You are on page 1of 19

Pengenalan

Menurut Kamus Dewan dan Pustaka, masyarakat merupakan kumpulan manusia


yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Kebudayaan
tidak wujud tanpa adanya masyarakat. Negara yang terkenal dengan keharmonian
penduduk berbilang kaum yang hidup aman dan damai ialah Negara Malaysia.
Terdapat kaum Melayu, Cina, dan India di Negara Malaysia dan 27 etnik lain di Sabah
dan Sarawak. Kepelbagaian kaum di Malaysia ini amat unik di bawah satu kerajaan
dan pentadbiran serta dasar yang menyatupadukan semua rakyat di Negara ini untuk
kestabilan yang berterusan. Oleh sebab itu, pelbagai dasar kerajaan telah dan akan
dijalankan dalam menjayakan misi Negara ini.

Satiap anggota masyarakat yang membentuk satu identiti dan nilai bersama
serta satu perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan mereka merupakan satu
proses bernama perpaduan. Perpaduan memainkan peranan yang penting dalam
memacu keselamatan dan kemajuan sesebuah Negara. Kerajaan telah memupuk
semangat perpaduan dalam memakmurkan Negara kita sejak, sebelum dan selepas
merdeka. Demi mencapai proses perpaduan ini kerajaan telah menjalankan pelbagai
dasar. Kemajuan Negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan
menjadi kenyataan jika tiada kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan dan
mengekalkan perpaduan sedia. Kerajaan telah menjalankan dasar perpaduan dalam
membentuk perpaduan kaum, kerajaan telah menjalankan dasar pendidikan Negara
supaya rakyat Malaysia menjadikan dasar ini sebagai pegangan mereka dalam
mencapai perpaduan kaum yang harmoni.

1
Perpaduan kaum di Negara Malaysia

Perpaduan kaum ialah semua kaum di dalam sesebuah Negara saling


bekerjasama atau erti kata yang lain berganding bahu untuk membentuk Negara yang
makmur dan damai. Sesebuah Negara yang maju tidak akan wujud tanpa perpaduan
dari semua kaum. Perpaduan kaum juga merupakan satu proses menyatupadukan
anggota masyarakat dan Negara seluruhnya melalui ideologi Negara supaya tiap-tiap
anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu
perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka. Perpaduan masyarakat
merupakan sebahagian yang paling penting daripada perpaduan Negara. Oleh itu,
adalah mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri masyarakat majmuk di
Negara kita.

Perpaduan kaum juga akan menaikkan imej Negara di mata Negara lain.
Perpaduan kaum membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan
baik. Masyarakat juga dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Keadaan
masyarakat yang aman dan damai ini membolehkan aktiviti harian berjalan dengan
baik. Mesyarakat pelbagai kaum boleh melakukan aktiviti keagamaan dengan bebas
dan lancar. Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada
perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat
kejiranan yang telah terjalin sejak sekian lama.

2
Definisi dan latar belakang Dasar Pendidikan Negara di Malaysia

Dari segi bahasa dan konteks dalam bidang sains sosial, dasar sama ertinya
dengan asas iaitu sesuatu ketetapan yang menjadi pegangan dan tunggak tindakan
dan urusan. Perkataan Inggeris yang seerti dengan dasar ialah policy. Dari segi
etimoliginya, policy berasal dari perkataan Greek iaitu ‘polis’ yang bermakna city-state.
Dalam bahasa Latin kemudiannya menjadi politia yang merujuk kepada Negara.
Seterusnya perkataan policie digunakan dalam Middle English untuk merujuk
pengendalian urusan awam atau pentadbiran kerajaan. Dasar digubal oleh golongan
pemimpin, pemerintah atau pentadbir di dalam sesuatu institusi organisasi dan
kerajaan. Dasar kerajaan dalam pelbagai bidang seperti sosial, politik, ekonomi,
pendidikan dan lain-lain dinyatakan secara formal dalam dokumen urusan pentadbiran
bidang-bidang berkenaan.

Pada umumnya dasar-dasar pendidikan Negara digubal pada peringkat pusat


iaitu oleh kabinet kerajaan dan Kementerian Pendidikan melalui sistem jawatankuasa.
Dasar yang berpusat digubal bagi menjamin sistem pendidikan itu berjalan secara
serentak, menyeluruh dan seragam. Penggubalan dasar adalah satu proses yang rumit
dan bersandar kepada penelitian, pemerhatian, kajian dan hasrat dan budaya
masyarakat. Dasar-dasar pendidikan merupakan pengantar atau media yang khusus
untuk menjelmakan idealism, falsafah, matlamat dan objektif pendidikan negara. Satu
komponen yang paling penting dalam kehidupan dan budaya masyarakat ialah
pendidikan. Selain itu, dasar-dasar pendidikan meliputi pelbagai aspek dan elemen
dalam masyarakat iaitu sosial, politik, ekonomi, adat resam, agama, hak,
ketatasusilaan, kewarganegaraan, bahasa dan sebagainya.

3
Dasar Pendidikan Negara (DPN) amat penting dalam Negara kita kerana dasar
ini mengambil kira kepelbagaian atau variasi budaya. Hal ini disebabkan oleh aspirasi
bahawa segala usaha yang dilakukan dalam pendidikan adalah untuk mencapai
integrasi nasional. Dasar pendidkan yang digubal memberi tumpuan kepada berbagai
aspek dan komponen dalam sistem pendidikan. Antaranya ialah peringkat pendidikan
formal, jenis pendidikan, kurikulum, pentadbiran, penyertaan dan agihan infrastruktur
dan sumber-sumber. Pengukuhan prinsip demokrasi, kesamarataan dan kesejagatan
dalam pendidikan dapat dipastikan melalui perincian dasar-dasar sedemikian.

Perumusan dan penggubalan dasar bagi bidang pendidikan mengambil kira


berbagai-bagai aspek kehidupan masyarakat bagi kebanyakan Negara di dunia ini
termasuk Malaysia. Ini menunjukkan bahawa bidang pendidikan adalah sebahagian
penting kehidupan dan budaya masyarakat. Bidang dan sitem pendidikan yang sama
dan formal atau tidak formal merupakan agen atau media yang dipertanggungjawabkan
untuk proses sosialisasi dan pembudayaan ahli-ahli masyarakat, khususnya generasi
baru. Dasar pendidikan juga merupakan salah satu dasar yang menekankan
perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Dasar-dasar pendidikan telah diimplimentasikan sejak Malaysia merdeka


sehingga masa kini. Rujukan khusus dibuat pada Laporan Razak (1956), Laporan
Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran 1961, Laporan Khir Johari (1967), Laporan Murad
(1973) dan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) untuk memperlihatkan usaha
memantapkan dasar dan matlamat pendidikan bagi pembangunan pendidikan selaras
dengan keperluan dan pembangunan semasa. Selain itu, laporan-laporan tersebut
bertujuan untuk memperlihatkan tahap-tahap reformasi dalam sistem pendidikan di
Malaysia khususnya sistem pendidikan formal.

4
Laporan-laporan Dasar Pendidikan Negara

Laporan Barnes merupakan satu usaha untuk menuju ke arah perpaduan egara
apabila mengusulkan agar matlamat pendidikan hendaklah membentuk satu rupa
bangsa yang berasaskan berbagai kaum. Antara cadangan laporan barnes ialah
pendidikan percuma untuk semua kanak-kanak di sekolah kebangsaan, sekolah Cina
dan Tamil dihapuskan pada peringkat sekolah rendah dan digantikan dengan satu jenis
sekolah iaitu sekolah kebangsaan, sekolah kebangsaan menggunakan satu bahasa
sahaja sebagai bahasa pengantar iaitu bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, sekolah
kebangsaan ditadbir dan dibiayai bersama oleh Penguasa Peajaran Tempatan dan
akhir sekali hanya satu bahasa pengantar Inggeris sahaja yang akan wujud untuk
sekolah menengah. Laporan ini bertujuan untuk mempertingkatkan kepentingan
bahasa Inggeris di samping mengekalkan bahasa Melayu.

Seterusnya Laporan Fenn-Wu diperkenalkan ekoran ketidakpuasan hati dalam


kalangan masyarakat Cina. Antara cadangan yang dikemukakan ialah Dasar
Pendidikan di Tanah Melayu hendaklah bermatlamat ke arah pembentukan
kewarganegaraan Malaya, pemaksaan terhadap rakyat berbilang kaum untuk
mempelajari satu atau dua bahasa akan menjejaskan perpaduan kaum, orang Cina
sedar dan akan bersedia mempelajari bahasa Melayu dan Inggeris di samping bahasa
mereka, maka hendaklah memberi galakan. Selain itu, kelemahan sistem pendidikan
Cina ialah kurangnya guru terlatih dan tidak mempunyai kelengkapan yang sesuai.
Cadangan seterusnya ialah penubuhan Kolej Latihan Guru dan Latihan Dalam
Perkhidmatan untuk sekolah Cina perlu dilaksanakan bagi mengatasi kekurangan guru

5
dan pihak Inggeris perlulah memberi dan menambahkan bantuan kewangan kepada
pentadbiran sekolah Cina.

Seterusnya, pihak Inggeris kemudiannnya telah manyatukan kedua-dua laporan


tersebut dan dijadikan Ordinan Pelajaran 1952. Antara kandungan dalam laporan
tersebut ialah penubuhan dua jenis aliran persekolahan, iaitu bahasa Melayu dan
Inggeris, bahasa Cina dan tamil akan diajar sebagai bahasa ketiga jika terdapat
permintaan daripada ibu bapa dengan syarat terdapat 15 orang dalam sebuah bilik
darjah dan sekolah Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem pelajaran kebangsaan.

Di samping itu, Laporan Razak ialah untuk melahirkan sekolah yang berjiwa
Tanah Melayu dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Antara kandungan yang termaktub dalam laporan ini ialah persamaan sukatan
pelajaran bagi semua sekolah di Tanah Melayu, Bahasa Melayu akan menjadi bahasa
kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama di sekolah, bahasa kebangsaan dan
bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan menengah, penubuhan
satu jenis sekolah menengah kebangsaan yang terbuka kepada semua bangsa dan
menggunakan satu sukatan pelajaran yang sama. Di samping itu, sekolah rendah
ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa
pengantar, penubuhan Penguasa Pelajaran Tempatan bagi mengelolakan sekolah di
Tanah Melayu dan semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan professional
dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan.

Justeru itu, Laporan Rahman Talib pula untuk mengkaji semula Dasar
Pendidikan Kebangsaan. Antara kandungan laporan ini ialah pelajaran rendah
percuma untuk semua kanak-kanak, semua sekolah rendah bantuan kerajaan akan
berubah menjadi Sekolah Kebangsaan, umur berhenti sekolah dinaikkan kepada 15
tahun, murid akan dinaikkan darjah secara automatik, dan semua peperiksaan di
sekolah menengah akan menggunakan satu bahasa rasmi sahaja. Akhir sekali,

6
pelajaran agama Islam hendaklah disediakan di semua sekolah bantuan penuh yang
mempunyai murid Islam tidak kurang daripada 15 orang dan penubuhan sekolah
pertukangan dan sekolah menengah teknik.

Laporan Kabinet pula ditubuhkan untuk mengkaji pelaksanaan sistem


pendidikan. Antara kandungan laporan tersebut ialah mencapai perpaduan nasional,
menghasilkan tenaga kerja berkualiti kepada pembangunan Negara, mencapai
pendemokrasi pendidikan dan menanamkan nilai positif. Akhir sekali, Akta Pendidikan
1996 memberi kesan kepada pembangunan Negara. Antara kandungannya ialah
penubuhan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan, sistem pendidikan kebangsaan
meliputi peringkat pendidikan prasekolah hingga ke pendidikan tinggi, bahasa
kebangsaan atau Bahasa Melayu hendaklah dijadikan bahasa pengantar, Menteri
Pendidikan boleh menubuhkan pendidikan teknik di mana-mana institusi pendidikan
termasuklah pendidikan tinggi, penubuhan Maktab Perguruan di bawah kawalan
Kementerian Pendidikan Malaysia dan di sekolah yang mempunyai lebih daripada lima
orang pelajar Islam maka adalah wajib guru agama disediakan.

7
Matlamat Dasar Pendidikan Negara

Dasar Pendidikan Negara menjadi landasan utama untuk mewujudkan


masyarakat yang bersatupadu. Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran telah termaktub
sebelum merdeka dan telah disemak semula untuk menghasilkan Laporan Rahman
Talib. Seterusnya laporan tersebut termaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961
merupakan antara usaha awal kerajaan dalam sektor pendidikan. Matlamat Dasar
Pendidikan Negara diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat Negara ini
dalam jangka pendek dan panjang demi melahirkan masyarakat yang bersatupadu,
berdisplin dan terlatih.

Jika proklamasi Dasar Pendidikan Negara dianalisa dengan terperinci, maka


dapatlah mengetahui keperluan dan matlamat utama pelaksanaan dasar ini. Antara
matlamatnya ialah penubuhan hanya satu pendidikan kebangasaan. Satu sistem
pendidikan itu perlu dapat memenuhi keperluan Negara dari segi sosial, ekonomi, politik
dan kebudayaan masyarakat Negara ini. Selain itu, satu sistem pendidikan ini dapat
mengembang dan membangunkan masyarakat ini dari segi sosial, ekonomi dan
kebudayaan. Seterusnya peruntukan undang-undang yang lebih lanjut tentang dasar
pendidikan hendaklah diadakan bagi menjamin satu sistem pendidikan ini dapat
berkembang dengan progresif kepada taraf yang lebih baik.

8
Selain itu, bahasa kebangasaan sebagai bahasa pengantar di semua peringkat
pendidikan juga merupakan salah satu matlamat DPN. Seterusnya, DPN juga
mengambilkira kurikulum yang mencirikan identity Malaysia. Matlamat DPN adalah
untuk melahirkan masyarakat yang bersatupadu, memenuhi keperluan tenaga manusia
di Negara ini untuk jangka pendek dan panjang, berdisplin dan melahirkan insan yang
berilmu, berakhlak, seimbang dan harmonis yang boleh mencapai kesejahteraan diri
dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
Negara.

Dasar Pendidikan Negara mampu mengekalkan keharmonian dan perpaduan


kaum di Malaysia. Antara sebabnya ialah :

Bahasa Melayu sebagai media pengajaran

Dalam proklamasi Dasar Pendidikan Negara ialah penegasan yang paling


penting ialah satu sistem pendidikan yang mengutamakan Bahasa Kebangsaan atau
Bahasa Melayu sebagai media pengajaran dan pembelajaran bagi semua peringkat
pendidikan dan dalam semua institut pendidikan yang tertakluk di bawah bidang kuasa
kerajaan. Perkataan satu sistem mempunyai tujuan menjadikan sama bagi semua
aspek pendidikan dalam sistem pendidikan formal. Oleh yang demikian, pelaksanaan
dasar satu sistem ini mendorong kepada sistem persekolahan yang sama.

Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib di semua peringkat dalam sekolah

Antara pelaksanaanya ialah Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib di


semua peringkat dalam sekolah rendah dan sekolah menengah yang menerima
bantuan kerajaan pada tahun 1957. Penubuhan sekolah menegah kebangsaan ialah
disebabkan oleh penubuhan kelas-kelas menengah Melayu pada tahun 1958. Pada
tahun 1963 kerajaan telah menubuhkan sekolah menegah Melayu yang pertama di

9
Malaysia iaitu Sekolah Alam Shah, Cheras, Kuala Lumpur. Pada tahun 1970 pula
semua mata pelajaran diajar dalam bahasa Melayu di sekolah Inggeris dan Sabah
menerima dasar bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan mula melaksanakan di
peringkat darjah 1 sekolah Inggeris.

Tahun 1983 merupakan tahun pertama dalam semua kursus di universiti diajar
dalam bahasa Malaysia sahaja iaitu Sastera, Sains, Kejuruteraan, Perubatan dan lain-
lain. Melalui pelaksanaan-pelaksanaan ini kerajaan dapat memupuk perpaduan kaum
dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum di Negara ini. Tanpa perpaduan di
kalangan berbilang kaum, kemajuan dan pembangunan Negara tentu akan terjejas dan
akhirnya menyebabkan perpecahan. Pelaksanaan Dasar Pendidikan Negara ini
menjurus kepada perpaduan Wawasan 2020 iaitu Negara Malaysia menjadi sebuah
Negara maju menjelang tahun 2020.

Peperiksaan yang seragam

Seterusnya DPN juga telah menyeragamkan sistem peperiksaan atau penilaian


di sekolah dan menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa yang tunggal dalam
semua peperiksaan sekolah menengah. Dasar ini mendapat anjuran yang kuat oleh
Jawatankuasa Penyemak. Secara tidak langsung dasar ini telah menyebabkan semua
sekolah menengah bercorak kebangsaan dan media pengantar atau pengajaran dari
sekolah menengah ke universiti dalam semua mata pelajaran bukan bahasa dijalankan
dalam Bahasa Malaysia. Sebagai bukti pada tahun 1960 Peperiksaan Lower
Certificate of Education dimulakan untuk pertama kali dalam pengantar Melayu dikenali
sebagai Sijil Rendah Pelajaran

Peperiksaan yang seragam Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan


kurikulum di sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem

10
peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang
seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah
sekolah. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum
di samping mewujudkan keperibadian yang sama. Dasar ini juga dapat memupuk
perpaduan dalam kalangan masyarakat yang memainkan peranan penting dalam
memacu kestabilan dan kemajuan Negara.

Kurikulum yang sama

Di samping itu, semua pelajar sekolah mengalami satu kurikulum dan aktiviti-
aktiviti kokurikulum yang sama. Dengan kata lain pelajar-pelajar yang mengikuti isi
pelajaran yang sama akan mempunyai semangat mencintai bangsa dan Negara.
Semua pelajar dari pelbagai kaum akan menyertai aktiviti-aktiviti kokurikulum seperti
persatuan, unit beruniform, sukan dan olahraga. Secara tidak langsung semangat
bersama, muhibah, toleransi, bertimbang rasa akan dapat dipupuk. Pembentukan
sikap ini dapat membantu kita mencapai cita-cita perpaduan kaum dan penghapusan
polarisasi kaum di negaraa kita. Dasar ini juga dapat menjayakan misi Negara ini.

Selain itu, guru-guru sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan Cina dan Tamil
menerima kursus perguruan yang sama. Oleh sebab itu, latihan dan mutu profesion
perguruan adalah seragam. Sistem pendidikan perguruan yang lebih teratur serta
bercita-cita kebangsaan disediakan untuk semua guru pelatih. Cara ini dapat memupuk
perpaduan dalam kalangan guru yang seterusnya akan berusaha mempercepatkan
perpaduan kaum dalam kalangan murid-murid. Guru-guru dan murid-murid ini memang
akan menjadi ahli-ahli masyarakat yang harmonis.

Di sekolah, guru-guru dari pelbagai kaum akan berusaha ke arah menyemaikan


semangat perpaduan melalui mata pelajaran Agama Islam, Pendidikan Moral, Sejarah,

11
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta aktiviti-aktiviti seperti main peranan,
lakonan dan simulasi yang dijalankan di dalam bilik darjah. Pendidikan tidaklah terhad
kepada perkembangan kebolehan mental sahaja tetapi merngkumi semua aktiviti
seseorang individu seperti jasmani, rohani, sosial, dan moral. Mata pelajaran ini diajar
bagi memupuk sifat-sifat sosial yang positif seperti keinginan berinteraksi, keupayaan
untuk bekerjasama, bertolak ansur serta bertoleransi.

Sistem persekolahan yang sama bagi semua

Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah


umum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya dan sekolah-
sekolah jenis umum menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris.
Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan.
Seterusnya walaupun pada peringkat rendah ini sekolah-sekolah diasingkan oleh
bahasa pengantar yag berbeza namun sistem persekolahan disamakan. Pada
peringkat menengah pula ditubuhkan Sekolah Mengah Kebangsaan dengan pengantar
bahasa Melayu dan semua kanak-kanak akan memasuki sama ada Sekolah Menegah
Kebangsaan atau Sekolah Menengah Inggeris tanpa mengira bahasa pengantar yang
dilaluinya pada peringkat rendah.

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

Justeru itu, Dasar Penyeragaman yang dianjurkan oleh Jawatakuasa Pelajaran


1956 membawa kepada pelaksanaan Dasar Pendidikan Negara dengan cara
menggunakan Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
utama dalam semua peringkat pendidikan dan jenis sekolah dengan cara beransur-
ansur. Dasar penyeragaman ini juga membawa implikasi bahawa urusan pentadbiran
dan organisasi pendidikan di semua negeri diselaraskan mengikut ketepatan peringkat

12
pusat iaitu Kementerian Pendidikan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan
persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa
menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa
harmoni antara kaum di Negara ini.

Penubuhan sekolah wawasan

Seterusnya, langkah yang diambil oleh DPN untuk mengekalkan keharmonian


dan perpaduan dalam menyokong aspirasi 1 Malaysia ialah dengan penubuhan sekolah
wawasan. Sekolah wawasan merupakan tempat yang terbaik untuk memulakan proses
integrasi antara kaum. Sekolah wawasan menyediakan ruang dan peluang untuk
murid-murid pelbagai kaum berinteraksi secara langsung kerana mereka berkongsi
kantin, padang permainan, dewan dan kemudahan lain di sekolah. Tegasnya, sekolah
wawasan mampu memupuk persefahaman kaum dan seterusnya memupuk perpaduan
dalam kalangan mereka.

Prinsip Rukun Negara yang diterapkan dalam Falsafah Pendidikan Negara

Dalam usaha membina satu sitem pendidikan yang berdasarkan perpaduan,


kelima-lima prinsip Rukun Negara ini memangnya diambil kira untuk diterapkan dalam
Falsafah Pendidikan Negara. Antara prinsip Rukun Negara ialah Kepercayaan kepada
Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedauatan
Undang-Undang dan Kesopanan dan Kesusilaan. Kelima-lima prinsip ini merupakan
cara dan pegangan hidup rakyat Malaysia. Semua rancangan kurikulum sekolah
seperti KBSR atau KBSM, tidak terlepas daripada unsur-unsur prinsip Rukun Negara.

13
Penerapan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam rancangan kurikulum adalah
atas kesedaran bahawa sekolah merupakan agen yang menjalankan tugas penyebaran
ilmu pengetahuan dan pembentukan akhlak yang murni bagi kanak-kanak kita. Melalui
sistem pendidikan, kanak-kanak akan dapat dilantik atau diasuh mengikut nilai-nilai dan
norma-norma masyarakat yang kita cita-citakan. Justeru itu, adalah penting bagi
kanak-kanak menyerapkan nilai-nilai murni dalam proses pendidikan dan
mengamalkannya dalam kehidupan mereka demi mewujudkan perpaduan di antara
kaum

Dasar Pendidikan Negara tidak mampu mengekalkan keharmonian dan


perpaduan kaum di Malaysia.

Sistem sekolah vernakular

Walau bagaimanapun pada zaman itu pihak British memberi keutamaan kepada
pelajaran Melayu dan Inggeris. Pendidikan untuk orang Melayu diberikan untuk diberi
jawatan rendah kerajaan sama ada sebagai kerani atau guru. Pendidikan Cina dan
Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian. Pendidikan ini dikenali sebagai
pendidikan vernakular. Hal ini disebabkan sistem pendidikan imigran negara ini telah
dibawa bersama-sama dengan kedatangan mereka. Orang Cina dan India memilki
sistem sekolah vernakular sendiri yang membawa masuk guru, buku dan sukatan
pelajaran dari negara mereka. Kebanyakkan sekolah Tamil terletak di kawasan ladang
dan sebahagian besarnya dibiayai oleh syarikat-syarikat yang memiliki ladang-ladang
berkenaan. Sebelum merdeka kerajaan menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem
persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepaa pemikiran
barat.

14
Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan sekolah-sekolah bukan dari segi
bahasa pengantar sahaja, sukatan pelajaran juga tidak sama dan sekolah Inggeris juga
memberi kesan kepada perpecahan yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Jelas
sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan peranan penting
mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik. Di samping itu, pihak Inggeris
tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sitem pelajarannya. Kesannya di negara
ini telah wujud satu sistem pendidikan yang di dalamnya terdapat sekolah aliran
Agama, Inggeris, Cina, Tamil dan aliran Melayu. Secara langsung wujudnya sistem
pendidikan zaman British ini menyebabkan terhalangnya proses asimilasi yang boleh
memungkinkan pergaulan kaum dapat dilakukan dengan sempurna.

Dasar status quo dalam memberikan pendidikan

Seterusnya dasar yang tidak kurang pentingnya untuk dibincangkan ialah dasar
memelihara status quo atau elitism pemerintah Inggeris dalam memberikan
pendidikan. Menurut dasar ini, keutamaan diberikan kepada golongan yang mampu
untuk mendapatkan pendidikan iaitu golongan masyarakat bawahan terus tetap sebagai
golongan proletariat kerana ketidakmampuan mereka sementara masyarakat golongan
atasan terus kekal dengan taraf elit mereka.

Penubuhan Maktab Melayu Kuala Langsar sebagai “The Malay Eton” pada tahun
1905 merupakan contoh terbaik dasar elitism bagi mengasingkan golongan Melayu elit
daripada golongan Melayu proletariat, di mana Maktab ini dikhususkan untuk anak-anak
daripada golongan bangsawan Melayu sahaja. Perkara tersebut memang tidak akan
memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat malah ia menyebabkan masyarakat
berpecah belah dan hidup dalam keadaan yang berkucar-kacir. Mereka juga tidak
dapat menikmati keadaan yang aman dan damai dan mereka akan kehilangan hak
mereka untuk mendapat pendidikan serta menimba ilmu pengetahuan mereka.

15
Dasar anti-Cina dan pro-Melayu yang diamalkan oleh pihak Jepun

Penaklukan Jepun di Tanah Melayu pada Perang Dunia Kedua iaitu pada 1941-
1945 juga tak kurang mendatangkan kesan yang hebat ke atas hubungan interaksi
kaum di Negara ini. Dasar anti-Cina dan pro-Melayu yang diamalkan oleh pihak Jepun
megeruhkan lagi keadaan semasa dengan menyebabkan timbulnya perasaan benci
dan prasangka buruk masyarakat Cina terhadap orang Melayu. Secara tidak langsung
hal tersebut menyebabkan hubungan antara mereka menjadi renggang. Sebagai intiha
masyarakat berpecah belah dan mula persengketan dan pergaduhan antara mereka.
Hal ini menjejaskan perpaduan dalam kalangan mereka di Negara kita.

Penutup

Konklusinya keamanan Negara ini amat penting dalam usaha Negara ini
menginjak menjadi sebuah Negara maju menjelang tahun 2020. Kejayaan ini pasti
boleh dicapai melalui situasi keamanan dan kesejahteraan Negara sentiasa terjamin
atau tidak boleh dikompromi oleh sebarang faktor lain. Kita juga harus mengambil
peristiwa 13 Mei 1969 sabagai iktibar dan kita wajar memperkuat semula perpaduan
kaum di Negara ini agar dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni di Negara yang
kita cintai ini. Peristiwa ini juga memberi nafas baru kepada kita. Pada masa yang
sama, rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan yang boleh
mencetuskan provokasi kaum. Walaupun rakyat diberi hak kebebasan bersuara,
mereka haruslah tidak mangambil kesempatan dengan mencetuskan isu-isu sensitif
dan kontroversi ang dapat merosakkan rasa muhibah dan perpaduan. Dari segi sosial,
semua individu dari pelbagai kaum dan bangsa harus dberi peluang pendidikan yang
saksama untuk semua rakyat dan bukan untuk sesuatu golongan yang dianggap elit
sahaja.

16
Pendidikan sekarang yang berorientasikan peperiksaan semata-mata banyak
mengorbankan masa hadapan kebanyakan kanak-kanak di Malaysia tanpa mengira
kaum. Bak kata mutiara “ bersatu teguh, bercerai roboh ”. Oleh itu, marilah kita
bergabung idea dan tenaga yang dihiaskan dengan sikap toleransi dan persefahaman
yang kukuh demi mewujudkan integrasi nasinal. Mulakanlah inisiatif-inisiatif yang
berkesan ke arah Wawasan 2020 kerana “ perjalanan seribu batu bermula dengan
langkah pertama ”. Dasar Pendidikan Negara sememangnya dapat menampumg
keperluan-keperluan Negara buat masa ini dan masa depan. Selaras dengan hasrat
Negara untuk mencapai tahap Negara perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan
pendidikan secucuk dengan keperluan-keperluan swasta bagi bidang-bidang tertentu
seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan, dan sebagainya. Oleh itu dasar ini
bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tenaga manusia dari segi jumlah tetapi juga
dari segi kualiti.

Bibliografi

Sufean Hussin. ( 1993 ). Pendidikan Di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah. Dewan

Bahasa dan Pustaka Kemeneterian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur 1993.

Awang Had Salleh ( 1980 ). Pendidikan ke A rah Perpaduan. Sebuah Perspektif


Sejarah.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang. ( 2000 ). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti

Sdn. Bhd. Edisi ketujuh.

Sufean Hussin. ( 2002 ). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur :

17
Dewan Bahasa dan Pustaka

LAMPIRAN
18
19

You might also like