You are on page 1of 1

1.

PermainanKim
Deria Lihat
Alatan: pensil, paku, pemadam, duit syiling, pku paying, pin, mancis, pen, kertas,
batu, pisau dll. (sediakan lebih kurang 30 jenis)
Letakkan objek-objek tersebut di atas meja dan tutup dengan kain atau kertas
surat khabar. Setiap kumpulan diberi masa 3 minit untuk memerhati objek-objek
yang diberi (masa boleh disesuaikan) dan bila sampai masa, kumpulan itu perlu
berbincang dan Ketua Kumpulan perlu menyenaraikan objek yang dilihat.

Cara lain ialah dengan mengikat 10 jenis objek di tali dan disimpankan ke dalam
kotak/karung. Bila ahli BSMM sudah bersedia, mereka dinasihatkan supaya tidak
bercakap. Keluarkan tali itu perlahan-lahan (pastikan BSMM itu tidak
berbincang/bercakap di antara mereka). Selepas 1 atau 2 minit, tali itu
dimasukkan semula ke dalam kotak dan ahli BSMM itu bolehlah berbincang dan
menyenaraikan nama objek-objek yang dilihat mengikut susunan yang betul.

Deria Sentuh/raba
Alatan: pensil, pen, pemadam, lencana, paku, skrew, batu kecil, botol, duit
syiling, kotal mancis, penutup botol, tali pendik, getah bulat dll.
Objek-objek tersebut dimasukkan ke dalam karung/beg/kotak dan setiap ahli
BSMM diberi masa 1 minit untuk menyentuh objek-objek tersebut tanpa
melihatnya. Setelah semua ahli BSMM dalam kumpulan tersebut menyentuhnya,
mereka dikehendaki berbincang dan ketua menulis senarai nama objek-objek
tersebut.

Deria Dengar
Alatan: Pita rakaman (pelbagai bunyi misalnya, bunyi enjin, air dibuka, kayu
patah, membuka penutup, laci, pintu, mengheret kerusi, menggoncang
dan lain-lain.) Jika tidak menggunakan pita rakaman, ahli BSMM boleh
membuat bunyi-bunyian yang dibuat di luar bilik.
Mainkan pita rakaman untuk didengari oleh semua ahli BSMM. Selepas semua
bunyi itu dimainkan, mereka boleh berbincang dan menyenaraikan bunyi-bunyian
yang telah didengarinya tadi.

Deria Hidu
Alatan: Minyak wangi, minyak angin, halia, cuka, kopi, bawang, ubat gigi,
minyak rambut dan sebagainya.
BSMM dikehendaki menutup matanya dengan skaf dan menghidu objek-objek itu
bergilir-gilir. Kemudian mereka bolehlah berbincang dan menulis jawapannya.

Deria Rasa
Alatan: Kunyit, garam, gula, lada, bunga cengkih, cili dsb.
BSMM dikehendaki merasa dengan lidah bahan-bahan/serbuk yang disediakan itu
bergilir-gilir. Kemudian mereka bolehlah berbincang dan menuliskan
jawapannya.

You might also like