah atau bahan reflektif jika berjalan dalam
keadaan cuaca gelap.
4.6. Memastikan anak berjalan secara berkumpulan jika melalui kawasan yang
semak / sunyi / gelap.
4.7. Elakkan anak dari menaiki bot / sampan yang uzur/rosak.
4.8. Mengingatkan anak memakai jaket keselamatan ketika menaiki bot / sampan.
4.9. Jika cuaca buruk dan berbahaya jangan benarkan anak ke sekolah dengan cara
menaiki bot / sampan.

24
POLISI KESELAMATAN KEGIATAN KO-KURIKULUM
SMK SUNGAI TAPANG.

Polisi ini harus dibaca bersama:


 SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL:1/1989
Penyertaan Pelajar Dalam Kegiatan Sukan Di Sekolah

25
 SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 8/1995
Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan Atau
Badan Induk Sukan.

 SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 3/1995


Perlaksanaan Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok Bagi Semua Pelajar
Sekolah Kerajaan Dan Bantuan Kerajaan.

 SURAT PEKELILING KHTISAS BIL: 25/1998 dan BIL: 3/1979


Pendidikan Jasmani.

 SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 24/1988


Penglibatan Guru Dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam Anjuran
Agensi Kerajaan Dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

 SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 25/1998


Perlaksanaan Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan.

 SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 9/2000 dan BIL: 1/1995


Panduan Keselamatan diri Pelajar semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan
Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum Dan Sukan dan Di Luar Kawasan Sekolah.

PENGENALAN
Aktiviti ko-kurikulum merupakan sebarang aktiviti yang dijalankan di luar kelas yang
tidak melibatkan waktu pembelajaran.

RASIONAL
 SMK Sungai Tapang bertanggungjawab menyediakan iklim sekolah yang selamat
semasa aktiviti kokurikulum dijalankan.
 Warga sekolah terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal dan semasa
penggunaan peralatan sukan.
 Menyedari keperluan pengawasan yang rapi sepanjang aktiviti dijalankan.

OBJEKTIF
 Memastikan kegiatan ini bergerak selaras dengan matlamat yang telah ditetapkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
 Mengelakkan berlakunya kemalangan semasa kokurikulum dijalankan.
 Mendisiplin diri dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum.
 Memastikan pengurusan peralatan dan diri pelajar mengikut tatacara yang
disediakan.
PERANAN MURID
 Melapor taraf kesihatan diri kepada guru
 Mengikut arahan guru / jurulatih sepanjang aktiviti dijalankan.
 Melaporkan dengan segera sebarang masalah yang timbul sepanjang aktiviti
dijalankan.
 Mengikut aktiviti yang dijalankan dengan mengutamakan aspek keselamatan.

26
PERANAN JURULATIH / GURU
 Memberikan kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnya
keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti kokurikulum melalui:
a. Poster
b. Perhimpunan Mingguan
c. Ceramah
d. Bengkel
e. Pengajaran dan Pembelajaran dalam klelas
f. Edaran
 Menerima aduan pelajar dan mengambil tindakan susulan.
 Merekod semua aduan bagi sebarang insiden atau mereka yang disyaki
mempunyai niat jahat.
 Memaklum kepada ibubapa dan pihak berkenaan.
 Memanfaatkan sepenuhnya Jawatankuasa Permaufakatan, Jawatankuasa
Keselamatan dan PIBG dalam merancang langkah keselamatan murid semasa
menjalankan aktiviti ko-kurikulum.
 Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan murid dalam aktiviti ko-
kurikulum.

PERANAN IBU BAPA DAN PENJAGA.


 Mengambil tahu aktiviti ko-kurikulum yang diikuti oleh anak/jagaan masing-
masing.
 Meneliti dan mengisi borang yang disediakan oleh pihak sekolah yang berkaitan
dengan aktiviti yang dijalankan.
 Menandatangani borang pengesahan kebenaran untuk menjalankan aktiviti.
 Menyediakan bahan keperluan anak / jagaan sepanjang aktiviti dijalankan.
 Mengenalpasti jurulatih / guru yang menguruskan aktiviti dan menyimpan nombor
telefon jurulatih / guru berkenaan dan pihak sekolah.

POLISI
 Memastikan warga SMK Sungai Tapang adalah tertakluk kepada Peraturan
Polisi Keselamatan Kegiatan Kokurikulum.
 Pegawai yang bertugas semasa aktiviti kokurikulum dijalankan adalah
bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua polisi, peraturan dan langkah-
langkah keselamatan diikuti sepenuhnya.
 Segala kemalangan yang berlaku harus disusuli dengan tindakan segera mengikut
peraturan yang telah ditetapkan.
 Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, laporan mesti dibuat kepada pegawai
atau sekolah.
 Semua pelajar akan dilindungi melalui Skim Insurans Murid Sekolah (SIMS)
 Polisi keselamatan kegiatan kokurikulum adalah diketahui oleh semua warga
SMK Sungai Tapang melalui usaha penyebaran maklumat dan taklimat rasmi.
 Semua warga SMK Sungai Tapang adalah tertakluk kepada polisi ini.

POLISI KESELAMATAN KEGIATAN KOKURIKULUM SMK SUNGAI


TAPANG.

1. SUKAN / PERMAINAN /KELAB / UNIT BERUNIFORM.


( Rujuk Surat Pekeliling Iktisas Bil: 24/1998 )

27
Semua warga SMK Sungai Tapang yang menjalankan kegiatan sukan, permainan, kelab
dan unit beruniform haruslah bertanggungjawab ke atas:

1.1 Tatacara Am
1.1.1 Keselamatan diri sama ada kegiatan tersebut dijalankan di dalam atau diluar
kawasan sekolah.
1.1.2 Keselamatan alatan kelengkapan dan kemudahan.
1.1.3 Keselamatan fizikal.
1.1.4 Keselamatan emosi.
1.1.5 Keselamatan sosial.

1.2. Tatacara tindakan murid.


1.2.1. Memastikan keselamatan diri terjamin.
1.2.2. Mendapat kebenaran bertulis daripada ibubapa
1.2.3. Sentiasa mematuhi arahan jurulatih atau guru penasihat.
1.2.4. Mendapat kebenaran jurulatih / guru penasihat sebelum menggunakan alatan.
1.2.5. Menjalankan aktiviti di tempat yang ditetapkan.
1.2.6. Menjalankan aktiviti dengan teratur dan sistematik.
1.2.7. Memakai alat perlindungan diri untuk aktiviti bebahaya.
1.2.8. Pelajar yang telah dipilih mewakili sekolah/ bahagian/ negeri / negara mesti
membuat pemeriksaan kesihatan ( Medical Examination )
1.2.9. Memberitahu guru tentang sejarah kesihatan mereka ( Medical History
1.2.10. Memberitahu / melaporkan kepada guru sekiranya mengetahui perilaku rakan-
rakan yang tidak sihat, contohnya: penyalahgunaan dadah, pil khayal dan lain-
lain.

1.3. Tatacara tindakan pengurusan / jurulatih/ guru.


1.3.1. Memberi taklimat keselamatan kepada pelajar.
1.3.2. Mengetahui dan mempunyai pelan keselamatan.
1.3.3. Memastikan pelajar mematuhi peraturan dan arahan.
1.3.4. Membuat pengawasan yang rapi sebelum, semasa dan sesudah digunakan.
1.3.5. Menjalankan aktiviti di tempat yang ditetapkan.
1.3.6. Memberhentikan serta merta aktiviti di tempat lapang jika didapati cuaca buruk
akan berlaku.
1.3.7. Memastikan pelajar menyertai Skim Insurans Murid Sekolah (SIMS). Memastikan
hanya jurulatih yang berkelayakan / bertauliah contohnya dari Majlis Sukan
Negeri serta mengetahui latar belakang mereka.
1.3.8. Menyediakan peti pertolongan cemas.
1.3.9. Menyediakan pegawai yang bertauliah dalam rawatan kecemasan mengiringi
pelajar yang mewakili sekolah.
1.3.10. Mempunyai rekod sejarah kesihatan dan maklumat peribadi pelajar yang lengkap.
1.3.11. Membuat siasatan rapi atas laporan yang telah dibuat oleh pelajar dan mengambil
tindakan dengan segera.
1.3.12. Memberi kaunseling kepada pelajar yang bermasalah contohnya masalah emosi,
pencapaian sukan dan akademik yang menurun dan lain-lain. ( Jika perlu hantar
kepada kaunselor bertauliah )
1.3.13. Membuat pemeriksaan kesihatan yang lengkap ( Medical Examination ) untuk
pelajar yang mewakili sekolah sahaja.

28
1.3.14. Menjaga kebajikan pelajar, contohnya, menyediakan makanan dan minuman,
memberi wang saku, menyediakan kenderaan dan lain-lain.
1.3.15. Memberitahu ibubapa/ penjaga tentang pemilihan pelajar dalam aktiviti-aktiviti
tertentu, tarikh, masa dan tempat latihan.
1.3.16. Memastikan Borang Akuan Lepas Tanggungan dan Borang Kebenaran Ibubapa /
Penjaga Untuk Rawatan Pembedahan diisi dengan lengkap untuk memudahkan
guru menghubungi ibubapa / penjaga semasa kecemasan.
1.3.17. Menyediakan Fail Peribadi pelajar-pelajar yang dipilih mewakili sekolah,
bahagian, negeri dan negara.
1.3.18. Memastikan pemandu bertauliah dan kenderaan yang digunakan untuk
menghantar pelajar pergi dan balik semasa mengikuti aktiviti dalam keadaan baik
dan selamat.
1.3.19. Harus mempunyai insurans kemalangan diri.
1.3.20. Menyediakan prosedur khas untuk agensi/badan latihan luar yang menggunakan
khidmat pelajar, contohnya, mewakili dalam sukan / permainan.

1.4. Tatacara tindakan Ibubapa / Penjaga.


1.4.1. Menandatangani Surat Kebenaran Ibubapa/ Penjaga.
1.4.2. Memastikan anak berada dalam keadaan sihat.
1.4.3. Memakulumkan kepada pihak sekolah tentang taraf kesihatan anak jagaan
masing-masing.
1.4.4. Memastikan ada surat pengesahan doktor jika anak tidak sesuai untuk menyertai
aktiviti.
1.4.5. Menyediakan pakaian yang sesuai untuk anak-anak menyertai aktiviti-aktiviti.
1.4.6. Mengetahui masa bermula dan berakhirnya sesuatu aktiviti.
1.4.7. Memastikan peralatan yang mencukupi untuk anak-anak jagaan menjalankan
aktiviti.
1.4.8. Mengambil tahu tempat dimana aktiviti dijalankan.
1.4.9. Mendapat maklumat guru yang menguruskan aktiviti supaya mudah dihubungi.

2. Penyelengaraan Peralatan Sukan ( Stor Sukan )


( Rujuk Surat Pekeliling Ikhitsas Bil. 9/2000 )

Semua warga SMK Sungai Tapang yang menggunakan peralatan sukan


bertanggungjawab ke atas:

2.1 Tatacara Am.


2.1.1 Peralatan sukan yang dianggap merbahaya.
2.1.2 Memastikan semua latihan sukan yang menggunakan peralatan yang membahaya
diadakan pada hari atau masa yang berasingan
2.1.3 Peralatan berbahaya hendaklah disimpan, dijaga dan diawasi penggunaannya
dengan rapi sepanjang masa.
2.1.4 Alat-alat sukan mestilah diletakkan pada tempat khas yang mudah diambil oleh
Ahli Jawatankuasa Penyelenggaraan Stor Sukan yang bertugas sahaja.
2.1.5 Merekodkan semua alat yang dikeluarkan dari stor sukan dalam buku keluar
masuk peralatan sukan.
2.1.6 Mengembalikan semua alat sukan yang telah digunakan pada masa yang
ditetapkan.
2.1.7 Memastikan semua peralatan sukan yang digunakan dalam keadaan yang selamat.

29
2.1.8 Membuat laporan kepada pihak pentadbir tentang peralatan sukan yang digunakan
yang sudah rosak, hilang atau perlu diperbaiki.
2.2 Tatacara tindakan Murid.
2.2.1 Pelajar dilarang masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran guru.

2.3 Tatacara tindakan pihak Pengurusan / Jurulatih / Guru.


2.3.1 Merekod semua alat sukan yang digunakan.
2.3.2 Mengeluar, menyimpan dan memeriksa alatan yang digunakan.
2.3.3 Mengawasi dengan rapi penggunaan alatan terutama yang berbahaya.
2.3.4 Memastikan alatan sukan yang digunakan dalam keadaan baik.
2.3.5 Membuat laporan tentang peralatan rosak, hilang atau perlu diperbaiki.
2.3.6 Memastikan hanya jurulatih/ guru penasihat yang bertauliah mengendalikan
peralatan sukan.

3. Peralatan Sukan.
( Rujuk Saurat Perkeliling Ikhtisas Bil: 9/2000 )
Pihak Pentadbir, Jurulatih dan Guru Penasihat bertanggungjawab ke atas :

3.1 Tatacara Am.


3.1.1 Peralatan sukan
3.1.2 Peralatan sukan mestilah selamat dan sesuai digunakan.
3.1.3 Peralatan sukan mesti mempunyai kelulusan piawai dan pengikhtirafan daripada
undang-undang persatuan sukan.
3.1.4 Peralatan yang sudah tidak selamat digunakan hendaklah dilupuskan mengikut
prosedur yang ditetapkan.

3.2 Tatacara tindakan Murid.


3.2.1 Melaporkan kepada guru jika terdapat sebarang kerosakan pada peralatan yang
digunakan.
3.2.2 Sentiasa berwaspada menggunakan peralatan.

3.3 Tatacara tindakan pihak Pengurusan / Jurulatih / Guru.


3.3.1 Memastikan peralatan sukan selamat dan sesuai digunakan
3.3.2 Memastikan peralatan sukan mempunyai kelulusan piawai dan pengikhtirafan
daripada undang-undang persatuan sukan.
3.3.3 Peralatan yang sudah tidak selamat digunakan harus dilupuskan mengikut
prosedur yang telah ditetapkan.
3.3.4 Mengambil tindakan segera atas lsporan kerosakan peralatan.

4. Kawasan Sukan / Permainan / Tempat Latihan


( Rujuk Surat Perkeliling Ikhtisas Bil: 9/2000 )
Pihak Pentadbir, Jurulatih dan Guru Penasihat bertanggungjawab ke atas :
4.1 Tatacara Am.
4.1.1 Kawasan latihan, permainan atau sukan dalam keadaan baik dan terurus.

4.2 Tatacara tindakan Murid.


4.2.1 Mematuhi peraturan dan arahan guru.
4.2.2 Dilarang pergi atau berada di tempat latihan tanpa pengawasan rapi daripada guru.
4.2.3 Memastikan keselamatan diri dan alatan terjamin.
4.2.4 Menjaga kebersihan.

30
4.2.5 Melaporkan kepada guru sebarang kerosakan yang berlaku.
4.2.6 Hanya pelajar yang terlibat dalam aktiviti berada di kawasan latihan.
4.3 Tatacara tindakan pihak Pengurusan / Jurulatih / Guru.
4.4 Memastikan tempat latihan dan alatan yang terdapat di situ dalam keadaan
baik, terurus dan selamat.
4.5 Tidak membenarkan pelajar pergi atau berada di tempat latihan tanpa
pengawasan rapi daripada gurtu.
4.6 Mengambil tindakan segera terhadap laporan kerosakan yang berlaku.
4.7 Memastikan pelajar sentiasa mematuhi peraturan dan arahan.
4.8 Memastikan pelajar yang terlibat dalam aktiviti sahaja yang berada di
tempat
latihan.

5. Kawasan Larangan
( Rujuk Surat Pekeliling Bil. 9/2000 )
Pihak pentadbir, jurulaih dan guru penasihat bertanggungjawab ke atas:

5.1 Tatacara Am.


5.1.1. Kawasan larangan dan berbahaya seperti gynasium, angkat berat,, padang hoki/bola
sepak, gelanggang bola tampar/ sepak takraw, lapangan latihan memanah, kawasan
balapan dan stor sukan.

5.2 Tatacara tindakan Murid.


5.2.1. Dilarang berada di kawasan larangan tanpa pengawasan rapi daripada guru.
5.2.2. Memastikan keselamatan dan peralatan yang terdapat di situ adalah terjamin.
5.2.3. Mematuhi peraturan dan arahan guru.
5.3.4. Menjaga kebersihan.
5.3.5. Membuat laporan tentang kerosakan atau kecederaan yang berlaku kepada pihak
pengurusan / guru.
5.3.6. Hanya pelajar yang terlibat dalam aktiviti sahaja yang berada di kawasan larangan
dengan pengawasan rapi guru.

5.3 Tatacara tindakan pihak Pengurusan / Jurulatih /Guru.


5.3.1. Memastikan tiada pelajar berada di kawasan larangan tanpa pengawasan rapi
daripada guru.
5.3.2. Memastikan pelajar mematuhi peraturan dan arahan
5.3.4. Memastikan kawasan dalam keadaan baik, terurus dan selamat digunakan.
5.3.5. Memastikan peralatan yang terdapat disitu dalam keadaan selamat.
5.3.6. Mengambil tindakan segera atas segala laporan yang disampaikan oleh pelajar dan
merekodkannya.
5.3.7. Menyediakan seorang pegawai yang bertauliah dalam pertolongan cemas sepanjang
aktiviti yang dijalankan di kawasan tersebut.
5.4.8. Menyediakan bilik rawatan yang sentiasa terbuka sepanjang aktiviti yang
dijalankan di kawasan tersebut.
5.4.9. Menyediakan bilik rawatan yang sentiasa terbuka sepanjang aktiviti / latihan
dijalankan.

6. Cuaca / Musim
( Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/2000 )
Semua warga SMK Sungai Tapang bertanggungjawab ke atas:

31
6.1 Tatacara Am.
6.1.1 Tidak menjalankan aktiviti di tempat lapang semasa cuaca buruk seperti hujan, kilat
dan petir.
6.1.2. Memberhentikan aktiviti apabila terdapat tanda-tanda cuaca buruk akan berlaku.

6.2 Tatacara Murid.


6.2.1. Tidak berada di tempat lapang atau kawasan yang terdedah kepada bahaya semasa
cuaca buruk.
6.2.2. Berhenti serta merta setelah mendapat arahan daripada guru supaya berbuat
demikian.
6.2.3. Mematuhi arahan dan peraturan.

7. Laporan Kemalangan Atau Kecederaan.


( Rujuk Suat Pekeliling Bil. 9/2000 )
Jurulatih dan guru penasihat bertangunggjawab ke atas :

7.1 Tatacara Am.


7.1.1. Melaporkan sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku kepada pihak
pengurusan / guru.
7.1.2. Membuat siasatan ke atas kemalangan dan kecederaan yang berlaku.
7.1.3. Merekod semua jenis kemalangan dan kecederaan yang berlaku.

7.2 Tatacara tindakan Murid.


7.2.1. Melaporkan semua jenis kemalangan atau kecederaan yang berlaku semasa
menyertai aktiviti kepada pihak pengurusan / guru.
7.2.2. Pelajar mesti memberitahu sejarah kesihatan mereka.
7.2.3. Melaporkan aktiviti tidak sihat yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka.
Contohnya, penyalahgunaan dadah dan lain-lain.

7.3 Tatacara tindakan pihak Pengurusan/Jurulatih/Guru.


7.3.1 Mengambil tindakan segera ke atas laporan yang dibuat oleh pelajar.
7.3.2. Membuat siasatan ke atas kemalangan atau kecederaan yang berlaku.
7.3.3. Merekod semua jenis kemalangan dan kecederaan yang berlaku.

8. Laporan Aktiviti ( Penilaian dan Pemantauan )


( Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2000 )
8.1 Tatacara Am.
8.1.1. Guru penasihat bertanggungjawab membuat penilaian dan laporan bertulis kepada
pihak sekolah bagi setiap aktiviti yang dijalankan atau disertai pelajar.
8.1.2. Jawatankuasa Keselamatan Ko-kurikulum membuat penilaian dan pemantauan
keatas semua aktiviti ko-kurikulum sepanjang tahun.

8.2 Tatacara tindakan Murid.


8.2.1. Membuat laporan bertulis ( jika perlu ).

8.3 Tatacara tindakan pihak Pengurusan/Jurulatih/guru.


8.3.1. Menyemak laporan bertulis oleh pelajar.

32
8.3.2. Membuat laporan bertulis setiap aktiviti yang dijalankan atau disertai sama ada di
dalam atau di luar sekolah.

9. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN KEGIATAN KO-KURIKULUM.

9.1. Tatacara Am.


9.1.1. Taklimat keselamatan oleh jurulatih atau guru penasihat sebelum aktiviti
dijalankan.
9.1.2. Mengetahui dan mempunyai pelan keselamatan sama ada di kawasan latihan,
padang, gelanggang dan stor sukan.
9.1.3. Mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.
9.1.4. Pengawasan rapi sepanjang aktiviti dijalankan.
9.1.5. Memastikan semua peralatan adalah selamat untuk digunakan dan dipulangkan
dengan sempurna selepas digunakan.
9.1.6. Sebarang aktiviti mesti dijalankan di tempat yang ditetapkan.
9.1.7. Tidak menjalankan sebarang aktiviti di tempat lapang apabila terdapat tanda-tanda
cuaca buruk akan berlaku.

9.2. Tatacara tindakan Murid.


9.2.1. Memakai pakaian sukan atau seragam yang lengkap.
9.2.2. Mendengar taklimat keselamatan daripada guru tentang pelan keselamatan,
peraturan dan tatacarta penggunaan peralatan yang betul.
9.2.3. Membuat kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga dengan mengisi Borang
Akuan Lepas Tanggungan dan Borang Kebenaran Ibubapa/ Penjaga untuk
pembedahan.
9.2.4. Mengetahui cara penggunaan peralatan sukan dengan betul.
9.2.5. Memakai alat perlindungan diri untuk aktiviti yang berbahaya.
9.2.6. Memberikan kepada guru maklumat peribadi dan sejarah kesihatan yang lengkap
dan betul.
9.2.7. Mematuhi peraturan dan arahan guru.

9.3. Tatacara tindakan pihak Pengurusan/Jurulatih/Guru.


9.3.1. Memastikan pelajar menyertai Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok.
9.3.2. Memastikan hanya juruilatih yang bertauliah /berkelayakan serta mempunyai latar
belakang dan reputasi yang baik sahaja yang dibenarkan menjalankan latihan.
9.3.3. Membuat laporan rapi atas laporan yang telah dibuat oleh pelajar dan mengambil
tindakan seterusnya.
9.3.4. Memastikan Borang Akuan Lepas Tanggungjawab dan Borang Kebenaran
Ibubapa / Penjaga Untuk Rawatan Pembedahan diisi dengan maklumat lengkap
bagi memudahkan menghubungi ibubapa semasa kecemasan.
9.3.5. Menyediakan Fail Peribadi dan pemeriksaan kesihatan ( Medical Examination )
yang lengkap bagi pelajar yang mewakili Sekolah, Bahagian, Negeri dan Negara.
9.3.6. Menyediakan prosedur khas bagi agensi atau badan-badan luar yang memerlukan
khidmat pelajar contohnya , mewakili dalam permainan / sukan.
9.3.7. Menyediakan seorang pegawai bantuan kecemasan yang bertauliah.
9.3.8. Menjaga kebajikan pelajar.
9.3.9. Mempunyai rekod maklumat peribadi dan sejarah kesihatan pelajar yang lengkap.
9.3.10. Mengada aktiviti di tempat yang ditetapkan.

33
9.3.11. Memberhentikan serta merta aktiviti di tempat lapang atau terdedah kepada
bahaya jika terdapat tanda-tanda cuaca buruk akan berlaku.
9.3.12. Memberi taklimat keselamatan, peraturan dan tatacara penggunaan yang betul.
9.3.13. Memastikan pelajar mematuhi peraturan dan arahan.
9.3.14. Membuat pengawasan yang rapi sepanjang aktiviti dijalankan.
9.3.15. Mempastikan pengeluaran dan pengembalian barang adalah mengikut prosedur
dan peraturan yang ditetapkan.
9.3.16. Menyediakan laporan yang lengkap tentang aktiviti yang dijalankan dan disertai.
9.3.17. Menyediakan peti pertolongan cemas.

10. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI TEMPAT LATIHAN.

10.1. Tatacara Am.


10.1.1. Tempat latihan haruslah berada dalam keadaan bersih.
10.1.2. Memastikan tempat latihan selamat digunakan.
10.1.3. Mempunyai pelan keselamatan.
10.1.4. Mempunyai jadual penggunaan tempat latihan.
10.1.5. Pelajar adalah dilarang sama sekali berada di tempat latihan tanpa pengawasan
jurulatih atau guru penasihat.
10.1.6. empunyai peti pertolongan cemas.
10.1.7. Memastikan semua peralatan yang terdapat di tempat latihan adalah selamat untuk
digunakan.
10.1.8. Mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.
10.1.9. Membuat laporan tentang peralatan sukan yang telah rosak, hilang atau perlu
diperbaiki.

10.2. Tatacara Murid.


10.2.1. Mematuhi peraturan dan arahan guru.
10.2.2. Melarang pergi atau berada di tempat latihan tanpa pengawasan rapi guru.
10.2.3. Memastikan keselamatan diri dan alatan terjamin.
10.2.4. Menjaga keselamatan.
10.2.5. Melaporkan kepada guru sebarang kerosakan yang berlaku.
10.2.6. Hanya pelajar yang terlibat dalam aktiviti sahaja berada di kawasan latihan.

10.3. Tatacara tindakan pihak Pengurusan/ Jurulatih/Guru.


10.3.1. Memastikan peralatan sukan dan tempat latihan berada dalam keadaan terurus dan
selamat.
10.3.2. Tidak membenarkan pelajar pergi atau berada di tempat latihan tanpa pengawasan
rapi dan selamat.
10.3.3. Mengambil tindakan segera keatas segala laporan kerosakan yang dibuat.
10.3.4. Memastikan pelajar sentiasa mematuhi peraturan dan arahan.
10.3.5. Hanya pelajar yang terlibat dalam aktiviti sahaja boleh berada di tempat latihan.
10.3.6. Memberi taklimat tentang pelan keselamatan, peraturan dan tatacara penggunaan
peralatan yang betul.
10.3.7. Membuat laporan dan merekodkan sebarang kemalangan dan kecederaan yang
berlaku serta memberitahu pihak pengurusan dan ibu bapa.

11. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI STOR SUKAN.


11.1. Tatacara Am.
11.1.1. Sentiasa menjaga kebersihan stor.

34
11.1.2. Stor Sukan sentiasa berkunci selepas mengeluarkan atau mengembalikan peralatan
sukan.
11.1.3. Memastikan semua suis dipadamkan sebelum keluar dari stor sukan.
11.1.4. Mematuhi peraturan stor sukan yang telah ditetapkan.
11.1.5. Pengawasan yang rapi semasa mengeluarkan dan mengembalikan peralatan sukan.
11.1.6. Meletakkan peralatan sukan di tempat yang ditetapkan.
11.1.7. Mengisi borang keluar masuk peralatan sukan dalam guru keluar masuk-alat-alat
sukan.
11.1.8. Pengeluaran alat sukan hanya boleh dibuat oleh jurulatih atau guru penasihat
sahaja.
11.1.9. Membuat laporan tentang peralatan sukan yang rosak, hilang dan yang pelu
diperbaiki.
11.1.10. Peralatan berbahaya harus disimpan di tempat khas yang selamat.
11.1.11. Memasdtikan semua peralatan yang belum dan sudah digunakan berada
dalam keadaan selamat.

11.2. Tatacara Murid.


11.2.1. Dilarang masuk ke dalam stor sukan.

11.3. Tatacara Pengurusan/Jurulatih/Guru.


11.3.1. Menjaga kebersihan stor sukan.
11.3.2. Memastikan pintu stor sukan sentiasa berkunci.
11.3.3. Memadamkan suis apabila keluar dari stor.
11.3.4. Mempunyai pelan keselamatan.
11.3.5. Mengisi borang keluar masuk peralatan sukan dalam buku keluar masuk.
11.3.6. Membuat pengawasan yang rapi dalam pengeluaran dan pengembalian peralatan.
11.3.7. Menyimpan peralatan di tempat yang telah ditetapkan.

12. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN


PENGGUNAAN PERALATAN SUKAN.
12.1. Tatacara Am
12.1.1. Peralatan sukan mestilah mempunyai jaminan
( Warranty ).
12.1.2. Peralatan sukan mestilah mempunyai kelulusan
piawai dan pengiktirafan daripada undang-undang
persatuan sukan.
12.1.3. Peralatan yang sudah tamat tarikh luput hendaklah
dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan.
12.2. Tatacara Murid.
12.2.1. Melaporkan kepada guru jika terdapat sebarang kerosakan kepada alatan yang
digunakan.
12.2.2. Sentiasa berwaspada meenggnakan peratan.
12.2.3. Mengetahui tatacara penggunaan peralatan dengan betul.

12.3. Tatacara Pengurusan / Jurulatih /Guru.


12.3.1. Memastikan peralatan sukan mempunyai jaminan ( Warranty ).

35
12.3.2. Memastikan peralatan yang sudah tamat tarikh luput dihapuskan mengikut
prosedur yang ditetapkan.
12.3.3. Mengambil tindakan segera atas laporan kerosakan peralatan yang berlaku.
12.3.4. Memberi taklimat tatacara penggunaan peralatan yang betul.

13.KEGIATAN LUAR.

13.1. PENDAHULUAN.
13.1.1. Kegiatan luar ialah aktiviti yang dijalankan di luar daripada kawasan sekolah
dan/atau melibatkan agensi luar untuk mengadakan lawatan atau perkhemahan.

13.2. RASIONAL
13.2.1. Kegiatan luar adalah perlu
dijalankan oleh pihak sekolah
untuk mendedahkan ilmu
pengetahuan yang tidak dapat
diperolehi di dalam bilik darjah
kepada murid.
13.2.2.Mengubah sausana
pembelajaran supaya murid lebih
berminat untuk terus belajar.

36
13.3. OBJEKTIF
13.3.1. Mengadakan lawatan yang
berfaedah untuk murid.
13.3.2. Mengikut tatacara
keselamatan yang disediakan
apabila menjalankan aktiviti luar.
13.3.3. Mengelakkan berlakunya
kemalangan apabila menjalankan
aktiviti luar dengan mengambil
kira aspek keselamatan.
13.4. PERANAN MURID.
13.4.1. Murid mendapatkan kebenaran ibubapa.
13.4.2. Memberitahu taraf kesihatan kepada guru/pihak pengurusan.
13.4.3. Membawa peralatan yang diperlukan dengan lengkap.
13.4.4. Mendengar dengan teliti arahan guru dan mengikut peraturan yang disediakan
oleh guru.
13.4.5. Sentiasa berada dalam kumpulan yang ditetapkan.

37
13.5. PERANAN GURU
PENASIHAT/JURULATIH/ GURU
PENGIRING
13.5.1. Memberi kesedaran dan
kefahaman tentang pentingnya
keselamatan diri semasa
menjalankan aktiviti luar melalui:
13.5.1.1. Poster
13.5.1.2. Perhimpunan Mingguan
13.5.1.3. Ceramah
13.5.1.4. Bengkel
13.5.1.5. Pengajaran dan
Pembelajaran dalam kelas.
13.5.1.6. Tayangan Video.
13.5.1.7. Ceramah.
13.5.1.8. Edaran.
13.5.2 Menerima aduan pelajar dan mengambil tindakan susulan.
13.5.3 Merekod semua aduan bagi sebarang insiden atau mereka yang disyaki
mempunyai niat jahat.
13.5.4 Memaklum kepada ibu bapa dan pihak berkenaan.
13.5.5 Menganalisis setiap kejadian.
13.5.6 Memanfaatkan sepenuhnya Jawatankuasa Permaufakatan, Jawatankuasa
Keselamatan dan PIBG dalam merancang langkah keselamatan murid semasa
menjalankan aktiviti luar sekolah.
13.5.7 Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan murid dalam aktiviti luar.

38
13.6. PERANAN IBUBAPA
13.6.1. Mengambil tahu aktiviti luar
yang diikuti oleh anak jagaan
masing-masing.
13.6.2. Meneliti dan mengisi
borang-borang yang disediakan
oleh pihak sekolah yang
berkaitan dengan aktiviti yang
dijalankan.
13.6.3. Menandatangani borang
pengesahan kebenaran untuk
menjalankan aktiviti.
13.6.4. Menyediakan bahan
keperluan anak jagaan sepanjang
aktiviti dijalankan.
13.6.5. Mengenalpasti guru-guru
yang menguruskan aktiviti dan
menyimpan nombor telefon guru
berkenaan/pihak sekolah.
13.7. TATACARA TINDAKAN MURID
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
13.7.1 Pelajar melengkapkan borang kebenaran ibu bapa/penjaga yang
disediakan dan serahkan kepada guru penasihat.

39
13.7.2 Pakai pakaian dan peralatan yang sesuai. Pastikan ada pengenalan sekolah
dan diri masing-masing ( pakai sentiasa ) pas lawatan sekolah.
13.7.3 Bawa peti kecemasan yang lengkap.
13.7.4 Catat kedatangan pergi dan balik dan naik/turun daripada kenderaan yang
digunakan dengan mengutamakan keselamatan.
13.7.5 Setelah tiba di tempat yang ditujui, ikut arahan guru/pemandu pelancong/
peraturan di tempat lawatan.
13.7.6 Lakukan aktiviti dalam kumpulan.
13.7.7 Sekiranya terpisah daripada kumpulan, jangan panik. Tunggu di satu
tempat dan minta bantuan sehingga bantuan sampai.

14 LOKASI PERKHEMAHAN DI KAWASAN HUTAN.


14.7 Lengkapkan Borang Kebenaran Ibu bapa dan serahkan kepada guru penasihat
14.8 Berkumpul dalam kumpulan dan tunggu arahan guru.
14.9 Pakai pakaian yang sesuai- baju lengan panjang dan kasut sukan.
14.10 Dirikan khemah di kawasan yang sesuai dan bukan di laluan air atau bawah
pokok berdahan reput/di lereng bukit yang boleh berlaku tanah
runtuh/berhampiran tebing sungai/tempat curam/tanah lembut/di kawasan
lembah dan lain-lain tempat yang berbahaya.
14.11 Taburkan serbuk belerang/garam di sekeliling khemah untuk mengelakkan
binatang merayap yang berbisa seperti ular dan serangga.
14.12 Bersihkan kawasan sekeliling khemah.
14.13 Jangan tebang dan merosakkan sebarang tumbuhan kerana ia mungkin beracun.
14.14 Ketua kumpulan jalankan aktiviti dalam kumpulan.
14.15 Hentikan aktiviti sekiranya terdapat tanda-tanda cuaca buruk berlaku.
14.16 Sekiranya diganggu oleh haiwan liar, jangan panik. Jerit minta pertolongan dan
lari untuk menyelamatkan diri.
14.17 Sekiranya terkena getah beracun, gatal-gatal, gigitan binatang berbisa, gigitan
serangga atau luka, dapatkan pertolongan kecemasan segera
( Lampiran 4 )
14.18 Laporkan kepada guru.
14.19 Sekiranya sakit berterusan, keluar daripada kawasan perkhemahan dan
daptakan rawatan di klinik/hospital berdekatan.
14.20 Bawa peralatan lengkap dan peti kecemasan.

15 LOKASI PERKHEMAHAN DI KAWASAN BERAIR.


15.7 Kawasan berair seperti sungai, laut, lombong, tasik, loji penapisan air,
empangan, bakau dan lain-lain.
15.7.1 Berkumpul dalam kumpulan dan tunggu arahan guru.
15.7.2 Dilarang membuat aktiviti di air tanpa kehadiran guru/pegawai bertugas /
penyelamat kelemasan.
15.7.3 Mesti gunakan jaket keselamatan bagi semua aktiviti di air.
15.7.4 Dapatkan kebenaran guru untuk sebarang aktiviti.
15.7.5 Jika terdapat sebarang bentuk kecemasan seperti lemas, menjeritlah
meminta tolong.
15.7.6 Jangan cuba memberi pertolongan cemas kecuali jika anda mempunyai
kelayakan menyelamat di air.
15.7.7 Laporkan segera kepada guru/pegawai bertugas/penyelamat kecemasan.

15.8 TATACARA TINDAKAN GURU.

40
15.8.1 Mestilah mempunyai Sijil Pertolongan Cemas atau Sijil Kelayakan dalam
sesuatu aktiviti yang dijalankan.
15.8.2 Jika guru tidak mempunyai Sijil Kelayakan yang diperlukan, tenaga
pengajar atau kakitangan lain yang terlibat dalam aktiviti yang dijalankan
mesti mempunyai Sijil Kelayakan yang diperlukan.
15.8.3 Memohon kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan, seperti polis
(bergantung kepada jenis aktiviti yang dijalankan).
15.8.4 Menyediakan surat makluman kepada ibu bapa/penjaga.
15.8.5 Mengedarkan borang kebenaran ibu bapa dan kumpulkan semula sebelum
aktiviti dijalankan.
15.8.6 Menyediakan peraturan yang lengkap sepanjang aktiviti dijalankan.
15.8.7 Pengawasan dan penyeliaan yang rapi.
15.8.8 Mengkaji dan meninjau tempat aktiviti yang dijalankan.
15.8.9 Mengatur program yang sesuai.

15.9 TATACARA TINDAKAN IBUBAPA/PENJAGA.


15.9.1 Menandatangani surat kebenaran ibubapa/penjaga.
15.9.2 Memastikan anak berada dalam keadaan sihat.
15.9.3 Memaklum kepada pihak sekolah tentang taraf kesihatan anak jagaan
masing-masing.
15.9.4 Memastikan ada surat pengesahan doktor jika anak tidak sesuai untuk
menyertai sebarang aktiviti.
15.9.5 Menyediakan pakaian yang sesuai untuk anak menyertai sebarang
aktiviti.
15.9.6 Mengetahui masa bermula dan berakhir sesuatu aktiviti.
15.9.7 Memastikan peralatan mencukupi untuk anak jagaan menjalankan
aktiviti.
15.9.8 Mengambil tahu tempat aktiviti dijalankan.
15.9.9 Mendapatkan maklumat guru yang menguruskan aktiviti supaya mudah
dihubungi.

41
16 TATACARA TINDAKAN APABILA BERLAKU
KEMALANGAN.
16.7 DI DALAM KAWASAN SEKOLAH
16.7.1 Apabila berlaku
kemalangan, terus laporkan
kepada guru-guru yang
bertugas. Buat laporan
bertulis.
16.7.2 Dapatkan rawatan
kecemasan mengikut keadaan
kemalangan.
16.7.3 Sekiranya serius, pihak
sekolah akan menghantar
pelajar berkenaan ke hospital
dan laporkan kejadian
tersebut kepada ibubapa
murid/pesakit.
16.7.4 Sekiranya melibatkan kes
polis, guru bertugas
membantu buat aduan di Balai
Polis.

42
16.7.5 Guru segera dapatkan
laporan bertulis daripada
pihak hospital dan polis untuk
tujuan tuntutan insurans.
16.7.6 Serahkan kedua-dua
laporan kepada pihak
pentadbir untuk urusan
memohon tuntutan insurans
selanjutnya.
16.8 DI LUAR KAWASAN SEKOLAH.
16.8.1 Dapatkan rawatan kecemasan mengikut keadaan kemalangan.
16.8.2 Sekiranya serius, minta bantuan daripada orang yang berhampiran untuk
menghantar ke hospital.
16.8.3 Dapatkan maklumat ibu bapa, laporkan kemalangan kepada ibu bapa dan
pihak pentadbiran / pejabat sekolah untuk tindakan membuat laporan
seterusnya kepada polis.
16.8.4 Dapatkan laporan hospital dan pihak polis untuk diserahkan kepada
pentadbiran sekolah bagi urusan tuntutan insurans.

43
Lampiran A
BORANG AKUAN TANGGUNGAN SMK SUNGAI TAPANG
( Mesti dilengkapi oleh ibu bapa/ penjaga pelajar )

Nama Pelajar :…………………………..

Kelas :…………………………..

MAKLUMAT KEGIATAN KO-KURIKULUM YANG DISERTAI.

Nama Aktiviti:
………………………………………………………………………………………

Tarikh ( mula –tamat )


………………………………………………………………………………………

Tempat diadakan:
……………………………………………………………………………………….

MAKLUMAT IBU BAPA /PENJAGA.

Nam,a ibu bapa/Penjaga:


………………………………………………………………………………………..

No. Kad Pengenalan:


…………………………………………………………………………………………..

Alamat Ibu bapa/Penjaga:


…………………………………………………………………………………………

No. Telefon Ibu bapa/Penjaga:


…………………………………………………………………………………………

AKUAN IBU/BAPA/PENJAGA.

Saya dengan sukarela membenarkan anak/tanggungan saya mengambil bahagian dalam


aktiviti tersebut di atas. Saya yakin pihak sekolah akan mengambil segala langakah bagi
mempastikan keselamatan anak saya terjaga pada setiap masa. Saya tidak akan membuat
sebarang tuntutan terhadap pihak sekolah mahupun penganjur sekiranya berlaku apa-apa
kecederaan atau kemalangan ke atas anak/ tanggungan saya.

Yang benar, Disaksikan oleh,

…………………………. ………………………….
( t.t Ibubapa/Penjaga ) Nama:

No. K.P :

44
BORANG KEBENARAN IBUBAPA Lampiran B
SMK SUNGAI TAPANG 93250 SAMARAHAN
SARAWAK.

Saya……………………………………. ( No. K/P:……………………)


Ibubapa /Penjaga kepada…………………… ( No. K.P:……………….)
pelajar kelas ……………… dengan rela hati mengizinkan anak / tanggungan
saya untuk mengambil bahagian / menyertai aktiviti suka / kokurikulum
seperti dibawah.

Aktiviti :…………………………………………………………………
…………………………………………………………………

Tempoh / Masa :……………………………………………………..


Tempat : ……………………………………………………
Penganjur :…………………………………………………….

Guru Pengiring :…………………………………


………………………………….

2. Saya faham dan percaya bahawa segala langkah keselamatan yang


perlu telah dan akan diambil oleh pihak sekolah / penganjur untuk menjamin
keselamatan peserta dan seterusnya menjayakan aktiviti tersebut.

3. Saya juga mengizinkan anak/ tanggungan saya supaya diberi rawatan


perubatan / pembedahan jika keadaan memerlukan tindakan segera untuk
bertindak demikian.

tt tt

…………………………… …………………………….
Nama Ibubapa/ Penjaga Nama Saksi:
( ) ( )

Alamat :………………………………………….
…………………………………………..
………………………………………….
No. Tel. : ………………………………………….

45
POLISI KESELAMATAN PENCEGAHAN KEBAKARAN

1. Pendahuluan.
Kebelakangan ini isu masalah kebakaran di sekolah menjadi isu hangat diperkatakann di
media masa.Di Sarawak, terdapat dua kes menonjol, iaitu di Sessang dan Sk Iban Union,
Sibu yang melibatkan kebakaran asrama. Dalam kedua-dua kes, beberapa nyawa pelajar
telah diragut api. Laporan umum menyebutkan tentang perlunya sekolah mempunyai dan
menyediakan set- set peraturan serta kawalan untuk mencegah kebakaran berlaku. Untuk
mengelakkan tuduhan liar daripada pihak awam tentang longgarnya peraturan-peraturan
di sekolah maka adalah perlulah sekolah mendokumentasikan segala peraturan serta
langkah dan tatacara tindakan yang sedia ada yang perlu diambil apabila berlaku
kebakaran.

2. Definisi.
Merupakan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa menghadapi
kejadian-kejadian sehingga melibatkan kerosakan harta benda atau / dan kehilangan
nyawa apabila berlaku kebakaran.

3. Objektif.
3.1. Mengenalpasti punca-punca berlakunya kebakaran.
3.2. Membenteras kejadian kebakaran di sekolah.
3.3. Mewujudkan sausana selamat di sekolah.
3.4. Melahirkan warga sekolah yang sentiasa peka terhadap bahayanya kebakaran.

4. Punca-Punca Kebakaran.
4.1. Litar Pintas
4.2. Sabotaj
4.3. Wayar dan suis terdedah
4.4. Penggunaan alat eletrik yang rosak
4.5. Menyambung wayar eletrik secara “illegal” oleh pelajar
4.6. Pengunaan lilin dan pelita di asrama.
4.7. Membakar samah didalam / dekat bangunan sekolah.

5. Peranan Murid.
5.1. Mematuhi peraturan-peraturan sekolah.
5.2. Melapor kerosakan pada suis, wayar dan alat eletrik di sekolah.
5.3. Jangan menyambung wayar sesuka hati.
5.4. Tidak menggunakan sebarang peralatan elektrik tanpa pengetahuan dan kebenaran
guru.
5.5. Melaporkan kegunaan pelita dan lilin.
5.6. Memastikan sampah yang dibakar tidak di dalam atau dekat bangunan sekolah.
5.7. Memaklumkan guru tentang sebarang aktiviti memasak tidak dilakukan di dalam
bangunan kecuali dalam dapor yang dikhaskan.

6. Peranan Guru / Warden Asrama / Pentadbir.


6.1. Meronda kawasan sekolah setiap masa.
6.2. Menyebarkan maklumat berkaitan kebakaran melalui poster, risalah dan ceramah.
6.3. Membaiki dan mengganti sebarang komponen elektrik yang rosak dengan kadar
segera.

46
6.4. Mengingatkan pelajar tentang tatacara tindakan yang perlu diambil sekiranya
berlaku kebakaran di kawasan sekolah.
6.5. Mengadakan program kesedaran dan latihan kebakaran bersama Jabatan Bomba
dan Penyelamat.
6.6. Menyediakan kemudahan alat pemadam api di semua bangunan di sekolah dan
memastikan keadaannya sentiasa baik.
6.7. Mewujudkan keadaan selesa di asrama agar ianya tidak begitu sesak sehingga
boleh melambatkan proses pengosongan apabila berlaku kebakaran.

7. Peranan Ibubapa.
7.1. Memberi didikan kepada anak-anak tentang bahayanya arus eletrik.
7.2. Sentiasa mengingatkan anak-anak supaya mematuhi semua peraturan sekolah.

8. PANDUAN KESELAMATAN SEKIRANYA BERLAKU


KEBAKARAN.

8.1. Langkah-langkah Pencegahan Kebakaran ( Langkah awal )


8.1.1. Tatacara Murid.
8.1.1.1. Laporkan kepada guru sekiranya ada terjumpa wayar
terdedah, suis rosak dan lain-lain dengan segera.
8.1.1.2. Laporkan juga sekira terjumpa pelajar lain yang
menggunakan alat elektrik seperti heater dan seterika.
Begitu juga buat laporan kepada guru tentang
penggunaan pelita dan lilin.
9. Tatacara Guru / Warden Asrama.
9.1. Kerap buat rondaan.
9.2. Sebarang laporan kerosakan eletrik yang diterima daripada pelajar mesti dicatat
dalam borang untuk makluman Pengetua .
9.3. Selepas mendapat kelulusan Pengetua, ketua kerani tadbir boleh mengarahkan
PAR menggantikan / membaiki bahagian yang rosak.
9.4. Menyediakan alat-alat pemadam api di bangunan-bangunan sekolah.
9.5. Mengadakan latihan kebakaran sekurang-kurangnya sekali setahun.

10. Apabila Kebakaran Berlaku.


10.1. Tatacara Pelajar.
10.1.1. Menjerit “api!, api!, api!”.
10.1.2. 2. Bunyikan loceng kecemasan.
10.1.3. Gerakkan rakan-rakan yang masih tidur.
10.1.4. Bergerak ke kawasan yang lapang untuk diambil kedatangan.
10.1.5. Laporkan kepada guru dan pengawas asrama.

11. Tatacara Guru / Warden / PK HEM.


11.1. Telefon Bomba dan Polis
11.2. Bantu dan kawal pelajar keluar daripada kawasan kebakaran
11.3. Ambil kedatangan pelajar

47
11.4. Hubungi ambulan / Hospital
11.5. Buat laporan bertulis di Balai Polis tentang sebarang kehilangan dan kerosakan.
11.6. Hubungi ibubapa jika ada pelajar terlibat sebagai mangsa.
11.7. Buat laporan ke Jabatan Pendidikan Negeri.
11.8. Uruskan tuntutan Skim Insurans Murid Sekolah sekiranya ada murid jadi mangsa.

48
PROGRAM PEMBUDAYAAN ADAB MURID

A. ADAB SEMASA BELAJAR DI BILIK KELAS.

1. Tingkahlaku Pelajar.
 Pelajar harus mengucapkan “Selamat Pagi/Petang” kepada guru semasa guru
masuk dalam kelas.
 Pelajar mengucapkan “Terima kasih Cikgu” apabila guru keluar dari kelas.
 Mengamalkan amalan mengucapan terima kasih setelah menerima sesuatu
daripada guru dan rakan.
 Mengamalkan amalan memohon maaf kepada guru dan rakan jika membuat
kesilapan..
 Meminta kebenaran daripada guru yang mengajar jika ingin keluar dari kelas.
 Pelajar yang ingin masuk semula atau ingin membuat pegumuman dari kelas ke
kelas harus mengetuk pintu dan meminta izin untuk masuk daripada guru yang
mengajar pada waktu tersebut.
 Pelajar harus menumpukan penuh perhatian semasa guru mengajar.
 Harus mematuhi segala arahan daripada guru semasa dalam kelas.
 Pelajar harus mengangkat tangan untuk mengambil perhatian guru sebelum
menanyakan soalan atau meminta penerangan lebih lanjut.
 Pelajar dilarang menyampuk atau menganggu semasa guru mengajar.
 Pelajar harus menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan oleh guru kepadanya
dengan penuh hormat dan tanggungjawab.
 Pelajar harus sentiasa berkerjasama dengan pelajar lain untuk memastikan
keadaan kelas bersih, ceria dan kondusif untuk P&P dijalankan.
 Setiap pelajar harus bertanggungjawab menjaga keselamatan harta benda diri,
pelajar lain dan juga harta benda sekolah dalam kelas.
 Pelajar harus membuat kerja sendiri secara senyap semasa ketiadaan guru.
 Pelajar juga harus menghormati dan mematuhi arahan guru pengganti semasa guru
mata pelajaran tiada dalam kelas.
 Pelajar dilarang keluar ke tandas atau tempat lain pada pertukaran waktu kecuali
dengan kebenaran guru.
 Pelajar yang lewat masuk ke kelas harus meminta kebenaran daripada guru
sebelum masuk untuk pelajaran seterusnya.
 Jika kelas perlu ke makmal, bengkel atau perpustakaan, pelajar harus berbaris dan
bergerak bersama ke tempat berkenaan tanpa menganggu kelas-kelas lain.

2. Tingkahlaku Guru.
 Guru tidak boleh menghina mana-mana pelajar.
 Guru tidak boleh menjatuh maruah pelajar dengan kata-kata kesat atau sinis di
depan pelajar lain.
 Guru harus sentiasa menunjukkan contoh dan teladan baik kepada pelajar dengan
menunjukkan tingkahlaku serta gaya yang baik.
 Guru harus sentiasa menggalakkan pelajarnya mencapai kecemerlangan dengan
memberi kata-kata puji atau memberi galakkan dan motivasi.
 Guru sentiasa memberi peluang untuk pelajar membela diri jika beliau dituduh
melakukan kesalahan.
 Guru harus bertindak segera dan menyiasat segala aduan yang dibuat oleh pelajar.

49
 Guru harus menyiasat dan bertindak secara adil terhadap pelajar-pelajar yang
melakukan kesalahan.

B. ADAB SEMASA PERHIMPUNAN.

1. Tingkahlaku Pelajar.
 Semua pelajar harus bergerak secara teratur ke tapak perhimpunan 5 minit
sebelum perhimpunan bermula.
 Ketua kelas harus memastikan bilik kelas dikunci dan tidak ada pelajar lain
tertinggal di dalam kelas semasa perhimpunan.
 Pelajar harus berbaris mengikut kelas dengan pelajar lelaki di bahagian depan dan
perempuan di bahagian belakang.
 Pelajar harus sentiasa kemas berpakaian seragam yang lengkap untuk
perhimpunan sekolah.Pemakaian aksesori dan barang kemas adalah dilarang sama
sekali di kawasan sekolah.
 Semua pelajar harus mematuhi segala arahan guru dan pengawas sekolah.
 Pelajar harus berada dalam keadaan senyap semasa perhimpunan dijalankan.
 Setiap pelajar harus berdiri tegak semasa lagu kebesaran negara/ negeri dan lagu
sekolah dimainkan.
 Pelajar harus menumpukan penuh perhatian kepada segala amanat, peringgtan dan
pengumuman yang dibuat semasa perhimpunan.
 Pelajar dilarang makan, bising atau bermain sepanjang perhimpunan..
 Setiap pelajar dipertanggunjawabkan untuk memastikan kawasan perhimpunan
tidak dikotori.
 Pelajar harus bergerak dalam barisan untuk diperiksa oleh JKDS dan pengawas
selepas perhimpunan.
 Setiap kelas yang ditugaskan untuk mengemaskan tapak perhimpunan harus
tinggal untuk sementara waktu sehingga tapak perhimpunan bebas daripada
pelajar-pelajar.

2. Tingkahlaku Guru.
 Guru harus menunjukkan contoh dan teladan baik dengan berada di tempat
perhimpunban tepat pada masanya.
 Setiap teguran dan nasihat yang disampaikan harus bersifat positif dan bersifat
baik pulih untuk membina sahsiah pelajar yang cemerlang.
 Guru dan sekolah dilarang menghukum pelajar yang melakukan kesalahan di
khalayak ramai terutama semasa perhimpunan sekolah.
 Barang-barang haram yang dirampas semasa perhimpunan akan disimpan dan
hanya dikembalikan jika pelajar boleh memberi penjelasan yang munasabah.

C. ADAB SEMASA BERHUBUNG SESAMA MANUSIA.

1. Tingkahlaku Pelajar.
 Setiap pelajar harus peka dan menghormati adat resam, agama dan sensitiviti kaun
lain.
 Pelajar harus sedar kedudukan diri dan melayani serta menghormati orang lain
terutama sekali orang yang lebih tua sesuai dengan pangkat dan peringkat umur
mereka mengikut budaya dan norma masyarakat setempat.

50
 Pelajar tidak boleh bermain sehingga keterlaluan seperti mengejek dan menghina
nama rakan atau nama ibubapa rakan sehingga menjatuhkan maruah dan harga
diri pelajar tersebut di depan orang lain.
 Semua pelajar harus mengamalkan budaya positif seperti mengucapkan terima
kasih atau memohon maaf kepada pelajar lain jika ada menyinggung perasaan
mereka.
 Mengeluarkan kata-kata kesat, mengumpat dan menyumpah orang adalah dilarang
sama sekali.
 Pelajar tidak dibenarkan untuk menyebar khabar angin .
 Pelajar harus menunjuk raut wajah yang sentiasa ceria dan sentiasa bertegur sapa
dengan pelajar dan guru.

2. Tingkahlaku Guru.
 Melayani dan menganggap semua pelajar seperti anak sendiri dan melayani serta
bertindak seolah-olah berdepan anak sendiri.
 Menunjukkan wajah ceria, menegur dan bersapa dengan pelajar.
 Menyiasat dan bertindak terhadap segala aduan pelajar dan menyelesaikan konflik
antara pelajar secara adil dan tidak pilih kasih.
 Bersedia membantu mana-mana pelajar dalam kesulitan dan mengambil berat
tentang kebajikan pelajar yang di bawah jagaan beliau.
 Tidak mengambil tindakan yang boleh menghina atau menjatuhkan maruah
pelajar, keluarga, budaya atau bangsanya.
 Sentiasa memberi dorongan dan semangat kepada kepada pelajar.
 Guru harus sentiasa sanggup mengorbankan masa dan tenaga demi kebajikan dan
kemajuan pelajarannya.

D. ADAB DENGAN ALAM SEKITAR.

1. Tingkahlaku Pelajar.
 Pelajar harus mempunyai nilai cinta terhadap alam sekitar dengan sentiasa
memelihara dan memuliharanya kebersihan dan keceriannya.
 Adalah menjadi tanggungjawab setiap pelajar menjaga kebersihan kawasan kelas
dan sekolah.
 Setiap pelajar harus melibatkan diri secara aktif dalam menceriakan dan
mencantikkan kawasan sekolah agar menjadi kodusif untuk proses P&P
dijalankan.
 Setiap pelajar harus memastikan kawasan sekolah bebas daripada sampah setiap
masa.
 Sampah sarap yang terdapat di tong sampah harus dihantar ke tempat
pemgumpulan sampah setiap hari agar dapat dilupuskan oleh Majlis Tempatan.
 Pelajar harus mengamalkan budaya mengutip sampah jika terserempak dengannya
dimana-mana sahaja di kawasan sekolah.
 Pelajar dikehendaki menjaga keselamatan semua harta benda sekolah. Sebarang
kerosakan atau kes vandalisme harus dilaporkan dengan serta merta agar tindakan
segera boleh diambil.
 Pelajar harus berkerjasama dengan jawatan kuasa 4K peringkat kelas untuk
menceriakan kelas masing-masing.

2. Tingkahlaku Guru.

51
 Guru harus menunjukkan pada setiap masa, perasaan cinta kepada alam sekitar
agar menjadi contoh kepada pelajar.
 Guru harus peka terhadap keadaan kawasan sekolah atau kelas dan memastikan
ada pelajar bertugas menjaga kebersihannya.
 Pihak pentadbir harus menyediakan tong sampah yang mencukupi untuk kawasan
sekolah.

E. ADAB KEPADA GURU.

1.Tingkahlaku Pelajar.
 Pelajar harus menghormati semua guru sama ada guru sesi pagi atau guru sesi
petang.
 Pelajar harus mengucakan serlamat pagi/tengahari atau petang jika terserempak
dengan guru di mana-mana sahaja.
 Seiap pelajar harus menganggap guru sebagai ibu bapa mereka dan memberi
layanan seperti mana mereka melayani ibu bapa mereka sendiri.
 Guru yang masuk kelas, sama ada guru mata pelajaran atau guru gantian harus
dipatuhi, dihormati dan dilayani sepertimana mereka melayani guru kelas masing-
masing.
 Setiap pelajar harus menerima apa jua teguran dan nasihat guru .
 Kawasan Bilik Guru, Pejabat dan bilik-bilik khas adalah kawasan larangan dan
kemasukkan pelajar ke kawasan ini hanya dibenarkan jika mendapat izin daripada
guru.
 Pelajar tidak bolek masuk ke pejabat atau bilik guru jika pada waktu itu tiada
guru di dalamnya.
 Jika pelajar disuruh mengambil sesuatu daripada meja guru di bilik guru, dia
harus memberitahu guru-guru lain dalam bilik siapa yang menyuruhnya berbuat
demikian.
 Semua pelajar harus bantu menjaga harta benda sekolah dan harta guru merka.
 Pelajar harus meminta kebenaran guru yang mengajar jika ingin keluar daripada
kelas. Untuk itu, guru akan memberi pas keluar kelas kepada pelajar berkenaan.
 Pelajar harus mengetuk pintu dan minta izin daripada guru yang mengajar jika
ingin masuk ke dalam kelas semula.
 Semasa P&P dijalankan, pelajar harus mematuhi segala arahan guru dan buat
kerja secara senyap.
 Jika pelajar inginkan guru memberi penjelasan lanjut, beliau harus mengetuk meja
atau mengangkat tangan sebelah dahulu untuk mengambil perhatian guru
berkenaan sebelum mengajukan komen atau pertanyaan.
 Pelajar tidak boleh menyampuk, mengumpat atau mengeluarkan kata-kata kesat .

F. ADAB KEPADA IBUBAPA.

1. Tingkahlaku Pelajar.
Setiap pelajar harus menghormati dan mentaati ibubapa mereka.
 Pelajar harus mendapat kebenaran ibubapa mereka jika ingin keluar dan
mengambil bahagian dalam aktiviti di luar kawasan sekolah.
 Pelajar juga harus memberitahu ibubapa atau penjaga mereka tentang polisi,
peraturan dan kehendak sekolah seperti jadual waktu, buku teks dan mata
pelajaran yang diajar.

52
 Pelajar harus menunjukkan laporan kemajuan akademik mereka kepada ibubapa
mereka.pada penghujung setiap semester. Semua buku laporan harus
ditandatangani oleh ibu bapa mereka sendiri.
 Pelajar harus melayan mana-mana ibu bapa yang datang ke sekolah dengan
hormat dan berbudi bahasa serta memberi bantuan seperti mana mereka mahu ibu
bapa mereka sendiri dilayan oleh orang lain.
 Pelajar tidak boleh memfitnah, mengkritik , mengeluarkan kata-kata kesat atau
menyebar khabar angin yang boleh menjatuhkan maruah dan integriti ibubapa
pelajar lain.

G. ADAB SESAMA RAKAN.

 Setiap pelajar harus menganggap pelajar lain sebagai saudara sendiri dan memberi
layanan sepatutnya sesuai dengan peringkat umur mereka.
 Pelajar harus mengelakkan daripada menaruh perasaan hasad dengki dengan
pelajar lain. Sebarang masalah harus dirujuk kepada guru dan pihak pentadbir
sekolah agar dapat diselesaikan secara adil dan saksama.
 Pelajar harus mengamalkan amalan bertegur sapa dan berbudi bahasa sesama
sendiri.
 Pelajar harus menunjukkan wajah ceria di kawasan sekolah.
 Pelajar harus menghormati budaya dan agama pelajar lain.
 Pelajar harus peka terhadap sifat kelainan setiap individu dan menghormati
perbezaan ini.
 Pelajar harus peka dan sedar tentang hak orang lain dan sentiasa menghormatinya.
 Menjaga keselamatan diri dan orang lain serta harta benda mereka adalah
tanggungjawab semua orang termasuk pelajar. Setiap pelajar haruslah melaporkan
sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kepada pihak sekolah.
 Pelajar harus meminta maaf sekiranya telah melakukan kesilapan sehingga
menyinggung perasaan pelajar lain. Dia harus berani mengaku kesalahan dan
kelemahan diri.
 Pelajar harus sentiasa berkerjasama dengan semua pihak di sekolah terutama
dalam penjagaan kebersihan, keselamatan dan keceriaan dalam kawasan sekolah.
 Mengejek, mengumpat, menyumpah, menghina serta mengeluarkan kata-kata
kesat dengan tujuan menjatuhkan maruah dan integriti pelajar lain adalah dilarang
sama sekali.

H. ADAB SEMASA PERMAINAN / AKTIVITI

 Dalam mana-mana permainan atau aktiviti, semua pelajar wajib mematuhi


peraturan yang ditetapkan oleh penganjur.
 Setiap peserta harus datang tetap pada masanya agar aktiviti dapat dijalankan
dengan lancarnya.
 Setiap ahli pasukan harus berkerjasama dengan ahli yang lain demi kejayaan
bersama. Mereka harus bersaingan dengan penuh semangat kesukanan.
 Pihak lawan harus dihormati.
 Pasukan yang bertanding harus berjabat tangan dengan pihak lawan dan
mengucap selamat berjaya.

53
 Selepas setiap perlawanan, para pemain harus berjabat tangan sekali lagi dan
mengucapkan perkataan tahniah kepada mereka yang menang. Bagi mereka yang
kalah harus diucapkan semoga berjaya lain kali.
 Penyokong tidak boleh menghasut pemain bergaduh. Mereka harus menghormati
pasukan lawan dengan tepuk sorak. Mengejek dan menghina pasukan yang kalah
adalah dilarang sama sekali.
 Setiap pemain harus mementingkan keselamatan pemain lain tidak boleh sama
sekali bermain secara kasar atau bertindak dengan tujuan mencedera atau menipu
pasukan lawan.
 Para peserta aktiviti pula harus mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur
selepas aktiviti selesai.

I. ADAB SESAMA MASYARAKAT.

 Pelajar harus menghormati orang lain terutama sekali orang yang berpangkat atau
yang lebih tua.
 Pelajar harus menghulurkan bantuan kepada kaum yang lemah dan memberi
keutamaan mereka seperti semasa menaiki bas atau di tempat lain.
 Pelajar harus mengamalkan budaya berbaris dan tidak boleh potong queue semasa
berbaris.
 Pelajar harus dan mesti sanggup membantu mereka yang memerlukan bantuan
seperti orang miskin dan kurang upaya.
 Pelajar harus mengamalkan adab sopan santun semasa menziarahi rumah orang
lain atau semasa menghadiri majlis perkahwinan atau di tempat ibadat
 Pelajar sebagai ahli masyarakat harus membantu menjaga harta benda awan
dengan melaporkan kerosakan kepada pihak berkaitan.
 Pelar juga harus dapat berkerjasama dengan pihak lain seperti polis, ambulan dan
bomba terutama semasa kecemasan.
 Pelajar harus memberi laluan keutamaan kepada kereta bomba dan ambulan
semasa berada dijalan raya.
 Jika memandu, pelajar harus mematuhi segala peraturan lalulintas termasuk
memberi isyarat-isyarat yang betul agar tidak berlaku kemalangan.
 Perlajar harus peka dan hormati adat, budaya agama masyarakat lain.
 Mereka harus sedar tentang sensitiviti kaum lain dan tidak melakukan perkara-
perkara yang boleh menimbulkan ketegangan dan konflik antara ahli masyarakat .

J. ADAB SESAMA PEMIMPIN.

 Mengenali pemimpin setempat dan memberi hormat serta menegur jika


terserempak dimana-mana.
 Melayan pemimpin yang menjadi tetamu kehormat di sekolah dengan penuh budi
bahasa serta tertib yang sesuai mengikut protokol yang sedia ada.
 Para penerima harus sentiasa mengucapkan terima kasih Datuk / Datin / Yang
Berhormat kepada pemimpin yang memberi sijil dan hadiah dalam majlis
penyampaian apa-apa jenis sijil atau hadiah.
 Menghormati dan tidak merosakkan seperti menconteng apa-apa bentuk gambar
atau lambang para pemimpin negara.

54
 Sentiasa menyebut gelaran dahulu sebelum nama pemimpin negara disebut.
 Tidak menyebar fitnah, khabar angin atau mengeluarkan kata-kata kesat terhadap
mana-mana pemimpin.

55

You might also like