You are on page 1of 2

Kepercayaan dan Agama Tamadun China

Agama Buddha

Satu ajaran asing yang agak sebati dalam kehidupan masyarakat China iaitu ajaran
Buddha. Dalam perkembangan Tamadun China, mereka jarang menerima unsur-unsur asing
sebagai salah satu cara hidup mereka tetapi dalam kes ajaran Buddha, masyarakat China
dapat menerima ajaran in dengan baik.

Penciptanya ialah Putera Siddhartha Gautama dan asal-usul ajaran ini bermula
bukannya di China tetapi di India. Beliau mengajar tentang empat kebenaran mulia, jalan
lapan lapis dan Nirvana. Dalam ajaran Buddha, ia menyentuh soal kehidupan manusia yang
penuh dengan penderitaan yang datang dari nafsu manusia itu sendiri. Oleh itu lari dari
penderitaan , manusia harus mendekati jalan yang akhirnya akan membawa ke arah
kebenaran iaitu Nirvana.

Pengaruh agama Buddha ke China agak perlahan pada peringkat awal dan
perkembangannya melalui jalan laut dan darat. Dikatakan semasa pemerintahan Maharaja
Han, Ming Ti (Di) pernah mengarahkan menghantar rombongan ke India untuk mendapat
imej dan kitab-kitab untuk dan diterjamahkan ke dalam bahasa Cina. Namun demikian
pengaruh ajaran Buddha ini masih terhad, Ia tidak berkembang pesat sehingga kemunculan
Dinasti Wei Utara. Antara faktor penrik terhadap penerimaan rakyat biasa kepada ajaran baru
ini ialah janji bagi menjawab persoalan penderitaan dan menenagkan mereka pada zaman
perang.

Sami–sami Buddha China menjelajah ke India dan Sri Lanka untuk membawa balik
kitab-kitab dan sutra Sanskrit dan menterjemahkannya dalam bahasa Cina. Pengembara Cina
pertama yang menjelajah India ialah Chu Shihhsing yang menuntut di Khotan pada tahun 260
sehinngga beliau meninggal dunia.

Namun demikian Fa-hsien yang mengadakan pengembaraan ke India pada tahun 399
banyak memberi maklumat mengenai pengembaraan beliau ke seberang laut. Beliau
banmyak menulis dan mengumpul manuskrip untuk diterjemahkan. Antara tulisan yang
beliau hasilkan ialah Report on the Buddhist Kingdoms. Selain sua tokoh ini ramai lagi sami
Buddha China yang mengembara ke India seperti Hui-sheng, Sung Yun, Yang Hsien-chih
dan Husan Tsang. Manakala aktiviti menterjemah juga telah dilakukan sejak separuh abad
kedua. Penterjemahan ini dilakukan termasuk kitab-kitab suci Buddha, sastera, komen-komen
pengikut dan teks-teks sarjana.

Ajaran agama Buddha ini diterima oleh orang Cina kerana ajaran itu sendiri yang
terbuka dan senang difahami. Selain itu faktor kekacauan dalam negara China juga
mendorong kepada penerimaan ajaran ini. Buddha seolah-olah penyelamat bagi orang Cina
dalam kesusahan. Ajaran Buddha menegaskan mengenai kesusahan hidup manusia kerana
nafsu sendiri. Oleh itu manuaia harus menjauhi nafsu dengan mengamalkan doktrin-doktrin
Buddha seperti jalan empat lapis.

Ajaran Buddha menjadi popular semasa pemerintahan Dinasti Han . Pada era itu
penerimaan Buddha dikatakan diterima baik kerana mempunyai persamaan dengan aliran
falsafah Taoisme. Terdapat kepercayaan bahawa Lao-tzu telah dilahirkan semula di India
sebagai Buddha menurut fahaman Nirvana. Ajaran Buddha semakin diterima dan mencapai
tahap keemasan semasa Dinasti Tang. Zaman kegelapan agama Buddha ini tiba apabila pada
845, Maharaja Wu-tsung memulakan gerakan penghapusan kegiatan Buddha. Menurut
rekodnya terdapat kira-kira 4600 kuil Buddha dan 40000 tempat ibadat lain dimusnahkan.

Walaupun selepas dari tahun itu ajaran Buddha tidak memainkan peranan penting
namun ia masih lagi menjadi salah satu dari kebudayaan masyarakat Cina. Pada hari ini
terdapat kira-kira 9500 kuil Buddha dan 170000 sami-sami Buddha di China. Terdapat dua
mazhab penting ajaran Buddha iaitu Theravada dan Mahayana. Ajaran Theravada merupakan
ajaran terawal Buddha. Manakala Mahayana merupakan mazhab yang muncul bagi membuka
jalan penyelamat kepada semua insan. Mazhab Mahayana adalah bentuk ajaran Buddha yang
diterima oleh orang Cina.

You might also like