You are on page 1of 2

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

Ayat Aktif
Ayat aktif ialah yang menekankan atau mengutamakan si pelaku/pembuat sebagai subjek dan ayatnya
mengandungi kata kerja yang berawalan meN- (me-, mem-, men-, meng-, dan menge-).

Ayat Pasif
Ayat pasif ialah ayat yang menekankan/mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini mengandungi kata
kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan di- beserta kata sendi oleh.

Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini.

Ayat Aktif Ayat Pasif


1 Saya sudah menyiapkan kerja sekolah itu. 1 Kerja sekolah itu telah saya siapkan.
2 Kami mesti menumpukan perhatian apabila 2 Perhatian mesti kami tumpukan apabila guru
guru mengajar. mengajar.
3 Kamu perlu mengajar Siti menulis Jawi. 3 Menulis Jawi perlu kamu ajar Siti.
4 Ahmad membelah kayu api itu. 4 Kayu api itu dibelah oleh ayah.
5 Mereka sedang menganyam tikar. 5 Tikar sedang dianyam oleh mereka.

Jenis-jenis Ayat Aktif


Ayat Aktif Transitif
1 Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama
sebagai objek.
2 Perhatikan binaan ayat aktif transitif di bawah ini.
Predikat
Subjek
Kata Kerja Transitif Objek
1 Hassan memancing ikan.
2 Pak Wahid membajak sawah itu.
3 Encik Wong memarahi anaknya.
4 Mereka mengikuti nasihat guru.
5 Beliau merasmikan bangunan baharu itu.

Ayat Aktif Tak Transitif


1 Ayat aktif tak transitif ialah ayat aktif yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak
diikuti oleh objek sebagai penyambut.
2 Perhatikan binaan ayat aktif tak transitif di bawah ini.
Predikat
Subjek
Kata Kerja Transitif
1 Kanak-kanak itu menangis.
2 Roslan bersenam.
3 Lori balak itu terbalik.
4 Bayi itu tidur.
5 Belon itu meletup.

PERINGATAN
Hanya ayat aktif transitif yang dapat dipasifkan kerana ayat aktif transitif mempunyai objek dalamnya. Ayat
aktif tak transitif tidak dapat dipasifkan kerana tidak mempunyai objek dalam ayat tersebut.

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2009 1 Ideal Bahasa Malaysia Tahun 3


Jenis-jenis Ayat Pasif

Ayat Pasif Diri Pertama


1 Ayat pasif diri pertama ialah ayat pasif yang dalamnya terdapat kata ganti nama diri pertama seperti
aku, beta, saya, kami, kita, dan sebagainya.
2 Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini:
(a) Almari itu saya buat.
(b) Tugas itu akan kita siapkan esok.
(c) Jambatan itu kami robohkan.

Ayat Pasif Diri Kedua


1 Ayat pasif diri kedua ialah ayat pasif yang dalamnya terdapat kata ganti nama diri kedua seperti awak,
kamu, anda, dan sebagainya.
2 Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini:
(a) Pagar itu hendaklah kamu cat.
(b) Pakaian kotor hendaklah awak rendam.
(c) Kira jumlah markah yang anda peroleh.

Ayat Pasif Diri Ketiga


1 Ayat pasif diri ketiga ialah ayat pasif yang dalamnya terdapat kata ganti nama diri ketiga seperti dia,
beliau, mereka, dan sebagainya.
2 Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini:
(a) Dahan pokok rambutan itu dicantas oleh mereka.
(b) Pintu bilik itu dibaiki oleh Maniam.
(c) Bas sekolah itu dipandu olehnya/dia.

PERINGATAN
Ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua adalah sama bentuknya tetapi ayat pasif diri ketiga
bentuknya berbeza daripada ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua.

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2009 2 Ideal Bahasa Malaysia Tahun 3

You might also like