You are on page 1of 12

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN RINTIS

PELAPORAN PROFIL MURID BAGI SEKOLAH DI BAWAH PROGRAM


TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) KOHORT 1.0

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


2017
_________________________________________________________

1. TUJUAN

Garis panduan ini bertujuan:

Menjelaskan kepada pentadbir dan guru bagi menyediakan Pelaporan Profil Murid
(PPM) dan memperihalkan perkembangan, pencapaian dan kecenderungan murid
secara keseluruhan dalam bentuk satu lembaran pelaporan (one-page reporting) yang
ringkas, padat dan jelas.

2. DEFINISI

PPM adalah satu rumusan pelaporan pentaksiran bagi memperihalkan perkembangan,


pencapaian dan kecenderungan murid secara keseluruhan dalam bentuk satu
lembaran pelaporan yang ringkas, padat dan jelas yang merangkumi Peperiksaan
Pusat (PeP) atau Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran
Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

3. OBJEKTIF PPM

3.1 Pencapaian dan perkembangan murid dapat dilaporkan dengan menyeluruh


dalam satu lembaran;
3.2 Murid dapat mengenal diri dan potensi untuk diperkembangkan bagi
memperlengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang
diperlukan pada masa kini dan hadapan;
3.3 Murid tahu dengan jelas pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu
dikuasai melalui maklum balas guru;
3.4 Guru dapat mengenal diri dan potensi murid;

Page 1 of 12
3.5 Guru dapat memberi fokus dan maklum balas terhadap kaedah pengajaran
dan pembelajaran murid;
3.6 Ibu bapa/penjaga dapat mengetahui perkembangan pembelajaran secara
holistik yang dikuasai oleh anak-anak seterusnya, dapat menggilap potensi
mereka;
3.7 Pihak sekolah dapat menggunakan maklumat PPM untuk membangunkan
potensi dan keupayaan murid.

4. KOMPONEN PPM

4.1 Peperiksaan Pusat (PeP)


Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dilaksana untuk menentukan
tahap pencapaian murid sekolah rendah di Tahun Enam.

4.2 Pentaksiran Pusat (PP)


Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) merupakan pentaksiran sumatif untuk
menilai pencapaian akademik murid pada peringkat menengah rendah.

4.3 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)


Merupakan pentaksiran secara formatif dan sumatif oleh guru sekolah yang
dilaksanakan secara berterusan bagi menentukan tahap perkembangan
pembelajaran murid. Pelaporan PBD hendaklah dilaksanakan sekurang-
kurang dua kali setahun mengikut template perekodan yang disediakan
oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK).

4.4 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

Merupakan pentaksiran bagi menilai aktiviti fizikal dan kesihatan serta


mengukur penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam pelbagai
aktiviti sukan, kokurikulum, dan ekstra kurikulum. PAJSK merangkumi
Pentaksiran Kokurikulum dan Ujian Standard Kecergasan Fizikal
Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK).

Page 2 of 12
4.4.1 Pentaksiran Kokurikulum meliputi aktiviti kelab / persatuan, badan
beruniform, sukan dan permainan serta ekstra kurikulum;
4.4.2 Ujian SEGAK - Satu set ujian standard kecergasan fizikal yang
mengukur tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan; dan
pencapaian murid dilapor berdasarkan tahap kecergasan fizikal dan
Indeks Jisim Badan.

4.5 Pentaksiran Psikometrik (PPsi)


4.5.1 Pentaksiran Psikometrik (PPsi) bagi murid Tahun Enam bertujuan
untuk mengenal pasti kecerdasan, potensi dan kecenderungan murid
berdasarkan sembilan konstruk dalam Inventori Kecerdasan Pelbagai
(IKeP).
4.5.2 Pentaksiran Psikometrik (PPsi) bagi murid Tingkatan Tiga bertujuan
untuk mengenal pasti kecerdasan, potensi dan kecenderungan murid
berdasarkan sembilan konstruk dalam Inventori Kecerdasan Pelbagai
(IKP) dan mengenal pasti tret minat kerjaya murid berdasarkan tiga
kod kerjaya murid tertinggi dalam Inventori Minat Kerjaya (IMK).

5. KANDUNGAN PPM
5.1 PPM Tahun 6 mengandungi:
5.1.1 Peperiksaan Pusat (PeP)-UPSR
5.1.2 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD);
5.1.3 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) -
Pencapaian Kokurikulum;
5.1.4 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) - Ujian
Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah
Malaysia (SEGAK);
5.1.5 Pentaksiran Psikometrik (PPsi) - Inventori Kecerdasan Pelbagai
(IKeP)
5.2 PPM Tingkatan 3 mengandungi:
5.2.1 Pentaksiran Pusat (PP) – PT3;
5.2.2 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD);

Page 3 of 12
5.2.3 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) -
Pencapaian Kokurikulum;
5.2.4 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) - Ujian
Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah
Malaysia (SEGAK);
5.2.5 Pentaksiran Psikometrik (PPsi) - Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKP);
5.2.6 Pentaksiran Psikometrik (PPsi) - Inventori Minat Kerjaya (IMK).

6. PERANAN

6.1 Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah


6.1.1 Memberi khidmat bantu pengurusan pelaksanaan PPM;
6.1.2 Memberi khidmat bantu teknikal penyediaan PPM dengan kerjasama
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) melalui Pusat
Kegiatan Guru (PKG);
6.1.3 Mengawal selia dan melaporkan pelaksanaan PPM kepada urusetia di
peringkat KPM;
6.1.4 Memastikan pengurusan data peperiksaan mematuhi prosedur
pengendalian bahan peperiksaan dan Akta Rahsia Rasmi Kerajaan

6.2 Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri /Pusat Kegiatan Guru


6.2.1 Membantu menjelaskan Manual Pengguna PPM kepada sekolah
dengan kerjasama JPN dan PPD;
6.2.2 Memberi khidmat bantu teknikal dari segi peralatan, perisian dan
capaian internet.

6.3 Pengetua/Guru Besar (PGB)


6.3.1 Memberi penerangan pelaksanaan PPM kepada warga sekolah dan
PIBG;
6.3.2 Mengawal selia dan memastikan sekolah menyediakan PPM;
6.3.3 Memastikan sekolah melaksanakan PBD mengikut prosedur yang
ditetapkan;
6.3.4 Mengesahkan dan menandatangani PPM setiap murid;
6.3.5 Mengesahkan data PBD yang diisi dalam aplikasi PPM;
Page 4 of 12
6.3.6 Memastikan pengurusan data peperiksaan mematuhi prosedur
pengendalian bahan peperiksaan dan Akta Rahsia Rasmi Kerajaan

6.4 Guru Penolong Kanan (GPK) Kurikulum


Peranan GPK adalah membantu PGB dalam pelaksanaan PPM di samping
tugas-tugas berikut:
6.4.1 Membimbing guru mentafsir PPM ;
6.4.2 Memastikan Penyelaras PBS memasukkan semua data PBS (PBD,
PAJSK dan PPsi) ke dalam aplikasi PPM seperti tarikh yang
ditetapkan;
6.4.3 Memastikan Penyelaras PBS memuat turun pencapaian UPSR/PT3
daripada APDM ke dalam aplikasi PPM;
6.4.4 Memastikan data PBS disemak oleh guru kelas sebelum disahkan
oleh PGB;
6.4.5 Menyelaras tarikh sesi penetapan tahap penguasaan keseluruhan
PBD murid;
6.4.6 Memastikan guru mengadakan sesi penetapan tahap penguasaan
keseluruhan PBD murid dengan adil dan telus.
6.4.7 Memantau sesi penetapan tahap penguasaan keseluruhan PBD
murid

6.5 Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) / Ketua Panitia


6.5.1 Memastikan guru mata pelajaran melaksana dan merekodkan PBD;
6.5.2 Memantau sesi penetapan tahap penguasaan keseluruhan PBD
murid mengikut jadual yang ditetapkan.

6.6 Penyelaras PBS


6.6.1 Membuat penerangan Manual Pengguna PPM kepada guru kelas;
6.6.2 Memberi bantuan teknikal kepada guru kelas tentang penyediaan
PPM;
6.6.3 Memuat turun aplikasi PPM daripada Aplikasi Pangkalan Data Murid
(APDM) dan data PBS dengan merujuk Manual Pengguna PPM;

Page 5 of 12
6.6.4 Menyelaras semua komponen PBS (PBD, PAJSK dan PPsi) disiapkan
pada tarikh yang ditetapkan sebelum keputusan UPSR / PT3
dikeluarkan;
6.6.5 Memuat turun keputusan UPSR / PT3 ke dalam aplikasi PPM;
6.6.6 Mencetak dan menyerahkan PPM PGB untuk pengesahan dan tanda
tangan;
6.6.7 Menyerahkan PPM kepada guru kelas untuk diedarkan kepada murid
/ ibu bapa / penjaga.
6.6.8 Menyimpan salinan PPM untuk tujuan rujukan.

6.7 Setiausaha Peperiksaan (SUP)


6.7.1 Membantu Penyelaras PBS memuat turun keputusan UPSR / PT3 ke
dalam aplikasi PPM;
6.7.2 Memastikan guru kelas mengisi tahap penguasaan keseluruhan PBD
murid dalam aplikasi PPM mengikut tarikh yang ditetapkan.

6.8 Guru Kelas


6.8.1 Menyemak maklumat murid dalam APDM adalah betul;
6.8.2 Mempengerusikan sesi penetapan tahap penguasaan keseluruhan
PBD murid bersama-sama dengan guru mata pelajaran lain
6.8.3 Mengisi tahap penguasaan keseluruhan PBD murid dalam aplikasi
PPM;
6.8.4 Menyemak semua data PPM;
6.8.5 Menerima PPM daripada Penyelaras PBS, mengedarkan dan
menerangkan PPM kepada ibu bapa/penjaga/murid;
6.8.6 Memberi ulasan keseluruhan perkembangan pembelajaran dan
sahsiah murid untuk diisi dalam PPM dengan mengambil kita
pandangan daripada guru mata pelajaran lain semasa sesi penetapan
tahap penguasaan keseluruhan PBD murid.

Page 6 of 12
6.9 Guru Mata Pelajaran
6.9.1 Melaksanakan pertimbangan profesional (professional judgement)
untuk menentukan tahap penguasaan murid bagi mata pelajaran
masing-masing;
6.9.2 Membuat pertimbangan profesional dalam sesi penetapan tahap
penguasaan keseluruhan PBD murid bersama-sama guru mata
pelajaran lain untuk menentukan tahap penguasaan keseluruhan
PBD murid.

6.10 Guru Bimbingan Dan Kaunseling


Membantu guru kelas untuk memahami dan menerangkan tentang
perkembangan murid berdasarkan Pentaksiran Psikometrik.

6.11 Penyelaras PAJSK


Membantu guru kelas untuk memahami dan menerangkan tentang
pencapaian murid dalam PAJSK.

7. GARIS MASA PELAKSANAAN PPM

Sila Rujuk Lampiran 1

8. PENUTUP

Semua sekolah di bawah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 1.0
perlu menyediakan dan menyerahkan PPM semasa hari keputusan rasmi UPSR
dan PT3 dikeluarkan kepada penjaga/ibu bapa/murid bersama-sama laporan lain
berkaitan pencapaian murid.

Pihak sekolah hendaklah menerangkan kepada penjaga/ibu bapa/murid PPM


mereka agar perkara ini dapat memberikan manfaat dan impak yang terbaik
kepada semua pihak yang terlibat.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


2017

Page 7 of 12
APPENDIK

1. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah satu pentaksiran yang dirancang, dibina,
ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah.
2. Perkembangan pembelajaran murid dalam PBD adalah berdasarkan tahap
penguasaan murid dengan menggunakan pendekatan pertimbangan
profesional (professional judgement) guru melalui pentaksiran formatif dan
sumatif.
3. Empat elemen utama dalam melaksanakan pertimbangan profesional:
i. Pengetahuan:
Guru berpengetahuan dalam bidang akademik dan praktikal proses PdP
dan pentaksiran.
ii. Tanggungjawab Profesional:
Guru bertanggungjawab melaksanakan pentaksiran dengan cekap dan
sistematik.
iii. Input Murid:
Dokumen pentaksiran dan data pencapaian murid.
iv. Pengalaman:
Guru menggunakan pengalaman interaksi dengan murid semasa PdP.
4. Penentuan tahap penguasaan PBD murid bagi mata pelajaran memerlukan
pertimbangan profesional guru dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:
i. Pencapaian tahap penguasaan bagi setiap kelompok Standard
Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) dengan merujuk
Standard Prestasi (SPi)
ii. Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai
iii. Perkembangan holistik dari segi perubahan tingkahlaku, pengetahuan,
kemahiran dan nilai

5. Sesi perbincangan yang dihadiri oleh guru kelas dan guru mata pelajaran bagi
menentukan tahap penguasaan keseluruhan PBD murid dikira sebagai
sebahagian daripada Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP). Masa maksimum
yang diperuntukkan bagi setiap sesi adalah dua jam.

Page 8 of 12
6. Tahap penguasaan keseluruhan PBD murid ditentukan secara persetujuan
bersama - sama antara guru kelas dan semua guru mata pelajaran untuk
melapor SATU Tahap Penguasaan Keseluruhan seperti di Lampiran 2.

7. Tahap pencapaian UPSR akan dilaporkan dalam PPM seperti dalam Jadual 1:

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)

Gred Tafsiran Tahap Pencapaian

A Cemerlang

B Baik
Melepasi Tahap Minimum
C Memuaskan

D Mencapai T ahap Minimum

E Belum Mencapai T ahap Minimum Belum Melepasi Tahap Minimum

Jadual 1: Pencapaian UPSR


8. Tahap pencapaian PT3 akan dilaporkan dalam PPM seperti dalam Jadual 2:

PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA (PT3)

Gred Tafsiran Tahap Pencapaian

A Cemerlang

B Kepujian

C Baik Melepasi Tahap Minimum

D Memuaskan

E Mencapai T ahap Minimum

F Belum Mencapai T ahap Minimum Belum Melepasi Tahap Minimum

Jadual 2: Pencapaian PT3

Page 9 of 12
Lampiran 1
GARIS MASA PELAKSANAAN PELAPORAN PROFIL MURID BAGI SEKOLAH DI BAWAH
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) KOHORT 1.0 TAHUN 2017
BIL PERKARA TARIKH TINDAKAN CATATAN
Taklimat Garis Panduan Pelaksanaan -Penerangan kepada guru
PGB & Penyelaras
1. PPM dan Manual Pengguna Aplikasi 23-27 Okt 2017 Tahun 6 /Tingkatan 3 dan
PBS
PPM wakil PIBG dari aspek
pengurusan dan teknikal
2. Taklimat Konstruk PPsi 23-27 Okt 2017 Kaunselor Sekolah -Latihan penerangan dan
tafsiran PPM
Penetapan PBD mata pelajaran bagi
3. Sebelum UPSR/PT3 Guru Mata Pelajaran Selesai
Murid Tahun 6 dan Tingkatan 3
26 Okt - 5 Nov 2017
Sesi penetapan tahap penguasaan (Tahun 6) Guru Kelas & Guru Pemantauan oleh GPKP
4.
keseluruhan PBD murid 26 Okt - 20 Nov 2017 Mata Pelajaran dan KP
(Tingkatan 3)
1 - 17 Nov 2017 Pengsisian data boleh
Mengisi tahap penguasaan PBD dan (Tahun 6) dibuat lebih awal dalam
5. Guru Tingkatan
ulasan dalam aplikasi PPM 1 - 30 Nov 2017 tempoh yang ditetapkan
(Tingkatan 3)
1-15 Nov 2017
Muat turun semua skor PBS (Tahun 6)
6. Penyelaras PBS Muat turun daripada APDM
(Kokurikulum, SEGAK dan PPsi) 1-5 Dis 2017
(Tingkatan 3)
Semakan data PPM (PBD,Kokurikulum, Memastikan semua data
7. 6-20 Nov 2017 Guru Tingkatan
SEGAK dan PPsi) adalah tepat
8. Simulasi Penjanaan PPM 13-20 Nov 2017 Penyelaras PBS Dibantu oleh PKG

Page 10 of 12
BIL PERKARA TARIKH TINDAKAN CATATAN
Pada tarikh PPM
23 Okt – 14 Dis 2017 dikeluarkan semua pegawai
Kunjung Bantu JPN/PPD/BTPN/PKG
(Sehingga keputusan JPN/PPD/BTPN/PKG JPN/PPD/BTPN/PKG mesti
9. (Aspek pengurusan dan teknikal)
UPSR dan PT3 dikeluarkan) berada di sekolah untuk
membantu dan membimbing
sekolah
11. Muat turun keputusan UPSR/PT3 ke • Muat turun keputusan PT3
dalam aplikasi PPM daripada APDM boleh dibuat lebih awal
Penyelaras PBS/SU sebelum tarikh PPM
diserahkan kepada ibu
Tarikh UPSR/PT3 bapa/penjaga/murid
12. Semakan akhir semua data PPM diumumkan
(Kokurikulum, SEGAK, PPsi dan 23 Nov 2017 (UPSR) Guru Kelas
UPSR/PT3) 14 Dis 2017 (PT3)
13. Mencetak dan menyerahkan PPM
Penyelaras PBS
kepada guru kelas
14. Menyerahkan dan menerangkan PPM Lewatkan masa penyerahan
Guru Kelas
kepada ibu bapa/penjaga PPM bagi Tahun 6
15. Menyimpan rekod PPM Penyelaras PBS

Page 11 of 12
Lampiran 2
TAHAP PENGUASAAN MURID BAGI PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN

Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan


1 Tahu kemahiran asas atau memberi respons terhadap
perkara yang asas.

Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar


2 Tahu dan Faham bentuk komunikasi atau menterjemah serta
menjelaskan apa yang telah dipelajari.

Murid menggunakan pengetahuan untuk


3 Tahu, Faham dan
melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu
Boleh Buat
situasi.

Tahu, Faham dan Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan


4 Boleh Buat dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara
Beradab (nilai peribadi sistematik.
- norma kehidupan)

Tahu, Faham dan Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada


5 Boleh Buat dengan situasi baharu dengan mengikut prosedur atau
Beradab Terpuji (tertib secara sistematik serta tekal dan bersikap positif.
boleh membantu)

Tahu, Faham dan Boleh Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan


Buat dengan Beradab kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi
6 Mithali baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif
dan inovatif serta boleh dicontohi.
(role model)

Page 12 of 12

You might also like