You are on page 1of 38

PENDAHULUAN

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Pada 28 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah


mengisytiharkan ‘Dadah Musuh Utama Negara’ . Dalam hal ini, Kementerian
Pendidikan Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan
melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah.
Sasaran utama program ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu
bapa.

Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara


bersepadu melalui strategi utama iaitu Pengurusan dan Kepimpinan, Kurikulum,
Kokurikulum dan Pembentukan Sahsiah.

MATLAMAT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi


pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan
pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan
berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran ‘Sekolah
Bebas Dadah Tahun 2012’.

RASIONAL

Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan
orang dewasa tetapi menular kepada golongan remaja. Kejadian ini menjadi
lebih genting disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah
tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan murid kita sentiasa
terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat. Menyedari
hakikat ini Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil tanggungjawab untuk
melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah secara
sistematik dan berkesan.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

a) Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan


Pencegahan Dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah
supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.

b) Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari
segi fizikal, emosi, mental dan rohani.

c) Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif dan


mengamalkan nilai-nilai murni.

d) Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah


dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.

Prinsip Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah

1. Semua sekolah rendah dan menengah hendaklah melaksanakan


program PPDa.

2. Pendidikan Pencegahan Dadah adalah untuk semua murid, guru,


kakitangan sekolah dan ibu bapa.
3. Pengetahuan, kemahiran, nilai, pengalaman, sikap dan kelakuan yang
disampaikan kepada murid hendaklah selari dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Negara.

4. Pendekatan yang digunakan hendaklah berupaya meningkatkan


ketahanan dan jati diri murikd.

5. Pendidikan Pencegahan Dadah adalah bertanggungjawab semua


warga sekolah.

6. Program Pendidikan Pencegahan Dadah hendaklah menjuruskan ke


arah ‘Sekolah Bebas Dadah’

Strategi Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah

Hasil mesyuarat antara Menteri Pendidikan dengan Timbalan Menteri Dalam


Negeri pada 2 Januari 1998, beberapa persetujuan mengenai strategi PPDa
di sekolah telah dicapai. Strategi utama PPDa yang dimaksudkan ialah
melalui Kurikulum dan Kokurikulum.

Lanjutan daripada itu, beberapa proses pemantauan dan pemurnian


dijalankan, hasilnya, dua lagi strategi digerakkan sebagai pelengkap kepafda
strategi yang sedia ada iaitu melalui Pengurusan dan Kepimpinan serta
Pembangunan Sahsiah.
BAB 1 – AKTIVITI PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PPDa DI SEKOLAH

1.1 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PPDa DI SEKOLAH

Bagi menjayakan program PPDa di sekolah komponen pengurusan berikut hendaklah


dijalankan.

a. Menubuhkan Jawatankuasa PPDa induk dan Jawatankuasa Pelaksana di


sekolah.

b. Menyenaraikan peranan/tugas Jawatankuasa Pelaksana.

c. Merancang program/aktiviti PPDa di sekolah.

d. Melaksanakan program/aktiviti PPDa di sekolah.

e. Menyelaras program/aktiviti peringkat sekolah.

f. Membuat pemantauan dan penilaian.

g. Menyediakan laporan.
1.1.1 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK PENDIDIKAN PENCEGAHAN
DADAH SEKOLAH RENDAH/SEKOLAH MENENGAH

PENASIHAT
(PENGARAH)

PENGERUSI
(PENGETUA/GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI
(PEN.KANAN 1 /PEN.KANAN PENTADBIRAN)

SETIAUSAHA
(PEN.KANAN HEM)

PEN.SETIAUSAHA 1
(PK KOKURIKULUM/PENYELIA PETANG)

PEN.SETIAUSAHA 11
(GURU PPDa)

AHLI JAWATANKUASA

JABATAN PIBG PDRM ADK PEMADA WAKIL PEKERJA


KESIHATAN M SEKOLAH
1.1.2 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK PENDIDIKAN PENCEGAHAN
DADAH SEKOLAH RENDAH

PENASIHAT
(GURU BESAR)

PENGERUSI
(PK HEM)

NAIB PENGERUSI
(PENYELIA PETANG/PK
KOKURIKULUM)

SETIAUSAHA
(GURU PPDa)

AHLI JAWATANKUASA

PENYELARAS PENYELARAS PENYELARAS PENYELARAS


PENGURUSAN AKTIVITI AKTIVITI PEMBENTUKAN
DAN KURIKULUM KURIKULUM SAHSIAH
KEPIMPINAN (GURU PENDIDIKAN (S/U PENYELARAS (GURU BIMBINGAN
(S/U PPDa) JASMANI DAN KOKURIKULUM) DAN S/U DISIPLIN
KESIHATAN

KUMPULAN SASARAN
MURID, GURU, KAKITANGAN BUKAN GURU, IBU BAPA DAN MASYARAKAT SETEMPAT
1.1.3 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK PENDIDIKAN PENCEGAHAN
DADAH SEKOLAH RENDAH

PENASIHAT
(GURU BESAR)

PENGERUSI
(PK HEM)

NAIB PENGERUSI
(PENYELIA PETANG/PK
KOKURIKULUM)

SETIAUSAHA
(GURU PPDa)

AHLI JAWATANKUASA

PENYELARAS
AKTIVITI
KOKURIKULUM
AKTIVITI SLAD:
PENYELARAS PENYELARAS (GURU PPDa) PENYELARAS
PENGURUSAN AKTIVITI AKTIVITI SENI PEMBENTUKAN
DAN KURIKULUM PPDa SAHSIAH
KEPIMPINAN (KETUA BIDANG) PENYELARAS (GURU
(S/U PPDa) BADAN KAUNSELING/
BERUNIFORM/ GURU DISIPILN
KELAB DAN
PERSATUAN/
SUKAN DAN
PERMAINAN

KUMPULAN SASARAN
MURID, GURU, KAKITANGAN BUKAN GURU, IBU BAPA DAN MASYARAKAT
1.2 RANCANGAN AKTIVITI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
SETEMPAT
Bulan Pelaksanaan
Aktiviti J F M A M J J O S O N D
1. PENGURUSAN DAN
KEPIMPINAN
1. Jawatankuasa PPDa
2. Rancangan Pendidikan
Pencegahan Dadah
3. Perkembangan Staf
4. Program Gerak Sedar
Bersepadu (PROGRESS)
5. Ujian Urin
6. Minggu Antidadah

2. KURIKULUM
1. Mesej Jauh Dadah
2. PPDa Dalam KBSM
3. Program PINTAR
4. Ceramah Antidadah
5. Pameran Antidadah

3. KOKURIKULUM
3.1 Skim Lencana Anti Dadah
(SLAD)
3.2 Perkhemahan
3.3 Aktiviti Seni Jauhi Dadah
 Dikir Barat
 Poster Antidadah
 Penulisan Sajak
Antidadah
 Deklamasi Antidadah
 Boria Antidadah
 Nasyid Antidadah
 Buku Skrap Antidadah
PEMBENTUKAN SAHSIAH
4. ANTIDADAH
1. Kemahiran Personel dan
Interpersonel
2. Kaunseling PPDa
3. Program Intervensi Pelajar (PIP)
4. Kolokium Kepimpinan PPDa
5. Program Waja Diri
6. Seminar PPDa
7. Program Keibubapaan
PERKEMBANGAN STAF

Perkembangan staf merupakan satu daripada kepelbagaian pendekatan memerangi dadah


dalam PPDa. Program ini boleh menjana kekuatan dan kebekesanan PPDa di sekolah.

RASIONAL

 Guru-guru dan kakitangan sekolah memerlukan maklumat terkini mengenai


Pendidikan Pencegahan Dadah.
 Pengetahuan kemahiran yang diperolehi membantu memantapkan usaha-usaha
menggerakkan PPDa di sekolah.

OBJEKTIF

 Memberi pengetahuan, kefahaman dan kesedaran menmgenai bahaya dadah.


 Meningkatkan kemahiran PPDa.
 Memantapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran PPDa merentasi kurikulum.
 Menyebarkan pengetahuan dan kemahiran PPDa kepada warga sekolah.

KUMPULAN SASAR

 Guru sekolah
 Kakitangan sekolah

KAEDAH PELAKSANAAN

 Ceramah
 Bengkel
 Seminar
 Forum
 Lawatan

PERSONALIA

 Pengetua / Guru Besar


 S/U PPDa
 Guru Kauseling / Guru Bimbingan
 Pegawai Khas Dadah JPN/Daerah
 Penceramah Jemputan (ADK, Kesihatan, Jabatan Narkotik, PEMADAM, Penjara,
Jabatan Kebajikan dan jabatan Agama.

PENGISIAN

 Pengetahuan PPDa
 Strategi menangani masalah dadah
 Senario dadah di Malaysia
 Kemahiran Personal dan Interpersonal
 Pendedahan Kadeah Pengajaran dan Pembelajaran PPDa
 Aktiviti permuafakatan dalam PPDa

PROGRAM GERAK SEDAR BERSEPADU (PROGRESS)

Program Gerak Sedar Bersepadu adalah satu aktivti dalam bentuk kempen yang boleh
meminbulkan kesedaran untuk menjauhi dadah. Program ini dilaksanakan secara bersepadu
melibatkan pihak sekolah, PDRM, Agensi Dadah kebangsaan, Jabatan Kesihatan, Jabatan
Agama dan PEMADAM.

RASIONAL

 Murid-murid sekolah perlu diberi pendedahan untuk mendapatkan pengetahuan


dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah tentang bahaya dadah. Kempen
adalah kaedah yang terbaik untuk menyampaikan maklumat.

OBJEKTIF

 Mewujudkan kesedaran murid, guru dan masyarakat tentang bahaya dadah.


 Menggalakkan interaksi sosial positif antara murid dengan masyarakat.
 Murid dapat menyampaikan maklumat mengenai bahaya dadah kepada rakan-
rakan dan masyarakat.

KUMPULAN SASARAN

 Semua murid sekolah.

KAEDAH PELAKSANAAN

 Perhimpunan
 Kempen (1 – 3)
 Ceramah
 Pameran

PERSONALIA

 Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


 Guru Pendidikan Pencegahan Dadah
 Guru Kauseling
 Guru Disiplin
 Pegawai Penceramah Jemputan

PENGISIAN

 Ceramah PPDa
 Pameran PPDa
 Bersama tokoh
 Aktiviti PPDa Bersama Masyarakat Setempat
 Penyebaran Maklumat Oleh Murid Sekolah

RUJUKAN

 Modul Aktivti Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah oleh bahagian Sekolah


Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.5 UJIAN URIN MURID

Ujian Urin Murid merupakan langkah pencegahan awal yang bertujuan utnuk
mengesan murid yang disyaki mencuba dadah.

RASIONAL

 Ujian urin amat perlu dilaksanakan di peringkat sekolah sebagai satu cara untuk
mengesan murid yang ingin mencuba dadah supaya boleh dicegah dan diberi
bimbingan.

OBJEKTIF

 Mengesan murid yang terlibat dengan dadah.


 Memberi bimbingan Pendidikan Pencegahan Dadah kepada murid yang positif
urin

KUMPULAN SASAR

 Murid sekolah

KAEDAH PELAKSANAAN

 Menggunakan kertas jalur (saringan)


 Ujian Pengesahan (Makmal)

PERSONALIA

 Setiausaha Pendidikan Pencegahan Dadah


 Guru Disiplin
 Guru Kaunseling
 Pengawai Khas Dadah JPN/Daerah
 Agensi Dadah Kebangsaan/Kementerian Kesihatan

PENGISIAN

 Menyenaraikan nama murid yang dikenalpasti.


 Memaklumkan kepada PPD / JPN.
 Menyediakan jadual pelaksanaan (senarai murid dan tarikh).
 Taklimat ujian urin kepada murid.
 Pengambilan dan pengujian sampel.
 Soal selidik atau pengakuan murid.

RUJUKAN

 Surat siaran KP(BS/HEP) 8543 / 064 (36) bertarikh 24 Julai 1998 – Ujian urin
Pelajar Sekolah.
 Buku Panduan Tatacara Tindakan Ke Atas Kes-kes Penggunaan Dadah. Di
Kalangan Murid Di Sekolah, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.6 MINGGU ANTIDADAH

Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah Narkotik (UNCND) telah


mengisytiharkan bahawa 26 Jun pada setiap tahun sebagai Hari Antidadah
Antarabangsa manakala kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan pada 19 Februari
setiap tahun sebagai Hari Antidadah Kebangsaan. Kedua-dua minggu ini perlu diisi
dengan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah supaya hasrat kita menjadi Sekolah
Bebas Dadah akan tercapai.

RASIONAL

 Langkah pencegahan awal perlu diadakan kepada murid bagi menyedarkan


mereka tentang bahaya dadah.

OBJEKTIF

 Memberi pengetahuan kepada murid mengenai bahaya dadah.


 Menimbulkan kesedaran kepada murid mengenai pentingnya Pendidikan
Pencegahan Dadah.
 Membentuk tingkah laku an nilai positif di kalangan warga sekolah.

KUMPULAN SASARAN

 Murid sekolah rendah dan menengah.


 Guru-guru dan kakitangan sekolah.
 Ibu bapa

KAEDAH PELAKSANAAN
 Perhimpunan
 Ceramah
 Pameran

 Pertandingan
 Persembahan
 Bacaan Perutusan dan ikrar

PERSONALIA

 Setiausaha Pendidikan Pencegahan Dadah


 Guru Disiplin
 Guru Kaunseling/Bimbingan
 Pegawai Khas Dadah JPN/Daerah
 Agensi Dadah Kebangsaan/Polis/Kesihatan

RUJUKAN

Surat Siaran KP)BS/HEP)8543/064(36) bertarikh 24 Julai 1998 – Ujian Urin Pelajar Sekolah.
BAB 2 – AKTIVITI KURIKULUM

2.1 MESEJ JAUHI DADAH

Mesej Jauhi Dadah ini merupakan inovasi daripada Program Cuma 5 Minit Antidadah.
Program ini bertujuan menyampaikan maklumat PPDa kepada warga sekolah.
Program yang menggunakan pendekatan kurikulum ini bertujuan menyampaikan
maklumat PPDa.

RASIONAL

 Kurikulum yang mudah dan ringkas wajar digunakan dalam penyebaran


maklumat PPDa di sekolah.Satu set bahan maklumat yang jelas perlu disediakan
untuk memudahkan personalia menyampaikan mesej antidadah.

OBJEKTIF

 Memberi maklumat pendidikan pencegahan dadah kepada warga sekolah.


 Memberikan kesedaranbahaya dadah kepada warga sekolah ke arah gaya hidup
cemerlang.
 Meningkatkan kemahiran menyampaikan maklumat Pendidikan Pencegahan
Dadah kepada warga sekolah.

KUMPULAN SASARAN

 Warga sekolah

KAEDAH PERLAKSANAAN

 Menyampaikan mesej jauhi dadah melalui ceramah/pidato semasa


 Pengajaran dan Pembelajaran
 Perhimpunan
 Aktiviti kokurikulum

PERSONALIA

 Guru Pendidikan Pencegahan Dadah


 Ketua Panitia
 Guru Bimbingan & Kaunseling
 Guru Bertugas Mingguan
 Guru Kokurikulum
 Pemimpin Murid
PENGISIAN

 Menyampaikan maklumat Pendidikan Pencegahan Dadah


 Penilaian ringkas melalui soal selidik

RUJUKAN

 Buku mesej Jauhi Dadah, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan


Malaysia.
 Buku Kenali dan Perangi Dadah, Agensi Dadah Kebangsaan, Kuala Lumpur.

2.2 PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DALAM KURIKULUM BERSEPADU


SEKOLAH MENENGAH (KBSM)

Pendidikan Pencegahan Dadah dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah


(KBSM) tidak disampaikan sebagai satu masa pelajaran tersendiri tetapi disepadukan
dalam semua mata pelajaran. Mata pelajaran yang dimaksudkan ialah Bahasa,
Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sains, Kemahiran Hidup serta Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan. Unsur-unsur PPDa disampaikan melalui mata pelajaran
berkenanan.

RASIONAL

 Institusi pendidikan merupakan intitusi yang mempunyai kekuatan untuk


menyedarkan maklumat andidadah secara yang lebih berkesan dengan kaedah
yang sistematik dan kumpulan sasar yang lebioh luas.
 Proses pendidikan diyakini berupaya membentuk murid menyedari tentang bahaya
dadah dan berupaya menjauhi diri daripadanya.

OBJEKTIF

 Memperolehi pengetahuan dan kefahaman mengenai perkembangan jasmani,


emosi, rohani serta kesan penggunaan dadah, minuman keras dan merokok
dalam kehidupan.
 Memperolehi kemahiran untuk mengenal pasti dan mengatasi masalah remaja
serta membuat keputusan dengan baik.
 Menghayati dan mengamalkan nilai dan sikap yang positif dalam menjalani
kehidupan yang sihat, selamat dan sejahtera.

KUMPULAN SASARAN

 Murid Tingkatan Satu hingga Lima.

KAEDAH PELAKSANAAN
 Semasa Pengajaran dan Pembelajaran dalam bilik darjah. Aktiviti yang
dicadangan:
 Karangan/penbincangan
 Projek/Kajian Lapangan
 Perbahasaan/Syarahan
 Ulasan filem, video dan rancangan televisyen
 Main peranan

PERSONALIA

 Ketua Bidang

 Guru Panitia

 Guru Mata Pelajaran

PENGISIAN

 Bahagian 1 – Punca dan Jenis-jenis dadah

 Bahagian 2 – Sebab-sebab Penggunaan Dadah

 Bahagian 3 – Kesan Penggunaan Dadah dan Bahan Bahaya

 Bahagian 4 – Pencegahan Penggunaan Dadah

RUJUKAN

 Buku Pendidikan Pencegahan Dadah Merentasi Kurikulum KBSM Dewan Bahasa


dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1996.

2.3 PROGRAM INTELEK ASUHAN ROHANI (PINTAR)

Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR) merupakan satu program terasa pendidikan
pencegahan dadah di sekolah rendah berasaskan kurikulum dan kokurikulum.Program
ini dilaksanakan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

RASIONAL

 Melahirkan golongan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk


menolak gejala negatif bermula di peringkat sekolah rendah lagi.

OBJEKTIF

 Menambah pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menolak pengaruh negatif


rakan sebaya.
 Meningkatkan penghargaan kendiri serta kemahiran interpersonal murid supaya
mengatakan “TIDAK” kepada dadah.
 Menggalakkan murid supaya mengikuti aktiviti kurikulum untuk menjauhi dadah.
 Membina ketahanan diri murid supaya tidak terlibat dengan dadah.

KUMPULAN SASARAN

 Tahap Dua Sekolah Rendah

KAEDAH PERLAKSANAAN

 Pelaksanaan di semua sekola rendah terpilih di seluruh negara.


 Lapan waktu pengajaran dalam setahun.
 Lapan waktu pengajaran dalam setahun: 2 waktu kepada Agensi Dadah
Kebangsaan.2 waktu kepada Polis Diraja Malaysia, 4 waktu kepada guru PJK.
 Dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan.
 Kem Pintar (Peringkat Negeri).

PERSONALIA

 Penyelaras PINTAR
 Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
 Pegawai Agensi Dadah Kebangsaan
 Pegawai Polis (Jabatan Narkotik)

PENGISIAN PINTAR DALAM MATA PELAJARAN KBSR

24 tajuk pengajaran adalah seperti berikut:

Tahun Empat

1. Perbezaan Dadah, Ubat dan Racun


2. Jenis-jenis Dadah
3. Kesan Atau Akibat Dadah Terhadap Kesihatan Seseorang
4. Meningkatkan Penghargaan Kendiri
5. Kemahiran Mengatakan “TIDAK” (i)
6. Kemahiran Membuat Keputusan (i)
7. Kemahiran Berkomunikasi (i)
8. Kemahiran Berkomunikasi (ii)

Tahun Lima

1. Faktor-faktor Penagihan Dadah


2. Meningkatkan Penghargaan Kendiri
3. Alternatif-alternatif Yang Sihat
4. Pengaruh Rakan Sebaya
5. Kemahiran Mengatakan “TIDAK” (i)
6. Kemahiran Membuat Keputusan (i)
7. Kemahiran Membuat Keputusan (ii)
8. Undang-undang Dadah
9. Kemahiran Pengurusan Tekanan

Tahun Enam
1. Kesan dan Akibat Dadah Dari Segi Sosial, Ekonomi, dan Keselamatan Negara
2. Masalah Dadah Semasa
3. Dasar Dadah Negara dan Strategi-strateginya
4. Penghargaan Kendiri (iii)
5. Tingkah Laku Berisiko
6. Peranan Agensi-agensi/Masysrakat dalam Pengawalan dan Pencegahan Dadah
7. Media Massa dan Dadah
8. Kemahiran Aserif

RUJUKAN

 Modul Latihan Mengajar PINTAR, Agensi Dadah Kebangsaan, Kuala Lumpur,


1999

2.3 CERAMAH ANTIDADAH

Ceramah Antidadah merupakan satu daripada kepelbagaian pendekatan untuk


memerangi dadah.Aktiviti ini boleh digunakan untuk menyampaikan mesej PPDa
secara menyeluruh kepada kumpulan sasaran.

RASIONAL

 Perkongsian maklumat, pengetahuan dan pengalaman PPDa lebih mudah


disampaikan melalui ceramah.Ini dapat membantu warga sekoalh memperolehi
maklmat PPDa terkini bagi menjana kesedaran akan bahaya dadah.

OBJEKTIF

 Meningkatkan pengetahuan tentang jenis dan kesan dadah.


 Memberi kesedaran dan menyemai perasaan benci akan dadah.
 Meningkatkan kemahiran kendiri menjauhi dadah.

KUMPULAN SASARAN

 Warga sekolah dan ibu bapa/penjaga

KAEDAH PERLAKSANAAN

 Semasa perhimpunan sekolah


 Semasa sambutan Minggu PPDa (19 Feb/26 Jun)
 Semasa kursus/seminar/majlis rasmi sekolah.

PERSONALIA

 Pegawai daripada JPN, ADK, Jabatan Narkotik PDRM, Jabatan Kesihatan,


Jabatan Kastam, Jabatan Penjara, Jabatan Farmasi dan PEMADAM.

PENGISIAN
 Seperti dalam Mesej Jauhi Dadah (kecuali penilaian) Tajuk-tajuk yang bersesuaian
dalam mencapai objektif PPDa

RUJUKAN

 Mesej Jauhi Dadah Bahagian Sekolah , Kementerian Pendidikan Malaysia.


 Surat pekeliling Am Bil. 1/1985:
 Ruj.PPAS(S) 133/883/1 bertarikh 29 Januari 1985.Program-program
Mencegah dan Membasmi Kegiatan Penagihan Dadah di Agensi-Agensi
Kerajaan.

2.4 PAMERAN ANTIDADAH

Pameran Antidadah merupakan antara aktiviti pencegahan dadah yang berkesan


dalam menyampaikan mesej bahaya dadah.

RASIONAL

 Bahan media yang dipamerkan akan meningkatkan kesedaran dan


menimbulkan perasaan benci terhadap dadah.

OBJEKTIF

 Meningkatkan pengetahuan tentang jenis dan kesan dadah.


 Memberi kesedaran dan menyemai perasaan benci akan dadah.
 Meningkatkan kemahiran kendiri menjauhi dadah.

KUMPULAN SASARAN

 Warga sekolah dan ibu bapa/penjaga

KAEDAH PELAKSANAAN

 Semasa Sambutan Minggu PPDa (19 Feb / 26 Jun)


 Semasa kursus-kursus motivasi
 Semasa Program PPDa

PERSONALIA

 Pegawai Khas Dadah Negeri/Daerah


 Agensi Dadah Kebangsaan
 Jabatan Narkotik PDRM
 Jabatan Kesihatan
 Jabatan Kastam
 Jabatan Penjara
 PEMADAM Kebangsaan

PENGISIAN BAHAN
 Gambar, buku skrap, keratan akhbar, carta, media elektronik dan bahan maujud
mengenai PPDa

RUJUKAN:

Surat Pekeliling Am Bil. 1/1985:Ruj.PPAD(S) 133/883/1.Program-program Mencegah


dan Membasmi Kegiatan Penagihan Dadah di Agensi-agensi Kerajaan, 29 Januari
1985.

BAB 3 - AKTIVITI KOKURIKULUM

3.1 SKIM LENCANA ANTIDADAH

Skim Lencana Antidadah (SLAD) adalah satu usaha terancang untuk melibatkan ahli-ahli
Persatuan Pakaian Seragam Menengah dalam aktiviti antidadah di sekolah dan akhirnya
kepada masyarakat luar.

RASIONAL

 Murid lebih murid ditemui dan dipengaruhi oleh rakan mereka. Oleh itu,
penggunaan pengaruh rakan sebaya untuk menyampaikan mesej antidadah dan
mengajak mereka supaya memainkan peranan yang lebih berkesan perlu
diperluaskan dalam mencegah penggunaan dadah di kalangan rakan, keluarga
dan sahabat handai.

OBJEKTIF

 Mempunyai pengetahuan dan kemahiran menyampaikan mesej antidadah.


 Dapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam
menyampaikan mesej antidadah kepada rakan sebaya, ahli keluarga dan sahabat
handai.
 Menolong rakan sebaya yang mempunyai risiko tinggi supaya berhubung dengan
Guru Bimbingan dan Kaunseling.
 Memberi khidmat sukarela dalam aktiviti antidadah apabila tamat persekolahan

KUMPULAN SASAR

 Ahli Persatuan Pakaian Seragam Sekolah (Tingkatan 2 dan 4)

KAEDAH PELAKSANAAN

 Guru melaksanakan kurikulum SLAD berpandukan buku log SLAD.


 Mengedarkan buku-buku log SLAD kepada ahli dan menyelaras aktiviti SLAD
untuk tempoh satu hingga dua tahun.
 Menganugerahkan sijil dan lencana kepada peserta yang layak menerimanya.
PERSONALIA

 Guru Penyelaras SLAD


 Guru Penasihat Persatuan Pakaian Seragam Sekolah

PENGISIAN

Kurikulum SLAD

1. Rekod Penilaian Guru

 Ujian teori -Secara objektif -20% (markah)


 Ujian teori -Secara mengarang -20% (markah)
 Ujian amali:
 Menghadiri ceramah -10% (markah)
 Membuat lawatan -10% (markah)
 Aktiviti Seranta -10% (markah)
 Penyertaan pertandingan -10% (markah)
 Menghasilkan buku skrap -10% (markah)
 Menyampaikan penerangan -10% (markah)

2. Aktiviti SLAD (Teori dan Amali):-

Bahagian 1 (Teori)
Akitviti wajib
 Perubahan, masalah remaja dan penyelesaian
 Hubungan remaja dengan kemahiran komunikasi
 Tekanan hidup, kesan dan cara mengatasinya
 Khidmat bantu di sekolah dan institut lain
 Sebab dan kesan merokok
 Jenis, sebab dan akibat penggunaan dadah
 Bahan dan kesan inhalan
 Kesan dan akibat penggunaan dadah
 Kesan dan akibat alkohol dan sikap masyarakat terhadapnya
 Akta Dadah Merbahaya 1952 dan Pindaan 39 (B) – gantung sampai mati

Bahagian II (Amali)
Aktiviti Pilihan
 Pertandingan Melukis Poster
 Pertandingan Esei
 Pertandingan Sajak
 Pertandingan Kuiz
 Pertandingan Nasyid

RUJUKAN

 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1998 : Program Skim Lecana Antidadah, Pasukan


Pakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD) bertarikh 3 Februari 1998
 Buku Log Skim Lencana Antidadah, Kementerian Pendidikan Malaysia

3.2 PERKHEMAHAN SKIM LENCANA ANTIDADAH

Perkhemahan Skim Lencana Antidadah (SLAD) di peringkat sekolah atau Jambori


SLAD bagi pelaksanaan diperingkat negeri dan daerah merupakan satu program
perhimpunan tahunan ahli-ahli Skim Lencana Antidadah sekolah menengah. Menerusi
Perkhemahan ini, setiap ahli akan didedahkan dengan pelbagai pendekatan dan
strategi pendidikan pencegahan dadah.

RASIONAL

 Program Perkhemahan SLAD merupakan satu keperluan ke arah pemantapan


aktiviti SLAD di sekolah. Ahli-ahli SLAD perlu diberi penghargaan dan peluang
bagi meningkatkan kemahiran dan pengalaman PPDa di kalangan rakan
sebaya.

Perhimpunan secara bersepadu ini akan menjadikan usaha pelaksanaan pendidikan


pencegahan dadah lebih berkesan.

OBJEKTIF

 Memperkasakan lagu penguasaan pengetahuan, pengalaman dan nilai


pendidikan pencegahan dadah di kalangan ahli SLAD.
 Mempertingkatkan semangat, permuafakatan, kemampuan, kemahuan dan
tindakan ahli SLAD dalam menerangi dan membendung pengaruh ancaman
dadah.
 Memupuk tanggungjawab bersama dalam usaha memerangi dadah.

KUMPULAN SASARAN

 Ahli Skim Lencana Antidadah Sekolah

KAEDAH PELAKSANAAN

 Perkhemahan
 Latihan dalam kumpulan
 Ceramah
 Forum

PERSONALIA

 Guru PK Kokurikulum
 Setiausaha PPDa
 Guru SLAD
 Penyelaras Badan Beruniform
 Guru Kaunseling
PENGISIAN

 Kemahiran Interpersonal
 Perkembangan Sahsiah/Pendidikan Moral
 Pertandingan Kecekapan Unit Beruniform
 Persembahan Kumpulan
 Kembara
 Riadah
 Penilaian

RUJUKAN

 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1988 bertarikh 3 Februari 1988:


Program Skim Lencana Antidadah Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah
Menengah (SLAD)

3.3 AKTIVITI SENI JAUHI DADAH

Aktiviti Seni Jauhi Dadah adalah sebahagian daripada strategi Pendidikan


Pencegahan Dadah yang boleh meningkatkan kesedaran dan pengetahuan murid
terhadap kesan buruk dan bahaya penggunaan dadah.

RASIONAL

 Murid merupakan golongan remaja aktif yang sukakan aktiviti-aktiviti yang


dapat memantapkan emosi dan mengembangkan bakat melalui aktiviti seni.

OBJEKTIF

 Mempertingkatkan pengetahuan dan kesedaran murid di semua peringkat


mengenai bahaya dadah.
 Menggunakan aktiviti kesenian sebagai media ke arah memberi kesedaran
pencegahan dadah kepada murid.
 Mencungkil dan mengembangkan bakat serta potensi yang ada di kalangan
murid.

KUMPULAN SASARAN

 Murid sekolah menengah dan rendah

KAEDAH PERLAKSANAAN

 Dilaksanakan dalam bentuk pertandingan,persembahan dan pameran pada


Minggu Antidadah,Bulan Bahasa dan Hari Perayaan Sekolah.
PERSONALIA

1. Sekolah Rendah:
 Penyelia Kokurikulum
 S/U PPDa

2. Sekolah Menengah:
 Penyelaras Kokurikulum
 Penyelaras Badan Uniform/Kelab/Persatuan
 Penyelaras Sukan/Permainan

PENGISIAN

 Dikir Barat Antidadah-Menengah


 Poster Antidadah –Rendah,Menengah Rendah dan Menengah Atas
 Penulisan Sajak Antidadah-Menengah
 Deklamasi Sajak Antidadah-Rendah dan Menengah
 Boria Antidadah-Rendah
 Nasyid Antidadah-Menengah
 Buku Skrap Antidadah-Menengah

RUJUKAN

 Syarat-syarat Pertandingan Seni Jauhi Dadah,Bahagian Sekolah,


Kementerian Pendidikan Malaysia.
 Modul Aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah,Bahagian Sekolah,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
BAB 4 – PEMBENTUKAN SAHSIAH

4.1 KEMAHIRAN PERSONAL/INTERPERSONAL

Usaha memberi kemahiran personal dan interpersonal kepada murid merupakan


aktiviti yang sangat baik dan sememangnya digalakkan.Usaha ini akan membantu
murid menjadi individu yang pandai mengurus diri,bertingkah laku positif,mahir
berinteraksi dan berpotensi menjadi pemimpin yang cemerlang.

RASIONAL

 Murid yang mempunyai kemahiran personal dan interpersonal perlu dilatih


melalui satu latihan yang sistematik supaya kebolehan dan ketrampilan mereka
terserlah.

OBJEKTIF

* Melahirkan murid yang berperibadi mulia.


 Meningkatkan kebolehan berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan.
 Meningkatkan kemahiran tegas diri.
 Mengatakan “TIDAK” kepada dadah.
 Meningkatkan kemahiran membuat keputusan.
 Meningkatan kemahiran memimpin di kalangan murid.

KUMPULAN SASARAN

 Murid sekolah rendah dan menengah

KAEDAH PERLAKSANAAN

 Bengkel
 Seminar
 Kaunseling kelompok
 Kursus
 Forum
 Kolokium
 Perkhemahan

PERSONALIA

 Guru Kaunseling/Guru Bimbingan


 Guru PPDa
 Fasilitator

PENGISIAN

 Kesedaran kendiri
 Asas komunikasi
 Asas kaunseling
 Perkembangan remaja
 Kemahiran lanjutan:
a) Tegas diri
b) Membuat keputusan
c) Mengatakan “TIDAK” kepada dadah

RUJUKAN

 Buku Mencegah Salah nGuna Dadah Melalui Kaunseling – Dewan Bahasa


dan Pustaka 1984

4.2 KAUNSELING PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Kaunseling Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) berperanan untuk membantu


murid yang telah dikesan terlibat dengan dadah.Mirid boleh mendapatkan
perkhidmatan Kaunseling PPDa ini secara sukarela atau dirujuk.

RASIONAL

 Murid sekolah yang dikesan terlibat mencuba dadah perlu diberikan


pertolongan secara khusus melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
supaya bebas daripada dadah.

OBJEKTIF

 Menyedarkan murid tentang bahaya dadah.


 Mengesan dan membasmi serta menyelesaikan masalah berkenaan dadah di
kalangan murid.
 Menolong murid meningkatkan keyakinan diri supaya bebas daripada dadah.
 Menghentikan atau mengurangkan perkembangan masalah penggunaan
dadah di kalangan murid.

KUMPULAN SASARAN

 Murid yang datang secara sukrela


 Murid yang dirujuk
 Murid yang dikenal pasti melalui ujian urin

KAEDAH PERLAKSANAAN

 Melalui kaunseling individu,kaunseling kelompok dan kaunseling keluarga.

PERSONALIA

 Guru Kaunseling/Guru Bimbingan

PENGISIAN

 Perubahan tingkah laku


 Pengurusan diri,masa dan tekanan
 Kemahiran interpersonal
 Kemahiran membuat keputusan
 Perkembangan konsep kendiri
 Kemahiran tegas diri

RUJUKAN

 Buku Mencegah Salah Guna Dadah Melalui Kaunseling oleh Unit Bimbingan
dan Kaunseling Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan.DBP 1983.

4.3 PROGRAM INTERVASI PELAJAR(PIP)

Program Intervasi Pelajar ini dilaksanakan bertujuan memantau dan membantu murid
yang didapati positif urin.

RASIONAL

 Murid yang terlibat dengan dadah perlu dibimbing ke arah gaya hidup sihat
dan sejahtera.

OBJEKTIF

 Membina ketahanan diri yang positif serta memberi kesedaran yang


menyeluruh kepada murid tentang bahaya dadah.
 Menimbulkan keinsafan diri agar tidak lagi terjebak dengan dadah.
 Membina personaliti proaktif ke arah pembangunan sahsiah diri yang
cemerlang.
 Memupuk komitmen keluarga dalam usaha membantu murid ke arah
perkembangan diri yang positif.

KUMPULAN SASARAN

 Murid urin positi(ujian kertas jalur).


 Murid mengaku mencuba dadah.

KAEDAH PERLAKSANAAN

 Program ini dilaksanakan mengikut tiga fasa sebagaimana berikut:-

BIL KANDUNGAN/AKTIVITI CATATAN/TINDAKAN


1 Ujian pengesahan(kertas jalur) Dilaksanakan oleh ADK
2 Menerima keputusan jalur Memaklumkan untuk pengetahuan
pengetua, kaunselor dan waris murid
3 Laporan keputusan dihantar Untuk perhatian dan tindakan
Kepada Jabatan Pendidikan Pegawai Khas Dadah negeri dan
Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah daerah
4 Perjumpaan dengan waris Menjemput waris ke sekolah
5 Mengadakan perjumpaan dengan Tindakan kaunselor sekolah
murid berkenaan (kaunseling PPDa)
6 Penerusan ke Fasa II Kaunselor sekolah
FASA II (Dilakasanakan di peringkat daerah oleh ADK dan JPN)

BIL KANDUNGAN/AKTIVITI CATATAN/TINDAKAN

1. Program Pembangunan insan Berfokuskan ketahanan


(Seminar Pendidikan Pencegahan mental, jasmani dan rohani,
Dadah, kursus, kajian lapangan, dan penekanan kepada
forum dan lain-lain yang berkaitan) kemahiran kepada kemahiran
dadah. mengatakan “TIDAK” kepada

FASA III (Dilaksanakan oleh ADK dan JPN)

BIL KANDUNGAN/AKTIVITI CATATAN/TINDAKAN

1 Ujian urin untuk murid yang ADK


Urinnya positif Fasa I

2 Positif saringan (murid urin positif Rujuk pada pakar


Kali kedua) Perubatan atau psikologi
untuk tindakan lanjutan
Rawatan dan pemulihan.

PERSONALIA

 Pengetua
 Penyelaras Program Inteversi
 Kaunselor
 Pegawai Dadah Daerah
 Pegawai ADK Daerah

PENGISIAN

 Ujian urin
 Sesi kaunseling
 Perjumpaan dengan waris
 Aktiviti pembangunan insan
 Rujukan pakar

RUJUKAN

 Modul Inteversi Pelajar oleh Agensi Dadah Kebangsaan


 Modul Aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah,Bahagian Sekolah,
Kementerian Pendidikan Malaysia
4.4 KOLOKIUM KEMPIMPINAN PPDA

Kolokium Kempipinan PPDa merupakan program pengukuhan pendidikan


pencegahan dadah di sekolah demi melahirkan pemimpin murid yang berketrampilan
dan berkeupayaan menyampaikan mesej antidadah.

RASIONAL

 Pemimpin murid perlu diberi pengetahuan dan kemahiran pendidikan


pencegahan dadah sebagai pengukuhan diri.Hal ini penting supaya mereka
berperanan sebagai pemimpin yang berkesan untuk memerangi dadah.

OBJEKTIF

 Berkongsi pengetahuan,pengalaman dan maklumat mengenai Pendidikan


Pendidikan Pencegahan Dadah.
 Membina ketahanan diri yang positif di kalangan murid.
 Meningkatkan kemahiran kendiri murid untuk menangani gejala sosial di
sekolah.
 Meninghkatkan daya kepimpinan dan semangat kerjasama di kalangan
peserta.

KUMPULAN SASARAN

 Pemimpin murid dan ahli SLAD sekolah.

KAEDAH PERLAKSANAAN

 Perkhemahan
 Perhimpunan
 Latihan Dalam Kumpulan
 Ceramah

PERSONALIA

 Guru Penolong Kanan Kokurikulum


 Guru Kaunseling
 Penyelaras Badan Beruniform

PENGISIAN

 Kepimpinan dan Antidadah


 Kembara
 Bengkel Komunikasi
 Qiamullail
 Kerohanian dan moral
 Pidato spontan antidadah
 Riadah
 Penilaian
RUJUKAN

 Modul Aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah,Bahagian Sekolah,


Kementerian Pendidikan Malaysia.

4.5 PROGRAM WAJA DIRI

Program Waja Diri memberi fikus kepada pembangunan sahsiah dan disiplin diri di
kalangan murid.

RASIONAL

 Murid masa kini terdedah dengan pelbagai masalah sosial terutamanya


gejala penggunaan dadah.Oleh itu,mereka perlu didedahkan dengan maklumat
dan pengetahuan tentang bahaya serta risiko pangambilan dadah.

OBJEKTIF

 Meningkatkan kemahiran serta pengetahuan dalam Pendidikan Pencegahan


Dadah di kalangan peserta.
 Membina ketahanan diri yang positif di kalangan peserta serta mengeratkan
silaturahim antara mereka.
 Perkongsian pengalaman dan pengetahuan berhubung dengan Pendidikan
Pencegahan Dadah.

KUMPULAN SASARAN

 Murid berisiko atau kumpulan sederhana yang berpotensi terlibat dengan


gejala dadah.

KAEDAH PERLAKSANAAN

 Perkhemahan
a) Cadangan tempoh : 4 hari 3 malam
b) Cadangan tempat : Pusat Kokurikulum Negeri,tepi pantai,kawasan
rekreasi,kawasan perhilitan.
 Latihan Dalam Kumpulan
 Ceramah

PERSONALIA

 Guru Penolong Kanan Kokurikulum


 Setiausaha PPDa
 Guru Kaunseling/Guru Bimbingan
 Guru Agama
PENGISIAN

 Ikhtiar Hidup
 Kem Solo
 Kembara
 Bengkel
 Persembahan Kumpulan
 Kerohanian dan Moral
 Riadah

RUJUKAN

 Modul Aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah,Bahagian Sekolah,


Kementerian Pendidikan Malaysia.

4.6 SEMINAR PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH MENENGAH ATAS

Aktiviti seminar merupakan suatu pendekatan bagi memerangi dadah dalam


Pendidikan Pencegahan Dadah.

RASIONAL

 Murid sekolah menengah atas mempunyai potensi untuk membantu usaha –


usaha memerangi dadah.

OBJEKTIF

 Meningkatkan pengetahuan,pengalaman dan juga maklumat mengenai


pendidikan pencegahan dadah.
 Menyampaikan mesej antidadah dengan jelas.
 Meningkatkan kemahiran membuat keputusan supaya mereka mampu
mengubah orang lain.

KUMPULAN SASARAN

 Murid Menengah Atas

KAEDAH PERLAKSANAAN
 Seminar
 Forum
 Bengkel
PERSONALIA

 Guru Kaunseling
 Guru Disiplin
 Guru Pendidikan Pencegahan Dadah
 Pemimpin Murid di Sekolah
 Penceramah jemputan
- Agensi Dadah Kebangsaan
- PDRM , Kastam
- Jabatan Kesihatan

PENGISIAN

 Senario masalah dadah


 Punca terlibat dengan dadah
 Teknik dan kemahiran pengucapan awam
 Kemahiran Asertif
 Kemahiran membuat keputusan
 Perkongsian pengalaman

RUJUKAN

 Modul Aktiviti Pencegahan Dadah di Sekolah , Bahagian Sekolah ,


Kementerian Pendidikan Malaysia.

4.7 PROGRAM KEIBU BAPAAN

Program keibu bapaan merupakan satu pendekatan untuk menggemblengkan tenaga


semua pihak termasuk ibu bapa dalam usaha membanteras masalah dadah. Usaha
yang bersepadu , berwawasan dan penbglibatan yang aktif ibu bapa akan dapat
mewujudkan kesedaran maksimum di kalangan generasi muda dalam membina sikap
membenci dan menjauhi dadah.

RASIONAL

 Keluarga merupakan institusi masyarakat terkecil yang menjadi asas kepada


kebahagiaan dan kesejahteraan negara.Peranan keluarga amat penting dalam
memastikan generasi muda tidak terlibat dengan dadah.

OBJEKTIF

 Memberi kesedaran dan pendedahan tentang ancaman dan bahaya dadah


kepada ibu bapa.
 Meningkatkan kesedaran dan memberi bimbingan kepada peserta tentang
peranan ibu bapa dalam pendidikan pencegahan dadah dan juga dalam
mewujudkan keluarga bahagia.
 Memberi peluang kepada ibu bapa bertukar pendapat dan idea berhubung
dengan pendidikan pencegahan dadah.
KUMPULAN SASARAN

 Peserta yang terdiri daripada ibu bapa.

KAEDAH PERLAKSANAAN

 Ceramah
 Latihan Dalam Kumpulan
 Seminar
 Forum
 Bengkel

PENGISIAN

 Pameran Antidadah
 Kemahiran Keibubapaan
 Pengurusan Keluarga Bahagia
 Ancaman Dadah Terhadap Keluarga
 Peranan Ibu Bapa Dalam Mengatasi Dadah di Sekolah

PERSONALIA

 Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)


 Guru Kaunseling/Guru Bimbingan
 AJK PIBG
 ADK
 PDRM
 Jabatan Kesihatan
 PEMADAM

RUJUKAN

 Surat Siaran PIBG 1973 – Kaedah dan Peraturan


PENILAIAN

Nama Sekolah : ……………………………………………………………………

Alamat Sekolah : ……………………………………………………………………

Negeri : ……………………………………………………………………

Arahan:

1. Pilih jawapan yang sesuai dengan apa yang anda rasa dan alami
2. Soal selidik ini mengandungi 16 soalan.

Sila tandakan / Pilihan anda bagi setiap soalan

BIL SOALAN YA TIDAK


1. Pihak sekolah merancang aktiviti PPDa
2. Pengurusan sekolah menyokong kuat kepada
Usaha melaksanakan program PPDa.
3. Program PPDa yang dirancang mendapat
Kerjasama daripada guru-guru dan kakitangan
Sekolah.
4. Program PPDa yang dijalankan merangkumi 4
Strategi yang disarankan iaitu:
i. Pengurusan dan Kepimpinan.
ii. Kurikulum.
iii. Kokurikulum.
iv. Pembentukan Sahsiah.
5. Program PPDa yang dilaksanakan menepati
Keperluan sasaran.
6. Guru-guru selesa melaksanakan Program PPDa
dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di
sekolah.
7. Akitiviti PPDa memberi manfaat kepada murid.
8. Agensi luar dilibatkan dalam Program PPDa di
sekolah.
9. PIBG memberikan sokongan yang padu dalam
Program PPDa di sekolah.
10. Pihak sekolah mendedahkan kemahiran PPDa
dalam sesi perkembangan staf.
11. Program PPDa mendapat sambutan yang
menggalakkan di kalangan murid.
12. Pihak sekolah mendedahkan kemahiran PPDa
kepada ibubapa
13. Pihak sekolah mendedahkan kemahiran PPDa
kepada staf sokongan.
14. Pihak sekolah membuat penilaian bagi setiap
Program PPDa.
15. Setiap program PPDa didokumentasikan.
AKTA, SURAT SIARAN DAN SURAT PEKELILING IKHTISAS

* Surat Pekeliling Ikhtisas : Salah Guna Dadah – Garis Panduan dan


Bil. 7/1975 untuk Guru Panduan dan Guru Besar
bertarikh 19 Ogos 1975

* Surat siaran : Laporan Penggal Kes-kes


Kementerian Pendidikan Malaysia Penyalahgunaan Dadah
KP(BS)8786-51 Jld.III (34)
Bertarikh 27 Jun 1978

* Surat Pekeliling Ikhtisas : Laporan Murid-murid Dalam Keadaan


Bil. 2/1979 Risiko Penyalahgunaan Dadah ynag
bertarikh 26 Mac 1979 Memerlukan Pertolongan

* Surat Pekeliling Ikhtisas : Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan


Bil.1/1985 Pelajar Sekolah
Bertarikh 2 Januari 1985

* Surat Pekeliling Am : Program-Program Mencegah dan


Bil.1/1985 Membasmi Kegiatan Penagihan
bertarikh 29 Januari 1985 Dadah Di Agensi-Agensi Kerajaan

* Surat Pekeliling Ikhtisas : Program Skim Lencana Anti Dadah


Bil.3/1988 Pasukan Berpakaian Seragam
bertarikh 3 Februari 1988 Sekolah Menengah (SLAD)

* Surat Siaran Ketua Pengarah : Pelaksanaan Program Pendidikan


Pendidikan Malaysia Pencegahan Dadah Di Sekolah-
bertarikh 14 November 1997 Sekolah

* Undang-Undang Malaysia : Akta Penagih Dadah (Rawatan dan


Akta A1018 Pemulihan)(Pindaan) 1998
Terbitan 19 Mac 1998

* Surat Pekeliling Ikhtisas : Pelaksanaan Mata Pelajaran


Bil.25/1998 Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
bertarikh 18 November 1998 Kesihatan

* Surat Siaran : Jawatan Penyelia (Mencegah


Kementerian Pendidikan Malaysia Penyalahgunaan Dadah), Pegawai
KP(BS/HEP)8543/26962) Perkhidmatan Pendidikan Lepasan
bertarikh 18 Mac 2003 Diploma, Gred DGA5 Dalam Pengstrukturan
Baru Di Pejabat Pendidikan Negeri Dan
Daerah

Borang PPDa Ren / Men

SENARAI SEMAK PENGURUSAN AKTIVITI


PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) DI SEKOLAH
TAHUN _________

A. Latar Belakang Sekolah

1. Nama Sekolah:__________________________________________________________

2. Gred: __________________________ A / B / C (Kurang Murid)

3. Status sekolah (Bandar / Luar Bandar) B LB

4. Sesi persekolahan (Pagi / Petang) Pg. Ptg.

5. Jumlah murid = _____________ _________ org.(L) _________________org.(P)

6 Jumlah guru = ______________ _________ org.(L) _________________ org.(P)

B. Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

1. Takwim PPDa (dapatkan salinan) A T


2. Bilangan program / aktiviti yang dijalankan Aktiviti
2.1 Pengurusan dan kepimpinan
2.1.1 Carta Organisasi Jawatankuasa
Pendidikan Pencegahan Dadah A T
2.1.2 Rancangan Aktiviti Pendidikan
Pencegahan Dadah A T
2.1.3 Perkembangan Staf A T
2.1.4 Program Gerak Sedar Bersepadu A T
2.1.5 Ujian Urin Murid A T
2.1.6 Minggu Antidadah A T
Nyatakan aktiviti lain jika ada:
i.
ii.
2.2 Kurikulum
2.2.1 Mesej Jauhi Dadah A T
2.2.2 PPDa dalam KBSM A T
2.2.3 Program PINTAR Sekolah Rendah A T
2.2.4 Ceramah PPDa A T
2.2.5 Pameran PPDa A T
Nyatakan Aktiviti lain jika ada:
i.
ii.
2.3 Kurikulum
2.3.1 Poster Antidadah A T
2.3.2 Penulisan Sajak Antidadah A T
2.3.3 Deklamasi Sajak Antidadah A T
2.3.4 Dikir Barat Antidadah A T
2.3.5 Boria Antidadah A T
2.3.6 Nasyid Antidadah A T
2.3.7 Buku Skrap Antidadah A T
Nyatakan aktiviti lain jika ada :
i.
ii.
2.4 Pembentukan Sahsiah
2.4.1 Kemahiran Personel dan Interpersonal A T
2.4.2 Kaunseling Pendidikan Pencegahan
Dadah A T
2.4.3 Program Intervensi Murid A T
2.4.5 Program Waja Diri A T
2.4.6 Seminar Pendidikan Pencegahan Dadah A T
2.4.7 Program Keibubapaan A T
Nyatakan aktiviti lain jika ada :
i.
ii.
3. Surat Pekeliling Ikhtisas PPDa – 16 naskah A T
4. Sudut PPDa A T

Disahkan Oleh :

…………………………………………………… ………………………….
Tandatangan dan Cop Sekolah Tarikh

Catatan:
1. Isi maklumat di ruang yang disediakan
2. Bulatkan A untuk ada atau T untuk Tiada

You might also like